Friday, November 14, 2008

~ Cinta Itu Fitrah ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk
meneruskan hidup ini walaupun sehari-hari kita semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dunia....Tapi kita perlu ingat..tujuan Allah jadikan manusia nie adalah untuk menjadi hambaNya yang beribadah kepadaNya,meyebarkan da'wah(amar makruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia dengan agamaNya. (khalifah)
Juteru wahai sahabat....semoga tulisan ini akan menjadi asbab untuk kita mendapat keb
erkatan dan keredhaan dari Allah...insyaAllah...

Jadi mengenai tajuk ini...memang ramai yang tertanya-tanya mengenainya...
apakah salah kita bercinta?? Bukankah ianya fitrah?? :)

ana cuba menulis ini berdasarkan sedikit pembacaan dan siri kuliah yang ana dengari.... smoga semua ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang sentiasa bermain difikiran para remaja/dewasa sekarang....

Baiklah...ISLAM ITU FITRAH..sama ngan title blog nie...hehe... Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Ad
alah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)


Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbu
lkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan untuk berkenalan sebelum berkahwin tetapi mestilah dengan islam = syariat :-)

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama lima tahu
n (student medic), selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jadi..semoga dengan pembacaan ini…kita dapat memahami waktu,tempat,keadaan dan keperluan untuk bercinta…fikirlah…carilah jalan yang paling sesuai untuk itu…Apa yang paling penting…jadikanlah ISLAM sebagai teras melakukan segala tugasan dunia…Sesungguhnya ISLAM itu syariat…syariat itu adalah cara…cara itu perlu kita ikuti agar kita tidak terbabas dalam memandu kehidupan dunia yang penuh cabaran dan keinginan nafsu…

Sekian…wassalam…

Mohamad Solehin B. Bakri

Medik 2 USMKK

msb_rg8@yahoo.com

No comments: