Monday, August 30, 2010


~Malam Al-Qadr, Siapa Yang Memperolehinya~
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t
Sahabat-sahabat sekalian,marilah kita sama-sama meletakkan diri kita sebagai salah seorang pemburu Al-Qadr...Tetapi janganlah kita terlampau terikat dengan Al Qadar, hingga semangat beribadat luntur akibat merasakan terlepasnya al-qadr.  “ Jadilah hamba Allah sejati yang beribadah sepanjang masa, di setiap keadaan dan suasana. Jangan jadi “hamba” malam Al Qadar yang beribadah hanya pada malam itu sahaja.”
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat. 
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri,Apakah kita bertemu Al-Qadr? Jawapannya, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah…? terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1431h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

Mohamad Solehin Bin bakri
msb_rg8@yahoo.com
(^_^)

Sunday, July 11, 2010


~Permulaan Tahun 4 Medical Student~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamuaalikum w.b.T

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah s.w.t diatas limpah rahmat yg dikurniakan olehNya...Sehari demi sehari,usia dititip membawa diri semakin dewasa dan menua... inilah hakikat kehidupan seorang hamba yang senantiasa mengikut hukum alam..Jika pepatah melayu mengatakan "resmi padi,semakin berisi semakin tunduk" pepatah ana pula berbunyi "semkin tua, kita seharusnya semakin tawadu'"..insyaAllah...

Sebelum ana terlupa,ana ingin mengucapkan "Ahlan wasahlan" kepada adik-adik tahun pertama perubatan,pergigian dan sains kesihatan ke Kampus Kesihatan USM..semoga dengan kehadiran antum semua..semakin berseri kampus ini dengan qudwah hasanah yang pastinya akan menjadi penyejuk kepada pemandangan suasana kampus kesihatan ini...sekadar peringatan..

Firman Allah didalam Al-Quran:

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.{15} Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.{16} " (Al-Hud:15-16)

Oleh itu..sama-sama lah kita memperbetulkan niat kita dan menjaganya agar segala yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan naungan dariNya..InsyaAllah...

4th year!! suatu permulaan....

Alhamdulillah..sedar atau tidak,sekarang rupanya ana sudahpu berada dalam tahun ke-4 pengajian sebgai pelajar perubatan di USMKK ini... cepat benar masa berlalu... memang sangat tepat lah mengapa Allah bersumpah dengan masa sepertimana firmanNya:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (Al-Ash:1-3)

InsyaAllah,bermula esok (12 Julai 2010)..ana akan memulakan langkah di dalam klinikal year ini dengan dimulai posting di jabatan paediatrik HUSM...selepas itu akan diteruskan dengan posting surgery> Orthopedik > Oftalmologi > ORL > Medical > Psychitric > Neuro > dan akhir sekali O & G....smoga segala urusan akan dipermudahkan oleh sang Pencipta yang mengetahui segala yang baik bagi setiap makhluk ciptaanNya....

Firman Allah:

"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu,walhal ianya baik untuk kamu,Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,walhal ianya buruk bagi kamu..Dan Allah jualah yang mengetahui sedang apa yang kamu tidak ketahui.."

insyaAllha..ana memohon doa sahabat-sahabat semua agar diri ini akan terus istiqamah dalam perjuangan walaupun digembar gemburkan dengan kesibukan yang membuntukan pemikiran....bagi ana,sahabat adalah sangat enting dalam membimbing diri agar tidak sesekali tercicir di medan perjuangan kerana kerehatan seorang da'ei itu suatu musibah pada ummah.....

wallahualam..

Mohamad Solehin Bin Bakri

"Fastaqim kama umirtu!!"


Wednesday, June 30, 2010

~Bagaimana musuh Islam menghancurkan Islam~

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Sang guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika." "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."



Seks sebelum nikah-menjadi trend remaja Malaysia?

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu-persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."



Hedonisme-senjata musuh Islam yang diserap masuk ke dalam masyarakat hari ini.

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan
tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.



Umat Islam mesti bersatu menentang musuh-musuh Islam,bukannya berpecah-belah!

Tuesday, June 29, 2010

~Adakah WAJIB Mentaati Pemerintah Zalim?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah s.w.t diatas nikmat iman dan islam serta umur yang masih dipinjamkan kepada kita semua...Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang mana dengan dakwah yang disampaikannya kepada kaum kerabat baginda seterusnya kepada sahabat,tabi'in,tati' tabi'in,tabi' tabi' tabi'in,ulamak,pengikut-pengikut golongan ulama' serta seluruh umat islam yang ada dimuka bumi ketika ini....

Mengenai taat kepada pemimpin...Rasullullah meriwayatkan beberapa hadis:

Hadis riwayat Hudzaifah Al-Yamani ra., ia berkata

Orang-orang banyak yang bertanya kepada Rasulullah saw. tentang kebajikan, sedangkan aku justru bertanya kepada beliau tentang kejahatan karena takut aku terjerumus melakukannya. Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami pernah mengalami zaman jahiliah dan kejahatan, lalu datanglah Allah dengan membawa kebaikan ini kepada kami. Apakah setelah kebajikan ini nanti akan ada lagi kejahatan? Beliau menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kejahatan itu datang lagi kebajikan? Beliau menjawab: Ya, tetapi banyak kekurangan. Aku bertanya: Apakah kekurangannya? Beliau menjawab: Akan ada suatu kaum yang mengikuti selain sunahku serta memberikan petunjuk dengan selain petunjukku, di antara mereka ada yang kamu kenal juga ada yang tidak kamu kenal. Aku bertanya lagi: Apakah setelah kebajikan itu nanti akan ada lagi kejahatan? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kelak akan muncul para dai yang berada di muka pintu-pintu neraka Jahanam. Siapa yang menuruti panggilan mereka, akan mereka lemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami sifat mereka itu! Rasulullah saw. menjawab: Baiklah. Mereka adalah kaum yang kulitnya sama dengan kita dan berbicara dengan bahasa kita. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika aku mengalami hal itu? Rasulullah saw. menjawab: Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka. Aku bertanya: Kalau mereka tidak memiliki jemaah serta pemimpin? Rasulullah saw. menjawab: Maka jauhilah semua sekte-sekte yang ada itu meskipun kamu harus menggigit pangkal pohon sampai maut menjemputmu kamu tetap demikian Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 3434

Dari Ibnu Umar ra., dari Nabi Saww., beliau bersabda : Seseorang muslim

wajib mendengar dan taat

terhadap perintah yang disukainya maupun yang tidak, kecuali bila ia

diperintah mengerjakan

kemaksiatan, maka ia tidak wajib mendengar dan taat". (Hr.Bukhari dan

Muslim)

Siapapun penguasa yang memerintah kalian kepada kemaksiatan, maka

janganlah kalian mentaatinya -(Ditakhrij Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, As-Silsilah Ash-Shahihah

2324)

fikirkan...insyaAllah...

Tuesday, June 1, 2010


~Qunut Nazilah hancurkan ISRAEL!!~




Assalamualaikum dan Salam sejahtera

"Atas dasar keselamatan kemanusiaan sejagat dan juga tali persaudaraan sesama Islam,kami Rakan Masjid Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Mengecam dan Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera zionis yang menyerang kapal Mavi Marmara yang berkonvoi atas dasar bantuan kemanusian..."

Oleh yang demikian,kami menyeru kepada seluruh warga kampus khususnya dan seluruh umat islam untuk melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar diberikan keselamatan kepada semua peserta konvoi dan Allah menghancurkan Yahudi zionis laknatullah....


Kepada semua pelawat yang dirahmati Allah,kita disaran untuk membaca Qunut Nazilah didalam keadaan seperti tekanan terhadap umat islam.Oleh yang demikian,sama-samalah kita membacanya agar Allah membantu saudara-saudara kita yang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah.Semoga Allah memberikan kemenangan dan ketenangan kepada Islam serta Allah menghancurkan musuh-musuh islam keseluruhannya...insyaAllah..

Antara lafaz bacaan yang lazim:

"Isu Palestin Merupakan Isu Kemanusiaan Sejagat"

Free Palestin!!

Mohamad Solehin Bin Bakri,
Timb Presiden Rakan Masjid

Monday, May 31, 2010

~Dinikahi Wanita Itu....~

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama .Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.bekas_cincin

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta

Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta! Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki cincin-kahwin-2yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama


Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama,
muslimahkeluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Friday, May 14, 2010


Remajaku, Kalian Adalah Tiang Kebangkitan Ummah


Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh ujian menuju ke sebuah negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat. Namun untuk menuju ke negeri yang kekal abadi itu, kita perlukan misi dan visi yang jelas untuk memandu kita ke arah yang betul.

Tanpa misi dan visi yang jelas, ada kemungkinan kita akan sesat dalam perjalanan. Apatah lagi perjalanan itu penuh dengan pelbagai ujian.

Perjalanan yang disebut sebagai perjalanan yang penuh ujian ini merujuk kepada kehidupan kita di dunia yang sementara - penuh mehnah dan tribulasi, penuh cabaran dan dugaan.

Sesungguhnya, matlamat hidup setiap hamba Allah adalah penegakan dan perlaksanaan agama Allah s.w.t. sepenuhnya seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Walaupun kadangkala remaja dan belia merasakan diri masing-masing masih terlalu muda untuk memikirkan tentang misi dan visi hidup masing-masing, renungkanlah pesanan asy-Syahid Hasan al-Banna berkaitan remaja dan pemuda.

Pesanan asy-Syahid Hasan al-Banna



Asy-Syahid Hasan al-Banna dalam saranan beliau mengenai pembentukan generasi pelapis dakwah ini menyarankan agar pendekatan iman, ikhlas, semangat dan amal menjadi rukun-rukun khusus untuk para pemuda. Menurut beliau:

1.Asas iman ialah hati yang terang

2.Asas ikhlas ialah jiwa yang bersih

3.Asas semangat ialah perasaan yang mantap

4.Asas amal ialah azam yang kuat.

Menurut beliau lagi, remaja dalam kalangan setiap umat (dahulu dan sekarang) merupakan tiang kebangkitan umat. Firman Allah:

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”

(Al-Kahfi 18:13)

Kisah pemuda Kahfi sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada remaja dan belia hari ini, betapa dalam setiap zaman terdapat sekumpulan pemuda yang sanggup berkorban segala-galanya hatta nyawa sendiri demi kecintaan kepada yang Maha Pencipta.

Segala halangan dan cabaran ditempuhi demi menyelamatkan akidah. Segala-galanya kerana cinta, cinta paling agung dan kudus, cinta kepada Yang Memberikan cinta, cinta kepada yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Itulah cinta kepada Allah Tuhan semesta alam.

Masih ingatkah kita pada para pemuda dan pemudi pada zaman Rasulullah s.a.w. yang memiliki misi dan visi kehidupan yang jelas? Mereka berlumba-lumba demi mendapatkan keredhaan Allah.

Masih ingatkah dikau pada seorang remaja yang dalam usia belum mencecah 18 tahun, telah dilantik oleh ar-Rasul s.a.w. sebagai panglima perang yang mengetuai pasukannya? Pasukan ini dianggotai sendiri oleh sahabat-sahabat yang lebih dewasa dan senior seperti Sayidina Abu Bakar r.a., Sayidina Umar r.a. dan lain-lain. Remaja ini juga pernah diberikan peluang untuk terlibat dalam pertempuran Uhud setelah nama beliau tidak tersenarai dan beliau menangis di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Itulah Usamah bin Zaid.


Remajaku, Kalian Adalah Tiang Kebangkitan Umat!

Dalam segala keseronokan dan kelincahan para remaja, dalam keaktifan mencari hiburan, dan dalam kecelaruan mencari identiti...

Ingatlah, Tuhan kita Allah, bukan hedonisme. “Idola” kita adalah Rasulullah s.a.w., bukan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Bahagia kita ialah zikrullah, bukan merempit, melepak tanpa tujuan atau berpelesiran tanpa haluan. Rujukan kita adalah al-Quran dan sunah, bukan majalah-majalah dan laman-laman lucah.

Bersederhanalah dalam berhibur. Berpada-padalah dalam bersuka-suka. Berwaspadalah dalam setiap langkah. Bersifat malulah jika ingin melakukan kemungkaran.

Sesungguhnya remajaku, kalian adalah tiang kebangkitan umat. Maka janganlah leka dengan segala keseronokan duniawi yang andai diambil secara berlebihan akan membunuh jiwa dan mindamu, meranapkan keluhuran budi pekertimu. Andai hal itu terjadi, akan tergadailah maruah diri, umat dan agamamu, sedangkan harapan umat terletak di bahumu.