Sunday, November 30, 2008

~ Sekadar Renungan ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Yang bermaksud:

Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah…..AKAL, AGAMA, MALU dan AMAL SOLEH. Maka…..”

1. Akal boleh hilang disebabkan marah

2. Agama boleh hlang disebabkan dengki

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya

2. Para ahli waris akan menarik hartanya

3. Ulat akan menarik tubuhnya

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari

kiamat iaitu AMALNYA.

Daripada Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang-orang tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com


..

Thursday, November 27, 2008

~ Ape Agaknye Yang pelu Kita Buat Di Hari Ulang Tahun Kelahiran..?? ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...dapat lagi ana menulis hari nie...itulah yang dikatakan nikmat Allah x pernah putus-putus sampai kepada kita sebagai hambanya....tapi,kita selalu lupa akan pencipta...

Mesti tertanya-tanya..kenapa la tajuk nie jadi bahan tulisan kali nie...ana pun x tahu...sejak kebelakangan nie...ramai yang menyambut hari kelahiran...sahabat-sahabat ana yang duduk skali nie,boleh dikatakan majoriti hari lahirnya di hujung tahun...jadi..mungkin ini adalah masa yang paling sesuai dengan keaadaan untuk kita sama-sama membincangkan mengenai perkara nie...

Baiklah...slalu kita dengar..bila ditanya..bila birthday??...dengan lantas menjawab 21 Nov,21 Feb,21 Mac dan sebagainya...jarang sekali kita dengar yang menjawab 11 Rabiulakhir (21 Nov la tu..hehe)...jadi...cuba kita tanya diri kita...knape kita x ikut kalender hijrah?? Tp,xpe lah..bg ana semua tu x salah...itu juga mengikut kiraan tahun.(ana harap pendapat ana nie x salah)...Jadi,bila kata hari lahir...apa yang tergambar kat fikiran kita selalunya hadiah,kek,ucapan dan sebagainya lah....adakah semua itu perlu?? Bagi ana..kalau orang bagi...Alhamdulillah..ambillah...kalau x... jgn pulak kita berkecil hati..jangan ada dikalangan kita mula bermonolog..."teruk la die nie...besday dia aku cepat je bg ucapan...siap bg hadiah lagi...besday ak..ucapan pun dia x bagi..." Ingat sahabat2 sekalian...smua tu bukanlah tujuan utama kita mengingati hari kelahiran kita...jadi..apa yang perlu??

secara jujur ana juga seorang manusia biasa..tidak mendalami perkara ini...penulisan ini sekadar apa yang diketahui...bagi ana apa yang perlu kita lakukan pada hari kelahiran kita adalah:

1) Bersyukur kepada Allah dengan umur yang masih diberikan...

Kita x tahu bila masanya nyawa kita akan diambil...nyawa nie merupakan anugerah yg telah Allah berikan kepada kita dengan tujuan untuk kita beribadah kepada-Nya...jd perlulah kita muhasabah diri kita tentang umur yang telah kita habiskan...

2) Berterima kasih kepada orang yang melahirkan kita (ibu,mak,umi kita)

Jika kita fikirkan balik...siapa lagi manusia yg paling layak kita ucapkan terima kasih melainkan kepada orang yang bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan kita...selayaknya..ibu kita lah orang yang perlu menerima hadiah di hari kelahiran kita...cuba kita renung semula apa jasa yang telah kita berikan kepada ibubapa kita...adakah kita telah melaksanakan hak seorang anak terhadap kedua ibubapa?
Firman Allah:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-isra':23)

3) Jika ingin menyambut...sambutlah dengan sederhana...

Maksud ana disini..janganlah kita membazir...sekadar bersama sahabat2...itu sudah memadai...bg ana..xperlu la kita menyambutnya di restoran2 besar..KFC,McD,Pizza...x payah...itu semua membazir duit dan juga masa...buatlah sekadar mungkin...

Apa yang ana dapat konsi hanya tiga nie je dulu....xtau la ape lagi..walaupun ana percaya banyak lagi yang perlu ditambah...ana berharap dapat idea2 dari sahabat2 pembaca sekalian...

Yang terakhir ana nak tambah..pernah Ustazah Siti Norbahyah (sekarang dapat gelaran Dato') bg tau dalam satu ceramah beliau..."Sesiapa yang inginkan isteri yang solehah @ suami yang soleh,berpuasa lah ia di hari ulang tahun kelahirannya....hehe...

Jd,ana berharap..smoga penulisan ini sedikit sebanyak akan memberi kebaikan kepada kita semua...semoga segala salah dan silap dalam penulisan ini dapat ditegur oleh para sahabat semua kerana ana juga seorang insan yang lemah lagi hina...

sekian...wassalam...

"Eratkan Ukhwah,kuatkan ibadah,tingkatkan iman"

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

..

Tuesday, November 25, 2008

~ Oh HATI....Mahukah kau BAHAGIA??? ~


Assalamualaikum & salam ukhuwah...

Pernahkah kita berasa Sakit hati...??? Hati terguris...??? Terasa hati...??? mesti selalu...

Tapi apa itu hati??? Suka ana ingin berkongsi dengan sahabat2 yg kusayangi sekalian...HATI atau dlm bahasa arab ialah قلب ....ia membawa maksud pembolak-balikan atau dgn erti mudah benda yg selalu berubah....itulah HATI....

Pernah ana mendengar 1 ceramah ...dalam diri manusia ada 3 ELEMEN besar iaitu:

1. Fizikal

2. Hati

3. Akal


Rupa2nya hati kita yg kecil tersembunyi dalam dada ini merupakan salah 1 elemen terbesar dalam diri ini...


Bagaimana ingin kita tetapkan hati kita yg senantiasa berbolak-balik ini...



يا الله..يا مقلّب القلوب...ثبّت قلوبنا على دينك


Oleh itu...Allah tidak sekali2 menzalimi hambanya...Dia menganugerahkan kita AKAL yg mn sekaligus telah menjadikan kita sebaik2 kejadian...

Akal yg waraslah menjadi driver kpd hati kita...akal perlulah sentiasa diservice dgn ilmu2 agama utk membawa kita kpd jalan2 yg betul...
Akal yang baik adalah akal yg memikirkan tanggungjawab terhadap seluruh kehidupannya...

Sahabat2ku yang kucintai...

Sungguh susah membelai hati ini...ingat...hati2 yg keras amat jauh dari Allah...mahukah kita???
Antara cara utk melembutkan HATI kita sahabat2ku...:


1. Cuba paksa diri buat yg Allah suruh khususnya perkara2 SUNAT

2. Selalulah membaca Al-Quran-sungguh tenang sahabatku

3. Cubalah utk menangis kerana Allah

4. Cuba duduk bersendirian dan fikir sejenak tentang kehidupan & ni'mat yg Allah berikan kpd kita sejak dilahirkan


Sahabat2ku...

Hati Bahagia yg hakiki adalah hati yg tenang dan selalu memikirkan PENCIPTANYA...
CINTA manusia hanya sementara...CINTA ALLAH kekal selamanya...
Diharap kpd semua sahabat...Hargailah kehidupan ini dan manfaatkan sebaik mungkin sebelum tiba saat yang kita tidak ketahui kedatangannya...

Semoga apa yang dikongsi ini dpt dimanfaatkan bersama2 & diharap sahabat2 dpt menegur jika ada kasilapan dlm perkongsian ini...

Shukran....

"Kuatkan Amal,Tingkatkan Iman.."
~ Kawan Bernama Sahabat ~


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yg mulia.





Renung & muhasabahlah diri kita masing-masing...

Mohamad Solehin bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

Friday, November 21, 2008

~ Kemanisan Bersahabat ~


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t....

Allahdulillah...genablah sudah 20 tahun umur....ingin pula rasanya bermuhasabah diri sendiri...penulisan hari ini KHAS untuk diri sendiri...

Solehin....
Ketahuilah olehmu bahawa kehidupan nta semakin hari semakin singkat....dengan peningkatan umur,maka semakin dekatlah nta dengan mati..jadi,sempena ulang tahun yang ke-20 nie..cermin semula diri nta...apa yang nta telah lakukan selama 20 tahun nta hidup....

Cuba nta renung semula sejak nta mula mengenal dunia...Apakah perara-perkara yang nta lakukan..?? adakah nta melakukan sesuatu yang dapat membantu nta bertemu dengan Allah kelak..masyaAllah....sedarlah.!!

Hari demi hari...cubalah hitung kelemahan diri...cuba cari kelemahan nta...cuba perbetolkan apa yg nta rase x btol dalam diri nta...ingat...kerja untuk menaikkan islam adalah suatu tugasan yang perlu nta lakukan...x kira la di mana pun nta berada....

Solehin.....semakin hari,semakin bertambahlah bebanan yang perlu nta pikul..nta sekarang akan menjejak dari 1 alam ke alam yg lain...hidup perlu diteruskan....perjuangan untuk islam perlu diteruskan..biarpun pelbagai ancaman dan tomahan diterima..itu semua adalah ujian Allah kepada nta...ingat firman Allah:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " (Al-Ankabut:2)

Ingatlah wahai solehin....selagi mana nta membawa islam..nescaya Allah akan bantu nta....jangan nta merungunt dengan kerja-kerja (tanggungjawap) yang nta terima...buatlah seikhlas mungkin...dengan khlas sahaja yang akan membantu nta menuju jalan tuhan...

Solehin....nta merupakan seorang pelajar...tunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar...nta adalah seorang anak...tunaikan hak anak terhadap kedua ibubapa nta...nta merupakan seorang sahabat...tunaikan hak nta sebagai seorang sahabat...nta mempunyai taklifan...tunaikan tanggungjawab diatas setiap taklifan tersebut...dan yang paling penting...nta adalah seorang MUSLIM...tunaikan tanggungjawab nta sebagai seorang muslim supaya dengan itu akan menjadi asbab nta mendapat keberkatan daripada Allah....

Ingatlah.!! ehidupan ini memang sentiasa akan diuji...kunci kejayaan setiap ujian itu adalah SABAR...justeru,bersabarlah dalm apa jua yang nta lakukan....

"Eratkan Ukhwah,Kuatkan Amal,Tingkatkan Iman.." InsyaAllah...

Buat sahabat-sahabat semua...Terima Kasih atas ingatan dan dorongan kalian semua terhadap ana...semoga segala kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan dari Allah yang mana jauh lebih baik....

sekian...

Mohamad Solehin Bin Bakri..
msb_rg8@yahoo.com.



Thursday, November 20, 2008

~ Dosa Dengan Makhluk Hanya terhapus Dengan Makhluk ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah...kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat kepada Allah...Dengan nyawa yang diberikan,umur yang masih ada..Maka perlunya kita kepada peringatan....

Firman Allah:
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. " (Al-Ahzab:58)




Baiklah...dalam kita mengejar dunia...kebiasaannya,kita akan lupa akan akhirat..(nauzubillah)
Banyak perkara yang kita lakukan kita tidak sandarkannya kepada dosa dan pahala..ini merupakan satu kesalahan yang amat besar yang kita telah akukan...
Dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar pada masa yang sama memegang amanah seorang muslimin atau muslimat...kita selalu lupa bahawa setiap yang kita lakukan akan dipersoalkan,malahan mungkin akan membawa kepada penderitaan seseorang saudara kita didunia...

Segala perbuatan,PERKATAAN (fitnah) atau prasangka merupakan mainan syaitan yang mana sudah kita ketahui sebagai musuh kita yang nyata:

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! " (Yassin:60)

Apakah kita mahu mengikut jejak langkah syaitan??

Cuba kita fikirkan sejenak kondisi kita sebagai seorang pelajar di kampus....
Alhamdulillah...kita berada di kelantan (x b'makna negeri lain x bagus)....kita berada dekat dengan sumber2 rujukan....banyak ustaz-ustaz,ustazah-ustazah boleh dijadikan rujukan...kadang kala ada juga diantara sahabat2 kita yang memperingati kita....

Selalu je kita dengar skarang nie....bila kita kata.."eh dia tu mengumpat orang tu..."...jawapan yg akan kita dengar.."biasa la perempuan..." ana ingin bertanya kepada golongan MUSLIMAT....
Wahai muslimat semua...adakah kamu semua redha dengan kenyataan bahawa kamu semua adalah golongan yang biasa MENGUMPAT (fitnah)...??

Mengapa kita tidak berusaha untuk meyingkirkan masalah 'tanggapan' ini....
Ayuh wahai sahabat semua...ketahuilah....itu merupakan DOSA....adakah kita redha dengan dosa?? (nauzubillah)....sama-sama lah kita renung dan fikirkan....

Lakukanlah sesuatu untuk menaikkan ISLAM...sesungguhnya islam itu FITRAH(bersih)
Tidak ada celaan bagi islam...yang mengotorkan islam sekarang ini adalah kita sebagai penganutnya.....

Ana tidak fikir nak menulis panjang kerana dalam condition yang tidak menyenangkan...tetapi Alhamdulillah...Allah memberi kekuatan untuk menulis sedikit sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga pembaca yang setia dengan blog ana nie....

sekian....wassalam..

"Jauhilah sifat-sifat tercela dalam diri...Berusahalah menaikkan moral diri sekaligus menaikkan ISLAM sebagai cara hidup yang menjadi contoh kepada yang lain.."

Kuatkan Ukhwah,Banyakkan amal,Kuatkan Iman..

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com



Tuesday, November 18, 2008

~Jaga pandangan mata~

Bismillahirrahmanirrahim....


Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua mata juga berzina dan zina mata adalah pandangan.”




Sabdanya lagi:

“Tidak halal bagi seseorang bersunyi-sunyian dengan seseorang yang bukan muhrim.”

Itu semua adalah perisai untuk tidak terjebak ke dalam isu-isu cinta yang tidak syar’ie.

Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”

Pesanan kepada penulis dan sahabat sekalian.....

Jangan ikut sangatlah kawan-kawan kita yang letak kesempurnaan seorang lelaki dan wanita adalah pada ‘bercouple-couple’. Jangan letak target untuk mencintai seseorang. Tapi kalau tiba-tiba jatuh hati kat seseorang, bagitahulah abang-abang dan kakak-kakak kita. Cuba ‘story’ sikit perasaan kita tu baik-baik. Kalau masih belum berpunya, apa salahnya, kami boleh tolong pinangkan. Itu kalau sekufu’lah. Kan ke kita faham maksud sekufu’ tu?

Maksudnya kita cari orang-orang yang sama-sama nakkan cara hidup Islam, bina keluarga Islam dan menyumbang pada umat. Kalau ada ‘awek’ lama atau ‘balak’ lama (pinjam istilah orang muda), ingat balik matlamat hidup kita. Nafsu tu sekejap je boleh dipuaskan. Tapi keharmoniaan dan kebahagiaan bukan senang nak cari. Jangan merungut kalau nanti susah nak ikut aktiviti dakwah dan sumbangan juga jadi terbatas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sedih putus cinta dengan awek lama tu sekejap je boleh hilang. Menanggung derita hidup bersama awek lama yang dah jadi isteri tu bukan senang.

Kalau emak ayah dah carikan, ukur dan nilai balik calon tu berdasarkan neraca Islam yang kita faham. Kalau kena neraca tu, tawakkal alaAllah. Kalau tak kena, sembang baik-baik dengan emak ayah. Mereka boleh faham tu. Jangan risaulah. Tak da istilah ‘saya terperangkap oleh perancangan emak dan ayah saya’. Emak ayah kita tak buat konspirasi macam tu. Ada la kot sikit-sikit kes terpencil macam tu, tapi dalam banyak kes sebenarnya boleh bincang lagi. Takut kita je sebenarnya yang ‘terpesona’ dengan calon emak ayah kita lalu kita pun ‘terperangkap’. Lalu yang mekap tebal seinci, skirt pendek, suka duduk depan tv, tak suka dengar Ikim.FM dan yang seumpamanya kita setuju untuk hidup bersama kita selama-lamanya … mengharungi alam dakwah bersama-sama … dunia akhirat bersama.

Macam pelik je bunyinya tu. Kalau dah ada calon, dah setuju pada peringkat keluarga dan dah bertunanglah dengan istilah mudahnya, jaga batas-batas perhubungan. E-mail, sms, chat dan lain-lain teknologi hari ini jangan disalahguna. Ada masa boleh, ada masa tidak boleh. Ikut keperluan dan jaga batas-batasnya.

Tapi kadang tu kita tak perasan, jiwang tidak datang dalam satu bentuk sahaja. Jahiliah berubah bentuk. Maka begitulah juga dengan jiwang. Dulu ‘I love you’. Sekarang ‘bersamalah kita memburu cinta Allah’. Dulu ‘demimu sayang lautan sanggup ku redah’. Sekarang ‘moga-moga kita dapat bersama-sama thabat mengharungi dakwah ini’.

Ini adalah sikit nasihat untuk diri sendiri. Harapnya tidak ada yang berasa hati. Moga kita dapat menjaga diri kita lebih dari kita menjaga diri orang lain.

"Tingkatkan Amal,Kuatkan Iman"

insyaAllah....

Monday, November 17, 2008

Ooops.... I Fall In Love...!!

Assalamualaikum.....

Bismillahirrahmanirrahim...Wahai sahabat-sahabat semua...Apakah realiti kehidupan kita sekarang?? Adakah kita berada di jalan yang benar?? Ataupun kita telah terjerumus ke lembah kerosakan (maksiat)?? Justeru,ana menyeru diri ana dan kepada sahabat pembaca yg setia dengan blog "ISLAM ITU FITRAH"....sama-sama kita bermuhasabah diri...

Sebenarnya..untuk bermuhasabah diri,kita tidak sekali-kali perlukan orang lain untuk memulakannya...semua itu hidayah dari Allah yang mana menyebabkan keinginan ke arah itu timbul...Tetapi..kita boleh trigger perkara itu....jadi...wahai sahabat sekalian...marilah sama-sama kita meluangkan masa study kita,masa lapang kita untuk menimba sedikit ilmu tentang permasalaha remaja/dewasa sekarang..

Program ini adalah anjuran PERSATUAN SAINS PERUBATAN USM dengan kerja sama Pusat Islam...Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 November 2008
Tempat : Masjid Pusat Islam (Murni)
Masa : Selepas solat maghrib
Penceramah : Ust A.Ubaidillah Alias (penulis novel "Warkah Cinta Berbau Syurga")


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). " (al-Hujarat:13)

Datanglah beramai-ramai....

Mohamad Solehin Bin Bakri
NYDP-1 Persatuan Sains Perubatan 08/09
msb_rg8@yahoo.com


Sunday, November 16, 2008

~Cinta illahi ~

Cinta adalah rahmat dan nikmat dari Allah
Sungguh bahagia orang yang dihidupkan hatinya dengan cinta
Seindah-indah cinta
Adalah cinta kepada penggenggam alam semesta
Dialah Allah Yang Maha Agung

Mencintai dan dicintai adalah fitrah manusia
Setiap insan didunia akan merasakan
Susah, ceria, suka dan duka
Terasa indah dan kadang merana
Itulah rasa cinta

Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu
Dari cinta yang menipu daya dan melenakan
Cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki
Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati
Bersihkan diri, sucikan hati, gapailah cinta Illahi.


Renunglah....mungkin ini yang dicari oleh kita sebagai seorang manusia......

Friday, November 14, 2008

Siapa Yang Nak Cegah "COUPLE" !!

Assalamualaikum. .

Hari demi hari dalam menghitung hari kita melihat semakin meningkat kadar couple,semakin aktif couple2 ini menjalankan aktiviti.... di dalam kampus,
NAMUN berapa ramaikah yang menegur perbuatan mungkar ini ??

Buat yang berada di saf perjuangan islam...acapkali mendengar dalil-dalil tentang berdakwah... cthnya:

1.”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”(al-imran 104)

2. “Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan ke tengah-tengah manusia untuk memerintahkan kebajian dan mencegah kemungkaran (berdakwah), sementara kalian beriman kepada Allah” [QS Ali Imran;110]

Hatta,dalil yang selalu dibaca selepas tutup majlis;

3. “Demi masa, Sesungguhnya manusia ada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, serta selalu saling berpesan (berdakwah) tentang kebenaran dan kesabaran” [QS al-ashr;1-3]

.....em amar makruf memang mudah kan...tapi nahi mungkar ???
Hadis yang selalu disebut juga...

“Siapa yang melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu dengan hatinya (membencinya) . Akan tetapi, yang terakhir (membencinya) ini adalah keimanan yang lemah” [HR Muslim]

Sering kali kita melihat tapi ???..hanya mampu membencinya sahaja apabila berseorangan. ..hatta diri yang lemah & dhaif ini juga....

Oleh itu ana menyeru sahabat-sahabat seperjuangan sekalian untuk bersama-sama dengan menyertai gerakan, pencegahan couple di kampus....


Kita-bersama- sama bina kekuatan utk berusaha mencegah kemungkaran ini..


"Tegakkanlah dakwah dihatimu,nescaya akan tertegak dakwah dinegaramu"

Ruhul Jadid...

Wassalam....

~ Cinta Itu Fitrah ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk
meneruskan hidup ini walaupun sehari-hari kita semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dunia....Tapi kita perlu ingat..tujuan Allah jadikan manusia nie adalah untuk menjadi hambaNya yang beribadah kepadaNya,meyebarkan da'wah(amar makruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia dengan agamaNya. (khalifah)
Juteru wahai sahabat....semoga tulisan ini akan menjadi asbab untuk kita mendapat keb
erkatan dan keredhaan dari Allah...insyaAllah...

Jadi mengenai tajuk ini...memang ramai yang tertanya-tanya mengenainya...
apakah salah kita bercinta?? Bukankah ianya fitrah?? :)

ana cuba menulis ini berdasarkan sedikit pembacaan dan siri kuliah yang ana dengari.... smoga semua ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang sentiasa bermain difikiran para remaja/dewasa sekarang....

Baiklah...ISLAM ITU FITRAH..sama ngan title blog nie...hehe... Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Ad
alah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)


Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbu
lkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan untuk berkenalan sebelum berkahwin tetapi mestilah dengan islam = syariat :-)

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama lima tahu
n (student medic), selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jadi..semoga dengan pembacaan ini…kita dapat memahami waktu,tempat,keadaan dan keperluan untuk bercinta…fikirlah…carilah jalan yang paling sesuai untuk itu…Apa yang paling penting…jadikanlah ISLAM sebagai teras melakukan segala tugasan dunia…Sesungguhnya ISLAM itu syariat…syariat itu adalah cara…cara itu perlu kita ikuti agar kita tidak terbabas dalam memandu kehidupan dunia yang penuh cabaran dan keinginan nafsu…

Sekian…wassalam…

Mohamad Solehin B. Bakri

Medik 2 USMKK

msb_rg8@yahoo.com

Wednesday, November 12, 2008




~Forum 'Nikah Tunai'..Ape tu..??

Perasaan ingin dicintai,disayangi & perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah yang dijadikan oleh Allah kepada manusia...sesiapa yang menolak fitrah,sesungguhnya dia merancang untuk merosakkan kehidupannya...Islam merupakan agama yang suci dan fitrah yang mana menyekat segala bentuk kemungkaran dan mensyariatkan sesuatu penyelesaian sepertinya perkahwinan...

Sabda Rasullulah: 'Tidak ada kehidupan bersendirian/membujang dalam islam'

inilah antara sebab kita mesti memenuhi fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia.

Tentu ramai yang tertanya-tanya,apa yang dimaksudkan Nikah Tunai? ada ke nikah hutang?
untuk menjawab soalan ini,perlu diketahui apakah itu nikah? apa beza nikah & tak nikah?
nikah ini pada segi bahasanya adalah cantum dimana percantuman antara dua jantina yang berbeza..

Jadi,dalam forum ini...ahli panel yang terlibat adalah YB senator Hjh. Mumtaz Bt Mohd Nawi,Ahli dewan negara dan juga seorang peguam,yang ke-2 ialah Ust. Mohd Hasrizal B Abd Jamil @ saifulislam.com....mereka banyak menekankan tentang tatacara perkahwinan yang disyariatkan dalam islam dimana perkara itu memudahkan umat islam itu sendiri...

Banyak kes yang berlaku sekarang adalah lelaki yang tidak mampu berkahwin kerana wang,harta dan sebagainya,....inilah yang akan menyumbang kepada gejala-gejala yang tidak sihat menular dikalangan umat islam....
islam menggariskan suatu yang sempurna dan sangat memudahkan kita...

Isu yang timbul adalah isu mas kahwin yang terlampau tinggi dikalangan rakyat malaysia sekarang...setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza...ini semua adalah adat dan tidak sekali2 apa yang disyariatkan oleh islam...."Mas kahwin yang terbaik adalah yang termurah"..inilah antara kata-kata salah seorang ahli panel forum 'nikah tunai' ini...

Forum ini adalah suatu forum yg julung2 kali diadakan dan suatu diskusi ilmiah yang sangat bermanfaat bagi semua yang bakal membina sebuah rumah tangga...banyak persoalan-persoalan dikupas.antaranya seperti adat bertunang,batasan ketika bertunang...adat berkahwin dan sebagainya....
Di kampus sendiri..sterlampau banyak gejala ber'couple' diaplikasikan oleh siswa dan siswi..adakah ini juga Fitrah?? ya...perasaan itu merupakan fitrah..tetapi perlakuan ber'couple' itu telah menjadikan fitrah yang pada asalnya bertukar menjadi fitnah....na'uzubillah...

Jadi,ana tidak berniat ingin mengulas panjang tentang apa yang dibincangkan...secara keseluruhannya,kita sebagai masyarakat kampus perlu sedar bahawa gejala-gejala tidak sihat selalu sahaja berlaku disekitar kita...siapakah yang perlu menyedarkan mereka?? Adakah kita??...tanyalah iman kita masing-masing..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menegakkan agamaNya dimuka bumi ini....

InsyaAllah...

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2
msb_rg8@yahoo.com