Sunday, December 25, 2011

~NEGARA BERKEBAJIKAN:TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA~

Image
Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.


Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara".  Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.


Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:  

1)    Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat 
       awam

2)    Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3)    Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and    
       human centric)

4)    Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5)    Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan 
       individu di galakkan

6)    Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7)    Rakyat sejahtera, negara makmur


Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.


Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.  Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.


Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal.  Ini  dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah  antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:
 

  1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran  pengajian)
  2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
  3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
  4. Menurunkan harga petrol dan gas.
  5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
  6. Melaksanakan akta gaji minima
  7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.
 



DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Saturday, November 26, 2011

~Perutusan Hijratur-Rasul 1433 Hijrah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS~


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ 
وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
– Surah al-Nisa’ ayat 100

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram.
Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya.

Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam.

Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai.

Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia.

Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.



Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Takbir!!! (Allahuakbar!)


Friday, November 25, 2011

~Awal Muharram: Amalan Doa Awal & Akhir Tahun~


Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi’I juga pernah menegaskan:
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, jom kita buat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, ana akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Fatwa-fatwa dan sumber dari ulama’-ulama’ luar negara selain nusantara telah diselongkar, hasilnya mendapati tidak ada apa-apa nas membenarkan perkara ini. Maka kata putus telah diambil bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah dan Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir

Ibnu Mas’ud pernah berkata yang bermaksud:
“Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).”

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
“Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.”

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Ana berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana doa tersebut mempunyai maksud yang sangat baik dan berdoa juga memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.” Hadis riwayat Muslim

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya diri ini hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam

Mohamad Solehin Bin Bakri




Friday, October 28, 2011

~ Bagaimana Kita Melayani Dosa?~



Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, hari ini Allah memberi kesempatan untuk mengupdate blog, maaf kepada pembaca yang tidak jemu-jemu melawati blog ini kerana jarang sangat ana mengupdate blog sekarang ni. InsyaAllah, semoga Allah terus memberi kekuatan dan menetapkan hati diatas jalan perjuangan. "Wahai tuhanku yang membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hatiku diatas agamamu, dan di dalam mentaatimu serta di atas jalan perjuanagn yang diredhai Mu." ameen..

InsyaAllah prkongsian kali ini berkisar tentang sikap kita sebagai manusia biasa melayani dosa yang kita lakukan. Sudah pasti sebagai manusia biasa kita pasti membuat dosa.Kita bukanlah maksum seperti Rasullullah,dan iman kita pula tidak sehebat iman para sahabat. Iman manusia “Yazidu Wa Yanqus” iaitu meningkat dan menurun.

Ana tidak mahu mengklasifikasikan dosa itu sebagai apa. Pada ana, cukuplah kita mengetahui dosa yang pernah kita lakukan.Maka, suatu soalan cepumas untuk kita semua. Apakah perasaan kita apabila melakukan dosa?

Bagi sebahagian manusia,mereka menganggap dosa itu hanyalah ibarat seekor lalat yang hinggap di batang hidung yang mana apabila dikuis, lalat itu akan terbang pergi begitu sahaja, lalu akan melupakan bahawa lalat pernah hinggap di muka.

Sambil lewa dengan dosa, begitulah layanan kebanyakan manusia terhadap dosa yang dilakukan. Ini merupakan suatu tanda kurangnya sensitivity kita dengan amaran yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Lebih teruk lagi terdapat pula manusia yang menghalalkan berbangga-bangga dengan perkara dosa yang mereka lakukan. Nauzubillah.

Ada yang berkata, “Alah, biasalah buat dosa sikit-sikit, kita bukan malaikat” Malah ada yang dengan mudah berkata, “Allah kan maha pengampun, nanti minta je ampun pada Allah”

Sepatutnya,kata-kata “Allah kan maha pengampun” itu digunakan oleh mereka yang bersungguh-sungguh dalam mencari keampunan-Nya,yang insaf dan berusaha untuk tidak kembali kepada perkara dosa,yang rasa sempit apabila melakukan perkara dosa sehingga terasa sesak dada bila memikirkannya. Lalu, untuk melapangkan jiwa,dia mengucapkan “Sesungguhnya Allah maha pengampun” sebagai tanda keyakinan bahawa Allah akan menerima taubatnya yang telah dilakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bukannya kita melafazkan “Allah kan maha pengampun” sebagai tiket untuk kita berfoya-foya dan bebas melakukan kesalahan yang menjerumus diri kedalam dosa.

Berkenaan dengan dosa, Bagaimana manusia memandangnya? Seperti yang dikatakan diatas tadi, dosa hanya dianggap seperti seekor lalat yang hinggap di batang hidung, dikuis ia pergi. Inilah agaknya pandangan kebanyakan manusia terhadap dosa yang menyebabkan ramai yang tidak jemu melakukannya.

Bagaimana pula pandangan orang yang beriman terhadap dosa? Pada pandangan ana ,manusia beriman dengan Allah dengan sebenar-benar keimanan akan merasakan bahawa dosa itu ibarat gunung yang menghempap ke batang hidungnya, bukan seperti lalat yang menghinggapi hidungnya. Cuba kita perhatikan kisah-kisah para abid,ulama’ dan orang-orang soleh yang mana mereka juga pernah melakukan dosa, tetapi bagaimana mereka melayani dosa mereka?

Cuba kita renung kisah Abu Dzar yang melakukan kesalah dimana memanggil Bilal Bin Rabah dengan panggilan anak hitam, lalu Bilal mengadu kepada baginda Rasullullah s.a.w lantas nabi bersabda, “Wahai Abu Dzar,sesungguhnya dalam diri kamu masih terdapat jahilliyyah.”

Apa agaknya yang dilakukan Abu Dzar? Dia terus meletakkan kepalanya diatas tanah,dan meminta Bilal bin Rabah r.a memijak kepalanya sebagai balasan. Takutnya dia akan dosa dan kesilapan yang telah dilakukan,walaupun dia adalah salah seorang sahabat Rasullullah yang hebat dan begitu banyak meriwayatkan hadis.

Tentu sahabta-sahabat pembaca sekalian pernah mengdengan suatu kisah seorang alim yang sentiasa membawa lilin bersamanya. Apabila dia terasa ingin berbuat dosa, maka dia akan menyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api. Apabila panasnya tidak tertahan dan kulitnya hamper terbakar lalu dia akan menarik semuala jarinya lantas berkata, “Wahai diri,jika engkau tidak mampu menahan api dunia,maka janganlah kau bermimpi hendak menyentuk api neraka”

Lihat, bagaimana mereka berinteraksi dengan dosa yang mereka lakukan?

Firman Allah:

“Maka sesiaa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya;dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). (Az-Zalzalah:7-8)”

Sebesar zarah?. Bagaimana agaknya sebesar zarah itu? Saiz bola? Saiz butir pasit? Bukankan zarah itu hanya dapat dilihat jika dilakukan pembesaran berganda menggunakan microskop? Aduh, sebesar zarah pun xkan terlepas dari pengetahuan dan balasan Allah.

Sahabat sekalian, Bagaimanakah kita melayani dosa yang kita lakukan? Apakah ibarat lalat yang hinggap di batang hidung atau ibarat gunung yang menghempap ?

Sungguh, jika kita memahami kondisi dosa, dan betapa besarnya ia,pasti kita akan menangis apabila kita mengetahui Allah masih sudi mengampunkan dosa kita yang terlalu banyak tetapi dengan syarat kita berusaha mendekati amalan-amalan yang membawa kepada taubat.


“Menanam Benih Untuk Akhirat, Maka Bekerjalah!”





Mohamad Solehin Bin Bakri
muslimin2@gmail.com/msb_rg8@yahoo.com

Sunday, October 9, 2011

~Adakah Kamu Tidak Berfikir??~

Klik gambar untuk imej yang lebih besar



Thursday, September 22, 2011

~Lari Dari Masalah?~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis dan berkongsi, mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini, akan dinilai baik disisi Allah s.w.t

Apabila kita memegang title sebagai seorang manusia yang mempunyai akal, nafsu dan iman, sudah pasti kita akan menerima ketentuan yang telah ditetapkan dan antaranya adalah Masalah. Dari masalah inilah membuatkan manusia berfikir dalam memcari jalan penyelesaiannya. Ada yang mengambil jalan baik, dan ada juga yang mengambil jalan sebaliknya sehingga kadang kala sampai sanggup mengorbankan nyawa sendiri.

Kenapa jadi begitu? ini kerana, kadang kala, apabila kita terbeban oleh sesuatu masalah, kita sering memikirkan jalan mudah supaya ianya selesai iaitu melarikan diri dari masalah tersebut. Adakah konsep ini benar dan baik??

Suka untuk ana berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian yang mana ana juga pernah merasakan untuk lari dari masalah. Waktu itu, terlalu banyak masalah bertimbun dihadapi oleh ana, sehingga sampai satu masa ana agak tertekan dengan masalah-masalah tersebut, etika itu apa yang ada dalam fikiran hanyalah "Bagaimana nak larikan diri dari masalah ini??"

Di waktu itu, ana sudah pun berhajat untuk meletakkan semua jawatan yang dipegang kerana merasakan bebanan yang dirasai itu adalah datang dari jawatan-jawatan tersebut. Akhirnya, ana berbual telefon dengan seseorang yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat kepada ana sejak ana di bangku sekolah, beliau terus memberi motivasi dan dorongan. ana masih ingat apa yang diperkata oleh beliau: "nta nak letak jawatan sebab masalah?? nta cuba renung, manusia yang selalu berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama akan semakin kuat, malah lebih kuat ombak itu, makin kuat lah otot tangannya kelak..."

Ketika itu, ana merasa seperti ada suatu sinar dan cahaya yang menerangi dan menenangkan. Sejak itu, ana terfikir,jalan yg terbaik bukanlah dengan melarikan diri daripada masalah, sebaliknya harus berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Pada hakikatnya, jika kita perasan, masalah tidak akan hilang dengan kita melarikan diri daripadanya. Walaupun mungkin pada ketika kita melarikan diri dari masalah itu, kita merasakan diri kita tenang, tetapi ana pasti, dihadapan kita ada kesan dari perbuatan kita tersebut. Mungkin makin bertambahlah masalah kita untuk masa akan datang.

Contohnya, sahabat-sahabat yang belajar di universiti, pasti kita akan diberikan homework oleh pensyarah-pensyarah kita. Kadang-kadang, terlalu banyak yang perlu kita siapakan sehinggakan kita rasa seperti x mampu nak buat, lalu kita mengambil keputusan untuk tidur saja tanpa menyiapkan homework tersebut. Mungkin kita akan berasa tenang dengan mimpi indah yang kita perolehi dalam tidur itu, tetapi cuba bayangkan, apa yang akan berlaku ketika bangunnya kita dari tidur keesokan harinya?? Homework yang bertimbun tidak siap, wajah pensyarah yang pasti akan memarahi kita di kelas kelak? dan mungkin hukuman yang akan kita terima atas homework yang tidak siap itu..

Jadi, apa yang boleh diseimpulkan disini adalah, melarikan diri dari masalah bukan menyelesaikan masalah, tetapi ia akan menambah masalah. Cuba kita fikirkan masalah yang kita hadapi itu adalah masalah negara atau tentang kehidupan kita, apa yang akan terjadi agaknya? Mungkin masalah yang kecil akan membesar dan membarah akhirnya... Tetapi, jika kita usahakan juga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi satu per satu, insyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mengurangkan beban masalah yang kita hadapi.

Pada pandangan ana, jika kita gagal dalam berusaha berbanding kita tidak berusaha langsung, maka tidak berusaha langsung itu adalah lebih teruk. Ini kerana, walaupun kebarangkalian untuk berjaya itu sangat-sangat lah kecil,tetapi kita kita cuba, pasti akan ada natijahnya, berbeza jika kebarangkalian untuk berjaya itu adalah sangat tinggi, 99.9%..tetapi kita tidak berusaha untuk menyelesaikannya, ana percaya dan pasti, 99.9% itu tidak bermakna langsung!. Tidak berusaha hanya akan menukar 99.9% kepada 0%.

Sahabat pembaca sekalian, ana pasti ramai yang pernah mendengan kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang . Sebagaimana yang dikisahkan selepas dia membunuh 99 orang, dia berasa insaf dan ingin bertaubah, oleh itu, dia memcari seorang alim ulama' untuk bertanyakan tentang hasratnya itu. Apabila dia bertemu dengan seorang ulama dan menceritakan apa yang telah dilakukannya, maka ulama' itu mengatakan yang dia tidak ada harapan untuk bertaubat, maka akibat marah, dia telah membunuh ulama' tersebut dan mencukupkan bilangan orang yang dibunuhnya seramai 100 orang. apa yang bagusnya, dia tidak berhenti disitu, dia terus memcari dan ditakdirkan dia bertemu dengan seorang lagi ulama' dan ulama' itu menyatakan bahawa keampunan Allah amatlah luas dan Allah pasti akan mengampunkannya.. Ulama' itu menunjukkan sebuah kampung yang tenang untuk pembunuh itu beruzlah untuk bertaubat..lslu lrlski itu terus mrnuju ksmpung itu untuk bertaubat. Di dalam perjalanan, dia telah dijemput oleh Allah, oleh kerana niatnya untuk bertaubat itu sudah dibuat,maka Allah telah memasukkannya ke dalam syurga walaupun dia belum lg sempat bertaubat.

Jadi, dari kisah itu banyak yang dapat kita pelajari, sebagai kesimpulannya, lari dari malah hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

Sekian, wasalam

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"

Friday, August 26, 2011

~Selamat Hari Raya Eidul Fitri~



Dari ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"


Tuesday, August 16, 2011

~Indahnya Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diberi kesempatan berkongsi cerita.. =)

kisah nie setiap tahun ana ceritakan kepada sahabat-sahabat semua apabila kita berada dibulan Ramadhan. Sebuah kisah menceritakan tentang seorang anak murid berguru dengan seorang alim ulama'. kisahnya:

Di suatu ketika selepas kelas

Murid: Ya syeikh, saya ingin bertanya satu soalan yang mengelirukan saya.
Ulama' : silakan. saya akan jawap apa yang saya mampu jawab.

Murid: Saya nak tanya, syeikh mengatakan bahawa Al-Quran menceritakan tentang setiap perkara. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Tetapi, setelah saya mengkaji keseluruhan isi Al-Quran, saya dapati x semua yang saya ingin tahu diberitahu oleh Al-Quran. Jadi apa bukti Al-Quran mengajar semua perkara kepada kita?

Syeikh: Tersenyum~ Apakah betul kamu sudah habis mengkaji tentang Al-Quran?
Murid: Benar, sudah...

Syeikh: Jika benar, apa yang kamu ingin tahu ini pasti ada di dalam Al-Quran. Oleh itu, kamu pulang dan kaji semula. (Sambil Tersenyum)

Selepas habis mengkaji semula Al-Quran

Murid: Ya syeikh, saya sudah kaji semula Al-Quran ternyata tidak ada apa yang saya mahukan itu.
Syeikh: ~Senyum~ Apa yang kamu cari? ak pasti ada di dalam Al-Quran.

Murid: Jika benar ada, Syeikh tunjukkan kepada saya ayat bagaimana nak buat 'ROTI'...
Syeikh: Owh, ayat nak buat roti ada didalam Al-Quran! bagaimana kamu tidak menjumpainya?

Murid: Tunjukkan lah wahai syeikh... saya mahu tahu...
Syeikh: inilah ayat yang mengajar kita membuat roti: "Fas'alu ahlaz-zikr in kuntum la ta'lamun" - "Bertanyalah kepada yang mengetahui (ahli dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui"

Murid: Errr...
Syeikh: Adakah tidak benar ayat itu?, Allh mengajar kita supaya bertanya kepada org yang mengetahui tentang sesuatu perkara jika kita tidak mengetahui. Maka belajarlah, pasti kamu akan tahu..

Hehe..cuba bayangkan jika Allah menperincikan sampaikan cara buat roti pun nak diajar detail, agaknye berapa tebal Al-Quran kita hari ini? yang ada pun kita x habis-habis mengaji..btol?

Moral Value:

1. Al-Quran diturunkan kepada kita lengkap selengkap-lengkapnya!
2. Allah menekankan untuk belajar dan mengajar.
3. Al-Quran Adalah hujah.
4. Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah merujuk kepada Al-Quran hinggalah kepada urusan memilih pemimpin dan mentadbir negara.

Sekian, mudahan beroleh manfaat dari penulisan ini.

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!





Saturday, August 13, 2011





~Antara Tadarus & Tadabbur~

Salam Ramadhan buat sahabat pembaca yang disayangi semua.
Bulan Ramadhan bukan sahaja digelar dengan bulan untuk umat Islam berpuasa, malah ia juga digelar syahrul Quran (bulan Al-Quran), sehingga tadarus Al-Quran sangat ditekankan kepada setiap Muslim. Maka tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba untuk membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya di bulan yang mulia lagi penuh berkat ini.

“Man, sekarang sudah 14 Ramadhan, sudah hampir separuh kita berpuasa. Berapa juzu’ Al-Quran yang kamu dah baca?” tanya seorang teman.
“Alhamdulillah, tak banyak pun. Buat masa ini tidak lebih lima juzu’ lagi,” jawab Man dengan tenang.
“Aii…tak lebih lima juzu’, kamu mengeja ke mengaji?!!” bicara teman itu lagi dengan nada perli.
Man hanya tersenyum, sememangnya dia kenal sungguh sifat kawannya yang suka ‘berkata-kata’ ini.
…..
Man teringat satu peristiwa di bulan Ramadhan suatu ketika dulu.
“OK, kita berhenti di sini,” bicara imam yang berpangkat pakcik itu.
Man agak terkejut dengan arahan imam tersebut. Baru saja mengaji beberapa muka surat, tidak habis pun lagi satu juzu’ sudah disuruh berhenti.
“Kenapa berhenti imam? Tak habis satu juzu’ pun lagi kita mengaji,” soal seorang makmum yang turut sama bertadarus malam itu.
“Tak mengapa, yang selebihnya masing-masing habiskannya di rumah. Malam ini kita buat perbezaan sikit. Kita sama-sama mentadabbur Al-Quran,” terang imam.
“Mentadabbur Al-Quran?”
“Ya, malam ini kita bukan sekadar mengaji dan mendengarkan bacaan ayat Quran sahaja, tetapi kita sama-sama meneliti, memahami dan mendalami Al-Quran.”
“Macamana tu imam?”
“Selama ini kita hanya bertadarus iaitu mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dibaca oleh orang lain. Malam ini, kita belajar Al-Quran iaitu belajar dari sudut tajwid, memahami terjemahan dan juga mendalami tafsir di dalamnya. Supaya kita tahu, asbabul-nuzul (sebab diturunkan ayat) sesuatu ayat itu atau pun kisah-kisah pengajaran di dalamnya,” terang imam dengan panjang lebar.
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran adalah surat-surat dari tuhan mereka. Pada malam hari, mereka selalu merenunginya, dan akan berusaha mencarinya pada siang hari,” tambah imam sambil memetik kata-kata Imam Hasan al-Basri.
Sebab itu, walaupun sudah 14 Ramadhan, Man masih lagi ‘mengeja’ dengan perlahan-lahan. Demi mengambil iktibar dan pengajaran agung yang terkandung  di dalam setiap baris ayat dan juga surah. Sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah Azza wa Jalla untuk membaca Kitabullah (Al-Quran) dan mereka saling mempelajarinya kecuali sakinah (ketenangan) akan turun kepada mereka, majlis mereka penuh dengan rahmat dan para malaikat akan mengelilingi (majlis) mereka serta Allah akan menyebutkan mereka (orang yang ada dalam majlis tersebut) di hadapan para malaikat yang di sisi-Nya. [HR. Muslim]


Pernah seorang paderi memberitahu kepada kaumnya:


"Kita tidak perlu takut atau gentar dengan orang muslim kerana, walaupun ramai diantara mereka yang membaca kitab mereka iaitu Al-quran, bukan semua mereka memahaminya, kalaupun ada yang memahaminya,bukan semua akan menhayatinya, kalaupun ada yang menghayatinya, tidak semua yang mengamalkannya".


Ayuh sahabat semua, Al-quran adalah kalam Allah.Allah berbicara dengan kita melalui Al-quran. Berbicaralah kita denganNya dengan solat dan memahami Al-quran, tanpa faham kita hanya dapat berbicara tanpa merasa nikmat berbicara denganNya.

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"


Wednesday, August 10, 2011

~Tazkirah 10 Ramadhan pertama~



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, kita sekarang berada dibulan RAMADHAN.. Maaf lama x update blog.. InsyaAllah dikesempatan yang ada, ana menulis untuk berkongsi sedikit sebanyak TAZKIRAH RAMADHAN.. Firman Allah:


" Berilah Peringatan, Sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang-orang yang  bertaqwa"


Sebenarnya semua peringatan ini sudahpun ana post di akaun Facebook ana : http://www.facebook.com/profile.php?id=546390758 . Ini merupakan pengumpulan semula tazkirah-tazkirah harian tersebut. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan usaha kecil ini, Allah akan memberikan Rahmah dan Magfirah.


1 Ramadhan:
     
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ                      


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"

Inilah bulan Ramadhan, yang penuh dengan rahmah.Ia menjadi pesta ibadah kepada orang-orang yang TAMAK kepada ganjaran Allah s.w.t. Oleh itu, sama-samalah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

2 Ramadhan:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [متفق عليه]

"Sesiapa yang mendidikan (malam ramadhan) dengan keimanan dan mengharap ganjaran Allah, akan diampunkan olehNya semua dosa-dosanya yang lalu"


Ini merupakan suatu TAWARAN hebat daripada Allah kepada kita semua di bulan yang khusus ini, dimana Allah menjanjikan keampunan daripada segala dosa-dosa lalu yang telah kita lakukan. Ini merupakan suatu yang besar wahai sahabat-sahabat semua..Ayuh kita rebut!!

3 Ramadhan:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم َرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ



‘Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu kebaikan dan kebaikan itu digandakan sepuluh sepertinya. Aku tidak berkata ‘alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘laam’ satu huruf dan ‘miim’ satu huruf.’

[Hadith riwayat al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh beliau]

Sahabat, lihatlah betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Allah terlalu mahu memberi kita kebaikan. Bukan sekadar memberi, malah menggandakan apa yang ingin diberi. Sahabat, tidak ada penguasa yang beria-ia nak memberi kebaikan selain diminta. Walau diminta pun, kadangkala yang akan diberi pun tidak akan sama seperti yang diminta. Inilah Rahmat Allah, sifat Ar-rahimnya yang khusus untuk kita umat Islam sangatlah tidak terhitung. Oleh itu sahabat semua,sekali lagi REBUTLAH!!

4 Ramadhan:

Berdoalah! Kerana doa itu senjata mukmin.. Kita berdoa memohon sesuatu daripada Allah bukan bererti Allah tidak mengetahui apa yang kita hajati… Tetapi,doa merupakan suatu bentuk pengabdian diri.oleh itu… abdikan lah diri kepada sang pencipta supaya kita mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat

Sahabat, Allah memiliki sifat 'Sami'an" "Basiron" "A'liman".. Allah mengetahui setiap apa yang ada didalam benak fikiran hati perut kita, tidak ada satu daun pun yang jatuh kebumi yang Allah tidak tahu, inikan pula manusia yang dijadikan olehNya dengan sebaik-baik kejadian. Allah mahukan yang terbaik untuk kita semua, Dia sentiasa memberikan perkara yang diperlukan oleh kita dan bukannya perkara yang dimahukan oleh kita. Oleh itu, Mintalah kepadaNya, nescaya Allah akan perkenankan. Tidak didunia, Akhirat kelak PASTI!!

5 Ramadhan:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Pesanan Rasulullah kepada kita harus kita titik beratkan kerana ianya merupakan wahyu daripada Allah untuk kita semua. Bilamana kita berpuasa, bukan beerti kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja,ia tidak memadai untuk mendapat ganjaran yang Allah akan berikan. Hendaklah kita melakukan yang terbaik agar setiap ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah s.w.t. Islam sangat mementingkan silaturrahim dan keharmonian. Itulah sebabnya islam melarang kita dari mengatakan perkara yang jahat,keji dan kotor kerana ianya hanya akan merosakkan keharmonian dan silaturrahim antara kita semua. Rasullullah bersabda bahawa dengan puasa sepatutnya akan menjadikan kita orang yang SABAR. Puasa adalah IBADAH, adakah pantas untuk kita melakukan sesuatu yang keji dan kotor sedangkan kita sedang beribadah. Analoginya, Kita sedang SOLAT, pada masa yang sama kita menonton filem lucah. Teruk sangatlah kita jika begitu!!

6 Ramadhan:

"Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di dlm Surga itu terdapat pintu yg dinamakan Ar-Rayyan.Org yang b'puasa akn masuk melalui pintu t'sebut pd Hari Kiamat kelak.Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka.Kelak akn ada pengumuman:Di manakah org yg b'puasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.Setelah org yg terakhir dr mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali.Tiada lagi org lain yg akan memasukinya" [B-M]

Syurga merupadan sesuatu yang diidamkan oleh semua manusia. Bukan hanya muslim sahaja yang menginginkannya, tetapi mereka yang tidak bersama kita juga mahukan syurga. Mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka.ameen. Sahabat sekalian, Allah menjanjikan sesuatu yang luar biasa untuk kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. Syurga yang disediakanNya, dibina pula satu pintu KHAS untuk mereka yang berpuasa, masyaAllah sahabat-sahabat, betapa berianya Allah ingin mamasukkan kita kedalam syurga. Dia yang menciptakan syurga, kemudian dia beria-ia  nak memasukkan kita kedalamnya. Besarnya rahmat Allah untuk kita. Analogi yang ana nk berikan, cuba kita bayangkan seorang kaya, beliau ingin membina suatu mahligai yang sangat indah, setelah disiapkannya, beliau mengajak semua rakan-rakan, jiran-jiran dan orang ramai untuk masuk kerumahnya itu, dan beliau berpesan, "buatlah rumah ini seperti rumah sendiri, jika hendak berada disini selama-lamanya pun xpe, makan lah apa yang ada, jika perkara yang kamu nak itu tidak ada, mintalah, akan aku belikan dan berikan kepada kamu." MasyaAllah, agak-agak ada ke orang begini? Ketahuilah sahabat, Allah adalah begitu!! Dia mahu berikan yang terbaik untuk kita sebagai makhlukNya.. Allahuakbar!!

7 Ramadhan:

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Seperti yang ana katakan diatas, islam merupakan agama keharmonian dan silaturrahim, segala perkara yang jahat, keji dan kotor hanya akan merosakkan keharmonian dan silaturrahim kita sesama makhluk. Puasa merupakan IBADAH, adakah kita 'tegar' melakukan perkara maksiat didalam Ibadah? Nauzubillah.

8 Ramadhan:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Imran:133)

Ini merupakan TAWARAN hebat oleh Allah kepada kita semua...di bulan ramadhan nie,kita jangan hanya mengejar tawaran hebat di supermarket dan mall saja...sedangkan tawaran hebat dari Allah untuk diberikan SYURGA kpd kita semua sikit pun kita x pandang.. Sesungguhnya Allah SAYANG sgt kat kita semua...Ayuh, fastabiqul Khairat!!!!

9 Ramadhan:

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Allah menciptakan sesuatu berpasangan. Apabila Dia menciptakan syurga, Dia juga menciptakan Neraka. Bukan bermaksud Allah tidak menyayangi makhluknya, tetapi makhlukNya yang engkar dan tidak bersyukur. Penciptaan neraka pada hakikatnya adalah untuk keadilan. Allah bersifat maha ADIL. Analoginya, didunia kita melihat orang yang jahat melakukan kerosakkan dan penganiayaan,sehingga akhir hayatnya dia tidak mendapat kesusahan pun malah nikmat diberikan terus-menerus. Adakah Allah adil jika tidak menciptakan neraka untuknya? Adakah patut dia yang menganiayai kita semasa didunia harus bersama kita yang baik dan soleh disyurga kelak?. Ketahuilah bahawa kehidupan didunia hanyalah seperti sebuah filem. Didalam sebuah filem, kita melihat heronya mati, tetapi yang jahat terus bermaharajalela dengan nikmat. Ana yakin, kita yang menonton rasa nak bakar je TV ataupun panggung kerana ending nya begitu. Dan ana juga PASTI, penerbit akan menghasilkan sambungan filem itu supaya yang jahat akan menerima balasan yang selayaknya, dengan itu, penonton akan berasa puas dan gembira..betol? =) itulah analogi kehidupan dunia dan kehidupan selepasnya (Akhirat)

10 Ramadhan:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabut:002)

Ramai daripada kita yang apabila diuji berasa tertekan dan terus bersedih..ketahuilah bahawa ianya bentuk ujian yang sengaja Allah berikan kepada kita untuk melihat tahap keimanan dan kesabaran kita..sesungguhnya, peringkat SABAR yg tertinggi adalah sabar ketika menerima ujian atau musibah.. RAMADHAN mengajar kita...

InsyaAllah, setakat ini dulu untuk kali ini, nantikan sepuluh hari ramadhan yang berikutnya dengan tazkirah-tazkirah lain. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk menjalankan ibadah RAMDHAN di hari-hari berikutnya.

Didalam sebuah hadith:

"Bulan Ramadhan itu, diawalnya adalah Rahmah, dipertengahannya adalah Magfirah, dan diakhirnya adalah pembebasan daripada api neraka" (Hadis ini merupakan hadis yang dhaif pada sifatnya oleh kerana perawinya)

Salam Ramadhan Kareem!

"Menanam Benih Untuk Akhirat, Maka Bekerjalah!"







Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
muslimin2@gmail.com

Wednesday, July 13, 2011

~Menangani Fenomena Literalis Agama~



Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.

Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

DIPUKUL DAN DIRAMPAS
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.

Di Malaysia, kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat. Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?

Di manakah sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.

Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara.
Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).

Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!

HURAIAN
Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.
Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa.

Maka, konteks hadis sudah berbeza.  Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah.

Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?” Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.

Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa.

Sedangkan Nabi s.a.w “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

ERTI PEMERINTAH
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut: “ ... jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendakhlah kamu damaikan keduanya ... ” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bugha itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fenomena literalis boleh mengelirukan!

Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.