~Antara Tadarus & Tadabbur~
Salam Ramadhan buat sahabat pembaca yang disayangi semua.
Bulan Ramadhan bukan sahaja digelar dengan bulan untuk umat Islam berpuasa, malah ia juga digelar syahrul Quran (bulan Al-Quran), sehingga tadarus Al-Quran sangat ditekankan kepada setiap Muslim. Maka tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba untuk membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya di bulan yang mulia lagi penuh berkat ini.
“Man, sekarang sudah 14 Ramadhan, sudah hampir separuh kita berpuasa. Berapa juzu’ Al-Quran yang kamu dah baca?” tanya seorang teman.
“Alhamdulillah, tak banyak pun. Buat masa ini tidak lebih lima juzu’ lagi,” jawab Man dengan tenang.
“Aii…tak lebih lima juzu’, kamu mengeja ke mengaji?!!” bicara teman itu lagi dengan nada perli.
Man hanya tersenyum, sememangnya dia kenal sungguh sifat kawannya yang suka ‘berkata-kata’ ini.
…..
Man teringat satu peristiwa di bulan Ramadhan suatu ketika dulu.
“OK, kita berhenti di sini,” bicara imam yang berpangkat pakcik itu.
Man agak terkejut dengan arahan imam tersebut. Baru saja mengaji beberapa muka surat, tidak habis pun lagi satu juzu’ sudah disuruh berhenti.
“Kenapa berhenti imam? Tak habis satu juzu’ pun lagi kita mengaji,” soal seorang makmum yang turut sama bertadarus malam itu.
“Tak mengapa, yang selebihnya masing-masing habiskannya di rumah. Malam ini kita buat perbezaan sikit. Kita sama-sama mentadabbur Al-Quran,” terang imam.
“Mentadabbur Al-Quran?”
“Ya, malam ini kita bukan sekadar mengaji dan mendengarkan bacaan ayat Quran sahaja, tetapi kita sama-sama meneliti, memahami dan mendalami Al-Quran.”
“Macamana tu imam?”
“Selama ini kita hanya bertadarus iaitu mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dibaca oleh orang lain. Malam ini, kita belajar Al-Quran iaitu belajar dari sudut tajwid, memahami terjemahan dan juga mendalami tafsir di dalamnya. Supaya kita tahu, asbabul-nuzul (sebab diturunkan ayat) sesuatu ayat itu atau pun kisah-kisah pengajaran di dalamnya,” terang imam dengan panjang lebar.
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran adalah surat-surat dari tuhan mereka. Pada malam hari, mereka selalu merenunginya, dan akan berusaha mencarinya pada siang hari,” tambah imam sambil memetik kata-kata Imam Hasan al-Basri.
Sebab itu, walaupun sudah 14 Ramadhan, Man masih lagi ‘mengeja’ dengan perlahan-lahan. Demi mengambil iktibar dan pengajaran agung yang terkandung di dalam setiap baris ayat dan juga surah. Sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah Azza wa Jalla untuk membaca Kitabullah (Al-Quran) dan mereka saling mempelajarinya kecuali sakinah (ketenangan) akan turun kepada mereka, majlis mereka penuh dengan rahmat dan para malaikat akan mengelilingi (majlis) mereka serta Allah akan menyebutkan mereka (orang yang ada dalam majlis tersebut) di hadapan para malaikat yang di sisi-Nya. [HR. Muslim]
Pernah seorang paderi memberitahu kepada kaumnya:
"Kita tidak perlu takut atau gentar dengan orang muslim kerana, walaupun ramai diantara mereka yang membaca kitab mereka iaitu Al-quran, bukan semua mereka memahaminya, kalaupun ada yang memahaminya,bukan semua akan menhayatinya, kalaupun ada yang menghayatinya, tidak semua yang mengamalkannya".
Ayuh sahabat semua, Al-quran adalah kalam Allah.Allah berbicara dengan kita melalui Al-quran. Berbicaralah kita denganNya dengan solat dan memahami Al-quran, tanpa faham kita hanya dapat berbicara tanpa merasa nikmat berbicara denganNya.
Pernah seorang paderi memberitahu kepada kaumnya:
"Kita tidak perlu takut atau gentar dengan orang muslim kerana, walaupun ramai diantara mereka yang membaca kitab mereka iaitu Al-quran, bukan semua mereka memahaminya, kalaupun ada yang memahaminya,bukan semua akan menhayatinya, kalaupun ada yang menghayatinya, tidak semua yang mengamalkannya".
Ayuh sahabat semua, Al-quran adalah kalam Allah.Allah berbicara dengan kita melalui Al-quran. Berbicaralah kita denganNya dengan solat dan memahami Al-quran, tanpa faham kita hanya dapat berbicara tanpa merasa nikmat berbicara denganNya.
"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"
2 comments:
Salam perkenalan.. salam Ramadhan..
O Alcorão!
Post a Comment