Wednesday, November 12, 2008




~Forum 'Nikah Tunai'..Ape tu..??

Perasaan ingin dicintai,disayangi & perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah yang dijadikan oleh Allah kepada manusia...sesiapa yang menolak fitrah,sesungguhnya dia merancang untuk merosakkan kehidupannya...Islam merupakan agama yang suci dan fitrah yang mana menyekat segala bentuk kemungkaran dan mensyariatkan sesuatu penyelesaian sepertinya perkahwinan...

Sabda Rasullulah: 'Tidak ada kehidupan bersendirian/membujang dalam islam'

inilah antara sebab kita mesti memenuhi fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia.

Tentu ramai yang tertanya-tanya,apa yang dimaksudkan Nikah Tunai? ada ke nikah hutang?
untuk menjawab soalan ini,perlu diketahui apakah itu nikah? apa beza nikah & tak nikah?
nikah ini pada segi bahasanya adalah cantum dimana percantuman antara dua jantina yang berbeza..

Jadi,dalam forum ini...ahli panel yang terlibat adalah YB senator Hjh. Mumtaz Bt Mohd Nawi,Ahli dewan negara dan juga seorang peguam,yang ke-2 ialah Ust. Mohd Hasrizal B Abd Jamil @ saifulislam.com....mereka banyak menekankan tentang tatacara perkahwinan yang disyariatkan dalam islam dimana perkara itu memudahkan umat islam itu sendiri...

Banyak kes yang berlaku sekarang adalah lelaki yang tidak mampu berkahwin kerana wang,harta dan sebagainya,....inilah yang akan menyumbang kepada gejala-gejala yang tidak sihat menular dikalangan umat islam....
islam menggariskan suatu yang sempurna dan sangat memudahkan kita...

Isu yang timbul adalah isu mas kahwin yang terlampau tinggi dikalangan rakyat malaysia sekarang...setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza...ini semua adalah adat dan tidak sekali2 apa yang disyariatkan oleh islam...."Mas kahwin yang terbaik adalah yang termurah"..inilah antara kata-kata salah seorang ahli panel forum 'nikah tunai' ini...

Forum ini adalah suatu forum yg julung2 kali diadakan dan suatu diskusi ilmiah yang sangat bermanfaat bagi semua yang bakal membina sebuah rumah tangga...banyak persoalan-persoalan dikupas.antaranya seperti adat bertunang,batasan ketika bertunang...adat berkahwin dan sebagainya....
Di kampus sendiri..sterlampau banyak gejala ber'couple' diaplikasikan oleh siswa dan siswi..adakah ini juga Fitrah?? ya...perasaan itu merupakan fitrah..tetapi perlakuan ber'couple' itu telah menjadikan fitrah yang pada asalnya bertukar menjadi fitnah....na'uzubillah...

Jadi,ana tidak berniat ingin mengulas panjang tentang apa yang dibincangkan...secara keseluruhannya,kita sebagai masyarakat kampus perlu sedar bahawa gejala-gejala tidak sihat selalu sahaja berlaku disekitar kita...siapakah yang perlu menyedarkan mereka?? Adakah kita??...tanyalah iman kita masing-masing..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menegakkan agamaNya dimuka bumi ini....

InsyaAllah...

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2
msb_rg8@yahoo.com




No comments: