Monday, April 20, 2009

~Kami Sentiasa BERSAMA~


Kemanisan persahabatan

Maksud ana dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran.


Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).


Akh (saudara) yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya.



Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.


terjemahan : RiSaLaHtAAliM - Imam Hassan AlBann



----



Kami Sentiasa di SisiMu Teman..

Teman, Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kenimatan yang yang kita kecapi lengkapkannya dengan tahmid sebagai tanda syukur pada yang maha memberi, kemaslahatan yang dihadapi perindahkannya dengan kesabaran sebagai penguat jiwa menjalani tarbiah diri.

Sahabat, bersabarlah.. Anggaplah ujian yang dihadapi sebagai satu proses untuk membina diri melengkapkan misi sebagai seorang pejuang yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.


Hilangnya sesuatu tidak bermakna kita hilang segala2nya, pasti dan yakinlah kehilangan tersebut sebagai satu ujian untuk meningkatkan kehebatan diri dan sekiranya kita berjaya pasti ganjaran penghargaan yang lebih baik akan dikurniakan,PASTI... percayalah..



Teman..

Kuatkan semangatMu, Tingkatkan keAzamMU, Perhebatkan JatidiriMu, Fokuskan MatlamatMU, Pastikan Mumtaz dalam GenggamanMu..

Ingatlah Teman, kamu TIDAK KESEORANGAN dalam menghadapai kekusutan ini, tolehlah kebelakang, lihatlah betapa ramai dari sahabat-sahabat yang lain bersama2 kamu.. kami sentiasa bersama mu sahabat...

Bersama kita menuju kemuncak destinasi kejayaan... FIGHTING!!!!


Mohamad Solehin Bin Bakri,
msb_rg8@yahoo.com


..



Sunday, April 19, 2009

~Wuduk Pembersih Zahir & Batin~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang diketahui,semua orang hendak segak & cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.

Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."



Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.

Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.


Mohamad Solehin Bin Bakri,
msb_rg8@yahoo.com


.

Wednesday, April 15, 2009



~Tinggal Diluar Atau Di Dalam Kampus ???~


Assalamualaikum….

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..lama benar rasenye ana tidak menulis di dalam blog nie…bukan kerana kehabisan idea..tetapi kerana kekangan masa yang sangat terhad bagi ana sebagai seorang pelajar Perubatan…hehe..Apa2 pun…terima kasih kepada semua pembaca sekalian..kalian semua sangat setia melawati blog ana nie..walaupun jarang diupdate buat masa nie…(berdasarkan counter,>3000 pelawat dalam masa x sampai 10 bulan…hehe)…

Baiklah sahabat semua,tujuan ana menulis kali nie hanya sekadar ingin meminta oendapat sahabat semua tentang persoalan tajuk diatas…Apakah yang terbaik? Semua sedia maklum..keputusan desasiswa telah diumumkan…Alhamdulillah,ramai dari kita yang Berjaya mendapat tempat di dalam desa..TAHNIAH diucapkan….mungkin ini adalah salah satu balasan yang Allah kurniakan kepada kita didunia lagi..lihatlah wahai sahabat semua…ini dunia..apatah lagi diakhirat kelak..insyaAllah…

Sebenarnya,banyak yg difikirkan tentang persoalan nie…bila difikir,banyak pro-nye dan banyak juga kontra-nye…jadi…mintalah kepada sahabat semua,lontarkan sedikit sebanyak kelebihan dan kebaikan untuk ini..supaya keputusan ini akan memanfaatkan diri penulis dan umum….Terima kasih…


Mohamad Solehin Bin Bakri.

msb_rg8@yahoo.com



...

Thursday, April 2, 2009

~Begitukah Akhirnya~


Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.



' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

**********************************

Untuk renungan wanita bergelar ibu dan bakal ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


p/s: Ingatlah wahai muslimat semua...sebelum antunna menjadi ibu mithali yg akan mencorak anak yg soleh dan solehan..perlulah diri sendiri diperbaiki agar selari dengan kehendak ilahi... kepada kaum muslimin..perlulah diri kita semua menjadi seorang dimana agama didalami untuk membawa isteri ketahap mithali untuk membentuk anak-anak yang soleh dan solehah di kemudian hari...

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com