Monday, November 17, 2008

Ooops.... I Fall In Love...!!

Assalamualaikum.....

Bismillahirrahmanirrahim...Wahai sahabat-sahabat semua...Apakah realiti kehidupan kita sekarang?? Adakah kita berada di jalan yang benar?? Ataupun kita telah terjerumus ke lembah kerosakan (maksiat)?? Justeru,ana menyeru diri ana dan kepada sahabat pembaca yg setia dengan blog "ISLAM ITU FITRAH"....sama-sama kita bermuhasabah diri...

Sebenarnya..untuk bermuhasabah diri,kita tidak sekali-kali perlukan orang lain untuk memulakannya...semua itu hidayah dari Allah yang mana menyebabkan keinginan ke arah itu timbul...Tetapi..kita boleh trigger perkara itu....jadi...wahai sahabat sekalian...marilah sama-sama kita meluangkan masa study kita,masa lapang kita untuk menimba sedikit ilmu tentang permasalaha remaja/dewasa sekarang..

Program ini adalah anjuran PERSATUAN SAINS PERUBATAN USM dengan kerja sama Pusat Islam...Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 November 2008
Tempat : Masjid Pusat Islam (Murni)
Masa : Selepas solat maghrib
Penceramah : Ust A.Ubaidillah Alias (penulis novel "Warkah Cinta Berbau Syurga")


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). " (al-Hujarat:13)

Datanglah beramai-ramai....

Mohamad Solehin Bin Bakri
NYDP-1 Persatuan Sains Perubatan 08/09
msb_rg8@yahoo.com


Sunday, November 16, 2008

~Cinta illahi ~

Cinta adalah rahmat dan nikmat dari Allah
Sungguh bahagia orang yang dihidupkan hatinya dengan cinta
Seindah-indah cinta
Adalah cinta kepada penggenggam alam semesta
Dialah Allah Yang Maha Agung

Mencintai dan dicintai adalah fitrah manusia
Setiap insan didunia akan merasakan
Susah, ceria, suka dan duka
Terasa indah dan kadang merana
Itulah rasa cinta

Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu
Dari cinta yang menipu daya dan melenakan
Cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki
Cinta pada Allah adalah cinta yang sejati
Bersihkan diri, sucikan hati, gapailah cinta Illahi.


Renunglah....mungkin ini yang dicari oleh kita sebagai seorang manusia......

Friday, November 14, 2008

Siapa Yang Nak Cegah "COUPLE" !!

Assalamualaikum. .

Hari demi hari dalam menghitung hari kita melihat semakin meningkat kadar couple,semakin aktif couple2 ini menjalankan aktiviti.... di dalam kampus,
NAMUN berapa ramaikah yang menegur perbuatan mungkar ini ??

Buat yang berada di saf perjuangan islam...acapkali mendengar dalil-dalil tentang berdakwah... cthnya:

1.”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”(al-imran 104)

2. “Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan ke tengah-tengah manusia untuk memerintahkan kebajian dan mencegah kemungkaran (berdakwah), sementara kalian beriman kepada Allah” [QS Ali Imran;110]

Hatta,dalil yang selalu dibaca selepas tutup majlis;

3. “Demi masa, Sesungguhnya manusia ada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, serta selalu saling berpesan (berdakwah) tentang kebenaran dan kesabaran” [QS al-ashr;1-3]

.....em amar makruf memang mudah kan...tapi nahi mungkar ???
Hadis yang selalu disebut juga...

“Siapa yang melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu dengan hatinya (membencinya) . Akan tetapi, yang terakhir (membencinya) ini adalah keimanan yang lemah” [HR Muslim]

Sering kali kita melihat tapi ???..hanya mampu membencinya sahaja apabila berseorangan. ..hatta diri yang lemah & dhaif ini juga....

Oleh itu ana menyeru sahabat-sahabat seperjuangan sekalian untuk bersama-sama dengan menyertai gerakan, pencegahan couple di kampus....


Kita-bersama- sama bina kekuatan utk berusaha mencegah kemungkaran ini..


"Tegakkanlah dakwah dihatimu,nescaya akan tertegak dakwah dinegaramu"

Ruhul Jadid...

Wassalam....

~ Cinta Itu Fitrah ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk
meneruskan hidup ini walaupun sehari-hari kita semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dunia....Tapi kita perlu ingat..tujuan Allah jadikan manusia nie adalah untuk menjadi hambaNya yang beribadah kepadaNya,meyebarkan da'wah(amar makruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia dengan agamaNya. (khalifah)
Juteru wahai sahabat....semoga tulisan ini akan menjadi asbab untuk kita mendapat keb
erkatan dan keredhaan dari Allah...insyaAllah...

Jadi mengenai tajuk ini...memang ramai yang tertanya-tanya mengenainya...
apakah salah kita bercinta?? Bukankah ianya fitrah?? :)

ana cuba menulis ini berdasarkan sedikit pembacaan dan siri kuliah yang ana dengari.... smoga semua ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang sentiasa bermain difikiran para remaja/dewasa sekarang....

Baiklah...ISLAM ITU FITRAH..sama ngan title blog nie...hehe... Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Ad
alah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)


Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta itu dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbu
lkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan untuk berkenalan sebelum berkahwin tetapi mestilah dengan islam = syariat :-)

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama lima tahu
n (student medic), selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

Jadi..semoga dengan pembacaan ini…kita dapat memahami waktu,tempat,keadaan dan keperluan untuk bercinta…fikirlah…carilah jalan yang paling sesuai untuk itu…Apa yang paling penting…jadikanlah ISLAM sebagai teras melakukan segala tugasan dunia…Sesungguhnya ISLAM itu syariat…syariat itu adalah cara…cara itu perlu kita ikuti agar kita tidak terbabas dalam memandu kehidupan dunia yang penuh cabaran dan keinginan nafsu…

Sekian…wassalam…

Mohamad Solehin B. Bakri

Medik 2 USMKK

msb_rg8@yahoo.com

Wednesday, November 12, 2008




~Forum 'Nikah Tunai'..Ape tu..??

Perasaan ingin dicintai,disayangi & perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah yang dijadikan oleh Allah kepada manusia...sesiapa yang menolak fitrah,sesungguhnya dia merancang untuk merosakkan kehidupannya...Islam merupakan agama yang suci dan fitrah yang mana menyekat segala bentuk kemungkaran dan mensyariatkan sesuatu penyelesaian sepertinya perkahwinan...

Sabda Rasullulah: 'Tidak ada kehidupan bersendirian/membujang dalam islam'

inilah antara sebab kita mesti memenuhi fitrah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia.

Tentu ramai yang tertanya-tanya,apa yang dimaksudkan Nikah Tunai? ada ke nikah hutang?
untuk menjawab soalan ini,perlu diketahui apakah itu nikah? apa beza nikah & tak nikah?
nikah ini pada segi bahasanya adalah cantum dimana percantuman antara dua jantina yang berbeza..

Jadi,dalam forum ini...ahli panel yang terlibat adalah YB senator Hjh. Mumtaz Bt Mohd Nawi,Ahli dewan negara dan juga seorang peguam,yang ke-2 ialah Ust. Mohd Hasrizal B Abd Jamil @ saifulislam.com....mereka banyak menekankan tentang tatacara perkahwinan yang disyariatkan dalam islam dimana perkara itu memudahkan umat islam itu sendiri...

Banyak kes yang berlaku sekarang adalah lelaki yang tidak mampu berkahwin kerana wang,harta dan sebagainya,....inilah yang akan menyumbang kepada gejala-gejala yang tidak sihat menular dikalangan umat islam....
islam menggariskan suatu yang sempurna dan sangat memudahkan kita...

Isu yang timbul adalah isu mas kahwin yang terlampau tinggi dikalangan rakyat malaysia sekarang...setiap negeri mempunyai nilai mas kahwin yang berbeza...ini semua adalah adat dan tidak sekali2 apa yang disyariatkan oleh islam...."Mas kahwin yang terbaik adalah yang termurah"..inilah antara kata-kata salah seorang ahli panel forum 'nikah tunai' ini...

Forum ini adalah suatu forum yg julung2 kali diadakan dan suatu diskusi ilmiah yang sangat bermanfaat bagi semua yang bakal membina sebuah rumah tangga...banyak persoalan-persoalan dikupas.antaranya seperti adat bertunang,batasan ketika bertunang...adat berkahwin dan sebagainya....
Di kampus sendiri..sterlampau banyak gejala ber'couple' diaplikasikan oleh siswa dan siswi..adakah ini juga Fitrah?? ya...perasaan itu merupakan fitrah..tetapi perlakuan ber'couple' itu telah menjadikan fitrah yang pada asalnya bertukar menjadi fitnah....na'uzubillah...

Jadi,ana tidak berniat ingin mengulas panjang tentang apa yang dibincangkan...secara keseluruhannya,kita sebagai masyarakat kampus perlu sedar bahawa gejala-gejala tidak sihat selalu sahaja berlaku disekitar kita...siapakah yang perlu menyedarkan mereka?? Adakah kita??...tanyalah iman kita masing-masing..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menegakkan agamaNya dimuka bumi ini....

InsyaAllah...

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2
msb_rg8@yahoo.com




Friday, November 7, 2008

~ Cerita Ibuku Kepadaku ~

Bismillahirrahmanirrahim......

Assalamualaikum.......
Hari demi hari...alhamdulillah..Allah memeberi kekuatan untuk ana terus dan terus menulis blog ini...bukan apa...ana menulis hanya bertujuan untuk berkongsi dengan antum semua...semoga ini semua akan dikira sebagai sebagai asbab untuk mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t...

Alhamdulillah....sehingga hari ini..diri ini masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah...sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan ini..Ya Allah...ampunilah kami yang sentiasa lalai ini....

Berdasarkan tajuk diatas..mesti ramai tertanya-tanya...apa sebenarnya cerita ibuku kepadaku nie??..ini tidak ada kena mengena antar yg hidup atau sudah meninggal dunia...

ok lah....critanya melibatkan kisah seorang anak kecil...
selepas saja dilahirkan..maka seluruh isi rumah berasa gembira......tetapi,langit x selalunya cerah....apa yang berlaku...anak kecil yang baru dilahirkan telah diuji oleh Allah...

ketika tu...ibu dan ayahnya sedang tidur nyenyak...tiba-tiba kedengaran tangisan anak kecil itu...apabila mendapati anaknya menangis...dengan lantas ibunya terus terjaga dari tidur dan mendukung anaknya tersebut...."knape menngis malam-malam nie...." setelah didukung..anak kecil itu tetap menangis dan terus menangis... tetapi inilah seorang ibu..walau bagaimanapun keadaan..dia tetap akan sabar dengan perkara itu...sudah semalaman menangis...anak kecil itu pun berhenti dari menangis..."ah..lega,tidur pun anak aku nie..."sambil tersenyum ibu dengan cermat ingin meletakkan semula anaknya itu di tempat tidurnya....tetapi..apa yang berlaku selepas itu...sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku...tubuh anak kecil itu keseluruhannya menjadi biru....ibu tersebut menangis."abang,knape anak kita nie...apa dah berlaku..!!" dengan tangkas ayah kepada anak kecil itu pun pantas mendapatkan kunci kereta lalu menghidupkan kereta.."cepat bu...kita bawak anak kita ke hospital.." Ya Allah...masa itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang ibu dan ayah...

Dalam keadaan kebimbangan...si ayah tetap memandu keretanya dengan selaju mungkin dengan harapan anaknya dapat diselamatkan...Alhamdulillah...akhirnya sampai kehospital berdekatan... setibanya di hospital...si ibu mendukung anaknya lantas membawa berjumpa dengan Dr..." doktor...knape dengan anak saya nie...mula-mula menangis..kemudian tiba-tiba biru abis seluruh badan..." anak kecil itu tidak menangis...tetapi keadaannya kelihatan agak kritikal...

Tanpa melengah-lengah masa...Dr yang bertugas mengambil anak kecil itu lalu...selepas dilihat oleh Dr pakar...mereka memanggil ibu bapa anak kecil tersebut.."mak cik,pak cik...baby nie agak kritikal...kita kena hantar dia ke hospital besar (Hospital Ipoh)..." kita kena bawak sekarang jugak"....tanpa berfikir panjang ibu itu pun menjawab.."buat la apa pun Dr...slamatkan lah anak kami nie.."

Beberapa minit selepas itu..sebuah ambulan pun sampai...anak kecil itu,dengan laju..terus dibawa ke hospital besar untuk meneruskan rawatan....

Setiba sahaja di hospital...anak kecil itu terus dibawa ke jabatan kecemasan hopital...malam itu seorang Dr perempuan yang bertugas...rawatan telah diberi kepada anak kecil itu...alhamdulillah..dengan kuasa Allah,keadaan bayi yang tadinya biru berubah kemerahan semula..."Alhamdulillah...syukur Ya Allah atas segala yang engkau berikan..."

Dalam tempoh rawatan..anak kecil itu ditempatkan di Unit Kawalan Rapi (ICU)....ini kerana keadaannya yang tidak stabil dan perlukan tindakan segera...
Selama seminggu berada di hospital...si ibu tidak sekali2 meninggalkan anaknya itu.... dilihat,ditatap wajah anak kecilnya itu....aduh..begitulah naluri seorang ibu...

Pada suatu petang...anak kecil itu menangis....si ibu terfikir..."eh..lapar kot budak nie...dah brape ari x menyusu..." diwaktu yang sama..seorang staf nurse lalu berdekatan dengan katil anak kecil itu..si ibu menyapa.."nurse...anak makcik nie menangis...makcik rasa dia lapar lah....boleh makcik bagi dia susu sikit..." tanya si ibu kepada nurse tersebut..."sebenarnya doktor pesan jangan bagi baby nie minum susu..."nurse itu menjawab..."sikit pun x boleh ke nurse.." sambung si ibu lagi..."ok lah...bg la sikit supaya dia tak nangis lagi.." balas staf nurse tersebut...
lalu...si ibu dengan gembiranya menyusukan anaknya...."wah.mmg btol la...lapar anak aku nie..kesian dia...dah barpe hari x menyusu"....

Selepas itu....anak kecil itu pun berhenti menangis..."eh...tidur dah anak aku nie..bagus la...tenang ak rasa tengok anak aku x nangis lagi..."

Tiba-tiba...x brape lama selepas si ibu menyusukan anaknya...kelihatan tubuh anaknya menjadi biru semula....dengan takut...si ibu memanggil Dr yang merawat.."doktor!!...anak saya..." jerit si ibu..."eh knape makcik..." tanya doktor kepada ibu tersebut.."tadi anak saya menangis..saya tyn staf nurse boleh ke bg susu kat anak saya nie....nurse jawab bg sikit.." jawab si ibu...dengan nada yang agak tinggi doktor membalas"knape makcik bg susu...kan saya dah pesan jangan bagi...".."saya bg sikit je"..kata ibu..."mana boleh makcik....mana makcik tau sikit..."...terdiam si ibu mendengar kata-kata doktot tersebut....

Apa yang b'laku...doktor tersebut menggoncang-goncang tubuh kecik anak tersebut...tidak lama kemudian keadaan tubuh anak kecil itu pun kembali kemerahan...'alhamdulillah..stukur ya Allah..." berkata si ibu....
Selepas itu...3-4 orang doktor lain datang ke arah katil anak tersebut..kelihatan mereka membincangkan sesuatu.."owh.....mereka nak buat rawatan la tu.." kata si ibu sendiri....kemudian semua mereka pun beredar....

Tidak lama kemudian..Dr yang merawat anak kecil itu pun memanggil si ibu untuk membincangkan sesuatu..."eh knape pulak nie" tanya si ibu dalam hatinya...lalu si ibu pun pergi berjumpa dengan Dr. Solehah (doktor yang merawat anak kecil tersebut...)

"Makcik...kita nak buat rawatan kat anak makcik nie....kami perlu mengambil cecair tulang belakang anak makcik nie untuk ujian makmal...kat sini ada yang makcik perlu tandatangan.." kata doktor kepada ibu tersebut..."owh..macam tu...ok lah...mana yang makcik perlu tandatangan??."tanya ibu tersebut..."sini..." tunjuk Dr. Solehah...

Selepas itu..smua procedur telah pun dijalankan....kelihatan..anak kecil itu pun semakin membesar dan sihat...kegembiraan kedua ibubapanya hanya tuhan sahaja yang tahu.....

Suatu petang...seperti kebiasaan..menziarahi orang sakit menjadi tradisi dalam masyarakat...ramai kawan2 kepada si ibu datang melawat anak kecil itu...kedengaran satu suara mengatakan.."eh...apasal setuju bagi ambil cecair tulang belakang??...nanti bayi nie lumpuh...x boleh bejalan..." masyaAllah...ketika itu...hanya tuhan sahaja yang tahu perasan seorang ibu....tetapi apa lagi yang boleh dilakukan..semuanya telah terjadi....Allah sahaja tempat pengharapan....

Sekarang tibalah masa anak kecil itu dibenarkan keluar dari Hospital....sebelum kelaur...si ibu sempat bersembang dengan Dr Solehah yang merawat anaknya tu..."dr..saya dengar ada orang kata..bila cecair tulang belakang diambil..anak nie akan jadi lumpuh...btol ke??" tanya si ibu kepada doktor...jawab doktor."eh...xde lah makcik....jarang bende tu berlaku...kebiasaannya ok je...." mendengar jawapan itu...si ibu kembali tenang...."Trima kasih doktor kerana merawat anak saya..."...."sama-sama.." jawap doktor...jaga anak nie baik2..ikut peraturan ubat yang diberi..insyaAllah...biar nnt dia besar boleh jadi Dr jugak...hehe.." gurau Dr. solehah kepada ibu itu...

"Alhamdulillah...dah lama x balik rumah...semuanya dah selesai..." kata si ibu.anak kecil itu pun semakin hari,semakin sihat..."eh...kita x namakan lagi anak kita nie.." kata si ibu kepada si ayah..
"ye lah...nak bg nama ape ye..?? tanya si ayah..."ingat nak bletak nama Solehin..sedap nama tu..lagipun Dr yang rawat dia dulu Dr. Solehah..saje...tibe-tibe terfikir nama tu.." tambah si ibu...
"eh..bagus nama tu....abang setuju..." jawab si ayah...
jadi..oleh yang demikian..anak kecil itu pun diberi nama Mohamad Solehin..(hehe...)

Pengajaran dari cerita ini....
1) ingatlah pengorbanan ibu dan ayah kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya..
2)Untuk setiap yang kita dengar dari mulut orang tidak semuanya betol..
3) Namakanlah anak-anak denagn nama yang baik dari segi sebutan dan juga maknanya..


Sekian..wassalam...

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2 USMKK
msb_rg8@yahoo.com



Tuesday, November 4, 2008



~ Kisah Pohon Epal ~

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epel tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anaktersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon epal itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epel dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkahkau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanyalelaki itu."

Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu epelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Tersebut. Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun dan diwaktu memerlukan pertolongan dari mereka..

Renunglah......

Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2 USMKK

msb_rg8@yahoo.com