Monday, March 21, 2011

~ Selamat Dipermulaan,Bagaimana Penghujungnya?~





Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrah...
Alhamdulillah,puji-pujian kehadrat ilahi yang menjadikan alam cakerawala serta bumi serta segala isi kandungannya,selawat dan salam keatas nabi junjungan,Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan usaha dakwah dan tarbiyyah yang dilakukan oleh baginda,kita semua memiliki 2 nikmat yang sangat-sangat besar dan bermakna yakni Islam dan Iman. Setiap kali kita 'inspired' and 'exspired' udara Allah, setiap kali itulah bnikmat allah masuk kedalam tubuh badan kita,yang menyebabkan kita masih hidup diatas muka bumi ni. oleh yang demikian,ana menyeru kepada sahabat semua,ayuh kita jadikan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki ini untuk kita tingkatkan keimanan kita dengan meningkatkan ibadah kita seharian.

Dunia pada akhir zaman dan ketika ini nampak semakin dikuasai oleh orang-orang bukan islam. yahudi terutamanya. Islam pada ketika ini nampak semakin lemah dek pertelingkahan yang tidak berkesudahan.. 'sunni dengan syiahnya'. 'hamas dengan fatahnya'. dan sebagai lagi.. perjuangan para pendakwah dalam menyebarkan islam kian hebat cabarannya dek kerana kemasukan budaya hedonistik yang semakin menular di negara kita.

Hidup sebagai seorang da'ie atau pendakwah tidak dapat tidak bakal dan akan berdepan dengan cabaran dan dugaan.. bukan semua mampu menghadapinya. hanya yang kuat iman dan keyakinannya pada ALLAH mampu menangkis segala macam cabaran ini.

Antara cabaran2 yang bakal dan dihadapi oleh dai'e :

1) Mencari rezeki
Terkadang dakwah kita terbantut dek kerna mencari rezeki.. terlalu sibuk pada dunia sehingga lupa pada tanggungjawab dakwah kita. padahal tika di sekolah dlu di kampus, kitalah yang selalu memberi tazkirah dan pelbagai kerja2 dakwah kita lakukan. Namun pabila sudah bekerja, jadual terlalu padat, on call, kita kadang2 merasa berat atas kerja2 dakwah ini lantas sebahagian dari kite meninggalkannya.

2) Isteri, anak2 dan suami
Masalah ini tidak dapat tidak mmg akan muncul pabila telah berkeluarga. Andai isteri kita seorang yang memahami, maka alhamdulillah tiada masalah bahkan dia lah yg bersama2 kita atas jalan ini sehingga akhirnya. Namun andai isteri bukan jenis yang memahami, ditambah dengan kehadiran cahaya mata membuatkan ramai dari kita tidak mampu meneruskan jalan dakwah ini.

3) Suara-suara penghalang
Perkara ini lebih kepada kehidupan kita sebagai mahasiswa. utk berubah dan meneruskan jalan dakwah itu bukan mudah. Kadang2 datang suara2 penghalang yang melemahkan semangat dan kekuatan kita. apatah lg suara2 itu datang dari orang2 yang kita rapat dan sayang.. contoh kepada suara2 penghalang: "baik gile budak ni...", "awat rajen benor hang ni buat kerja-kerja ni"

Dan kepada semua permasalahan ada jalan penyelesaiannya.. atas kita para pendakwah samada ingin menyelesaikannya atau membiarkannya merebak ke seluruh jiwa kita bak end stage malignant cancer.
Sahabat semua,
Antara penyelesaian yang boleh kita diambil adalah :

a) Kembali kepada ALLAH
Hal ini kerana ALLAh yang mencipta kita dan hanya kepadaNYA selayaknya kita bicara atas seluruh masalah yang melanda.. perbanyakkan amalan2 sunat di samping yang wajib.. moge ALLAH lembutkan dan tetapkan hati kita atas medan perjuangan ini.

b) Sedaya upaya ikhlaskan diri
Benar, bukan mudah utk mengikhlaskan diri atas kerja yang ganjaran dunianya belom pasti kita peroleh. Namun andai kita yakin atas ganjaran akhirat yang ALLAH kurniakan pada sesiapa yang thabat atas jalanNYA, insya ALLAH segala yang kita lakukan hanyalah ikhlas kepadanya.. ikhlas ini sangat sukar digambarkan. umpama semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada hari yang sangat gelap. begitulah gambaran ikhlas..

c)Tetap dan bekerja dalam kumpulan (jemaah)
Tidak dapat tidak hidup ini perlu kepada persatuan@jemaah. kerna tidak mampu andai kita bekerja sendirian.. mana mungkin piramid giza dibina oleh hanya seorang insan. perlunya pada persatuan atau jemaah salah satu sebabnya adalah kerna perlu ada penerusan ilmu. andai kata kita bersendirian, pabila malaikat maut datang menjemput, siapa yang akan mewarisi ilmu2 kita?
Sebagai akhirnya, moga ALLAH tetapkan hati2 ini yang telah berbai'ah sejak sebelom melihat dunia ini utk berdakwah tetap pada jalanNYA. andai ada beribu macam dugaan menimpa, ingat, kata2 yang selalu diucap oleh zainab al-ghazali al-jubaili :

"cukuplah ALLAH sebagai penolongku "

ALLAH sntiasa bersama hamba2nya..




MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)



Sunday, March 20, 2011


~Kerahkan Potensimu Untuk Islam~


“… Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu, kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:94)

Apa yang sedang kamu perbuat wahai pemuda pemudi Islam saat ini, kelmarin dan hari mendatang? Apa yang sedang kamu sembangkan hari ini, semalam dan hari mendatang wahai putera puteri Islam? Wahai syabab dan nisa’, apa yang kamu sibukkan hari ini, semalam dan hari esok? Beringatlah akan pesanan Allah SWT dalam surah At-Taubah di atas. Kehidupan ini bukan sekadar bicara urusan peribadi dan duniawi, tetapi sebagai pemuda, bicara kita adalah bicara masa depan Islam, kata kita adalah momentum praktikal Islam dalam kehidupan, kerja kita adalah kerja besar memenangkan dakwah. Sibuk kita adalah meraih pahala tanpa batas. Yang mana satu kualiti anda wahai pemuda pemudi Islam?

Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam


Ayuh pemuda pemudi Islam, bergerak ke hadapan dan tinggalkan kemalasan. Kita adalah nadi kebangkitan umat. Kemalasan adalah faktor terbesar dari diri kita yang telah begitu lama membuat kita lalai dan terbuai. Padahal tiap detik yang kita lalui akan selalu tercatat dalam kitab amalan kita. Akan ada masa pertanggungjawaban, siapkah kita ,apa yang akan kita katakan saat Allah SWT bertanya untuk apa masa mudamu digunakan?

Senyum dan berbahagialah wahai saudaraku ‘Imaad Aql dan Khalid Zeir. Kamu berdua pemuda akhirat, menyedarkan kami apa erti pemuda berani. Anda kenal mereka? Kedua pemuda tersebut merupakan komandan batalion ‘Izzudin Al Qassam” yang dikehendaki dan telah syahid pada usia 26 tahun, dibunuh oleh tentera Yahudi Israel dengan berdas-das tembakan. Berapa umur anda saat ini? Saat anda pernah berusia 26 tahun, apa yang telah anda lakukan untuk umat dan agama ini? Jika anda bakal menempuh umur 26 tahun, apa yang akan sedang anda perjuangkan saat itu?

Mencontohi Amal ‘Imaad Aql

‘Imaad Aql lahir pada 9/6/1971. Namanya ‘Imaad di pilih oleh keluarganya sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, ‘Imaduddin Zanky. Pada Rabu 24 November 1993 di perkampungan Syaja’yyah sebelah utara Gaza, sekitar 200 pasukan tentera Israel lengkap dengan senjata canggih dan kostum anti peluru, diiringi beberapa helikopter tentera telah mengepung beliau.Namun beliau tidak gentar. Beliau sempat berbicara kepada 2 orang temannya:

“Inilah saat yang paling tepat untuk menyumbangkan seluruh kemampuan jiwa dan ragaku di jalan jihad, sebuah jalan yang telah aku lalui selama bertahun-tahun, jalan kemuliaan yang menjadi pilihanku sejak kecil. Kematian di jalan ini insyaAllah akan mengantarku ke pintu syurga.”

Ternyata Allah SWT mengabulkan impiannya. Dengan deretan 60 buah kenderaan tentera Israel dan deruan sejumlah helikopter tentera yahudi mengepung beliau, pesta pembantaian oleh musuh-musuh Allah ini tercetus. Mereka begitu dendam dan hasad atas keperwiraan dan keberanian ‘Imaad ‘Aql.

‘Imaad ‘Aql akhirnya syahid. Sekitar 70 peluru bersarang di tubuh badannya, termasuk di bahagian kepala dan wajahnya. Ternyata tenteta-tentera kera itu tidak pernah puas membantai ‘Imaad ‘Aql, mereka merobek dan menghancurkan sisa tubuh perindu syurga Allah itu dengan keji. Bumi Gaza untuk sekian kalinya bermandiakan darah syuhada dan menyaksikan kehebatan, keberanian dan ketinggian iman pahlawan yang bernama ‘Imaad ‘Aql.

Ibunda ‘Imaad ‘Aql mengatakan bahawa beliau tidak mampu mengenali anaknya yang sudah hancur berkeping-keping. Dia hanya mampu memeluk bahagian kaki anaknya sebagai perpisahan terakhir. Lebih dari 5000 pemuda Palestin mengiringi jenazah ‘Imaad ‘Aql saat menuju ke tanah perkuburan al-Manazhir. Kesyahidan ‘Imaad ‘Aql membangkitkan perasaan kemarahan penduduk Palestin. Mereka bangkit melawan pasukan Yahudi sehingga merebak ke seluruh bandar Gaza.

Firman Allah SWT:

“Golongan terdahulu dan awal di kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lama. Itulah kemenangan yang besar.” (at-Taubah: 100)
Apa Yang Kita Perjuangkan

Inilah secebis kisah perjuangan ‘Imaad ‘Aql. Beliau sekadar mengulangi sejarah kesyahidan para sahabat Rasulullah SAW sebelumnya. Beliau mengajarkan kepada kita di era moden ini, kehidupan bukan sekadar bersukaria , duduk bersantai-santai dan bersenang lenang bicara yang yang remeh temeh sebagaimana yang dinikmati oleh pemuda Islam hari ini. Kehidupan bagi seorang pemuda muslim yang sebenar adalah sama sebagaimana apa yang telah Rasulullah SAW dan para sahabat RA teladankan kepada kita, mempertahankan kesucian Islam. Para pemuda di zaman Rasulullah SAW mempersiapkan diri mereka dengan iman dan taqwa dan segala kekuatan yang dimiliki untuk memperkuatkan Islam.

Peranan dan fungsi kita di era moden ini juga adalah sama sebagaimana yang telah dicontohkan oleh para sahabat Rasulullah SAW, apatah lagi setelah umat kehilangan khilafah Islam pada tahun 1924. Malangnya umat seperti kehilangan jatiditi dan nilai perjuangan. Nilai perjuangan mereka hari ini berkisar sekadar memenuhi keperluan peribadi semata. Sudah ribuan dan jutaan graduan muslim menamatkan pengajian mereka, sudah ribuan ulama, teknokrat dan profesional dilahirkan, namun umat Islam seperti kelemasan dan kehilangan tiang penguatnya. Ke mana perginya mereka ini semua?

Hari ini kita melihat kehidupan kita dan tuntutan Islam terpisah seolah-olah kehidupan kita berada di satu lembah manakala tuntutan perjuangan dakwah dan mempertahankan Islam berada di satu lembah yang lain, Islam berada di suatu lembah manakala umat Islam berada di suatu lembah yang lain. Kesannya, Islam dan umat Islam menjadi sasaran musuh. Ustaz Sa’id Hawwa ada menyatakan:

“Kita dapati Islam dan kaum Muslimin menjadi sasaran musuh luar dan dalam…”

Begitulah berjayanya musuh-musuh Islam khususnya mempengaruhi generasi muda, mengasingkan jiwa umat dengan perjuangan dan tugas asasi kita. Semua ini berpunca dari kelemahan umat memelihara kebersihan Aqidah mereka. Aqidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat pengaruh sistem kehidupan bukan Islam yang mengarah kepada kecintaan dunia semata. Sedangkan da’wah Rasulullah SAW mengajak kepada aqidah yang soheh, hidup dan berfungsi. Aqidah yang menerima Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb. Menerima HakimiyyahNya. Menerima Deen-Nya serta mendaulat dan mempertahankannya di sepanjang hayat.

Umat kelihatan seperti telah meninggalkan sebahagian dari tuntutan Al Quran dan mengambil hanya yang disukai oleh hawa nafsu. Firman Allah SWT:

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” (al-Baqarah: 85)

Sedangkan hakikatnya kita perlu menghayati dan melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam kehidupan dan tiada pengasingan atau pemisahan dalam mana-mana aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” (al-Baqarah: 208)

Proses Kembali Matlamat Kehidupan

Mari kita proses kembali matlamat kehidupan kita dengan melaksanakan tarbiyah (didikan) Islamiyah yang benar untuk melahirkan muslim yang serasi dan komited dengan Islam. Muslim yang berkerja untuk Islam sepanjang hayat. Muslim yang memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang dimiliki para sahabat Rasulullah SAW. Muslim yang menjadi rijal dan mujahid yang mukhlis. Muslim yang terikat dengan akhirat. Muslim yang merasai Ukhuwwah Fillah. Muslim yang menjadikan kerjayanya sebagai medan untuk menguatkan Islam. Muslim yang membina keluarganya sebagai baitul dakwah yang akan melahirkan pewaris dakwah Ilallah.

Didikan (Tarbiyah) yang dijalankan di atas asas Iman akan melahirkan kesungguhan di dalam kerja-kerja da’wah. Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna RA menyatakan:

“Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan memasukkan da’wah di hati sahabat-sahabatnya Generasi Awal ialah menyeru mereka supaya beriman dan beramal. Kemudian dihimpun hati mereka dengan penuh kasih sayang dan persaudaraan, mereka berhimpun di atas kekuatan aqidah dan kekuatan kesatuan, maka jadilah mereka jamaah contoh yang semestinya terjulang kalimah dan da’wahnya, memperolehi kemenangan walaupun ahli-ahli bumi seluruhnya tidak menyetujui dan menentang mereka.”

Ini barisan muslimin yang bangkit sebagai du’at. Mereka mengislah diri mereka dengan tarbiyah iman dan berda’wah kepada keluarga serta masyarakat agar kembali kepada Islam sebagai satu-satunya Deen yang Allah redha. Inilah model kita, inilah perjuangan dan halatuju kita, inilah standard dan petunjuk aras (KPI) kehidupan kita.

Menegakkan kembali Deen Allah SWT adalah amanah Qubra (besar) dan taklif Rabbani. Generasi pemuda yang memilih jalan dakwah dan perjungan Islam, andalah yang harus memikul amanah dan taklif ini kerana pemuda biasa yang telah menjadikan dunia untuk dicintainya, tidak mampu memikul tugas besar ini. Kehadiran pemuda yang mencintai jalan dakwah ini akan menguatkan umat kerana kita adalah salah seorang daripada pejuang aqidah yang bertanggungjawab menjaga antara ribuan penjuru-penjuru Islam yang perlu dikawal dan dipertahankan agar musuh tidak dapat menceroboh

Bersama-samalah kita memikul tugas yang mulia ini. Mentarbiyah diri dengan tarbiyah Islamiyah dan mengajak manusia kepada Allah SWT. Kata Ibnul Jauzy:

“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda”.






MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI





Saturday, March 12, 2011

~ CINTA Fitrah Manusia~


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,puji-pujian kehadrat ilahi yang menjadikan alam cakerawala serta bumi serta segala isi kandungannya,selawat dan salam keatas nabi junjungan,Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan usaha dakwah dan tarbiyyah yang dilakukan oleh baginda,kita semua memiliki 2 nikmat yang sangat-sangat besar dan bermakna yakni Islam dan Iman. Setiap kali kita 'inspired' and 'exspired' udara Allah, setiap kali itulah bnikmat allah masuk kedalam tubuh badan kita,yang menyebabkan kita masih hidup diatas muka bumi ni. oleh yang demikian,ana menyeru kepada sahabat semua,ayuh kita jadikan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki ini untuk kita tingkatkan keimanan kita dengan meningkatkan ibadah kita seharian.


Bila berbicara tentang CINTA, ramai diantara kita yang bersemangat untuk mengikuti diskusi itu, mengapa ianya terjadi?Cinta seorang laki-laki kepada wanita dan cinta wanita kepada laki-laki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , yaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan pikiran dan fizikalnya.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar Rum ayat 21)

Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , karena kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram.Cinta mengandung segala makna kasih sayang , keharmonisan , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka , lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fizikal saja. Ketertarikan secara fizikal  hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya.Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan kepribadian dengan akhlak yang baik.Islam adalah agama fitrah karena itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dijaga , dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahwa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.

PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA



"Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan" (Sunan Ibnu Majah)

Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajiban bagi yang mampu.Dan bagi insan manusia yang saling menyintai pernikahan seharusnyalah menjadi tujuan utama mereka.
Karena itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan agama sangat dicela oleh islam.Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara fizikal , dan bukan pula pembenaran terhadap perilaku yang dilarang agama.Karena hal ini bukanlah cinta melainkan sebuah lompatan nafsu yang besar saja yang akan segera pupus.Karena itu cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.

Percintaan tanpa didasarkan oleh tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh agama.Kerana batas antara cinta dan nafsu syahwat pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah tipis sehingga pernikahan adalah sebuah ubat yang sangat tepat untuk mengubatinya.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai pemersatunya.Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini.Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu dimana kedua orang yang saling menyintai itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berbagi hidup baik suka mahupun duka.

Renungkanlah…


Wasalam..






MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI
msb_rg8@yahoo.com




Wednesday, March 9, 2011


~Peristiwa Thaif:Bekalan sepanjang jalan dakwah~

Peristiwa ini berlaku tidak lama selepas Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan tercinta,Siti Khadijah dan Abu Talib.Rasulullah s.a.w bertambah sedih apabila mengenangkan sepanjang 10 tahun dakwahnya berlansung,hanya 70 orang yang menjadi pengikut.Apakah Allah sengaja menambah kesedihan demi kesedihan kepada seorang kekasih yang dicintaiNya?Tentu sekali tidak..Allah ada rencanaNya..


Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku mengadukan kepadamu akan kelemahanku dan penghinaan orang terhadap diriku, wahai Tuhan Maha Pengasih dari sekalian manusia. Kepada siapakah Engkau ingin menyerahkan, diriku ini? Apakah Engkau akan menyerahkan diriku kepada musuh-musuhku yang akan membinasakanku, ataupun kepada seorang yang bertimbang rasa yang dapat menimbangkan perkaraku. Tetapi jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak menghiraukan semua itu, selain belas kasihanmu itu lebih banyak yang aku harapkan. Aku berlindung kepadamu demi ZatMu yang mencetuskan cahaya yang dapat menghapuskan segala kegelapan, dan yang mana digantungkan padanya segala urusan dunia dan akhirat, agar tiadalah turun ke atas diriku ini kemurkaanmu, atau menempat pada diriku kebencianmu, bagimu segala rupa keridhaan sehinggalah Engkau meridhai, dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah saja! (Majma'uz-Zawa'id 6:35)


Sabda Nabi S.A.W di atas merupakan doa yang sungguh menyayat hati tatkala baginda keluar dari Thaif dan singgah sebentar di sebuah kebun anggur milik Utbah dan Syaibah. Ketika itu baginda merasakan perasaan duka dan lara yang memenuhi hatinya kerana penduduk Thaif menolak sama sekali da’wah baginda kepada mereka. Bahkan tolakan mereka diikuti pula dengan cercaan dan maki hamun serta lemparan batu kepada baginda dan Zaid bin Haritsah yang menemani baginda. Di sini diperlihatkan satu bentuk mehnah psikologi dan mental yang amat berat buat baginda sehinggakan baginda S.A.W. dalam satu hadith riwayat Al-Bukhary dengan sanadnya dari Urwah bin az-Zubair daripada Aisyah r.a menyatakan bahawa ia merupakan saat yang paling berat dalam hidup baginda. Di dalam teks Raheeq Makhtum diceritakan bagaimana penduduk Thaif dari golongan hamba sahaya, anak-anak kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori beliau sehingga tiba ke kebun anggur itu, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar Thaif sambil mencaci dan melemparkan batu kepada baginda dan Zaid.
  




Pada ketika itu dikisahkan terumpah baginda yang basah dengan lelehan darah sedang Zaid bin Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi Rasulullah S.A.W. Dakwah baginda di Thaif ini merupakan satu contoh daripada sirah baginda yang luas bagaimana manusia sanggup bertindak dalam menentang da’wah islam yang mengakui kekuasaan Allah S.W.T dan segala ruang lingkup kehidupan yang berteraskan kebenaran akidah islam. Demikianlah keadaan baginda dalam usahanya untuk menyampaikan risalah islam kepada umatnya. Baginda menempuhi tribulasi yang hebat namun baginda tetap bersabar dan tidak pernah sekalipun berputus-asa melainkan terus menerus memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan kekuatan kepadanya.


Beginilah karakteristik yang ditonjolkan oleh Nabi S.A.W kepada umatnya yang ingin membawa dan menyambung usaha da’wahnya di muka bumi ini. Atas kesedaran yang jelas bahawa tugas ini adalah tanggungjawab setiap individu muslim dalam apa jua keadaan dan situasi, haruslah usaha dan kefahaman itu dialurkan dengan pace da’wah Nabi S.A.W. serta segala sunnahnya dalam da’wah. Itulah langkah da’wah yang panjang tetapi asli, langkah yang jauh tetapi pasti. Secara terusnya, dapat kita ambilkan sebagai pengajaran akan sikap Nabi yang tidak menyetujui akan cadangan malaikat Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meratakan Akhsyabaini


Sebaliknya baginda mengharapkan agar Allah S.W.T mengeluarkan dari kalangan mereka yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Di dalam keadaan baginda yang kesedihan dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka. Itulah satu bentuk pemikiran yang ideal bagi para da’ie yang ingin memperjuangkan kalimah syahadah di muka bumi ini. Tindakan Rasulullah ini merupakan satu bentuk tindakan yang memaparkan rasional Rasulullah yang tetap berfungsi dalam keadaan yang mana emosi baginda terganggu. Inilah yang diperlukan dalam diri da’ie; rasional dalam apa jua keadaan, selari dengan sabda baginda S.A.W  untuk umatnya tidak mengikut hawa nafsu.


Begitulah yang dimahukan oleh baginda bagi mereka yang mendukung agama Allah ini agar senantiasa memupuk rasa belas kasihan kepada mereka yang tidak memahami agama ini dan agar kita terus menerus memohon dari Allah agar kebaikan dikeluarkan dari sisipan kezaliman dan kejahilan mereka.Kata-kata baginda di dalam doa tersebut merupakan kata-kata yang mengharapkan redha Allah semata-mata. Kata-kata yang menggambarkan kelemahan manusia serta rayuan dari kekuasaan Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih agar menghulurkan kekuatan dan keteguhan iman. Doa tersebut juga menggambarkan kebergantungan Rasulullah S.A.W kepada kurniaan dan afiat Allah S.W.T. serta harapan yang menggunung tinggi agar tidak dimukai Allah S.W.T.

Beginilah kehendak Allah S.W.T daripada hamba-hambanya agar merasakan kelemahan diri yang hina ini di hadapan kekuasaan Allah S.W.T yang mana disampaikan daripada perbuatan Rasul-Nya. Tatkala tiba di kata-kata , tergambar satu bentuk perasaan dan pemikiran yang secara terang-terang menyerlahkan peribadi Nabi S.A.W yang ikhlas kerana Allah, tanpa mengharapkan apa-apa melainkan redha Ilahi. Di sinilah  terpancarnya satu sifat yang amat penting buat para da’ie yakni ikhlas kerana Allah, redha dengan segala tribulasi dan ujian asalkan Allah S.W.T tidak murka kepada diri kita. 

Di sini juga Rasulullah menunjukkan himmah dan keazaman yang tinggi dalam menyebarkan agama islam yang suci ini. Haruslah bagi kita yang ingin membawakan agama ini menyedari bahawa jiwa, perasaan suka-duka, dan diri kita ini adalah untuk membawa amanah yang besar ini, amanah yang tidak sanggup dipukul oleh bumi dan gunung-ganang melainkan manusia yang zalim lagi bodoh. Segala usaha kita hanyalah untuk menggapai redha-Nya dan atas setiap musibah yang menimpa, kita juga turut redha dengan kehendak Allah S.W.T.Perkara pokok yang harus disedari oleh para da’ie adalah jalan da’wah in itidka pernah lengang dan sunyi dari ujian dan dugaan. Inilah jalan yang sukar tapi pasti. Oleh kerana itulah harus disemai sifat rela berkorban, bermula dengan kehendak dan himmah yang tinggi dari dalam diri demi tertegaknya kalimah syahadah di segenap pelusuk muka bumi.

Itulah pengorbanan jiwa dan fizikal yang dipaparkan oleh Rasulullah dalam kata-katanya itu. Ini selaras dengan kata-kata Imam al-Banna,

Seseorang yg mengorbankan harta, darah dan semua nafasnya utk membela akidah yg di yakininya, dan ia menjalani kehidupannnya kerana akidahnya itu. 

Di dalam Fiqhus Sirah karangan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti, beliau menyatakan: 

Di dalam do’a restu baginda ke hadrat Ilahi ketika baginda berehat dan penat lelah di pokok-pokok di dusun anak-anak Rabi’ah nampak sekali kelemahan dan keperluan manusia kepada pertolongan Ilahi dan inilah pengakuan kehambaan manusia kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin; Di dalamnya juga menampakkan pengaduan RasuluLlah kepada Allah Subhanahu Wataàla di samping merestui pertolongan dan kurniaannya, juga terbayang kegelisahan apakah ini suatu kemurkaan dari Allah kerana sesuatu perintah yang telah terlanggar. Oleh yang demikian di antara do’a restu baginda

“Sekiranya ini tidak mendapat murka maka tidaklah hamba hiraukan”. 

Di sini digambarkan oleh Sa’id Ramadhan al-Buti bagaimana Rasulullah mengajarkan kepada umatnya untuk mengakui kehambaan kepada Allah S.W.T. dan kebergantungan dengan-Nya seperti yang dibincangkan sebelum ini.

HEBATNYA UJIAN BAGINDA....10 TAHUN BERDAKWAH,HANYA 70 ORANG PENGIKUT..TAPI PERNAHKAH BAGINDA BERPUTUS ASA..?

p/s:Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


Saturday, March 5, 2011

~Menari? Yang mana HALAL dan Yang mana HARAM??~
 
 


Menurut dari kitab "Fatwa Menempuh Kehidupan Moden" karangan ulama' besar muktabar termasuk syeikh yusof al-Qaradawi...

ISLAM ialah agama yang sederhana dan tidak menyukai perbuatan melampau atau kealpaan.Islam tidak melarang orang mendapatkan hiburan.Akan tetapi islam menyediakan peraturan yg mengatur hiburan.Pada waktu yang sama,Islam tidak menerima apa jua jenis hiburan yg mengandungi sesuatu yg haram malahan,yang membawa kepada kelakuan haram juga ditolak oleh Islam.

Menari boleh antara perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki.Orang perempuan boleh menari sesamanya melainkan kalau melibatkan pendedahan sebarang aurat perempuan di depan perempuan yg lain.Menari juga dibenarkan melainkan dengan menari itu kewajiban yg lain terabai ataupun jika menari itu berlaku serentak dengan perbuatan yang HARAM.

Dalam hal ini,Dr Su'ad Salih (Prof. Fiqah,Universiti Al-Azhar) menyatakan:

Islam ialah agama kesederhanaan:Islam tidak melarang menyanyi dan menari,tetapi islam melarang apa-apa yg boleh menaikkan nafsu orang,baik dikalangan lelaki ataupun dikalangan perempuan.Orang perempuan dikehendaki mematuhi tingkah laku yg baik jika mereka menari di hadapan perempuan lain.Akan tetapi,jika perempuan menari dihadapan suaminya,maka tidak ada sekatan untuk itu,sebagai cara mengukuhkan ikatan suami isteri dalam sebuah keluarga.

Selanjutnya,DR Ahmad Salamah (Dekan Fakulti Usuluddin,Universiti Islam Gloza,Qatar) menambah:

"Orang perempuan boleh menari dan menyanyi selagi tidak ada orang lelaki disitu.Selain itu,seni kata lagunya hendaklah tidak mengandungi kata-kata lucah atau kotor.Seterusnya,jangan ada perempuan bukan islam yang hadir sama,sebab aurat perempuan islam dihadapan mereka (perempuan bukan islam) itu sama saja haramnya dengan aurat kepada lelaki.Oleh yg demikian,selagi kata-kata dalam lagu itu bersih dan tidak kotor dan tidak ada lelaki atau perempuan bukan islam bersama,maka tidak ada salahnya kalau menari."

Berdasarkan analogi,orang lelaki boleh menari sesamanya selagi mereka menutup auratnya dan tidak khuatir akan timbul godaan.

Lelaki dan perempuan menari bersama adalah jelas ianya HARAM dalam semua hal,melainkan apabila isteri menari didepan suaminya.Haramnya menari cara begini ialah kerana didalam tarian dikhuatiri tubuh akan bersentuhan dan nafsu syahwat yg tidak wajar mungkin timbul.ini sangat dilarang oleh islam dalam menutup segala bentuk usaha ke arah maksiat."Jika lelaki dan perempuan menari bersama,banyaklah perbuatan HARAM yg mungkin terjadi." Itulah sebabnya menari secara bercampur lelaki dan perempuan adalah HARAM.

Teliti dan fahamilah isi kandungan tulisan ulama'-ulama' ini....sesungguhnya redha Allah lah yang dicari....



Mohamd Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com