Tuesday, November 30, 2010

~Halaqah Ilmiiah~



Assalamu’alaikum w.b.t, insyaAllah Halaqah Ilmiah pada minggu ini membawakan tajuk

“Eat, Pray, & Love”

yang akan disampaikan oleh

Ustaz Mohamad Aziz Che Man

pada
1 Disember 2010 (Hari Rabu)
7.30-8.30 malam

di
Masjid Pusat Islam USMKK

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah semata-mata." Bagaimana kita mahu menjadikan hidup dan mati kita hanyalah untuk-NYA semata-mata?
Jom! Pakat datang ramai-ramai. Bersama kita mengimarahkan masjid disamping menambah ilmu di dada. Hebahkan kepada yang lain. Terima kasih~


Thursday, November 25, 2010

~Islamic History Taking~
[Let's Changed!!]

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah,setinggi kesyukuran kepada Allah atas umur yang semakin meningkat..pada hakikatnya,ia adalah semakin singkat..semoga sisa-sisanya dapat digunakan untuk kepentingan ummah..insyaAllah...


InsyaAllah,kali nia,ana nak berkonsi kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang medic tentang sesuatu yang boleh kita lakukan sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan pesakit di hospital..insyaAllah,kita gynakanlah medan ini untuk kita meluas lebarkan islam untuk manfaat Ummah..


Firman Allah didaam Al-Quran:


"Bekerjalah[menegakkan islam] mengikut kemahiran kamu...."


Jadi bolehlah kita amalkan satu sistem history taking untuk perawatan pesakit dihospital kita....

Modus pelaksanaan:
Tanpa mengetepikan aspek yang perlu

Here is some simple steps to add an Islamic touch to your clinical approach.

Paradigm Shift
Usually doctors were indoctrinated with a set of steps towards diagnosis. They tell you to:

a. Patient ID
b. History taking
c. Physical Examination
d. Investigation
e. Diagnosis
f. Management

As Muslim doctors, lets shift it like this:

a. Taaruf -as Islam teaches, this should be a session to get in your patients heart.
b. History Taking
c. Ibadah History
c. Physical Examination
d. Investigation
e. Diagnosis
 f. Spiritual Diagnosis
g. Tazkirah

-to a non-complient patient we tell them that treateing disease is part of Iman
-to a premarital pregnant mother, we tell them not to "dispose" the baby an not to repeat their mistakes
-etc
h. Management 

p/s: Islam=sejahtera :- Islamic History Taking bukan hanya untuk Muslim tapi untuk mereka yang mahu meyakini cara ini MENSEJAHTERAKAN.:)


Jadi,kita sebagai yang muslim..perlulah menjadi seorang yang soleh & musleh..justeru,sama-sama lah kita tukar paradigma ini agar kesejahteraan islam itu akan dirasai oleh setiap genap lapisan masyarakat....


Selamat Beramal...InsyaAllah!!










Mohamad Solehin Bin Bakri
Presiden,
Rakan Masjid USMKK 2010/2011



Wednesday, November 17, 2010

~Are Buddy - Lukisan Rindu~




Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya,
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku,
Hadir dari hati yang di himpit perasaan,
Dirimu ku rindu, oh kekasih Allah,
Walau kita tak pernah bersua,

Mengalir mutiara suci di pipi ku,
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu,
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah,

Ku harapkan rahmat Allah,
Ku harapkan syafaat mu,
Agar bisaku bersama mu,
Oh Rasulullah...

Ku baca sirah mu,
Ku hayati kata-kata mu,
Betapa indah akhlak mu,
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat,

Ku andaikan diriku,
Berada disisi mu,
Namun ku langsung terpana,
Betapa hinanya aku disamping mu,

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu pada mu,
Duhai Rasulullah,

Lukisan rindu pada mu,
Penuh berwarna.


Tuesday, November 16, 2010

~Selamat Menyambut Aidil Adha~


Bersamalah kita menghayati erti pengorbanan...

Nabi Ibrahim Menyahut wahyu Allah yang disampaikan melalui mimpinya supaya menyembelih anaknya ismail..

Siti Hajar akur dan pasrah dengan perintah Allah ketikamana Allah memerintahkan Nabi ibrahim menginggalkan siti hajar dan ismail ditengah padang pasir yang pastinya jauh dari orang ramai...

Apakah erti pengorbanan yang perlu kita maknakan??

"La budda!!... pastinya Perjuangan menegakkan ISlam...."

"Al-Islamu yaqlu,wa la yuqla a'laih"

"Salam AidilAdha"


Mohamad Solehin Bin Bakri & Keluarga


Saturday, November 13, 2010

~CEramah Mingguan~
[What Should I Do]



Assalammu'alaikum w.b.t

InshaALLAH, Rakan Masjid akan membawa anda sekali lagi menelusuri satu perjalanan ilmiah isu semasa.

Bertitik-tolak daripada Program "Sayangi Daku"

Kali ini, bersama Ustaz Ubaidillah A. Alias,
mengupas peranan2 kita dalam menangani gejala sosial kampus dan ummah.

Secara 'live' kami bawakan kepada anda,

"What should I Do?"

pada

14 November 2010

7.30 pm - 9.00pm
Surau Murni, USMKK

Ayuh, cakna peranan kita!!


Datanglah Beramai-ramai MEREBUT ilmu Allah....


Friday, November 5, 2010

~Berkawanlah Dengan Orang Soleh~


Bismillahirrahmanirrahim...


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..kita masih lagi dipanjangkan umur untuk kita memohon taubat daripada Allah swt... Sehari-hari,banyak masa yg dihabiskan..kadang2 kita x tahu pun apa yg ikta buat dengan masa-masa terluang yg kita ada...justeru wahai sahabat semua....marilah kita isikan masa yang ada dengan perkara-perkara yg sedikit sebanyak akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah dan memperolehi syurgaNya...InsyaAllah...


Sahabat pembaca sekalian,Kita harus berkawan dengan orang soleh kerana ini akan
mendorong kearah melakukan kebaikan, kerana kehidupan manusia sebenarnya
dipengaruhi oleh keadaan. Sentiasalah mendengar perkataan bijak pandai dan alim
ulama kerana dengan ini akan menghidupkan hati-hati manusia.
Allah menghidupkan hati manusia dengan nur hikamah seperti Allah
menghidupkan dan menyuburkan bumi yang gersang dengan air hujan. Hidupkanlah
hati dengan sifat keimanan, ketaqwaan dan redha kepada Allah. Selagi kita hidup,
selagi itulah manusia tak akan mampu dipengaruhi oleh perkara-perkara yang
merosakkan dan melalaikan. Seperti mana air laut yang masin tak mampu untuk
memasinkan ikan yang kecil selagi ikan tersebut masih hidup.
Janganlah kita leka dalam mencari harta dunia sehingga malalaikan kita dari
mengingati Allah. Harta adalah pinjaman sepertimana tetamu akan balik, begitu jugalah
harta yang dipinjam akan diambil balik oleh tuannya. Janganlah kita terlalu kasih
kepada barang yang tak kekal kerana kasih abadi hanyalah kepada Allah Taala.
Teman manusia ada tiga perkara :

1. Setakat halkum - dunia
2. Setakat kubur - anak-anak / keluarga
3. Padang Mahsyar – amalan

Ingatlah kita semua, tujuan Allah menciptakan manusia adalah untuk
mengabdikan diri hanya kepadanya. Manusia akan diuji dengan godaan dan
cabaran bagi menilai tahap keimanan hamba terhadap penciptanya. Antara
hikmah penciptaan manusia ialah :

1. Supaya manusia merasai nikmat hidup
2. Merasai nikmat Islam
3. Nak masukkan manusia ke dalam syurganya.

Kita akan masuk ke Syurga dengan nikmat dan kemurahan Allah bukan dengan
amalan yang kita lakukan di dunia ini hanyalah sebagai tanda terima kasih dan syukur
kita atas segala nikmat kurniaan Allah dan sebagai tanda taat dan patuh kepada
suruhan Allah.

Wallahualam...





Mohamad Solehin Bin Bakri
[msb_rg8@yahoo.com]


~Wahai Kekasih~




Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namunhati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.

Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kautempuhi jua.

Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.





Mohamad Solehin Bin Bakri
[msb_rg8@yahoo.com]