"Sesunguhnya medan berbicara itu tidak semudah medan berkhayal. Medan berbuat tidak semudah medan berbicara. Medan berjihad tidak semudah medan bertindak dan medan jihad yang benar tidak semudah medan jihad yang keliru" [ Al-Imam syahid Hassan Al-Banna ]
Saturday, October 24, 2009
Suatu program yang sangat baik...Program yang dapat merapatkan lagi ukhwah dikalangan ahli...walaupun rase cam jadi budak-budak jap..tapi,program yang release tension dan menyebabkan komunikasi yang menyeluruh diantara semua yang hadir....TAHNIAH penganjur..semoga dapat diteruskan untuk masa akan datang...teruskan bersama Rakan Masjid USMKK...
~Rakan Masjid Untuk Semua~
Mohamad Solehin Bin Bakri
Timb. Pengerusi 1,
Rakan Masjid USMKK 2009/2010
Wednesday, October 21, 2009
~Forum Bicara Hati,"Love Is Cinta..??....hmm.."~
Tarikh: 26 Oktober 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam – 11.30 malam.
Tempat: Dewan Nurani,USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian.
Ahli Panel:
Ustaz A.Ubaidillah Bin Alias
(Novalis,Guru di Maahad Tahfiz) Antara Novel karangan beliau:
"Warkah Cinta Berbau Syurga"
"Mengintai Cinta Khalifah"
"Sekudus Nur Ilahi"
"Aku Mahu Jatuh Cinta,Tetapi Dengan Siapa"
"Hei Kawan,Jangan Patah Semangat"
Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari
(Pensyarah/Ketua Jabatan Dakwah,KIAS)
Ustazah Mazidah Binti Muhammad
(Perunding Motivasi di Akademi Bina Ummah)
Moderator Forum:
Saudara Mohamad Solehin Bin Bakri
(Pelajar Perubatan Tahun 3,USM Kampus Kesihatan)
Sama-sama lah kita semua menghadiri program ini..InsyaAllah...
Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
(^_^)
.
Sunday, October 18, 2009
Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,disini ana sekali lagi ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang maha esa,maha kuasa,sang pencipta,yang mengawal seluruh alam semesta dengan kekuasaan dan iradat-Nya. Allah adalah tempat untuk kita semua mengadu bagi setiap masalah dan kerumitan yang ada,yang datang,yang bermain didalam pemikiran kepada kita masing-masing.
Penulisan demi penulisan diatur..aturan untuk kali ini lebih kepada luahan mengenai diri sendiri yang mana merasakan serba kekurangan dan kelemasan diketika ini.Sesungguhnya terfikir juga sejenak,apakah yang telah aku lakukan sebenarnya?? Bolehkah diri ini mencapai redha dan syurga Allah…MasyaAllah,diriku merasakan bagai berada dalam ketakutan yang sentiasa datang dan bermain difikiran setelah pelbagai perkara dilakukan sehari-harian.

Tertanya juga,Mengapa kebelakangan ini..diriku slalu diuji dengan ujian yang mana padaku menyedarkan…sama ada dalam bentuk nasihat,kebetulan dan takdirNya…ia membuatkan diriku semakin takut dengan perkara-perkara masa depan yang sudah pasti tidak diketahui bagaimana kesudahannya…”Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk menghadapinya dengan cekal dan tabah”…
Pertamanya, sering kali diriku memikirkan…Adakah diri ini akan ke neraka Allah?...nauzubillah…ketakutan ini sangat dasyat bagiku..ia sering datang sejak kebelakangan ini…menyebabkan banyak kerja-kerja dunia menjadi tidak keruan…aku juga slalu sahaja memikirkan tentang diri yang semakin hari dirasakan semakin lalai…apakah agaknya penyebabnya…terlintas juga dikepala yang mana penyebabnya mungkin diri yang kurang ilmu agama… “Ya Allah,mampukah ak untuk meneruskan hidup ini dengan ketakutan sebegini??” Mengapa terasa diri ini banyaknya berdosa?...bila difikirkan..banyaknya perkara yang menyumbang kepada dosa yang telah dilakukan….berasa diriku bagaikan tidak langsung layak untuk memasuki syurgaNya…” Ya Allah..jauhkanlah ak dari perkara ini”….Hatiku sering tidak tenang..minda tidak terurus…alangkah ruginya aku jika terus begini… “Allahumma,bantulah ak untuk lebih dekat kepadaMu”..
Diri ini juga sejak kebelakangan ini,sering saja memikirkan tentang 'fitnah dunia' yang semakin mencabar dan luas pengaruhnya…ini juga menjadi hantu didalam pemikiran yang menyebabkan banyak perkara terkendala dan tidak selesai….Ya Allah,banyak sungguh fitnah dunia yang memacu diriku kearah kejahatan dan kemaksiatan kepadaMu..”Bantulah ak Ya Allah…!”..Fitnah wanita,fitnah harta,fitnah hati yang semakin hari dirasakan semakin dekat dengan diriku…rasa seperti diri ini sangat hina bila memikirkan perkara ini…semakin hari,kadang kala semakin susah untuk menghindari segala bentuk fitnah ini…harapannya..agar dengan penulisan dan luahan ini…akan menjadi peringatan untuk diriku agar dapat menjauhinya..insyaAllah..Harapan juga agar sahabat semua membantu memperingati diri yang dirasakan semakin hari semakin alpa dan leka dengan nikmah dunia…(Adakah ini yang dinamakan al-istidraj??)..nauzubillahimin zalik….
Seterusnya,diriku juga sejak kebelakangan ini..sering memikirkan tentang kegagalan yang bakal menimpa..Apakah aku akan GAGAL?? bila memikirkan keadaan diri yang semakin hari semakin lalai..fikiran tidak lagi dapat memfokuskan kepada kehidupan dunia yang penuh cabaran dan dugaan…rasa seperti diri ini hanya membonekakan diri dalam menjalani kehidupan seharian…tidak dapat mencapai apa yang diinginkan…begitu banyak ketakutan tentang kegagalan bermain difikiranku…tidak kiralah samaada mengenai pelajaran,kehidupan masa hadapan dan kehidupan selepas kematian….”Ya Allah,engkau golongkanlah ak dari golongan yang mendapat kejayaan syurga-Mu..aku takut akan seksa neraka-Mu”…diriku merasakan seperti tidak lagi ketahuan…bila memikirkan tentang pelajaran,ia mula merasakan tiada lagi kejayaan….bila memikirkan kehidupan,mula merasakan tiada lagi masa depan…bila memikirkan kematian,mula merasakan beratnya seksaan yang akan diterima atas dosa-dosa yang telah banyak dilakukan… “Ya Alah..kau tenangkan lah hati ku ini supaya ak terus dapat mengabdikan diri kepada-Mu dalam keadaan tenang dan selamat..”

Sahabat sekali…disini,ana memohon agar sahabat dapat memperelokkan diri ana, sekiranya kelihatan sedang alpa dan lalai…nasihatilah diri ini jika kelihatan semakin terpesong jauh dari landasan sebenar…berilah semangat kepada diri ini,jika kelihatan semakin lesu dalam perjuangan…daku merasakan diri ini hanya akan binasa jika tiada keampunan dari tuhan yang maha kuasa….
Teringat firman Allah:
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Lagi firman Allah:
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya".
Ya allah..kuatkanlah diri ini menghadapi sebarang ujian dan cabaran dari-Mu…sesungguhnya diri ini amat lemah dalam mengatur kehidupan dunia yang penuh dengan fitnah dan perkara yang melalaikan ini….Engkau ampunilah segala dosaku yang mana dirasakan begitu banyak yang membuatkan diri ini sangat hina dihadapanMu kelak…amen Ya Rabbal A’lamin….
Wassalam…
Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
muslimin2@gmail.com
P/S: Luahan hati….
Saturday, October 17, 2009
~Musim EXAM Datang Lagi~
Bismillahirrahmanirrahim..
Hujung2 tahun nih..tentulah sedia maklum tentang musim peperiksaan..
tatkala ini,,masing2 mempunyai pelbagai ragam..
ada yang gembira..ada yang suka, adayg duka, ada yg runsing..ada yg ta tentu hala..
tp..apapun diri kita searang..marilah sama2 kita bermuhasabah..
saling bantu dan mengingati..
mungi ada antara kita yang lupa..
kita ada tuhan yg menjaga..
oleh itu rakan2 sekalian..apa pun ujian yang bakal atau sedang kita hadapi..
ingatlah..semuany lillahi ta'alaa..
semoga Allah membantu kita dalam setiap perkara..
dan permudahkan kita di jalannya..
wallahua'lam..
Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
muslimin2@gmail.com
(^_^)
Saturday, October 10, 2009
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikumwarahmatullah..
Dalam meniti pagi hari yang diselubungi keredupan awan, kepiluan hati, kepenatan minda..tika itu hadir suatu harapan tika mana coretan ini menjadi bukti..kejernihan mutiara mata menitis menjadi saksi..
Buat sahabat-sahabat,..
Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan.
Hujung bajuku selalu basah.Sering menjadi tempat aku mengelap mata.
Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.
Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?
Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba’ di medan itu dilatih oleh para murabbi agar bertanya pada setiap perjalanan masa, “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”
REALITI DAKWAH
Benar sekali nasihat Luqman kepada anaknya tatkala buah hati pengarang jantung itu diperkenalkan kepada perintah dakwah.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]
Diejek, dipulau, dijadikan bahan ketawa, semua itu menjadi makanan harian di sepanjang hari-hari awal diriku mengenal erti dakwah. Kehidupan yang sedemikian rupa, menjadikan usia remajaku, tidak mudah untuk ditoleh sebagai kenangan yang menguntumkan senyuman. Biar pun zahirnya diriku tenang dan gembira, tetapi graf kehidupanku tidak ubah seperti catatan mesin mengukur gempa bumi yang turun naik pada skala Richter.Setiap kali graf itu mendatar, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.Pasti ada sesuatu yang bakal datang menguji.
Allah tidak lama membiarkan diriku alpa dengan keamanan kerana mungkin Dia Maha Tahu bahawa aku adalah manusia yang hanya boleh dibentuk dengan musibah dan ujian, bukan kesenangan dan keselesaan. Justeru setiap tahun mastautinku sebagai thalib al-’ilm di universiti, ada sahaja perkara besar yang menimpa sampai aku lali dengan segalanya.
UJIAN YANG MENYELAMATKAN
Selayaknya aku memuji Allah.
Rupa-rupanya segala kesusahan itulah yang menyelamatkan aku dari fitnah kehidupan di usia muda. Kesakitan menanggung dakwah menyebabkan aku hilang selera pada keseronokan yang digilai rakan-rakan seusia. Aku tidak mampu mengecap rasa manisnya kerana seluruh reseptor pada tubuh badanku hanya mengenal hidangan satu rasa. Bukan manis dan bukan masin. Hanya pahit, perisa kebenaran.Zaman kenakalanku sudah lama berlalu.
Ia bersambung dengan perjalanan yang tidak pernah meredakan jatuh bangun kehidupan yang penuh liku. Aku juga yakin, beginilah sebenarnya jambatan untuk sampai ke Syurga. Dunia penjara Mukmin, jalan ke Syurga penuh ranjau yang menjanjikan damai di hujung perjalanan.
Namun Allah tahu sakit dan sihat iman hamba-Nya. Tidak sekali-kali dibiarkan hamba-Nya diuji hingga melepasi tahap keupayaan diri. Sesekali akan Allah datangkan sinar gembira, terutamanya pada melihat generasi-generasi yang menyusul di belakang berjaya menyertai mata rantai jalan ini.
Ketika fitnah Jahiliyyah semakin menggila, Allah suka memberi petunjuk kepada kita bahawa biar sehitam mana sekali pun pekatnya malam, sentiasa ada kunang-kunang dan pelita yang menyala tabah di sana sini. Semuanya demi menyedarkan kita, bahawa tiada malam kecuali datang selepasnya siang.Di antara khabar gembira itu, ada yang datang segera, ada yang ditangguhkan-Nya ke masa yang lebih bermakna.
PUJI DAN PUJA UNTUK-MU
Ya Allah, ampunkan aku!
Aku pernah hampir berputus asa. Pernah menyoal di manakah kesudahan usahaku dan rakan-rakan menyeru manusia kepada-Mu. Seandainya aku berputus asa dan berhenti dari menyampai, rugilah Kami, rugilah aku, dunia dan Akhirat.
Jalan itu memang begitu.
“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]
Sekian....Wasalam
Mohamad Solehin Bin Bakri
Tuesday, October 6, 2009
Sempena Expo Kampus 2009!!....dibawakan kepada anda:
PERTANDINGAN FOTOGRAFI FLORA & FAUNA ( EKSPO KAMPUS )
TEMA : "MENYINGKAP KEINDAHAN SEMESTA...WHO CREATES?
LOKASI FOTO ANDA BOLEH DI DALAM USM ATAU LUAR USM
YURAN PENYERTAAN : RM 0.50 JER SETIAP PENGHANTARAN GAMBAR
( HANTAR DULU BARU BAYAR)
BOLEH DIBAYAR DI GERAI FLORA & FAUNA /BAYARAN AKAN DIKUTIP DARI BILEK KE BILEK
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 OKTOBER 2009 2.00 PETANG
Sila hantar gambar-gambar anda ke email
studentinlife@gmail.com
HADIAH MENARIK MENANTI ANDA
Pertandingan gaya AYAM SERAMA!!...huhu..
Sama-sama memeriahkan expo kampus 2009!!
p/s: Segala usaha baik itu perlu disokong,selagimana usaha tersebut tidak bercampur dengan maksiat (haram)....
Berkerja kerana Allah......
Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com.
(^-^)
Monday, October 5, 2009

Menurut dari kitab "Fatwa Menempuh Kehidupan Moden" karangan ulama' besar muktabar termasuk syeikh yusof al-Qaradawi...
ISLAM ialah agama yang sederhana dan tidak menyukai perbuatan melampau atau kealpaan.Islam tidak melarang orang mendapatkan hiburan.Akan tetapi islam menyediakan peraturan yg mengatur hiburan.Pada waktu yang sama,Islam tidak menerima apa jua jenis hiburan yg mengandungi sesuatu yg haram malahan,yang membawa kepada kelakuan haram juga ditolak oleh Islam.
Menari boleh antara perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki.Orang perempuan boleh menari sesamanya melainkan kalau melibatkan pendedahan sebarang aurat perempuan di depan perempuan yg lain.Menari juga dibenarkan melainkan dengan menari itu kewajiban yg lain terabai ataupun jika menari itu berlaku serentak dengan perbuatan yang HARAM.
Dalam hal ini,Dr Su'ad Salih (Prof. Fiqah,Universiti Al-Azhar) menyatakan:
Islam ialah agama kesederhanaan:Islam tidak melarang menyanyi dan menari,tetapi islam melarang apa-apa yg boleh menaikkan nafsu orang,baik dikalangan lelaki ataupun dikalangan perempuan.Orang perempuan dikehendaki mematuhi tingkah laku yg baik jika mereka menari di hadapan perempuan lain.Akan tetapi,jika perempuan menari dihadapan suaminya,maka tidak ada sekatan untuk itu,sebagai cara mengukuhkan ikatan suami isteri dalam sebuah keluarga.
Selanjutnya,DR Ahmad Salamah (Dekan Fakulti Usuluddin,Universiti Islam Gloza,Qatar) menambah:
"Orang perempuan boleh menari dan menyanyi selagi tidak ada orang lelaki disitu.Selain itu,seni kata lagunya hendaklah tidak mengandungi kata-kata lucah atau kotor.Seterusnya,jangan ada perempuan bukan islam yang hadir sama,sebab aurat perempuan islam dihadapan mereka (perempuan bukan islam) itu sama saja haramnya dengan aurat kepada lelaki.Oleh yg demikian,selagi kata-kata dalam lagu itu bersih dan tidak kotor dan tidak ada lelaki atau perempuan bukan islam bersama,maka tidak ada salahnya kalau menari."
Berdasarkan analogi,orang lelaki boleh menari sesamanya selagi mereka menutup auratnya dan tidak khuatir akan timbul godaan.
Lelaki dan perempuan menari bersama adalah jelas ianya HARAM dalam semua hal,melainkan apabila isteri menari didepan suaminya.Haramnya menari cara begini ialah kerana didalam tarian dikhuatiri tubuh akan bersentuhan dan nafsu syahwat yg tidak wajar mungkin timbul.ini sangat dilarang oleh islam dalam menutup segala bentuk usaha ke arah maksiat."Jika lelaki dan perempuan menari bersama,banyaklah perbuatan HARAM yg mungkin terjadi." Itulah sebabnya menari secara bercampur lelaki dan perempuan adalah HARAM.
Teliti dan fahamilah isi kandungan tulisan ulama'-ulama' ini....sesungguhnya redha Allah lah yang dicari....
~Islam Itu Fitrah~
Mohamd Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
.







