Friday, August 26, 2011

~Selamat Hari Raya Eidul Fitri~



Dari ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"


Tuesday, August 16, 2011

~Indahnya Al-Quran~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diberi kesempatan berkongsi cerita.. =)

kisah nie setiap tahun ana ceritakan kepada sahabat-sahabat semua apabila kita berada dibulan Ramadhan. Sebuah kisah menceritakan tentang seorang anak murid berguru dengan seorang alim ulama'. kisahnya:

Di suatu ketika selepas kelas

Murid: Ya syeikh, saya ingin bertanya satu soalan yang mengelirukan saya.
Ulama' : silakan. saya akan jawap apa yang saya mampu jawab.

Murid: Saya nak tanya, syeikh mengatakan bahawa Al-Quran menceritakan tentang setiap perkara. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Tetapi, setelah saya mengkaji keseluruhan isi Al-Quran, saya dapati x semua yang saya ingin tahu diberitahu oleh Al-Quran. Jadi apa bukti Al-Quran mengajar semua perkara kepada kita?

Syeikh: Tersenyum~ Apakah betul kamu sudah habis mengkaji tentang Al-Quran?
Murid: Benar, sudah...

Syeikh: Jika benar, apa yang kamu ingin tahu ini pasti ada di dalam Al-Quran. Oleh itu, kamu pulang dan kaji semula. (Sambil Tersenyum)

Selepas habis mengkaji semula Al-Quran

Murid: Ya syeikh, saya sudah kaji semula Al-Quran ternyata tidak ada apa yang saya mahukan itu.
Syeikh: ~Senyum~ Apa yang kamu cari? ak pasti ada di dalam Al-Quran.

Murid: Jika benar ada, Syeikh tunjukkan kepada saya ayat bagaimana nak buat 'ROTI'...
Syeikh: Owh, ayat nak buat roti ada didalam Al-Quran! bagaimana kamu tidak menjumpainya?

Murid: Tunjukkan lah wahai syeikh... saya mahu tahu...
Syeikh: inilah ayat yang mengajar kita membuat roti: "Fas'alu ahlaz-zikr in kuntum la ta'lamun" - "Bertanyalah kepada yang mengetahui (ahli dalam sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui"

Murid: Errr...
Syeikh: Adakah tidak benar ayat itu?, Allh mengajar kita supaya bertanya kepada org yang mengetahui tentang sesuatu perkara jika kita tidak mengetahui. Maka belajarlah, pasti kamu akan tahu..

Hehe..cuba bayangkan jika Allah menperincikan sampaikan cara buat roti pun nak diajar detail, agaknye berapa tebal Al-Quran kita hari ini? yang ada pun kita x habis-habis mengaji..btol?

Moral Value:

1. Al-Quran diturunkan kepada kita lengkap selengkap-lengkapnya!
2. Allah menekankan untuk belajar dan mengajar.
3. Al-Quran Adalah hujah.
4. Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah merujuk kepada Al-Quran hinggalah kepada urusan memilih pemimpin dan mentadbir negara.

Sekian, mudahan beroleh manfaat dari penulisan ini.

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!





Saturday, August 13, 2011





~Antara Tadarus & Tadabbur~

Salam Ramadhan buat sahabat pembaca yang disayangi semua.
Bulan Ramadhan bukan sahaja digelar dengan bulan untuk umat Islam berpuasa, malah ia juga digelar syahrul Quran (bulan Al-Quran), sehingga tadarus Al-Quran sangat ditekankan kepada setiap Muslim. Maka tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba untuk membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya di bulan yang mulia lagi penuh berkat ini.

“Man, sekarang sudah 14 Ramadhan, sudah hampir separuh kita berpuasa. Berapa juzu’ Al-Quran yang kamu dah baca?” tanya seorang teman.
“Alhamdulillah, tak banyak pun. Buat masa ini tidak lebih lima juzu’ lagi,” jawab Man dengan tenang.
“Aii…tak lebih lima juzu’, kamu mengeja ke mengaji?!!” bicara teman itu lagi dengan nada perli.
Man hanya tersenyum, sememangnya dia kenal sungguh sifat kawannya yang suka ‘berkata-kata’ ini.
…..
Man teringat satu peristiwa di bulan Ramadhan suatu ketika dulu.
“OK, kita berhenti di sini,” bicara imam yang berpangkat pakcik itu.
Man agak terkejut dengan arahan imam tersebut. Baru saja mengaji beberapa muka surat, tidak habis pun lagi satu juzu’ sudah disuruh berhenti.
“Kenapa berhenti imam? Tak habis satu juzu’ pun lagi kita mengaji,” soal seorang makmum yang turut sama bertadarus malam itu.
“Tak mengapa, yang selebihnya masing-masing habiskannya di rumah. Malam ini kita buat perbezaan sikit. Kita sama-sama mentadabbur Al-Quran,” terang imam.
“Mentadabbur Al-Quran?”
“Ya, malam ini kita bukan sekadar mengaji dan mendengarkan bacaan ayat Quran sahaja, tetapi kita sama-sama meneliti, memahami dan mendalami Al-Quran.”
“Macamana tu imam?”
“Selama ini kita hanya bertadarus iaitu mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dibaca oleh orang lain. Malam ini, kita belajar Al-Quran iaitu belajar dari sudut tajwid, memahami terjemahan dan juga mendalami tafsir di dalamnya. Supaya kita tahu, asbabul-nuzul (sebab diturunkan ayat) sesuatu ayat itu atau pun kisah-kisah pengajaran di dalamnya,” terang imam dengan panjang lebar.
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu menganggap Al-Quran adalah surat-surat dari tuhan mereka. Pada malam hari, mereka selalu merenunginya, dan akan berusaha mencarinya pada siang hari,” tambah imam sambil memetik kata-kata Imam Hasan al-Basri.
Sebab itu, walaupun sudah 14 Ramadhan, Man masih lagi ‘mengeja’ dengan perlahan-lahan. Demi mengambil iktibar dan pengajaran agung yang terkandung  di dalam setiap baris ayat dan juga surah. Sebagaimana seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah Azza wa Jalla untuk membaca Kitabullah (Al-Quran) dan mereka saling mempelajarinya kecuali sakinah (ketenangan) akan turun kepada mereka, majlis mereka penuh dengan rahmat dan para malaikat akan mengelilingi (majlis) mereka serta Allah akan menyebutkan mereka (orang yang ada dalam majlis tersebut) di hadapan para malaikat yang di sisi-Nya. [HR. Muslim]


Pernah seorang paderi memberitahu kepada kaumnya:


"Kita tidak perlu takut atau gentar dengan orang muslim kerana, walaupun ramai diantara mereka yang membaca kitab mereka iaitu Al-quran, bukan semua mereka memahaminya, kalaupun ada yang memahaminya,bukan semua akan menhayatinya, kalaupun ada yang menghayatinya, tidak semua yang mengamalkannya".


Ayuh sahabat semua, Al-quran adalah kalam Allah.Allah berbicara dengan kita melalui Al-quran. Berbicaralah kita denganNya dengan solat dan memahami Al-quran, tanpa faham kita hanya dapat berbicara tanpa merasa nikmat berbicara denganNya.

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"


Wednesday, August 10, 2011

~Tazkirah 10 Ramadhan pertama~



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, kita sekarang berada dibulan RAMADHAN.. Maaf lama x update blog.. InsyaAllah dikesempatan yang ada, ana menulis untuk berkongsi sedikit sebanyak TAZKIRAH RAMADHAN.. Firman Allah:


" Berilah Peringatan, Sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang-orang yang  bertaqwa"


Sebenarnya semua peringatan ini sudahpun ana post di akaun Facebook ana : http://www.facebook.com/profile.php?id=546390758 . Ini merupakan pengumpulan semula tazkirah-tazkirah harian tersebut. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan usaha kecil ini, Allah akan memberikan Rahmah dan Magfirah.


1 Ramadhan:
     
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ                      


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"

Inilah bulan Ramadhan, yang penuh dengan rahmah.Ia menjadi pesta ibadah kepada orang-orang yang TAMAK kepada ganjaran Allah s.w.t. Oleh itu, sama-samalah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

2 Ramadhan:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [متفق عليه]

"Sesiapa yang mendidikan (malam ramadhan) dengan keimanan dan mengharap ganjaran Allah, akan diampunkan olehNya semua dosa-dosanya yang lalu"


Ini merupakan suatu TAWARAN hebat daripada Allah kepada kita semua di bulan yang khusus ini, dimana Allah menjanjikan keampunan daripada segala dosa-dosa lalu yang telah kita lakukan. Ini merupakan suatu yang besar wahai sahabat-sahabat semua..Ayuh kita rebut!!

3 Ramadhan:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم َرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ



‘Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu kebaikan dan kebaikan itu digandakan sepuluh sepertinya. Aku tidak berkata ‘alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘laam’ satu huruf dan ‘miim’ satu huruf.’

[Hadith riwayat al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh beliau]

Sahabat, lihatlah betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Allah terlalu mahu memberi kita kebaikan. Bukan sekadar memberi, malah menggandakan apa yang ingin diberi. Sahabat, tidak ada penguasa yang beria-ia nak memberi kebaikan selain diminta. Walau diminta pun, kadangkala yang akan diberi pun tidak akan sama seperti yang diminta. Inilah Rahmat Allah, sifat Ar-rahimnya yang khusus untuk kita umat Islam sangatlah tidak terhitung. Oleh itu sahabat semua,sekali lagi REBUTLAH!!

4 Ramadhan:

Berdoalah! Kerana doa itu senjata mukmin.. Kita berdoa memohon sesuatu daripada Allah bukan bererti Allah tidak mengetahui apa yang kita hajati… Tetapi,doa merupakan suatu bentuk pengabdian diri.oleh itu… abdikan lah diri kepada sang pencipta supaya kita mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat

Sahabat, Allah memiliki sifat 'Sami'an" "Basiron" "A'liman".. Allah mengetahui setiap apa yang ada didalam benak fikiran hati perut kita, tidak ada satu daun pun yang jatuh kebumi yang Allah tidak tahu, inikan pula manusia yang dijadikan olehNya dengan sebaik-baik kejadian. Allah mahukan yang terbaik untuk kita semua, Dia sentiasa memberikan perkara yang diperlukan oleh kita dan bukannya perkara yang dimahukan oleh kita. Oleh itu, Mintalah kepadaNya, nescaya Allah akan perkenankan. Tidak didunia, Akhirat kelak PASTI!!

5 Ramadhan:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]

Pesanan Rasulullah kepada kita harus kita titik beratkan kerana ianya merupakan wahyu daripada Allah untuk kita semua. Bilamana kita berpuasa, bukan beerti kita hanya menahan lapar dan dahaga sahaja,ia tidak memadai untuk mendapat ganjaran yang Allah akan berikan. Hendaklah kita melakukan yang terbaik agar setiap ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah s.w.t. Islam sangat mementingkan silaturrahim dan keharmonian. Itulah sebabnya islam melarang kita dari mengatakan perkara yang jahat,keji dan kotor kerana ianya hanya akan merosakkan keharmonian dan silaturrahim antara kita semua. Rasullullah bersabda bahawa dengan puasa sepatutnya akan menjadikan kita orang yang SABAR. Puasa adalah IBADAH, adakah pantas untuk kita melakukan sesuatu yang keji dan kotor sedangkan kita sedang beribadah. Analoginya, Kita sedang SOLAT, pada masa yang sama kita menonton filem lucah. Teruk sangatlah kita jika begitu!!

6 Ramadhan:

"Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di dlm Surga itu terdapat pintu yg dinamakan Ar-Rayyan.Org yang b'puasa akn masuk melalui pintu t'sebut pd Hari Kiamat kelak.Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka.Kelak akn ada pengumuman:Di manakah org yg b'puasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.Setelah org yg terakhir dr mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali.Tiada lagi org lain yg akan memasukinya" [B-M]

Syurga merupadan sesuatu yang diidamkan oleh semua manusia. Bukan hanya muslim sahaja yang menginginkannya, tetapi mereka yang tidak bersama kita juga mahukan syurga. Mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka.ameen. Sahabat sekalian, Allah menjanjikan sesuatu yang luar biasa untuk kita sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. Syurga yang disediakanNya, dibina pula satu pintu KHAS untuk mereka yang berpuasa, masyaAllah sahabat-sahabat, betapa berianya Allah ingin mamasukkan kita kedalam syurga. Dia yang menciptakan syurga, kemudian dia beria-ia  nak memasukkan kita kedalamnya. Besarnya rahmat Allah untuk kita. Analogi yang ana nk berikan, cuba kita bayangkan seorang kaya, beliau ingin membina suatu mahligai yang sangat indah, setelah disiapkannya, beliau mengajak semua rakan-rakan, jiran-jiran dan orang ramai untuk masuk kerumahnya itu, dan beliau berpesan, "buatlah rumah ini seperti rumah sendiri, jika hendak berada disini selama-lamanya pun xpe, makan lah apa yang ada, jika perkara yang kamu nak itu tidak ada, mintalah, akan aku belikan dan berikan kepada kamu." MasyaAllah, agak-agak ada ke orang begini? Ketahuilah sahabat, Allah adalah begitu!! Dia mahu berikan yang terbaik untuk kita sebagai makhlukNya.. Allahuakbar!!

7 Ramadhan:

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Seperti yang ana katakan diatas, islam merupakan agama keharmonian dan silaturrahim, segala perkara yang jahat, keji dan kotor hanya akan merosakkan keharmonian dan silaturrahim kita sesama makhluk. Puasa merupakan IBADAH, adakah kita 'tegar' melakukan perkara maksiat didalam Ibadah? Nauzubillah.

8 Ramadhan:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Imran:133)

Ini merupakan TAWARAN hebat oleh Allah kepada kita semua...di bulan ramadhan nie,kita jangan hanya mengejar tawaran hebat di supermarket dan mall saja...sedangkan tawaran hebat dari Allah untuk diberikan SYURGA kpd kita semua sikit pun kita x pandang.. Sesungguhnya Allah SAYANG sgt kat kita semua...Ayuh, fastabiqul Khairat!!!!

9 Ramadhan:

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Allah menciptakan sesuatu berpasangan. Apabila Dia menciptakan syurga, Dia juga menciptakan Neraka. Bukan bermaksud Allah tidak menyayangi makhluknya, tetapi makhlukNya yang engkar dan tidak bersyukur. Penciptaan neraka pada hakikatnya adalah untuk keadilan. Allah bersifat maha ADIL. Analoginya, didunia kita melihat orang yang jahat melakukan kerosakkan dan penganiayaan,sehingga akhir hayatnya dia tidak mendapat kesusahan pun malah nikmat diberikan terus-menerus. Adakah Allah adil jika tidak menciptakan neraka untuknya? Adakah patut dia yang menganiayai kita semasa didunia harus bersama kita yang baik dan soleh disyurga kelak?. Ketahuilah bahawa kehidupan didunia hanyalah seperti sebuah filem. Didalam sebuah filem, kita melihat heronya mati, tetapi yang jahat terus bermaharajalela dengan nikmat. Ana yakin, kita yang menonton rasa nak bakar je TV ataupun panggung kerana ending nya begitu. Dan ana juga PASTI, penerbit akan menghasilkan sambungan filem itu supaya yang jahat akan menerima balasan yang selayaknya, dengan itu, penonton akan berasa puas dan gembira..betol? =) itulah analogi kehidupan dunia dan kehidupan selepasnya (Akhirat)

10 Ramadhan:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-'Ankabut:002)

Ramai daripada kita yang apabila diuji berasa tertekan dan terus bersedih..ketahuilah bahawa ianya bentuk ujian yang sengaja Allah berikan kepada kita untuk melihat tahap keimanan dan kesabaran kita..sesungguhnya, peringkat SABAR yg tertinggi adalah sabar ketika menerima ujian atau musibah.. RAMADHAN mengajar kita...

InsyaAllah, setakat ini dulu untuk kali ini, nantikan sepuluh hari ramadhan yang berikutnya dengan tazkirah-tazkirah lain. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk menjalankan ibadah RAMDHAN di hari-hari berikutnya.

Didalam sebuah hadith:

"Bulan Ramadhan itu, diawalnya adalah Rahmah, dipertengahannya adalah Magfirah, dan diakhirnya adalah pembebasan daripada api neraka" (Hadis ini merupakan hadis yang dhaif pada sifatnya oleh kerana perawinya)

Salam Ramadhan Kareem!

"Menanam Benih Untuk Akhirat, Maka Bekerjalah!"







Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
muslimin2@gmail.com