Wednesday, March 31, 2010

~Siapa Mustafa Kemal Ataturk??~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillahirabbil a’lamin,hamdan hamidin,hamdan syakirin..syukur kepada rabb Al-jalil..diatas karunianya yang tidak sedetik pun putus mencurahi hamba-hambanya..tidak wujud konsep tuan dan hamba yang mahukan kebaikan dan kesenangan untuk hambanya…tetapi bebeza dengan Allah…Tuhan yang sentiasa mahukan hambanya didalam kebaikan..ingatlah detik kita kepayahan..tidak ada tempat lain kita menangis memohon pertolongan melainkan kepada Allah..menangislah menghadapnya,Dia xkan pernah jemu malah makin dirindui insyaAllah…Allah sahajalah yang dapat mengubah sebesar-besar perkara dan juga sekecil-kecil perkara..segala kehendak kejadiannya adalah yang terbaik buat hamba-hambanya…

Ikhwan dan akhawat sekalian,

Setelah sekian lama kita ditadbir dengan pemerintahan secular di dalam Negara kita ini…hari ini ana ingin membawa sahabat-sahabat untuk mengetahui sejarah pemerintahan secular yang diasaskan oleh Mustafa kemal Ataturk..siapa sebenarnya kemal Ataturk ni?

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, "Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam". Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."


Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.


Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Permulaan system sekular (mengasingkan pemerintahan dengan agama) adalah suatu kehancuran kepada system islam…banyak Negara yang menggunakan system ini dalam system pentadbiran Negara.Diharap dengan post kali ini..akan membuka ruang lingkup pemikiran semua betapa keji dan hinanya system secular ini..wallahualam..


Friday, March 5, 2010

~Sungai Dalam Laut..KEBENARAN AL-QURAN~



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)

“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.” (Q.S Ar-Rahman:19)

“Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.” (Q.S Ar-Rahman:20)

“Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.” (Q.S Ar-Rahman:22)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membrane yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”.. Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 yang bermaksud: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika itu,dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Allahuakbar!!! Wallahu’alam….

P/s: Diambil dari sebuah laman sesawang.Semoga bermanfaat untuk kita kuatkan keimanan,insyaAllah..


Thursday, March 4, 2010


~QuRaNiC GeNeRaTiOn COOMING!!!!~



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t shbt2 semua
Sukacita ingin mewarwarkan satu lagi program yang insyallah besar manfaatnya bg diri kita khasnya dan umat umumnya..
under program QuRaNiC GeNeRaTioN de program2 yg tlh di rncg antnye..

CeRaMaH PeRdaNa Al-Quran& Sains
5hb March 2010 9.00pm
Dewan Utama
Penceramah - Dr Nasoha Saabin
Bayaran - Free


SeMiNaR FiQh PeRuBaTan
6 hb march 2010 8.30am-4.30pm
Dewan utama
Penceramah - Dr Daniel Zainal Abidin (Penceramah bebas
Ustaz Marzuk (HUSM)
Bayaran - rm10(pelajar),rm 12(staf/dewasa)


Talk 2012
11 march 2010 9.0pm
Dewan utama
Bayaran - Free


KaRniVal seNi Islam
12-13 March 2010
Kawasan Sekitar dewan utama
Insyallah pertandingan2 akn diadakn..tilawah,hafazan,nasyid..
Bayaran - Free


FoRuM BiCaRa hati; Nikah,ant adat dan syariat
12 March 2010 9.0pm
Dewan Utama
penceramah - Ustz fatah
Ustz Fadli
Dr Hafizah
Bayaran - Free


KoNseRt Nasyid; UNIC & Hafiz Hamidun
13 March 2010 8.30 pm
Dewan Utama
Bayaran - rm 8(student),rm 10(staf/dewasa)



Bersama Memeriahkan dan Menghayatinya!!..



Tuesday, March 2, 2010

"Mengangkasa Mahasiswa"


Tarikh : 6 mac 2010 (sabtu)
Masa : selepas maghrib
Tempat : Surau murni


Penceramah : Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim
(Pengarah UiTM Segamat)
-pakar peraukaunan
-penulis buku the best seller "Travelog Haji"
-penulis buku "Travelog Dakwah"
-penulis buku-buku motivasi