Wednesday, July 29, 2009

~Program Kajian Komuniti Dan Kes Keluarga~


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...lama benar rasanya ana tidak menulis di blog ana nie...antara faktor menyebabkan ketidak sempatan ana adalah kekangan masa yang mana banyak pekerjaan yang lebih aula yang perlu diutamakan berbanding meluangkan masa untuk menulis....Tetapi,dengan perancangan yang telah diatur oleh pemilik tubuh hati nurani ini...ana diberi kesempatan pagi ini (1.22 am) untuk mencoretkan sedikit pengalaman kesibukan pada diri ini...

Sebelum itu,suka untuk ana mengingatkan diri ana dan sahabat pembaca sekalian yang mana tabiat manusia sekarang..yang senantiasa menggunakan alasan sibuk untuk melarikan diri dari melakukan kerja-kerja dakwah khususnya dan pekerjaan bersifat masyarakat amnya....disini perlulah diketahui,di dalam kehidupan harian kita..kesibukan akan sentiasa hadir sebagai peneman diri kita...jika kita bijak untuk mengaturnya..segalanya akan selesai dengan jayanya...jika sebaliknya...itulah yang seringkali menjadi 'pengganggu' dalam proses menjalani kehidupan harian kita...


sahabat sekalian...hidup kita tidak akan lengang dengan kesibukan....jangan kita jadikan alasan sibuk untuk kita mengelak kerja-kerja yang memerlukan khidmat kita...oleh itu...perlulah kita sentiasa bermuhasabah agar kita sentiasa dapat mencermin diri supaya dapat memperbaiki diri kita seharian disamping kesibukan yang sentiasa meneman...


Melihat kepada tajuk post kali ini adalah mengenai program KKKK yang wajib disempurnakan oleh semua pelajar perubatan USM...ini merupakan program wajib yang menyumbang sebanyak 10% dalam peperiksaan akhir fasa 2 untuk pelajar perubatan dan pergigian..jadi,nak x nak..semua WAJIB melaksanakannya dengan hati terbuka dan gembira..hehe


Disini..ana suka nak berkongsi dengan sahabat semua apa yang telah dilalui sepanjang program ini berlangsung...untuk pengetahuan...ia masih lagi diperingkat 50% kerana kami perlu menghabiskan sebanyak 4 residensi untuk menyempurnakan program ini....jadi,disini ana just nak berkongsi dengan sahabat tentang apa yang telah dilaui..insyaAllah...

Kerja untuk menjalankan program ini sangat memerlukan komitmen dari semua ahli pbl group ana...bermula dari perbincangan untuk masuk kampung buat kali pertama...membuat kaji selidik di kampung...pulang semula ke kampus untuk menanalisa data-data...itulah yg sering mendatangi kehidupan kami kali ini....untuk pengetahuan..minggu hadapan,kami semua akan meneruskan program ini..di mana,kami akan mengadakan suatu program 'Gaya Hidup Sihat' yang akan dijalankan di kg. Air Tawar,Kuala Besut,Terengganu...sekarang merupakan fasa persediaan untuk program tersebut..boleh dikatakan..semua group pbl sekarang sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan persediaan untuk group masing2..ada yang sibuk mencari sponsership...yang sibuk mengecat banner dll...semua yang dilakukan tidak dapat dinafikan memerlukan kerjasama di kalangan semua ahli group pbl masing...kadang kala...ia menguji,kadang kala diri memuji,kadang kala lelah menanti,kadang kala pelbagai perkara menghantui,kadang kala bantuan diberi dan dalam berkumpulan...apa yang akan melancarkan program adalah apabila masing-masing mempunyai sikap 'kerja dicari'....



sahabat pembaca sekalian....memang banyak yg dapat kita pelajari dari program ini...dari sudut diri sendiri,integriti,kepimpinan,keterbukaan,ketelusan dan yang paling penting adalah keikhlasan....jadi,ana berharap,kepada semua sahabat 3rd year...marlah sama-sama kita jadikan program ini sebagai satu medan untuk kita mendapatkan dan mempelajari semua itu agar kita akan lebih tersedia untuk membantu masyarakat kelak..insyaAllah...

Sebagai akhir kata,perlulah diingatkan bahawa...setiap yang kita lakukan haruslah berpaksikan kedapa yang haq dan menentang kebatilan...boleh jadi..dengan banyaknya kita bergaul dengan kawan kita yg tidak muslim di dalam group masing-masing,ia akan menjadi medan dakwah kita kepada mereka..boleh jadi dengan banyaknya kita bergaul dengan rakan kita yang muslim,akan menjadi medan pengislahan kita....oleh itu,gunakanlah masa ini untuk sama-sama kita pacu diri masing-masing kearah perkara tersebut agar segala apa yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah dengan nilaian yang terbaik....Apa yang penting? keberkatan hidup dijalan tarbiah dan dakwah....semoga kita sama-sama terpilih untuk memilikinya..insyaAllah...

p/s: nantikan laporan program kkkk yang akan menyusul selepas ini.... =)

Mohamad Solehin Bin Bakri,
msb_rg8@yahoo.com

.

Wednesday, July 22, 2009


~Di Golongan Manakah Kita Wahai PEMUDA?~



Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama-tamanya dan selama-lamanya,marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah Rabbul a'lamin diatas kurnia taufiq,hidayah,rezeki,umur,pangkat,kemewahan,kesihatan,kepintaran,kewarasan,kebahagiaan dan sebagainya yang sudah pasti tidak akan dapat dihitung oleh kita semua.Perlulah kita sedar bahawa,tidak ada suatu perkara pun dalam dunia ini tidak bersangkut dengan islam..Islam itu syumul...segalanya berkaitan dengan ISLAM..oleh itu...jadikanlah islam sebagai cara hidup harian kita agar segala yang kita lakukan akan diberkati dan diredhai Allah..insyaAllah...

Jika dilihat pada ‘product’ pemuda pemudi kita, sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.

1. Golongan yang terus iltizam dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah.

2. Golongan yang sekadar hadir dalam aktiviti-aktiviti Dakwah & Tarbiyah.

3. Golongan yang tidak lagi ‘bersama kita’

4. Golongan yang melihat dan menilai kita lalu melihat terlalu banyak kelemahan yang ada pada kita lalu membentuk Toifah lain ( sisters/ liberal dsbg.) atau bergabung diri dengan Toifah lain.

Malangnya golongan pertama terlalu sedikit, mungkin segan kalau kita nak sebutkan tak sampai 10 peratus tetapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima. Pemuda dan perubahan Sebenarnya penggerak Dakwah diperingkat awal pengutusan Rasulullah SAW kebanyakannya terdiri dari pemuda-pemuda contohnya: Saidina Ali, Mus,ab, Saidina ‘Uthman dan lain-lain.

Dakwah juga cepat diterima dan berkembang di Madinah dan hebat mendapat tentangan di Makkah juga kerana faktor pemudanya. Penduduk Makkah dikuasai oleh golongan tua yang sukar meninggalkan pegangan lama mereka. Manakala Madinah pula majoriti yang menguasainya adalah pemuda kesan dari peperangan antara puak Aus dan Khazraj yang berlangsung hampir 200 tahun yang telah mengorbankan ramai generasi tuanya dan meninggalkan pemuda-pemuda sebagai pewaris mereka.

Abdullah Nasih ‘Ulwan pernah menyebut:

“Di sebalik keagungan ilmu dan ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi pemudalah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat mengkagumkan sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berJihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...”



Dan beliau juga menyebut:

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”

Pemuda dan kemudaannya. Berbalik kepada persoalan asas yang dibincangkan; kenapa begitu sedikit yang dapat terus istiqamah dengan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah. Persoalan ini mungkin terjawab dengan kita mengenali siapakah pemuda dan apakah pengisian yang sepatutnya berlaku pada tempoh umur ini.

Zaman muda ialah suatu zaman yang cukup bergejolak, agresiff, bertenaga, cita- cita yang tinggi, keazaman yang kental dan semangat yang membara. Inilah keadaan pemuda di setiap zaman. Namun yang berbeza mungkin persekitaran yang ada disekitar mereka.

Pemuda-pemuda kita hari ini tidak banyak terikat dengan tanggungjawab, membesar dalam kemewahan dan kesenangan hidup, segala yang dihajati dicapai dengan mudah. Mungkin inilah yang membezakan kita dengan pemuda-pemuda Kahfi, pemuda Madinah dan pemuda awwalun yang lain.

Sekian,Wassalam....





Monday, July 20, 2009

~KISAH HAMZAH MEMELUK AGAMA ISLAM~




Walaupun menurut salasilah,Hamzah adalah seorang bapa saudara, usianya tidak beberapa jauh berbeza dengan Muhammad Salawatu Alai Wasalam. Ia merupakan bapa saudaranya yang paling muda. Di kalangan para pahlawan Quraisy ia termasuk salah seorang jaguh yang paling ditakuti selain Umar Al Khatthab. Ketangkasan dan kekuatannya bahkan dianggap dapat mengimbangi sejumlah pemuda Quraisy yang memeluk agama Islam pada masa itu. Pada masa Hamzah yang masih merada dalam puak Kaum Musyrikin, Abu Jahal merasa kuat dan berani menghina, mengejek dan menyeksa bekas anak buahnya yang telah menjadi pengikut agama Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam.

Namun, Hamzah adalah Harah, putera Abdul Mutthalib. Meskipun dengan ayah Muhammad Salawatu Alai Wasalam tidak seibu, kerana dilahirkan dari isteri Abdul Muthalib yang bernama Halah, sedangkan Abdullah dari isteri tua bernama Fatimah, rasa kekeluargaan Hamzah dengan Muhammad Salawatu Alai Wasalam sangat hampir. Apatah lagi ia bukan sahaja menjadi bapa saudara, bahkan juga sebagai saudara sesusuan, sebab sewaktu kecilnya pernah menjadi anak asuh Thuwaibah dan Halimatus Saadiyah, yang juga menyusui Muhammad semasa bayinya.

Dari itu, dapat dibanyangkan alangkah berang dan cemasnya ketika Salma (hamba kepada Shafiyah binti Abdul Muthalib) datang kepadanya lalu berkata-kata dengan nada tersekat-sekat,"Wahai Hamzah,Abu Amarah..gelaranmu adalah Biang Kemarahan..maka engkau pasti amat murka bila menyaksikan bagaimana si terkutuk Abu Jahal,Biang Kebodohan itu menyeksa anak saudaramu Muahammad dengan sewenang-wenangnya.?"

Muka Hamzah mendadak merah. Sebab sudah seringkali didengarnya keganasan Abu Jahal terhadap anak saudaranya itu. "apakah kamu menyaksikan sendiri Abu Jahal menganiayai Muhammad??"

Budak perempuan itu mengangguk."Demi ALLAH, tidak ada perbuatan yang lebih buruk daripada tindakan Abu Jahal kepada Muhammad pagi tadi."

"Kurang ajar!?" teriak Hamzah tanpa berfikir bahawa dia dan Abu Jahal berada dalam satu puak seagama, sedangkan Muhammad dari puak seagama yang lain."Ceritakan kepadaku apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Muhammad??"

Salma lantas berkata, "semasa itu Muhammad sedang duduk bersendirian di kaki Bukit Shafa. Tiba-tiba Abu Hakam,si Abu Jahal itu, mendatanginya dan memaki-maki dengan cacian yang kotor. Muhammad cuma diam, tidak membalas sepatah pun. Abu Jahal bertambah naik geram. Ia meraup pasir dan dan menaburkannya kewajah Muhammad. Anak saudara engkau itu masih tidak melawan. Abu Jahal semakin menjadi-jadi. Ia mengambil tahi binatang dan melemparkannya kepada Muhammad. Oleh kerana apa yang dilakukannya tidak sikitpun dilawan oleh Muhammad, Abu Jahal mengangkat dan memukul Muhammad, lalu memijak-mijak kepalanya. Sungguh, saya tidak sampai hati melihatnya lebih lama. Andaikata saya seorang lelaki, walaupun umpamanya saya ini bukan pengikut Muhammad, pasti Abu jahal sudah saya heret dan saya lakukan kepadanya seperti yang dilakukan kepada Muhammad. Ohh, Laknat ALLAH kepada Abu Jahal.?"

Salma kemudian menangis tersedu-sedu, membuat Hamzah bagaikan terpijak bara api. Nafasnya berdengus-degus. Dia tidak peduli siapa lagi Abu Hakam si Abu Jahal dan siapa Muhammad. kalau begini, tidak ada golonganku dan golonganmu. Sebab yang tercuit adalah hati nurani dan rasa naluri kemanusiaan disakiti. Jangankan Muhammad keluarganya sendiri. Seandainya Muhammad itu orang lain, atau unta yang tersesat dari pergunungan terpencil, siapa pun pasti akan murka mendengar perbuatan Abu Hakam yang sewenang-wenang itu.

Maka Hamzah berdiri sambil menggenggam pangkal pedangnya, dan menyelempangkan anak panah serta busurnya. Dengan langkah yang panjang-panjang ia bergegas menuju ke Kaabah. Ia menduga, Abu Jahal pasti sedang berbual di sana.

Betul. Si Biang kebodohan itu sedang dikerumuni oleh sejumlah konco-konconya. Mereka merupakan pengikut-pengikut yang selalu mengiakan hampir semua ucapan Abu jahal. Tanpa menyampaikan salam seperti biasanya, Hamzah terus mengherdik Abu Jahal,"Hai cencurut! Betulkah kamu baru saja mencerca Muhammad dan menyeksanya??"

Abu Jahal menggigil mencium kemarahan Hamzah yang meluap. Seluruh anak buahnya tidak bergerak. Mereka sedar, yang dapat mengalahkan kehandalan Hamzah dalam mengumbar kemarahan hanya Umar Al Khatthab. Yang lain-lainnya cuma macam tikus berhadapan dengan serigala saja.

"Katakan sejujurnya. Sebab, kalau kau berani buat begitu kepada Muhammad, beerti berani pula menentang Hamzah. Katakan!!" teriak Hamzah sambil menusukkan hujung anak panahnya ke leher Abu Jahal. Pemimpin kaum musyrikin bertambah kecut.

Dengan sisa-sisa keberaniannya, akhirnya Abu Jahal menjawab lirih,"sabar sebantar, wahai Biang Kemarahan. Anak saudara engkau itu sudah keterlaluan. Ia membodoh-bodohkan nenek moyang kita. Ia menyatakan para keturunan kita telah tersesat, menyembah berhala-berhala. Ia telah menyebarkan agama baru yang menyebabkan masyarakat Quraisy berpecah belah. Bukankah seharusnya engkau pun berbuat yang sama kepada Muhammad??"

Hamzah mendengus, "Emm, aku sendiri bahkan mempunyai fikiran yang sejalan dengan Muhammad. Kalian sangat bertuah, menyembah-nyembah patung yang tidak punya daya apa-apa. Saksikanlah, sejak sekarang aku berikrar TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH MELAINKAN ALLAH dan NABI MUHAMMAD ITU MEMANG BENAR UTUSAN ALLAH.?"

Semua yang mendengar kenyataan ini mendadak terbelalak. Mereka tidak mneyangka Hamzah akan bersikap sejauh itu. Mereka hendak melolos pedang dan mengeroyok Hamzah, tetapi Hamzah si Singa Gurun itu menusukkan mata anak panahnya keleher Abu Jahal sampai darahnya mengalir deras.

Salah seorang pengikut Abu jahal masih ada yang berani bersuara, "Hamzah. Engkau telah tersihir oleh anak saudara mu itu.Sungguh lancang. Engkau berani meninggalkan agama nenek moyang engkau. Bakal terkutuk engkau!?"

"Kutuklah aku sesuka hatimu. Aku tidak takut. Yang aku takuti sekarang adalah laknat ALLAH" jawab Hamzah dengan suara yang lebih lantang dan sikap semakin garang. "Sesiapa yang berani melarang aku mengikuti agama Muhammad, siapkan kepandaian dan senjatamu sebelum kubantai menjadi berkeping-keping."

Tidak ada yang berani mencuit lagi. Abu Jahal menyuruh mereka diam. Lalu, mereka menoleh, mereka meninggalkan Kaabah setelah hamzah melepaskan anak panahnya dari leher Abu Jahal. Darah masih menitis dari luka-luka di leher Abu Jahal. Darah itu adalah darah aniayanya terhadap nilai-nilai kemanusiaan, yang menggugat hati nurani Hamzah sehingga ia mampu menginsafi kedunguan dan kebodohannya selama ini, yang telah mengikuti agama yang keliru lagi sesat.

Hayati kisahnya....wallahualam

.

Saturday, July 18, 2009


~Program Ceramah Isra' & Mikraj~

Assalamualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kerana masih lagi diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang hina dimuka bumi ini...sesungguhnya,kehidupan yang panjang itu bukanlah suatu ukuran untuk kita menjadi manfaat kepada ramai...sepertimana yang di sebut oleh As-syahid Syed Qutub:

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek...Bermula dari hari kelahirannya dan tamatlah ketika maut mengundang..Akan tetapi,bagi mereka yang hidup untuk PERJUANGAN,usianya panjang sepanjang PERJUANGAN itu bermula dari hari adam diciptakan dan akan berakhir tatkala DIA (yakni ALLAH) memusnahkan alam..."

Disini ana ingin mengajak seluruh warga kampus khususnya dan seluruh masyarakat Islam amnya untuk bersama-sama menghadiri program ceramah sempena isra' mikraj yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 21 Julai 2009

Hari: Selasa

Masa: 8.00 Malam - 9.00 Malam

Penceramah: Ustaz Zainuddin Bin Che Ismail.

Tempat: Surau Murni USMKK


Disini ana sertakan sekali sedikit sebanyak biodata Penceramah yang akan memberi ceramah pada program ini.

Nama : Ustaz Zainuddin bin Che Ismail

Pendidikan Awal : Sekolah Menengah Ugama (Arab) At-Thahiriyah Rantau Panjang

: Maahad Muhammadi Pasir Mas

: Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu

: Nilam Puri

Menyambung ke : Universiti Al-Azhar BA Hons. Usuluddin Pejabat Pentafsir

: Diploma Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Mengambil Kursus di : Jami’ah As-Saudi

Pengalaman Kerjaya : Ditawarkan sebagai pensyarah di UiTM Shah Alam

: Guru MRSM Pasir Tumboh

: Maktab Gaya Kota Kinabalu Sabah

: Memilih mengajar di Maahad Muhammadi (Lelaki)

: Berkhidmat di pelbagai sekolah

: Sekarang pengetua di Maahad Muhammadi (Lelaki)




Program Anjuran: Unit Dakwah & Perhubungan Rakan Masjid USMKK.


Mohamad Solehin Bin Bakri,

msb_rg8@yahoo.com