Tuesday, November 18, 2008

~Jaga pandangan mata~

Bismillahirrahmanirrahim....


Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”




Sabdanya lagi:

“Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”

Pesanan kepada penulis dan sahabat sekalian.....

Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu?

Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat. Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama.

Macam pelik je bunyinya tu. Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat untuk diri sendiri. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

"Tingkatkan Amal,Kuatkan Iman"

insyaAllah....

5 comments:

Anonymous said...

tq 4 dis entry...

Anonymous said...

slm..knapa blog anda hnya d hujani dgn msg2 tntg cinta?
adakah anda sng dlm situasi itu wahai sahabatku..satu lg, bole k ssorg 2 membri nsht pd kwn2 lean n at da same time HE involves in that situation..
kayh..
sekian trima kaseh

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

wslm...
knape blog ini penuh dengan msj cinta??

jawapan ana...mengikut maslahah semasa...
jika kita lihat keaadaan sekarang...ramai antara kita yang sedang dalam keadaan ini...bg ana ini merupakan salah satu uslub untuk ana sampaikan kepada orang ramai tentang perkara ini...

pada ana,perkara ini sangat perlu dipandang serious..adakah anda mampu untuk memberi peringatan @ teguran kepada yang bercouple ini secara direct?? dan jika tidak sanggup apakah yang telah anda lakukan untuk mencegah?? mungkin boleh dikonsi untuk ana cuba cara anda untuk menyampaikan msj2 kepada golongan bercouple nie...

Ana ingin bertanya kepada yang tanya soalan ini...apakah anda mendapati apa2 yang menunjukkan penulis sedang bercinta hasil dari penulisannya?? mengapa sangat mudah untuk anda untuk bersangka kepadanya??

semua ini perlu diteliti terlebih dahulu...jika niat penulis adalah untuk menyampaikan mesej dakwah..apakah itu suatu kesalahan yang besar kepada anda??

cuba renungkan perkara ini...
semua penulisan yang dibuat adalah untuk menyedarkan diri sendiri dan juga sahabat semua....kita memang sentiasa lupa...erlukan peringatan...bagi ana,dgn cara menulis blog ini dapat juga sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita semua selagi mana penulisannya berada dalam lingkungna syarak....

wallahualam.....

Anonymous said...

Firman Allah:
Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya); sesungguhnya dia adalah sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan bersabar mematuhi perintah Kami).

Firman Allah:
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

Kuatkan diri...

Anonymous said...

ana mennyokong segala usaha anta sebegini.

namun apa yang dikesali terdapat beberapa manusia2 yang hipokrit dalam membicarakan hal ini. mmg trg terangan melarang tp diam2 dia sendiri bercouple. rasa hilang kepercayaan terhadap semua ini.

maafkan ana jika komen ini sarcastic, tp jujurnya bukan niat menyindir anta. ana tahu anta bkn golongan itu, insyaAllah. cuma sekadar luahan kesal yang berlaku di dpn mata

wassalam.