Sunday, November 30, 2008

~ Sekadar Renungan ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Yang bermaksud:

Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah…..AKAL, AGAMA, MALU dan AMAL SOLEH. Maka…..”

1. Akal boleh hilang disebabkan marah

2. Agama boleh hlang disebabkan dengki

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya

2. Para ahli waris akan menarik hartanya

3. Ulat akan menarik tubuhnya

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari

kiamat iaitu AMALNYA.

Daripada Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang-orang tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com


..

2 comments:

Anonymous said...

solehin....
saya xphm yg penarikan yg ke4 tu....
boleh jelaskan???

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Terima ksih kepada yang bertanya.mungkin pertanyaan ini akan memjawap orang2 tang segan untuk bertanya...

Apa yang ana faham..kita sebagai manusia sudah semestinya menemui ajal..oleh itu..segala amalan yang kita lakukan akan dibalas di akhirat kelak...segala amalan baik akan dibalas kebaikan oleh Allah..
tetapi ingat..setiap penganiayaan yang kita lakukan akan menyebabkan amalan kita akan rosak dan mungkin akan gugur(terbatal)...bagi ana itulah yang dimaksudkan dengan kenyataan 'penarikan ke-4' itu....

Firman Allah:
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat)." (al-A'raf:147)

diharap menjawab soalan..

wassalam...

teruskan melawat :)