Sunday, April 18, 2010

~Acuan Minda,Salah Siapa?~



Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,pji-pujian hanya untuk Allah pencipta diri ini yang hina lagi lemah,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang mana dengan usaha dakwah yang tidak mengenal erti kalah menyebabkan diri ini tergolong dalam golongan oleh yang dapat menerima cahaya keislaman yang memancar menerangi kegelapan dunia.

Kebejatan social yang semakin hari semakin kusut masai membuatkan hati ini tergerak untuk menulis untuk post kali ini.keadaan minda masyarakat yang semakin sakit dapat kita perhatikan semakin merebak seperti suatu pandemic yang sedang menular.Inilah reality semasa yang berlaku didalam masyarakat kita sekarang.Kehidupan yang dicanang sebagai negara yang menpunyai kehidupan aman dan selesa pada hakikatnya sakit dan parah dimamah revolusi barat.Ingatlah, Mereka (barat) tidak perlu untuk memastikan kita memasuki agama mereka,apa yang perlu hanyalah membawa umat islam sama-sama menunggang tunggangan-tunggangan ‘haram’ yang mereka canangkan atau dalam bahasa mudahnya budaya dan pemikiran kotor mereka. Renunglah firman Allah yang berbunyi:

“Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) selagimana engkau tidak mengikuti agama mereka…(ilal akhirul ayah)” (Al-Baqarah:120)


Cuba perhatikan bentuk tayangan yang disajikan untuk tontonan umum sekarang ini,cerita yang berkisar tentang kisah percintaan semakin menjadi-jadi.Apakah ini cara mendidik masyarakat yang akhirnya membuahkan minda pemikiran sempit. Cuba kita lihat,berapa ramai remaja-remaja yang terpengaruh dengan anasir-anasir barat yang dibawa masuk kedalam minda masyarakat sekarang. Sebagai contoh,jika dapat diperhatikan,cerita-cerita kisah percintaan sebelum bernikah sudah menjadi suatu trend yang masuk ke dalam minda muda-mudi,mereka merasakan bahawa inilah yang perlu dilalui oleh semua golongan remaja untuk mengharungi kehidupan zaman muda mereka.Sampai ada yang mengatakan tidak lengkap kehidupan zaman muda jika tidak diserikan dengan zaman percintaan.

Bagi ana,inilah suatu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh media kepada minda masyarakat. Tidak terkecuali dengan golongan kanak-kanak yang masih belum mengenal erti dosa dan pahala juga disajikan dengan program-program yang mengkusutkan minda dan mengeruhkan jiwa.Betapa banyaknya program-program reality seperti ‘Tom-Tom bak’,’Bintang Kecil’ dan seangkatan dengannya dianjur khas untuk golongan yang tidak berdosa ini agar mindanya dicetak dengan cetakan barat yang bersulamkan maksiat.

Salah siapakah ini?...cuba kita fikir-fikirkan,dimanakah akar umbi yang perlu kira korek untuk mencantas kebejatan ini.Apakah pula benih yang perlu kita semai bagi memastikan yang akan tumbuh kelak adalah hasil semaian yang halal lagi baik..ana tinggalkan ini untuk difikirkan..wallaualam…

p/s:sekadar membuka minda bersama untuk terus berfikir.. =)


Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


No comments: