Friday, April 23, 2010

~Cinta Itu Buta,Tak Kenal Dosa Pahala~



KANGAR -Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.


Renunglah wahai jiwa-jiwa yang berkobar roh mudanya....



4 comments:

Anonymous said...

sy baca kat utusan online bgtau remaja tu nak bunuh diri sbb tertekan atas kematian ayah dia.Wallahualam..

Amal Athirah Zarzilah said...

Bernafaslah dalam jiwa hamba, walaupun setinggi tekanan sekalipun, kepadaNya tempat bergantung..daripadaNya jualah datangnya ketenangan.

Waallahu'alam.

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

To Amal Athirah: Aiwaa!....

inilah yang perlu kita tanam dalam diri..insyaAllah...Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa menjadikanNya tempat menyerah...

p/s: banyakkan berdoa supaya digolong dalam golongan yang tidak pernah putus harap dari rahmat Allah...

Rik no Orkut said...

Salvaram o cara!