Tuesday, November 25, 2008

~ Oh HATI....Mahukah kau BAHAGIA??? ~


Assalamualaikum & salam ukhuwah...

Pernahkah kita berasa Sakit hati...??? Hati terguris...??? Terasa hati...??? mesti selalu...

Tapi apa itu hati??? Suka ana ingin berkongsi dengan sahabat2 yg kusayangi sekalian...HATI atau dlm bahasa arab ialah قلب ....ia membawa maksud pembolak-balikan atau dgn erti mudah benda yg selalu berubah....itulah HATI....

Pernah ana mendengar 1 ceramah ...dalam diri manusia ada 3 ELEMEN besar iaitu:

1. Fizikal

2. Hati

3. Akal


Rupa2nya hati kita yg kecil tersembunyi dalam dada ini merupakan salah 1 elemen terbesar dalam diri ini...


Bagaimana ingin kita tetapkan hati kita yg senantiasa berbolak-balik ini...



يا الله..يا مقلّب القلوب...ثبّت قلوبنا على دينك


Oleh itu...Allah tidak sekali2 menzalimi hambanya...Dia menganugerahkan kita AKAL yg mn sekaligus telah menjadikan kita sebaik2 kejadian...

Akal yg waraslah menjadi driver kpd hati kita...akal perlulah sentiasa diservice dgn ilmu2 agama utk membawa kita kpd jalan2 yg betul...
Akal yang baik adalah akal yg memikirkan tanggungjawab terhadap seluruh kehidupannya...

Sahabat2ku yang kucintai...

Sungguh susah membelai hati ini...ingat...hati2 yg keras amat jauh dari Allah...mahukah kita???
Antara cara utk melembutkan HATI kita sahabat2ku...:


1. Cuba paksa diri buat yg Allah suruh khususnya perkara2 SUNAT

2. Selalulah membaca Al-Quran-sungguh tenang sahabatku

3. Cubalah utk menangis kerana Allah

4. Cuba duduk bersendirian dan fikir sejenak tentang kehidupan & ni'mat yg Allah berikan kpd kita sejak dilahirkan


Sahabat2ku...

Hati Bahagia yg hakiki adalah hati yg tenang dan selalu memikirkan PENCIPTANYA...
CINTA manusia hanya sementara...CINTA ALLAH kekal selamanya...
Diharap kpd semua sahabat...Hargailah kehidupan ini dan manfaatkan sebaik mungkin sebelum tiba saat yang kita tidak ketahui kedatangannya...

Semoga apa yang dikongsi ini dpt dimanfaatkan bersama2 & diharap sahabat2 dpt menegur jika ada kasilapan dlm perkongsian ini...

Shukran....

"Kuatkan Amal,Tingkatkan Iman.."

6 comments:

ira said...

Assalamualaikum
Terdetik hati saya ini untuk memberi comment kerana saya suka membaca blog saudari.blog saudari penuh dengan nasihat dan ini akan saya manfaatkan sebaik-baiknya.
saya sebenarnya banyak kemusykilan dalam hidup dan ianya berkaitan dengan agama juga terutamanya mengenai aurah,sillaturrahim dan hati.
wsm.

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Bacalah & ambillah apa yang baik...
semoga dengan ini akan menjadi asbab untuk Allah memberi keberkatan hidup kepada kita semua..ameen.

p/s:Teruskanmelawat.. :)

Anonymous said...

salam.. pemunya blog ni lelaki sebenarnya..so perkataan saudari tu mcm x sesuai la..moga menjadi peringatan pada masa akan datang. 8-)

Anonymous said...

teruskan usaha anta untuk memberi seberapa byk nasihat..ana sedia untuk baca dan cuba muhasabah diri..hari tu pnah hadiri motivasi yg mengatakan qalbu itu bermaksud jantung dan bukannya hati sepertimana yg kita tafsirkan..
melihat pada image yg anta letak juga adalah gmbr jantung,bukan??jadi ana tertanya2,bknlah terlalu penting..sekadar ingin tahu..

Anonymous said...

assalamualaikum...
nape terlalu sukar utk menangis kerana Allah...?
tapi if menda2 laen yang mengguris ati or bukan kehendak kita, senang je kuar airmata tapi dipaksa2...

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Waalaikumsalam...
Shukran kepada anonymous...

ana juga x tahu apa yg perlu ana jawab tentang kenapa kita nie sukar nk menangis kerana Allah..tetapi ana harap penulisan ana nie sedikit sebanyak akan menjadi permulaan untuk kita fikirkan setiap kebenaran yang Allah jadikan...

Kita sering menangis kerana musibah dunia..itu sudah menjadi kebiasaan pada kita kerana 'kita menganggap musibah dunia itu adalah lebih berat berbanding musibah agama..'
Jadi..kita perlu muhasabah semula diri kita & banyakkan berzikir mengingati Allah kerana ia akan melembutkan hati kita yg keras..

Firman Allah:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd:28)

wassalam...

p/s: teruskan melawat blog ana :)