Sunday, March 1, 2009

~PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH~
“KEINDAHAN BERSAMA MU”
(KB
M)




Pengenalan

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.
Oleh itu, kami mengambil initiatif untuk menganjurkan program yang bercorak ilmiah dan bermotivasi dalam melahirkan manusia yang berguna dan memenuhi modal insan. Keindahan Bersama Mu merupakan sebuah program motivasi yang merangkumi 100% aktiviti dan bersama rakan rakan.

Objektif

1) Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.
2) Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar,
bsahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.
3) Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap
aspek.
4) Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
5) Membimbing pelajar dalam mengaplikasi teknik – teknik mencapai kerjasama dalam
kumpulan.
6) Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak.

Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 6 - 7 Mac 2009
Tempat : Dewan Nurani USMKK



Yuran Pendaftaran:RM 15.00 seorang

Tentatif Program

HARI PERTAMA ( Jumaat/ 6 MAC 2009)

8.00 – 8.30 : pg Pendaftaran peserta
8.45 - 9.00 pg : Majlis perasmian & penyerahan ( ringkas )
9.15 – 10.00 pg : KNOWING ME KNOWING YOU .
10.00 – 10.30 pg : Minum Pagi
10.30 – 12.30 tgh : Nikmat Oh Nikmat
12.30 – 2.30 ptg : * ISOMA (Solat Jumaat)
2.30 – 4.30 ptg : INTEAM
4.30 - 5.30 ptg : Minum Petang & Solat
5.30 -6.30 ptg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS
6.30 – 8.45 mlm : ISOMA
9.00 – 1.00 pg : MENITI ANGIN MALAM
1.00 – 1.30 pg : Minum Malam

HARI KEDUA ( Sabtu/ 7 MAC 2009 )

8.00 – 8.30 pg : BADAN CERGAS OTAK CERDAS II
8.30 – 9.00 pg : Sarapan, Rehat & Persiapan Diri
9.00 – 11.00 pg : Bersama Menuju Kejayaan
10.00 – 12.30 pg : Lafaz Yang Tersimpan
12.30 – 1.00 tgh : DOA PERPISAHAN
1.00 tgh : Bersurai

* Istirehat, Solat, Makan


Kepada Semua Yang berminat membuat pendaftaran selewat-selwatnya pada hari program bermula....

Terima Kasih....

"Islam Itu Fitrah"

No comments: