Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah…hari demi hari,kita masih lagi diberikan nafas untuk terus berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida bagi memenuni keperluan tisu-tisu badan…Alhamdulillah kerana Allah masih membiarkan penghasilan ‘action potential’ yang seragam dalam menggerakkan jantung kita…cuba kita bayangkan jika allah mengubah sedikit sahaja ‘action potential’ jantung kita…sudah tentu mudah sahaja untuk kita memdapat ‘cardiac arrhythmia’ dan selepas itu sampai kedapa cardiac arrest…sekadar mencetus pemikiran masing-masing bahawa sangat mudah untuk Allah mematikan seseorang itu…jgn sekali-kali kita fikir bahawa kita memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mungkin mati pada usia yang muda ini….
Firman Allah:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-imran: 185)
“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”. Ini mungkin moto segelintir daripada kita.
Sekadar untuk berkongsi dan peringatan untuk ana dan kalian disana, memang tidak dapat dinafikan, perasaan, cinta, sayang, rindu dan inginkan pasangan itu adalah fitrah yg ada pada manusia. Memang wujud. Mana mungkin si lalaki mampu menipu diri dari menyukai perempuan. Dan begitulah halnya perempuan kepada lelaki. Tetapi persoalanya bagimanakah Islam menggariskan agar hubungan ini senantiasa mendapat “sijil halal” yg tiada mengandungi “perisa haram” didalam kandunganya. Begitu juga ana dan mungkin juga kalian disana, nafsu sentiasa membelai dengan kemanisan yg kadangkala membuat kita terkandas. Ujian yg mampu memperlihatkan sejauh mana kemantapan kita. Kemantapan dari sudut iman dan seterusnya taqwa. Tidak takutkah kita membaca kes-kes buang bayi? Zina? Khalwat? Rogol?
Entry ini hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan. ana berharap ianya mampu menyumbang walaupun sedikit Cuma untuk menjadi panduan atau peringatan sesame kita khususnya ana sendiri. Sebab ana pun belum berkahwin. Hhheee….Kepada yang sedang bercouple...fikir-fikirkan....bagi yang hendak berjinak-jinak dengan percouplelan,usahaan lah agak tidak terjebak...bagi yang sudar sedar..alhamdulillah,kita banyakkan berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hati di atas mentaati dan berada dijalanNya..yang pernah terjerumus tidak semestinya selamanya terus terjerumus....sampaikanlah kepada org ramai tentang kebenaran ini....tidak perlu malu dan segan untuk menyampaikan yang benar walaupun kita pernah berada dalam kancahnya...kerana org yang berbuat dosa dan maksiat itu mulia pada pandangan Allah sekiranya dia bertaubat....sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa yang penuh dengan kelupaan dan kelalaian....hanya Allah yang maha sempurna...
Sekadar itu...
Sekian Wassalam…
Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
4 comments:
haaha..
nice entry... bersesuaian dgn jiwa remaja...
macam maner ya,
nak menolak secara hikmah...
kalau ader hati2 da terpaut pada kita...
1x, 2x, 3x cakap pon...
si dia tetap tak faham2...
N kalau kita suke kat seseorang,
tapi tak cakap,
adakah akan menyebabkan hati kita rosak???
ntah la labu..cukuplah Allah bagiku.
benar tuh..
indahnya alam perkahwinan jika jalan ke arah itu tidak dicemari dengan maksiat..
tapi ingat, perkahwinan bukan sekadar utk menghalalkan hubungn antara muslimin & muslimat yg bkan mahram..
ianya membawa lebih tanggungjwb yg akn diperlukn..
"Sesiapa yg berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya,maka bertakwalah ia pada separuh yg lain."
(HR Al-Tabrani Fil-Ausath)
Anonymous: Ada org pernah berkata, kalau kita sukakn seseorg, berdoalah moga kita dapat jodoh sepetinya/lebih baik darinya..
bagaikan siang tiada mentari..bagai mlm tiada bulan purnama..hehe.jiwang2
Post a Comment