Saturday, May 9, 2009

~Pizza Hut Vs Pizza Islam~








...........VS...........









Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum w.b.t

Ape khabar sahabt semua? Posting kali nie mengetengahkan suatu penyelesaian kepada kita sebagai umat islam....benar atau tidak??

Ini berdasarkan apa yang boleh diperhatikan dalam kehidupan harian kita...ramai diantara kita yang tidak terlepas dari mengunjungi restoran-restoran gah seperti pizza Hut,KFC,Mcd dll...
di sini ana ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang suatu pengalaman yang bagi ana sangat bermakna kepada semua peminat2 pizza... =)

Baru-baru nie sahabat ana mengajak ana untuk makan pizza...ana kata kat dia "eh,nta nie xfaham-faham lg ke...brape kali nk cakap pizza kita kena boikot"...(dalam nada menyindir..hehe)..sahabat ana membalas..."nta ikut je....xpe..kita g gak makan pizza malam nie...ana blanje... Huh!!....ape nk jadi dengan sahabatku nie Ya Allah....rupanya masih x faham2...sangkaan ana (moral?? jgn sangka yg bukan2...huhu)
Jadi...kami pun terus bergerak ke tempat nk makan pizza tu...sampai je kat tempat tu ana agak terkejut bila ternampak banner yang tertulis "Pizza Islam"...owh!..ade juga pizza islam ek??
Tiba-tiba terlintas dalam kepala ana..nie la uniknya kelantan...smuanye ada pair...

Pizza Hut Vs Pizza Islam
KFC Vs EFC
Mcd Vs McB (??)



Jadi....tujuan ana menulis kali nie adalah untuk mengajak sahabat2 semua...marilah kita bertukar kepada smua product-product ISLAM...yang selalu ke KFC..bolehlah bertukar ke EFC..yang selalu ke McD eloklah bertukar ke McB (hehe)..yang gemar ke Pizza hut..jom pakat-pakat bertukar ke Pizza Islam...insyaAllah..guarantee HALAL dan selamat...


sekian....

Hanya Allah MatlamatKu.....

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2nd year (USM)
msb_rg8@yahoo.com



..

Thursday, May 7, 2009

~ Team Medik iLuvislam.com~


InsyaAllah, tidak lama lagi, iLuvislam.com akan melebarkan sayapnya dengan membuka subdomain khas untuk pelajar perubatan dan para doktor; yang berada di Malaysia dan yang berada di seantero dunia.

Visi

Menyatupadukan seluruh doktor dan pelajar perubatan di bawah satu bumbung

Misi

Menggalakkan interaksi antara doktor, pelajar perubatan, dan masyarakat sesama mereka

Kelebihan Team Medik iLuvislam.com

Antaranya:

* melibatkan pelajar perubatan dan doktor Malaysian (untuk permulaan) di seluruh dunia
* dapat berinterksi dan berkongsi idea serta pengalaman dengan mudah, pantas dan mampu dimanfaatkan oleh ramai orang


Sumber Manusia

Bagi mencapai visi dan misi kami, kami dengan rendah diri membuka peluang kepada semua pengunjung iLuvislam.com untuk sama-sama menyertai famili krew iLuvislam; team medik iLuvislam.com. Berikut adalah syarat umum permohonan dan jawatan-jawatan yang ada:

Syarat Umum

* Pelajar perubatan/doktor
* Rajin membuka/'check' email
* Komited dalam melaksanakan tugas selain akademik
* Komited untuk melihat Islam itu lebih tinggi dari yang lain


JAWATAN YANG BOLEH DIPOHON

1. Penolong Pengurus

Skop Tugasan

* Membantu Pengurus Medik Team iLuvislam.com dalam kerja-kerja pengurusan


Syarat Tambahan

* Pelajar perubatan di IPTA/IPTS Malaysia
* Meminati tugas kesetiausahaan



2. Interviewer/Reporter

Skop Tugasan:

* Menemuramah doktor/pensyarah perubatan dalam bidang kepakaran tertentu


Syarat Tambahan

* Kreatif atau inovatif atau kedua-duanya sekali
* Mampu melaksanakan tugas berdasarkan dateline yang ditetapkan
* Peramah
* Pelajar perubatan di Malaysia atau di luar negara


3. Editor Artikel

Skop Tugasan

* Mengedit dan menerbitkan artikel
* Mencari bahan-bahan berkualiti untuk diterbitkan


Syarat tambahan

* Rajin membaca
* Berfikiran analitikal
* Pelajar perubatan di Malaysia atau di luar negara


4. Moderator Forum

Skop Tugasan

* Memantau forum
* Memastikan web bebas dari unsur-unsur tidak sepatutnya


Syarat tambahan

* Rajin membuka forum
* Rajin menganalisa dan membaca
* Pelajar perubatan di Malaysia atau luar negara


5. Doktor iLuvislam.com

Skop tugasan:

* Menjawab persoalan-persoalan samada dari pelajar perubatan atau pengunjung biasa

Syarat tambahan

* Rajin online
* Rajin menulis
* 'certified doctor'


Bagi mereka yang berminat, sila hantarkan resume lengkap(sekurang-kurangnya mengandungi info seperti di bawah) kepada:

people@iluvislam.com


Contoh Resume(info paling mnimum yang diperlukan):

1. Nama : Mohd Ali Bin Abu
2. No IC : 880818-08-8888
3. Tarikh Lahir : 18.8.1988
4. No Telefon : 013 888 1818
5. Alamat Rumah : 8, Jalan 88, Fasa 8, Bandar Sri 8, 08000 Kuala Lumpur
6. Alamat Universiti/Bekas Univerisit(bagi jawatan 5) : IMU Bukit Jalil, Kuala Lumpur
7. Tahun Pengajian 2009/Tahun Tamat Belajar(bagi jawatan 5) : Tahun ke-2
8. Nickname di iLuvislam.com : 88_88
9. Jawatan yang ingin dipohon : Pembantu Pengurus
10. Mengapa memilih saya? : Sebab saya komited
11. Pengalaman dalam dakwah : tiada
12. Pengalaman dalam persatuan : Presiden Badan Dakwah SMK Bandar Sri 8, KL, Bendahari Kelab Catur
13. Tanggungjawab kini selain belajar : Setiausaha Kelab Bomba IMU
14. Bagaimana mengenali iLuvislam : abang kandung promote

Siapa berminat boleh la ye.....

... =)

~Kejayaan Dan Kegagalan itu Adalah Ujian~


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t…

Firman Allah s.w.t :


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " (Al-'Ankabut:2)


Sahabat ana yang dikasihi sekalian…marilah sama-sama kita berfikir sejenak mengingati Allah yang maha kuasa….yang tidak ada tandinganNya…yang sentiasa mengatasi dalam segenap perkara…yang menciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian..subhanallah…


Alhamdulillah,hari ini merupakan hari pengumuman keputusan peperiksaan professional 1 bagi sahabat-sahabat tahun 1 sesi 2008/2009.Sebelum ana memulakan bicara,perlulah diingatkan bahawa,walau apa pun yg kita perolehi itu adalah yang tebaik daripada Allah..


Firman Allah:

“Dan boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(Al-Baqarah:216)


Ingatlah sahabat semua..sesungguhnya Allah itu maha adil kepada semua makhlukNya…setiap yang dijadikan mempunyai hikmahnya…perlulah diingati supa kita semua tidak sekali-kali berburuk sangka dengan Allah kerana amatlah rugi bagi orang yang bersangka terhadap Allah rabbul a’lamin..


Firman Allah:

“Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!” (As-Fusshilat:23)


Ayuh sahabat semua..sedarlah bahawa,Kejayaan itu adalah ujian,kegagalan itu juga ujian…jangan kita jadikan kejayaan kita sebagai suatu yang dinamakan ‘al-istidraj’ kerana perkara ini adalah perkara yang disukai oleh musuh kita iaitu syaitan,yanag mana dengan sedaya upaya memesongkan kita daripada Allah…jangan pula kita jadikan kegagalan kita itu sebagai suatu yang menjauhkan diri kita dengan Allah..kerana segala itu adalah ujian Allah untuk melihat kesabaran kita….


Sudah pasti ada dikalangan pembaca yang menyatakan “memanglah cakap senang,kalau kena kepada diri sendiri baru tahu macam mana perasaan”….Ya…ana akui..memanglah perit rasanya menghadapi sebuah kegagalan…amatlah sukar untuk menerima dan menghadapinya..tetapi,perlulah ditanam didalam diri bahawa sesuatu yang baik dan berkualiti itu akan tercapai dengan kesulitan yang kadangkala menyeksa diri…justeru,sama-samalah kita kuatkan diri…




Sesungguhnya inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri diatas segala apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita…sebenarnya Allah rindukan rintihan hambanya..oleh itu,rukuk dan sujudlah kepadanya memohon keberkatan hidup dan semoga dipermudahkan urusan-urusan yang mendatang…


Kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian..jika kita mempunyai sahabat yang kurang Berjaya untuk kali ini…inilah masanya untuk kita tunjukkan kasih saying seorang sahabat kepada sahabat yang lain…penulis juga pernah merasakan perkara ini…apa yang boleh diperkatakan,sahabat adalah penting pada ketika kita dalam keadaan lemah…ingatlah!..sahabat adalah ikatan ukhwah yang disandarkan dengan islam yang akan membantu dan menyenangkan sahabatnya yang lain ketika susah dan senang….


Jadi,sebagai akhir bicara,Tahniah ana ucapkan kepada semua yang Berjaya,kepada yang belum Berjaya…antun semua adalah manusia-manusia yang dipilih oleh Allah dan orang-orang yang kuat jiwa sanubarinya…inilah ujian yang sudahpun Allah tetapkan kerana Allah maha mengetahui apa yang sanggup dipukul oleh setiap hamba-hambaNya..


Firman Allah:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". “ (Al-Baqarah:286)



Sekian..wassalam…

Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com



..


Tuesday, May 5, 2009

~Begitu Indahnya Dakwah & Tarbiyyah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah...ana ingin mengajak kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian...marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memilih kita sebagai salah seorang penerima anugerah Hidayah dariNya....begitu besarlah nikmat yang dianugerahkan kepada kita ini...sungguh bertuahlah diri seseorang itu dan sangat perlulah untuk menjaganya agar anugerah itu tidak ditarik semula...Ingatlah sahabat semua..sangatlah perlu untuk kita mengambil segala jalan hidayah yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita agar kita tidak tergolong didalam golongan orang-orang yang rugi di akhirat kelah...

Firman Allah:
"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuatanKu); dan mereka (yang bersifatkan demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah dan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya." (Al-araf:146)

Wahai sahabat sekalian...kali ini tergerak hati ana untuk menulis tentang sesuatu yang pada fikiran ana sangat indah dan berseni...perkara ini perlu diperhati dan didalami kerana sesungguhnya ia adalah suatu nikmat yg dikurniakan oleh Allah rabbul a'lamin....

Sahabat pembaca sekalian..mengapa ana mengatakan tarbiyyah itu indah...ini kerana untuk melaluinya memerlukan kekuatan hati...sudah semestinya untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti itu memerlukan kepada kesulitan yang mana kadang-kala sedikit menyeksa diri...tetapi bg ana secara peribadi..itulah yang seronok dilalui....

Sesungguhnya,tarbiyyah itu adalah suatu yang berterusan...keputusan untuk sentiasa berada diatas jalan ini adalah perlu agar diri tidak tercicir dan terbabas dalam perjuangan.... Pernah juga diri ini merasa bahawa susah untuk mengikuti jalan ini...tetapi...hati tidak membenarkan untuk berpisah dengannya..kerana soal ini adalah soal dalaman jiwa manusia...ia bukan berlaku sekali dua,malah sering saja diuji dalam berdamping dengannya....tetapi,dengan adanya sahabat yang sentiasa mengingatkan..maka ia menguatkan diri untuk terus bersamanya....itulah pentingnya sahabat dalam menjalani sesi tarbiyyah illahi...


Sebenarnye..proses ini berlaku sangat halus...ia berlaku tanpa disedari...diri ini tidak tahu bila ianya masuk kedalam sanubari...inilah yg dikatakan tarbiyyah rabbani...sangat benarlah bahawa jalan tarbiyyah itu sukar dan memerlukan kekuatan hati untuk melaluinya....setiap dari kita akan diuji...

Firman Allah:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " (Al-'Ankabut:2).

Sahabat sekalian...tarbiyyah itu indah jika kita berlapang dada...tarbiyyah itu indah jika kita mensyukurinya...tarbiyyah itu indah jika kita cekal mengharunginya...segala teguran,kritikan untuk membantu menaikkan diri kita sepanjang kita berada diatasnya adalah indah jika segalanya diterima dengan hati terbuka...segalanya bergantung kepada diri masing-masing samada ingin menjadikannya indah atau debaliknya...

Perlulah diingatkan bahawa..usaha untuk berdakwah dan menyebarkan risalah islam wajib keatas kita semua...untuk berdakwah..perlulah seseor itu menerima tarbiyyah...untuk mendapatkan tarbiyyah,perlulah kiranye seseorang itu kuat mental dan fizikalnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan membantunya mencapai tahap yang lebih tinggi...kesemuanya dengan satu tujuan..ingin berdakwah dan menyebarkan risalah islam kerana Allah..dan perlulah diintai bahawa jalan ini sentiasa akan didatangi ujian dan cabaran..usahlah kita merasa 'down' kera sudah semestinya dakwah dan risalah ini seringkali tidak menjanjikan kemanisan dunia, kerehatan dan keselesaan. Sebagaimana yang dicontohkan oleh para anbia’ dan aulia’, mereka senantiasa teruji, dan diuji kerana risalah ini. Lihat sahaja Nabi Allah Nuh a.s. Betapa hebat beliau diuji dan ditekan oleh kaumnya serta sanak-saudaranya, namun, beliau tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Pelbagai ranjau dan duri terpaksa beliau hadapi. Bukan sehari dua, tetapi ratusan tahun. 950 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Lihatlah, betapa agungnya dakwah dan risalah ini hingga para pemikulnya sanggup menahan cercaan, makian, ugutan dan sebagainya.

Baiklah sahabat pembaca sekalian..cukuplah kiranya penulisan ana untuk kali ini...perlulah diketahui bahawa segala yg tertulis adalah datang dari pemikiran ana yg hina ini..sudah semestinya banyak kecacatan dan kekurangannya kerana yg sempurna itu hanyalah Allah yg Maha Esa...segala apa yg baik itu diambil sebagai peringatan..dan yg kurang itu dinasihati untuk kebaikan akan datang....

sekian...Wassalam..

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


..

Monday, May 4, 2009

~Bercinta Hingga Ke Syurga~

Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi, namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalah hati.

Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.

Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang ditujukan.

Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].

Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.

Pesan-Memesan

Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian.

Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Ameen.


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com

Tuesday, April 28, 2009

~Mari Menilai,Siapa KITA~





Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...



..

Monday, April 27, 2009

~Empat langkah Mencegah Selsema Babi~



KUALA LUMPUR 26 April - Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.


Langkah-langkah tersebut ialah:


l Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.


l Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda 'penyakit seperti selesema'. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


l Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


l Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.


Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.


"Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO," katanya.


Menurut Dr. Mohd. Ismail, orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi ini boleh menghubungi talian 03-88... atau 03-88810300.


"Maklumat berkenaan wabak selesema babi juga akan disediakan di laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.my mulai minggu ini," katanya.


Semalam, agensi berita asing melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.


Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater bagi membendung penyebarannya.


WHO dalam kenyataannya pula berkata, sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.


Tanda-tanda selesema babi menyamai selesema biasa iaitu demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi wabak terbaru itu.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


..