Wednesday, December 30, 2009



~Minggu Penghayatan Islam Ke-12~



Sila Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Sama-sama memeriahkannya..insyaAllah...

"Bersama Memartabatkan Islam~



Tuesday, December 29, 2009


~“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”~


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…hari demi hari,kita masih lagi diberikan nafas untuk terus berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida bagi memenuni keperluan tisu-tisu badan…Alhamdulillah kerana Allah masih membiarkan penghasilan ‘action potential’ yang seragam dalam menggerakkan jantung kita…cuba kita bayangkan jika allah mengubah sedikit sahaja ‘action potential’ jantung kita…sudah tentu mudah sahaja untuk kita memdapat ‘cardiac arrhythmia’ dan selepas itu sampai kedapa cardiac arrest…sekadar mencetus pemikiran masing-masing bahawa sangat mudah untuk Allah mematikan seseorang itu…jgn sekali-kali kita fikir bahawa kita memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mungkin mati pada usia yang muda ini….

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-imran: 185)

“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”. Ini mungkin moto segelintir daripada kita.Ada kebenaran yang terpalit dek slogan itu. Kebenaran yang dijadikan sandaran oleh segelintir daripada kita. Ana nak bercakap tetapi ana tidak tahu bagaimana hendak memulakan cabang ini. Ok lah..mengenai industri "per-couple-lan"...Adakah agama kita menghalalkan “couple” ini?..dengan sedikit ilmu yang ada ana mulakan dengan apakah arah couple ini. Cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam kalimah dalam soal ini. Dan bila “couple” ini dikaitkan dengan cinta, apakah ianya benar-benar cinta? Sejauh manakah cintanya itu?dan apakah benar ianya cinta? fahamkah apa sebenarnya cinta ini? dari mana datangnya cinta ini? Kepada siapa cinta ini hendak kita dahulukan? Bagaimanakah cinta antara lelaki dan perempuan ini Islam gariskan? Andai terjawab segala persoalan soalan ini bagi ana ianya sudah cukup untuk kita menilai semula tujuan kita. Tujuan hubungan antara lelaki dan perempuan. Hubungan yang mulanya kata nak “kawan”.


Sekadar untuk berkongsi dan peringatan untuk ana dan kalian disana, memang tidak dapat dinafikan, perasaan, cinta, sayang, rindu dan inginkan pasangan itu adalah fitrah yg ada pada manusia. Memang wujud. Mana mungkin si lalaki mampu menipu diri dari menyukai perempuan. Dan begitulah halnya perempuan kepada lelaki. Tetapi persoalanya bagimanakah Islam menggariskan agar hubungan ini senantiasa mendapat “sijil halal” yg tiada mengandungi “perisa haram” didalam kandunganya. Begitu juga ana dan mungkin juga kalian disana, nafsu sentiasa membelai dengan kemanisan yg kadangkala membuat kita terkandas. Ujian yg mampu memperlihatkan sejauh mana kemantapan kita. Kemantapan dari sudut iman dan seterusnya taqwa. Tidak takutkah kita membaca kes-kes buang bayi? Zina? Khalwat? Rogol? Ada sumber yg mengatakan kes-kes seperti rogol membabitkan pasangan ini sebenarnya dari kerelaan pasangan. Dan cara terbaik untuk menutup malu, si pihak keluarga perempuan melaporkan bahawa anak mereka di rogol. Ana tidak pasti tentang ini. Tapi jika kita melihat dari satu sudut ada kebenaranya jika bila berdua sudah semestinya ada yg ketiganya. Bagi pandangan ana perkahwinan itu adalah permulaan dan segalanya untuk perasaan yg bersarang dalam diri kita. Rindulah, sayanglah, cintailah, kasihlah tika di alam perkahwinan. Kerana jika kita tidak bermula dengan indenks-indeks maksiat, maka akan lahirlah perkahwinan yg sakinah dan hubungan yg erat. Disitu ana dapat melihatnya adalah permulaan, kesudahan, praktikal yg ideal lagi bernas serta kena pada haknya. Rasulullah s.a.w ada sarankan kita supaya berpuasa jika tidak mampu. Kerana puasa itu dapat melewati hawa nafsu. Ana yakin Islam telah menggariskan panduan yg cantik dan terbaik dalam soal ini. Si isteri akan menepati sebagai isteri yg taat pada suami. Dan suami juga akan memengang watak suami yg digariskan oleh Islam. Sudah terdapat cara yg dianjurkan. Tiada lopong-lopong yg boleh kita mempersoalkan dan mempertikaikan panduan yg sudah ada dalam akta Islam.Kerana proper kepada semuanya ini adalah dari Allah s.w.t, Muhammad s.a.w, Para sahabat dan seterusnya para ulama yg sentiasa memelihara dan menjaga kesucian Islam itu. Dan kita akan tahu dimana letaknya dan waktunya “I love you” itu disampaikan dan diungkapkan..InsyaAllah.

Entry ini hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan. ana berharap ianya mampu menyumbang walaupun sedikit Cuma untuk menjadi panduan atau peringatan sesame kita khususnya ana sendiri. Sebab ana pun belum berkahwin. Hhheee….Kepada yang sedang bercouple...fikir-fikirkan....bagi yang hendak berjinak-jinak dengan percouplelan,usahaan lah agak tidak terjebak...bagi yang sudar sedar..alhamdulillah,kita banyakkan berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hati di atas mentaati dan berada dijalanNya..yang pernah terjerumus tidak semestinya selamanya terus terjerumus....sampaikanlah kepada org ramai tentang kebenaran ini....tidak perlu malu dan segan untuk menyampaikan yang benar walaupun kita pernah berada dalam kancahnya...kerana org yang berbuat dosa dan maksiat itu mulia pada pandangan Allah sekiranya dia bertaubat....sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa yang penuh dengan kelupaan dan kelalaian....hanya Allah yang maha sempurna...

Sekadar itu...

Sekian Wassalam…

Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com


Saturday, December 26, 2009


~Puasa Sunat 10 Muharram~

PENDAHULUAN
 Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang  (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang  lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran  yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di  antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan  bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari  empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:  “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,  (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan  bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu  ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam  bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah  kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan  ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan  yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada  bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang  dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan  kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah  S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang  melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi  berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati  dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama  bulan-bulan tersebut: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan  langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah  bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu  bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan  Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” –  Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662 Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah  bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum,  di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk  berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga  memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.  KELEBIHAN  Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah  Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan  ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah  solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam” [Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]
 GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
 Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari  ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam  riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun  sebelumnya”. [Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804] Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa  pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan  terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama  menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan  dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu  bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.
 HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
 Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau  mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?”  Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini  adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula  Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan  bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan  lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. [HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714] Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa  yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk  meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat  dari ancaman Fir’aun. Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini  kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa  orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat  Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering  baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan  kepada umatnya.
 DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
 Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada  hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya  Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari  yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika  tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari  kesembilan”. Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  sudah meninggal dunia.” (HR. Muslim no. 2722) Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda: “jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari  kesembilan”. (HR. Muslim no.2723) Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian.  Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa  Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada  amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas : “Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru)  Yahudi” [HR. Al-Baihaqi no.8665] Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.
 KESIMPULAN
 Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh,  sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya  Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat  beberapa peringkat  iaitu : 
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam  Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419] 
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam  artikel ini. 
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar  yang dhoif dari Ibn Abbas. 
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para  ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang  paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9  dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. 
Wallahua’lam 

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]


Tuesday, December 22, 2009

~Iftar Jama'ei Dan Ceramah Maal Hijrah~



IFTAR JAMAI'E
&
CERAMAH HIJRAH

"Menjemput Berkat Dalam Study"

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 6.45 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Pusat Islam
Disampaikan oleh : Ustaz Abdul Fatah

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!!!

*Jamuan berbuka puasa disediakan
*Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi:
Firdaus - 0194508502
Auji - 014517969

Sunday, December 13, 2009


~Bersahabat Hingga Ke Syurga~




Assalamualaikum....ini posting ana yang kedua untuk malam nie...biasa lah...2 event besar yang berlaku dalam 1 malam..kena gak tulis dua2 skali..if x...xkan teringat nak tulis dah...hehe

Jadi..sekitar sambutan birthday sahabat kami seorang nie...'Firdaus'....kami semua telah bercadang menyediakan 1 video multimedia dengan bantuan Ramadhan..jadi...terterbitlah sebuat video multimedia yang menimbulkan nostalgia-nostalgia kegembiraan bersama..hehe...saksikan:



Hayatilah erti sebuah persahabatan....jika kita bersahabat,bersahabatlah hingga syurga..jika bercinta,bawalah cinta hati kita jauh dari neraka...hayati erti persahabatan yang mengandungi kemanisan dan saling menabur pengorbanan...

kepada sahabat-sahabatku:

"Ukhwah Fillah Abadan Abada,Hanya Berukhwah atas Dasar Islamiah Akan Berkekalan"


Yang Ikhlas,

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)


Saturday, December 5, 2009

~Antara Doa Dan Politik~

Petikan dari: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.

Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.

Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa. Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.



~Forum Wacana Perdana~




Tajuk:

"Islam Di Malaysia,Realiti & Harapan"

Tarikh:
12 Disember 2009 (Sabtu)
Masa:
9.00 Malam
Tempat:
Kelantan Trade Centre (KTC),Kota Bahru.(Hadapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV)

Ahli Panel:

YB Dato' Mohd Amar Nik abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Dato' Hj. Nakhaie Bin Ahmad (Bekas Pengerusi YADIM)

Ustaz Afandi Yusoff (Exco Pemuda UMNO)

Prof. Madya Mohammad Agus (Pensyarah Sains Politik UKM)-Moderator Forum

Semua Dijemput Hadir...

(^_^)

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


Friday, December 4, 2009

~Laksanakan Mengikut PRIORITY!!~



Tuesday, November 24, 2009

~Pure Mediteranean Perfume~

"Lebih Wangi,Lebih Berkualiti"

ada 3 Set:

HIM(Man) SET (BLACK BOX)
* perfume 1 : Calvin Klein-Eternity
* perfume 2 : Dunhill-Desired Red
* perfume 3 : Ralph Laurent-Polo Sport
* perfume 4 : Hugo Boss-No 6


HER(Women) SET (RED BOX) - top selling
* perfume 1 : Britney Spears-Fantasy
* perfume 2 : Paris Hilton-Paris Hilton
* perfume 3 : J.Lo-Live
* perfume 4 : DKNY- Be Delicious


HER(women) SET (GOLD BOX)
* perfume 1 : Salvatore Ferragamo – Incanto Shine
* perfume 2 : Ralph Laurent - Ralph
* perfume 3 : Lancome - Hypnose
* perfume 4 : Cacharel – Amor-Amor

Harga: RM28/each box

Reasons why you should possess Pure Mediterranean Perfumes :-

This products is a compilation of 4 different types of scent and it is adjusted following the gender of the user.

Inspired from various branded popular perfumes such as Dunhill, Ralph Laurent,Hugo Boss and others sure give you fully satisfaction.

Pure Mediterranean Perfumes' had no alcohol and it its very suitable for Muslim consumer.

It its solely concentrate and no water mixture or White Oil.

Suitable to be made gift or present to your beloved parents.


Untuk tempahan bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi ana ya:


Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
013-9886379


(^_^)



Sunday, November 22, 2009

~Buku Hadiah Hari Lahirku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..lama rasanya ana tidak menulis di dalam blog...diatas kekangan masa dengan study dan kerja-kerja lain yang membuatkan diri ana tidak dapat mencuri masa untuk mencoret di dalam blog ana nie...tapi,alhamdulillah..malam nie diberi kekuatan untuk menulis sedikit untuk perkongsian bersama....

Tulisan ini adalah semperna ulang tahun ana yg ke-21..hehe...makin tua rasa diri nie...makin dekat dengan mati..smoga umur yang berbaki ini akan dimanfaatkan untuk agama Allah yang tercinta..insyaAllah...

kali ini..ana sangat tersentuh dengan sahabat-sahabat semua yang menghadiahkan ana 2 buah buku semperna ulang tahun kelahiran ana pada tahun ini (Perisai Muslim & Tundukkan Hati)..bagi ana..ini yang lebih bermakna daripada menyambut besday dengan 'secret recipe',makan di KFC dan lain-lain..hehe... suatu perubahan positive...


(Perisai Muslim,terjemahan oleh: Dr. abdul Basit Abdul Rahman)

(Tundukkan hati oleh: TG Dato' Nik Adbul Aziz Nik Mat)

Bagi semua pembaca..pelihara lah ukhwah kerana ianya manis...tanpa ukhwah..kita tidak mampu untuk meneruskan kerja menjaga agama Allah...sabda rasullullah:

"Jagalah agama,dan tadbirlah dunia dengan-Nya" (atau yang seumpama dengannya)

Akhir sekali,kepada sahabat-sahabat semua,ana ucapkan berbanyak terima kasih...ana sayangkan antum semua kerana Allah.... Ukhwah Fillah abadan abada.....

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)

Sunday, November 15, 2009

~Ikhlas Itu Bebas~




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Ikhlas itu khalas, dlm bahasa Arab ertinya habis, licin licau, sehabuk pun tak ada.
Ertinya, orang yg ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun d dalam hatinya, melainkan Allah. Dia berbuat kerana dan untuk Allah semata2.
Siapa yg tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya.
Rahsia kegagalan adalah cuba menyukakan hati semua.
Tidak salah, tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Jesteru, siapa yg cuba menyukakan hati semua org, akan berakhir dengan semua org tidak akan suka kepadanya.
Apa kaitan ikhlas dengan rahsia kegagalan?
Orang ikhlas akan berjaya, org yg tidak ikhlas akan gagal.
Orang yg ikhlas hanya ada satu Tuhan utk d jaga dlm hidupnya. Manakal org yg tidak ikhlas punya ramai 'tuhan2' kecil utk d jaga.
Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah, insyaAllah Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan.
Tetapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semuanya akan benci. Dan itulah punca kegagalan.


Orang ikhlas itu bebas!
Apa sahaja yg Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walau org tidak suka, yg haram kita tinggalkan walau manusia pula suka. Yang penting bukan kesukaan manusia tetapi kesukaan Allah.
Kalau semua mereka tak suka macam mana?
InsyaAllah, ada manusia yg akan suka apabila kita d sukai Allah.
Hanya manusia yg sukakan Allah akan menyukai manusia lain yg jg sukakan Allah. Cinta yg satu akan menyatukan manusia.
Apa gunanya disukai oleh orang yg di benci Allah. Sukanya tidak memberi manfaat, bencinya tidak memberi mudhorat.
Kita tidak mampu menyukakan hati semua org. Kita hanya perlu berusaha menyukakan Allah. InsyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai org yg disukai Allah jua. Dan itulah rahsia kejayaan kita.

"Dan Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang telah datang dariKu"(Taha:39
)
Nota hati seorang da'i
-Pahrol Mohd Juoi-


Wednesday, November 11, 2009

~Malaysia VS Indonesia~

Renungkan.....



Bandingkanlah apa yang dihidangkan kepada generasi-generasi peneraju negara masa hadapan...
Provokasi dan momokasi "Screen" yang mana antara 1 daripada"5 S" oleh barat sangat berhasil!!

Bangunlah wahai pemuda dan pemudi islam semua....Hapuskan provokasi perosak agama...

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)

Wednesday, November 4, 2009

~Aku & Kekasihku,Hampir-Hampir xcident!!~


Assalamualaikum w.b.t.....

Hari nie...terasa nak citer sikit pasal si dia.....pertama kali aku bertentang mata denganya membuatkan hatiku tidak keruan....hatiku terpesona melihat kecantikan dan paras rupamu...sejak dari hari tu,aku sering mengidamkan untuk memilikimu...sehinggalah aku berjaya mengambil dirimu sebagai buah hatiku....jika aku keluar "dating" bersamamu...pasti aku berasa gembira denganmu...terukir senyuman dibibirku pabila terasa bangga akan kehebatanmu....bertarikh 4/11/2009 merupakan detik hitam bagi kekasih kesayanganku....semuanya telah tertulis buatmu bahwa,hari itu merupakan detik hitam bagimu....walaupun keadaan dirimu tak la seteruk mana,tapi mahkota yang aku pertahankan untukmu selama ini akhirnya tercalar juga...bukan aku yang sakiti kamu...sikit pun aku tidak mahu kau disakiti....tapi itulah takdirmu....agak menyedihkan...huhuhu...Sayang....walaupun dirimu tidak la sehebat rakan-rakanmu yang lain,dan tidak seanggun rakan-rakanmu..tapi....aku cukup kagum dengan kehebatanmu yang telah banyak berjasa kepadaku dan juga banyak berbakti untuk teman-temanku...kesungguhanmu melancarkan segala gerak kerjaku selama ini membuatkan aku begitu kagum dan menyayangimu sepenuh hatiku...dikala aku sunyi,kau lah temanku yang selalu membawaku kemana saja tempat yang ku ingin pergi....dikala aku lapar...engkau lah yang membawaku ke tempat makan...dikala aku sakit,kau lah yang membawaku ke hospital atau klinik...dikala aku terlewat kekuliah,kau lah yang sedia membawaku segera ke kelas.....tapi apakan daya,aku tahu...suatu masa nanti dirimu tetap akan dicalari dan disakiti,mungkin kamu akan pergi meninggalkanku...itulah lumrah hidupmu.....jika dahulu dirimu cantik dan anggun,kini semakin hilang kecantikan dirimu,ianya tetap akan berlalu dengan perubahan masa...dan akhirnya kini...benar apa yang aku fikirkan...dirimu telah dicalari dan disakiti.....tetapi aku sebagai teman dan kekasih yang setia bersamamu selama ini,tidak akan pernah meninggalkanmu sehingga ke akhir hayatmu kelak....akanku ingat jasa-jasamu sampai bila-bila,dengan kudrat dan kekuatan yang ada pada dirimu itulah yang banyak membantu aku....aku sayang sangat terhadapmu.....terima kaseh Motosikalku ...........selain Allah S.W.T...Ibuku...Ayahku...dan keluargaku...kaulah antaranya yang bertakhta dihatiku....huhu

Pengajaran dari ceritaku: =)

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku.....kita didunia ini hanyalah ibarat pelakon....bermulanya kita dilahirkan...sehingga kita dewasa....dan sehinggalah kita kembali ke pangkuan Pencipta yang Maha Agung..Allah S.W.T....samalah seperti motosikalku....kalau dahulu,dirinya cantik dan gagah....dan kini,semakin hari semakin hilang kegagahan dan kecantikannya...seperti jua manusia,hidup didunia ini hanya sementara....bukan diciptakan untuk selama-selamanya didunia ini....setiap yang muda pasti akan tua...setiap yang kuat pasti akan lemah....setiap yang cantik pasti akan merosot kecantikannya..dan setiap yang hidup pasti akan merasa akan sakratul maut......hanya yang membezakan kita diakhirat nanti hanyalah bekalan yang dibawa,amal ibadat yang telah kita lakukan semasa di pentas lakonan iaitu dunia....PadaMu Tuhan...doa kami panjatkan..teguhkanlah keimanan...tetapkan pendirian....putra-putri harapan masa depan.....Duhai teman...bersama-sama lah kita mencari keredhaanNya....selamat beramal.........

Mohamad Solehin Bin Bakri

p/s: Mungkin doa yang selalu diminta Allah makbulkan dengan menjauhkan diriku dari kemalangan itu...Terima kasih Ya Allah....

(^_^)



Tuesday, November 3, 2009


~ Pengalaman Berforum, Suatu Permulaan~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Pengalaman suatu pengajaran dan pendidikan...pendidikan yang mematangkan...
nie sekadar perkongsian pengalaman mempengerusikan forum..huhu...rasa betapa kerdilnya diri berada diatas sebaris dengan panel yang hebat-hebat dan diketahui ketinggian ilmunya...seperti yg diketahui panel malam tu ialah ustaz A.Ubaidillah (Novelis),Ustaz Ahmad Fadhli (seorang ulama' muda kelantan) dan ustazah mazidah (seorang kaunselor)...jadi,ana yg xde ape2 nie berasa kecil dan kerdilnya bila berada sebaris dengan mereka....


Dari Kiri,ana (solehin),Ustaz A.Ubaidillah (novalis),Ustaz Fadhli(Ulama' muda),Ustazah Mazidah(Kaunselor)


Ustaz Ubaidillah memulakan bicaranya dengan madah berbunyi indonesia....Ustaz Fadhli memulakan bicara dengan ungkapan muqaddimah remaja yang berbunyi “Hari ini orang lebih kenal Adam, Aidil, Nur dan Sara…”dan ustazah memulakan muqaddimahnya dengan tarikan kepada kaum Hawa...moderator hanya mencelah ketika waktunya...hoho....itulah kali pertama diri ini menimba pengalaman menjadi moderator forum dihadapan kira-kira lebih 500 org...




Tetapi..ini lah perkara yg ana fikirkan perlu untuk kita semua untuk menggilap kemahiran berkata-kata di hadapan supaya dakwah kita bukan hanya berkisar melalui pena,sesawang maya dan risalah-risalah islamic...perlunya untuk kita berbicara menyampaikan nasihat dan peringatan supaya 'biah solehah' di tempat kita akan terus kekal seutuh kepantasan zaman....

Sekian..sekadar perkongsian...




Mohamad Solehin Bin Bakri,
Tim. Pengerusi 1 Rakan masjid USMKK.
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)





Thursday, October 29, 2009


~Tiada Lagikah Sekelumit Rasa MALU!!!!~

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.

Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.



Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.

“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.

Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk.

(Petikan dari Metro)

Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. " (At-Tahrim:006)

Jika masjid dibina bukan atas dasar supaya lebih ramai orang bertaqwa kepada Allah malah ia dibina atas dasar untuk bermegah-megah,maka akibatnya maksiat yang mengundang kemurkaan Allah akan berleluasa..

Ya Allah,jauhilah kami semua dari bala kemusnahan yang dasyat dari-Mu...Ameen..


Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

Renungkan.....


Wednesday, October 28, 2009


~Kahwin Awal: Antara Kemahuan dan Redha~



"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.


Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?


Nice article....bersama menghayati maksudnya...insyaAllah...


Mohamad Solehin Bin Bakri msb_rg8@yahoo.com

Tuesday, October 27, 2009

~PROGRAM INI SEJARAH KITA (ISK)~



Tempat:: Dewan Kuliah 6, USMKK
Tarikh:: 30-31 Oktober 2009 (Jumaat & Sabtu)
Bayaran:: RM10 sahaja
Tentatif program::
on 30 oktober 2009 (Jumaat)
8.30 pagi :: Pendaftaran Peserta
9.00 - 12.30 :: Ini Sejarah Kita 1
2.30 - 4.30 :: Ini Sejarah Kita 2
on 31 oktober 2009 (Sabtu)
8.30-1.00ptg :: Ini Peranan Kita
SEJARAH PENCETUS INSPIRASI