Sunday, March 15, 2009



~Kejayaan Nik Nur Madihah Harus Dicontohi~




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…selawat dan salam untuk rasul junjungan ,Nabi Muhammad s.a.w..marilah kita perbanyakkan selawat keatas baginda kerana disitu terdapat ganjaran yang amat besar..seorang yang dapat memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak adalah baginda..justeru..bergembiralah orang-orang yang byk selawatnye ke atas baginda..

Tujuan ana menulis kali ini adalah sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang apa yg dirasai oleh diri yang lemah ini…sepertimana yang kita ketahui..setelah keputusan SPM diumumkan beberapa hari yang lepas…adik Nik Nur Madihah telah mencetuskan satu kecemerlangan yang sangat baik…bagi ana secara personal..kejayan beliau adalah suatu yang sangat member kesan kepada dunia pendidikan…

Jika kita lihat latar belakang adik Nik Nur Madihah..kita sepatutnya berasa malu dengan diri kita yg tidak dapat mengecapi kecemerlangan sepertinya…kita perlu lihat amalan-amalan yg dilakukannya setiap hari…bagi ana,cara hidup yg diaplikasi oleh beliau bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan pelajar seumur dengannya..malah kita sebagai seorang mahasiswa juga…kalau dilihat..pelajar daripada sekolah menengah arab maahad muhammadi ini adalah seorang pelajar yang mengamalkan cara hidup ISLAM… Islam adalah agama yang mudah dan sukakan perkara pertengahan (sederhana)…inilah kehidupan yang dapat membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat…

Cuba kita teliti apa yg digembar-gemburkan oleh media mengenai amalan hidup beliau.. Dia menerima kekurangan pada keluarganya (bagi ana itu bukan kekurangan tetapi suatu kelebihan) sebagai suatu cabaran dalam hidupnya..sungguhpun anak seorang nelayan yg tinggal dalam serba sederhana..sebenarnya beliau adalah salah seorang manusia yang menerima ‘tarbiah rabbaniah’…dengan tarbiah itulah beliau dapat mengecapi kejayaan yang sekali gus meninggikan nama ISLAM…Alhamdulilah…

Sebenarnya perkara ini ,rasullullah dah khabarkan kepada kita bahawa dunia akan datang kepada orang yang target utamanya akhirat dalam keadaan dirinya mulia…sabda rasullullah:


”Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan meletakkan kefakirannya antara kedua matanya.Allah cerai-beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan hina)”. ~Riwayat Al-Tirmizi~


Jadi…wahai sahabat semua..ayuh kita dekatkan diri dengan cara hidup Islam,kerana dengan Islam sahaja lah kita akan dimuliakan…sebelum itu ana ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang satu kisah bagaimana seseorang itu dimuliakan dengan islam…

Kisah ini adalah kisah mengenai seorang sahabat rasullullah iaitu Bilal..Seperti mana yang kita tahu..bilal adalah seorang hamba..untuk pengetahuan…seseorang itu hanya akan diketogerikan sebagai seorang hamba jika mencukupi syarat2 seorang hamba…jika melihat pada system kasta..hamba adalah golongan yang terendah dan terhina…tetapi inilah keistimewaan bilal..disebabkan begitu kuat keimanannya..walau disiksa dan didera…keutuhan imannya tidak sedikit pun terjejas…sehinggakan rasullullah pernah menceritakan kepada sahabat baginda bahawa baginda mendengar telapak kaki bilal di dalam syurga (bermakna,sudah pasti bilal ahli syurga…masyaAllah)…
dari seorang hamba..bilal menjadi begitu mulia dan menjadi salah seorang sahabat rasullullah yang terjamin sebagai ahli syurga…jika kita lihat,nama bilal sekarang sudah menjadi sinonim dengan masyarakat dunia iaitu gelaran yg diberikan kepada muazzin(tukang azan)…malah kalau dikelantan pasaraya pun dinamakan denagn nama bilal…hehe..nak kata bahawa nama bilal nie begitu sinonim dengan masyarakat dunia…..

Sebelum ana akhiri penulisan kali ini ana ingin mengucapkan tahniah kepada adik Nik Nur Madihah dan ana amat berbahagia sekali membaca kejayaan adik Nik Nur Madihah yang mendapat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Beliau adalah contoh yang baik untuk generasi muda hari ini. Kemiskinan dan kesusahan tidak menghalang kejayaannya. Apatahlagi, latar sekolah agamanya membuktikan bahawa agama bukanlah penghalang kemajuan wanita, bahkan agama adalah pemangkin kemajuan sejagat. Tahniah sekali lagi untuk Nik Nur Madihah, keluarga dan sekolahnya. Semoga Allah menjadikannya wanita muslimah yang membuktikan keunggulan Islam.

Oleh itu para sahabat sekalian…sebagai kesimpulan...ambillah islam secara menyeluruh...ambillah islam sebagai cara hidup…jika ingin menjadi seseorang yang mulia…biarlah kemuliaan itu disebabkan ISLAM…


“Ya Allah..Engkau Muliakan lah Aku dengan sebab ISLAM….”


Wassalam…

Mohamad Soehin Bin Bakri.
msb_rg8@yahoo.com

No comments: