Tuesday, March 31, 2009


~Pesta Buku Kelantan 2009~






Date: 03/24/2009 - 04/04/2009

Time: 09:00 am - 10:00 pm

Anjuran:
Jabatan Pelajaran Kelantan &
Jabatan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA)

Tajaan:
Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd.
Pengedar Buku Dewan Bahasa & Pustaka bagi Negeri Kelantan

Location: Dewan Jubli Perak MPKB

Kota Bharu, Kelantan 16230


Datanglah Beramai-ramai....

"Membaca Menjana Modal Insan Cemerlang"




Friday, March 27, 2009

~Bangunlah wahai Pemuda!!~


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualikum w.b.t

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam..yang menghidup dan mematikan semua makhluk ciptaanNya…Maha suci tuhan yang memiliki kemuliaan dan kebesaran mutlak yang tidak akan sama sekali ada tandingannya…

Petang ini…keadaan yang panas berangin membuatkan ana terbuai mendengar lagu-lagu nasyid sambil membelek nota-nota kuliah yang begitu banyak…Alhamdulillah..kekuatan yang diberikan oleh Allah rabbul jalil untuk ana menulis memenuhi post didalam blog nie…alhamdulillah…

Melihat kepada tajuk post kali nie…tentu semua peka dengan keadaan semasa dimana apa yang dinamakan pemuda itu semakin hari semakin lemah tidak segah namanya…tetapi itulah hakikat dunia…Wahai pemuda sekalian…sesungguhnya kita semua sudah banyak leka dengan dunia yang sentiasa membuai kita sehingga begitu lama kita terlena…banyaknya dari kita yang lebih mengutamakan dunia dari ajaranNya…kita tidak suka mendampingi golongan yang berhati mulia untuk membangunkan islam…kita lebih mengimarahkan pusat hiburan dan padang permainan daripada rumahNya…kita banyak mengatakan perkara yang berunsur dunia daripada yang membawa kebaikan untuk agamaNya…kita lebih banyak bergembira daripada bersedih terhadap dosa kepadaNya..seolah-olah kita lebih merelakan neraka daripada syurgaNya….

Wahai pemuda sekalian…

Perlulah kiranya diambil kira bahawa kita adalah penerus kepada kegemilangan ISLAM..kita bakal memjadi pemimpin keluarga,masyarakat,Negara dan dunia…tetapi..apa yang berlaku sekarang telah mencerminkan kejatuhan yang besar dihari muka….Hari demi hari…kelihatan lebih ramai dari kita yang jauh dari landasan yang dibawa oleh junjungan mulia…Al-quran dan As-sunnah makin jauh dari sebutan harian kita…ketahuilah wahai pemuda.ini petanda kerosakan dunia di hari muka..>!!

Sesungguhnya isi hati ini lahir dari seorang hamba yang hina…yang merasakan diri ini terlampau bodoh kerana mengampu keasyikan dunia…..ingin sekali diri ini melihat kesejahteraan dunia terutamanya dikampus tercinta…melihat para pemudanya yang teguh imannya…baik akhlaknya dan bersih raut wajah mukanya sepertimana yang dilihat ketika kehidupan ana dikampus bermula…Mungkin ramai tertanya-tanya apakah maksud ana sebenarnya?...ini hanyalah sekadar luahan dihati yang sekian lama diperhati…

Banyaknya dari kita yang kelihatan bertebaran di tengah padang ketika mana azan dilaungkan…bukanlah darinya yang bukan islam..tetapi mereka adalah yang sama aqidah pegangannya… pada masa yang sama,sekumpulan kecil sahaja yang berada dirumahNya untuk melaksanakan kejawiban yang disuruh olehNya…berbisik hati kecil ini.alhamdulillah..masih ada sekumpulan kecil ini untuk mengimarahkan rumah-Mu..

Wahai pemuda …bangunlah!

Tinggalkanlah apa yang boleh menambahkan dosa kita kepadaNya…berperibadilah dengan peribadi seorang muslim….berpakaianlah sepertimana pakaian seorang muslim..berfesyen lah dengan fesyen seorang muslim…tutuplah aurat selagi mana kita berpijak dibumiNya…

Tidaklah tujuan ana ingin menyatakan perkara yang buruk dikalangan pemuda sekalian…sekadar luahan yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan pengajaran…tidak sekali-kali tujuan menulis untuk memalukan..hanyalah untuk mencetus minda berfikir sejenak tentang roda kehidupan yang semakin ligat di putar dunia….


Pemuda Islam adalah pemuda harapan
Yang dengan tangannya lahir sebuah kejayaan
Menapak kehidupan dengan cahaya iman
Bergerak ke depan raih kebangkitan islam

Kita adalah singa-singa Ar-rohman
Hancur binasa musuh berbisa
Kita pejuang pembela kebenaran
Lepas belenggu runtuhkan angkara murka

Semangatmu bagai api menyala
Tergugahlah jiwa tuk turut berjuang
Pandangan matamu tebarkan cahaya
Hapus angan-angan raih kemenangan..raih kemenangan

Bangkitlah hai pemuda Islam
Kau tunas harapan penuh penantian
Wujudkanlah cita dan impian
dengan kekuatan kita kan berjaya

Bergerak ke depan raih kemenangan..
raih kemenangan..raih kemenangan!


Wahai pemuda sekalian….bangunlah dengan islam…Kembalilah Bersama Islam…!!

Hasil Nukilan: Mohamad Solehin Bin Bakri

Pelajat Perubatan Tahun 2,USM kuang Kerian,Kelantan

msb_rg8@yahoo.com

Thursday, March 26, 2009

~Lelaki Yang Ingin Menggapai Syurgawi~

Setelah menerangkan beberapa perkara sebelumnya, saya yakin remaja sudah mampu mengutip beberapa isi dan prinsip percintaan. Dan sepatutnya remaja sudah tidak boleh terkeliru dalam mencari destinasi cinta. Destinasi cinta adalah mendapat kebahagiaan di dunia dan memasuki syurga Allah di akhirat. Sebaik diijab-kabul, perjalanan untuk merentasi lautan kehidupan demi mencapai pulau bahagia bermula. Di sinilah, lelaki dan wanita perlu bersedia untuk membuktikan beberapa perkara utama.


Lelaki dan wanita perlu bersedia mental dan fizikal serta material sebelum berkahwin. Sewajarnya lelaki dan wanita perlu bersedia lebih awal lagi agar mereka mampu menempuh gelombang dan goncangan dalam lautan kehidupan setelah berumah tangga. Untuk mencapai kebahagiaan itu, perlulah dilakukan awal-awal lagi beberapa perkara.


Pertama : Ketaatan pada Allah.


Sejujurnya sudah bertahun-tahun saya menjadi fasilitator program remaja. Dan saya tidak segan untuk menyatakan bahawa kebanyakan remaja lelaki lebih banyak cakap dari bikin. Selain itu, remaja lelaki juga lebih banyak gaya dari isi. Berbeza dengan wanita, mereka banyak bikin dari cakap.


Kenapa? Jika anda remaja, cuba tanya diri sendiri dengan tiga soalan ini.


(Pertama) Wahai remaja benarkah anda seorang yang patuh pada perintah Allah?


(Kedua) Cukupkah solat lima waktu? Bagaimana pula dengan solat berjemaah?


(Ketiga) Al-Quran sebagai panduan hidup itu sudahkah dibaca setiap hari? Atau seminggu sekali?


Jawablah soalan tadi dengan jujur dan anda akan tahu diri anda bagaimana. Jika anda seorang yang beramal soleh, soalan di atas itu sudah tentu dijawab secara penuh. Jika anda seorang yang soleh, anda tidak akan mencuaikan solat lima waktu dan sentiasa membaca Al-Quran. Namun, kebanyakan remaja lelaki sekarang bukan sahaja tidak berjemaah, malah solat lima waktu juga sering tak cukup. Al-Quran jangan kata dibaca, sebutan huruf pun belum tentu sahih.


Betul tak telahan saya?


Berdasarkan pemantauan saya, setiap dari 30 remaja lelaki hanya seorang yang boleh membaca Al-Quran dengan baik. Ini bererti amalan hidup beragama ini sudah terhakis dalam diri lelaki akhir zaman. Remaja lelaki yang ada di zaman sekarang ini adalah remaja yang jauh dari mentaati Allah. Nauzubillah! Adakah anda begitu? Atau anda sebaliknya?


Hanya anda yang tahu siapa diri anda kan?


Memang benar, mentaati Allah adalah perkara yang sukar dan payah untuk dilakukan. Justeru itu, tidak ramai lelaki yang mampu memimpin keluarga ke arah mentaati Allah. Kebanyakannya hanya berbuat sesuatu yang diingini oleh nafsu syahwat. Keperibadian mentaati Allah ini mampu dibentuk sebelum berkahwin lagi. Iaitu dengan cara membiasakan diri dengan melakukan amal soleh dan menjauhkan diri dari perkara keji. Sikap taat kepada perintah Allah juga dapat dilihat dengan mudah dalam tindak-tanduk, pemakaian, pertuturan dan pergaulan seseorang.


Sayangnya lelaki yang soleh itu sekalipun ada namun jarang ditemui. Kebanyakannya remaja lelaki zaman sekarang digolongkan dalam golongan dayus. Dayus di sini ialah merelakan diri dan orang sekeliling melakukan maksiat secara terang-terangan tanpa ditegur atau dinasihati. Lihatlah, betapa ramai lelaki yang bersikap begini. Akhirnya setelah dia menjadi suami, dia membenarkan isterinya membuka aurat di hadapan khalayak. Memakai baju ketat dan jarang-jarang. Memakai pakaian yang tidak menepati syarak.

Betapa ramai lelaki yang membiarkan dirinya lalai dengan hiburan dan maksiat tanpa menjaga solat lima waktu. Kelalaian ini akan menatijahkan dirinya menjadi suami yang tidak pernah peduli soal dosa dan pahala, soal wajib dan sunat. Inilah yang disebutkan kegagalan suami dalam mentaati perintah Allah. Dan pasti kegagalan ini akan menatijahkan kerugian di akhirat kelak. Kerugian yang besar ini ialah apabila gagalnya kita memasuki syurga dan sebaliknya dihumban ke dalam neraka.


Atas sebab itu, lelaki atau suami yang benar-benar menyayangi anak dan isteri perlu memimpin keluarga ke syurga Allah. Suami yang berkualiti seharusnya mampu membawa keluarga ke arah ketaatan dan jauh dari murka Allah. Jika suami ini berjaya, maka mereka sekeluarga akan dimasukkan ke dalam limpahan rahmat dan nikmat. Inilah kebahagiaan yang optimum.


Kualiti lelaki yang mentaati Allah ini adalah sangat susah dicari. Dan sebolehnya anda jangan menjadi lelaki yang dayus atau jauh dari amal soleh. Kerana jika anda dayus dan jauh dari tuhan, bererti anda orang yang mungkin akan gagal ke syurga Allah. Na’uzubillah!


Kedua : Mencari sumber rezeki yang halal dan berkat.


Manusia yang hebat adalah lelaki yang sangat teliti soal keberkatan rezeki dan kesucian hartanya. Manusia yang lemah jiwa adalah lelaki yang menelan segala harta yang datang tanpa memikirkan soal halal dan haram. Dalam mencari rezeki, ada dua perkara yang perlu difikirkan iaitu ‘Halal’ dan ‘Berkat’. Orang yang mampu mencari rezeki yang halal, belum tentu mencapai rezeki yang berkat. Tetapi, rezeki yang berkat sememangnya halal. Dengan kata lain, rezeki yang berkat itu adalah jauh lebih baik dari rezeki yang sekadar halal sahaja.


Rezeki yang berkat dapat dilihat dari aspek kecukupan. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang mencukupi dan memberi banyak ketenangan dalam jiwa. Jika rezeki seseorang itu sekalipun halal namun tidak berkat, akan berlaku banyak kebocoran wang sehingga hartanya menjadi tidak cukup. Malah dia juga sering gusar apabila memikirkan wang dan harta. Sumber pencarian yang halal ini perlu difikirkan semasak-masaknya oleh semua lelaki yang bakal menjadi ketua rumahtangga. Kerana dari duit hasil usahanya dia akan memberi makan kepada anak dan isteri. Jika dia menyuapkan anak dan isteri dengan harta haram, ini bererti dia akan membawa anak dan isterinya ke neraka Allah. Begitu juga bagi isteri yang bekerja, perlu diteliti soal keberkatan ini.


Untuk menuju syurga dan keabadiaannya, amat penting bagi remaja memahami hukum jual-beli serta selok-belok halal dan haram. Bagi semua orang yang mahu dan akan berkahwin sepatutnya mereka menguasai semua hukum-hakam yang melibatkan soal halal-haram. Malangnya, remaja lelaki zaman sekarang bukan setakat jahil malah langsung tidak mahu ambil peduli perkara mengenai hukum-hakam.


Bagi lelaki pula, jangan mudah tergoda dengan pujukan wanita untuk mencari wang sebanyak-banyaknya demi memenuhi tuntutan nafsu wanita. Memang sering berlaku lelaki sanggup menipu, berhutang dan mengambil duit orang semata-mata untuk membeli keperluan kosmetik isteri yang beribu ringgit. Ini adalah satu kesilapan dan keruntuhan moral yang perlu dijauhi oleh ketua keluarga.


Ketiga : Melazimkan Pasangan Dengan Nasihat Agama.


Kebanyakan pasangan yang belum atau yang sudah berkahwin tidak berbicara soal nasihat agama. Kebanyakan pasangan yang bercinta atau sudah berumahtangga, seringkali topik perbincangan hanya melibatkan perkara dunia sahaja. Hal ini demikian kerana majoriti pasangan tidak punya ilmu agama. Jiwa mereka kosong dari al-Quran dan hadis nabi. Kekosongan itu menyebabkan idea agama sentiasa keciciran dari topik perbualan mereka.


Lantaran itu, demi menjaga survival kebahagiaan sebuah hubungan adalah sangat dituntut bagi setiap pasangan untuk melazimkan diri mendengar nasihat agama. Terpulanglah bagaimana anda menasihati pasangan anda, yang penting hati anda perlu sentiasa didedahkan dengan nasihat, tazkirah dan kuliah. Tanpa tazkirah dan kuliah, hati manusia akan menjadi keras dan sakit. Disebabkan kesakitan dan kekerasan hati ini, banyak pergaduhan dan perbalahan dalam rumahtangga berlaku.



Justeru, jika pasangan tersebut kurang ilmu agama dan tidak mampu saling menasijati. Maka, carilah majlis ilmu di surau atau di masjid agar hati kita sentiasa mendengar kata-kata nasihat. Secara tidak langsung ia membantu setiap pasangan memperbaiki hubungan dengan Allah dan juga manusia.


Susahkah untuk ke masjid dan surau bagi menghadiri majlis ilmu?


Jika susah, carilah kaset-kaset ceramah yang bagus. Carilah vcd ceramah atau buku agama yang boleh menjadi halwa bagi jiwa anda. Dengan mendengar ceramah agama sama ada melalui kaset atau buku, insya allah jiwa anda akan lebih harmoni dan tenteram. Jangan anggap ini suatu perkara remeh, sesungguhnya jiwa anda sentiasa meminta untuk diberi makanan dan kekuatan. Maka nasihat, ayat al-Quran dan hadis nabi yang sebenarnya menjadi makanan dan kekuatan bagi jiwa manusia.

Untuk renungan bersama...

Dipetik dari: Ust. A.Ubaidillah Alias



Monday, March 23, 2009


~Siapa Sebenarnya As-Syahidah AAYAAT MUHAMMAD AL-AKHRAS~


As-Syahidah Aayaat Muhammad Al-Akhras

Umur :18 tahun.

Tarikh lahir: 20 Februari 1985 di Kem Dheishes.

Asal : Dehaisha Refugee Camp, berhampiran Bethlehem.

Kerjaya : Pelajar sekolah menengah atas.

Tarikh Amaliyyah: 29 Mac 2002

Sasaran : Warga Israel di sebuah pasaraya.

Tempat : Kyriat Hayovel, Jerusalem

Hasil : 2 orang Yahudi terbunuh dan 28 cedera.

Kata-kata:

Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad”.

Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya”.

As-Syahidah Aayaat Muhammad Al-Akhras adalah salah seorang para syahidah yang melaksanakan Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah di bumi jihad, Palestin bagi melakukan pembalasan atas tindakan-tindakan tidak bertamadun bangsa yang pernah mengkhianati nabi-nabi dan membunuh nabi-nabi mereka. Itulah Yahudi yang kini merempat di bumi umat Islam, Palestin dan mengisytiharkan penubuhan negara Israel dari tanah umat Islam yang dirampas dengan persetujuan PBB bermula pada tahun 1948.

Operasi-operasi mereka, kini menjadi mimpi ngeri yang menakutkan bangsa penjajah ini. Dengan pelbagai kecanggihan teknologi, mereka memerangi Islam dan ummahnya. Akhirnya, akhawat-akhawat ini bangkit menjadi pembela ummah yang ditindas. Golongan kuffar melabelkan mereka sebagai terrorist, ekstremis, pelampau agama, fanatik, radikal, bahkan menggelar aksi ini sebagai perbuatan ‘bunuh diri’.

Bukan sekadar golongan Mustakbirin ini yang melabel mereka, bahkan sebahagian umat Islam terkesan mengiyakan segala dakwaan-dakwaan pihak musuh ini tanpa mempedulikan bahawa disana terdapat puluhan ulama’ yang telah memfatwakan keharusan operasi syahid ini khusus di Palestin sebagai salah satu alternatif jihad. Amaliyyah ini jauh sekali untuk disamakan dengan bunuh diri yang bertitik tolak dari perasaan kecewa dan tidak meyakini taqdir Allah. Adapun Amaliyyah ini bukan aksi kekecewaan, tetapi bermula dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Inilah yang sengaja diputar oleh kuffar dan dipersetujui oleh golongan Munafiqin dan Murtaddin.



IKUTI DETIK-DETIK AKHIR HAYAT AS-SYAHIDAH MUHAMMAD



Semalaman dia hampir tak tidur, sampai tengah malam ia masih membaca Al Qur’an. Tatkala saya terjaga, dia sedang asyik sholat malam. Dia baca ayat-ayat An-Naba' sambil menangis! ujar sang ibu.

Selepas Shubuh, Ayat Al-akhras (16), remaja solehah itu kembali mambaca Al Qur’an. Ayat-ayat jihad dibacanya berulang-ulang dengan nada bergetar, sesekali ia berhenti menahan isak tangisannya.

Menjelang pukul 06.00 waktu Palestina, dia menulis sesuatu di meja belajar. Sejurus kemudian Ayat sudah berseragam dan bergegas ke dapur untuk menemui ibunya.

Dia bergegas mendapatkan ibunya kerana hendak bersiap pergi ke sekolah. Ada tugas tambahan, hari ini boleh jadi merupakan saat terpenting dalam hidup ini. Saya mohon doa restu ibu,” ucapnya dengan mata bersinar.

Dia sedikit bingung, hairan, dan terkejut melihat tingkah laku puterinya (Aayaat) "semoga Allah selalu melindungi dan merahmati anakku. Tapi... bukankah Jumaat adalah hari cuti?". "doa ibu yang anakanda harap", jawabnya. Aayaat tidak lagi berkata-kata.

Dia hanya tersenyum, dia mencium tangan, kemudian memeluk erat ibunya yang masih kebingungan dan dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Sama’ah, 10 tahun. Mereka pun sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, pukul 10 waktu setempat, radio Israel memberitakan ledakan bom di sebuah supermarket Netanyahu, berhampiran Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan 3 orang tewas dan lebih dari 40 orang luka-luka. Jantung ibu Ayat berdegup kencang menyemak khabar itu. Beberapa jam kemudian, pukul 10 waktu setempat, radio Israel mengkhabarkan berita ledakan bom di sebuah supermarket Netanyahu, berhampiran Jerusalem. Peritiwa tersebut menyebabkan 3 orang tewas dan lebih daripada 40 orang luka-luka.

Jantung ibu Aayaat berdegub kencang menyemak semula untuk memastikan kebenaran khabar beritu tersebut. "Jangan-jangan dia”, bisiknya saat itu. Firasatnya sangat kuat mengatakan bahawa mungkin itu.... Manakala, Samaah (adik kepada Aayaat) pulang sendirian sambil teresak-esak menangis. Dia mengaku yang dia tidak mengetahui ke mana kakaknya pergi. Ayat hanya berpesan kepadanya, jangan cemas dan takut. Allah bersama kita orang-orang yang beriman. Sampaikan salam buat semua dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberikan pengampunan dan kemenangan”.


(Ibu bapa As-Syahidah Aayaat Muhammd Al-Akhras)

Di Kem pelarian, ibu Ayat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, “kemana dia pergi? Apakah dia sudah mewujudkan impiannya untuk menjadi syahidah?

Pertanyaan lain terus muncul dibenaknya. Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rencana pernikahan dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian menjadi mujahid-mujahid masa depan? Sementara fikiran liarnya bertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahawa calon pengantin itu telah gugur dalam aksi bom syahid. “Innalillah wa inna ilaihi raji’un”. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga boleh menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya sendiri,demikian ucap sang ibu ketika mendapat kepastian beritanya.

Jumaat, siang itu, Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa’id, dua kerabatnya yang gugur dibedil heliKopter Israel. Ayat Al-Akhras, remaja solehah yang cantik ini lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes.

Di akhir hayatnya dia tercatat sebagai pelajar kelas 3 sekolah menengah atas. Menurut ABC News, Ayat Akhras termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-teman untuk terus belajar. “Penguasaan ilmu teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, apa pun bentuknya”.

Hayfaa, teman baiknya berujar, “dia selalu menasihati kami bahawa belajar harus tetap berjalan, meskipun rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita”. Tentang jihad, Ayat selalu berkata, “jihad itu kewajipan setiap Muslim termasuk wanita. Mengapa harus kita membiarkan nyawa kita diragut sia-sia oleh kebiadapan Zionis Israel?”. "Kematian seorang mujahid, akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid lainnya, bukan sebaliknya."

Hayfaa tidak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan foto-foto Mujahid Palestin. Di meja belajarnya, berjejer slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. Dia pergi untuk bergabung dengan barisan syuhada’ lainnya”.


AS-SYAHIDAH WAFA\AS-SYAHIDAH DAREEN ABU AYSHEH

Meskipun tahu syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, ibu Al-Akhras tetap sahaja merasa kehilangan. Dengan mata berlinang dan mengulangi kata-kata sang anak ketika berdiskusi soal kewajipan jihad bagi setiap muslim Palestin.


Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita? Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan, atau gugur di medan Jihad?

Sama’ah, adiknya sekaligus teman terdekatnya, merasakan hal yang sama. Sambil terus menangis, dia berkisah tentang saat-saat terakhir bersama kakaknya.Saya melihat cahaya di mukanya dan sebuah rona kebahagian yang tidak pernah terlihat sebelumnya.”. Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya Ayat berkata ,"solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini”.

“Tugas apa?” Sama’ah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi", tutur Ayat Akhras sambil memberikan secarik kertas.

Shaadi Abu Laan, 20 tahun, calon suami Ayat Akhras termangu beberapa saat ketika khabar itu sampai padanya. Dia nyaris tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal, Julai ini, jelas Shaadi, kami sudah berencana untuk rasmi berumahtangga. Selepas Aayaat lulus ujian, kami akan menetap di rumah sederhana...”.

Mereka sudah 1 tahun setengah berkhitbah (meminang). Keduanya bahkan telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertamanya (yang lahir nanti). Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari pendudukan Israel.

“Allah ternyata punya rencana lain,” ucap Shaadi. Semoga kami bisa bertemu disyurga kelak, dia mencintai agamanya lebih dari apapun”. Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata, Allah telah memilih dia dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menysulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru sahaja meraih gelaran Sarjana Muda Hukum itu.

Wasiat Ayat Al-Akhras :
Wahai Al-Quds… wahai Al-Quds… wahai Palestin… wahai Palestin… suara lembut namun tegas itu keluar dari seorang gadis remaja yang cantik, berbusana muslimah hitam, dengan kafayeh khas Palestin. Seruan itu adalah bahagian dari wasiat Ayat Al-Akhras yang dibacakannya 2 jam sebelum aksi syahidnya.

Beliau memulai wasiatnya dengan membaca Bismillah. Aayaat kemudian menyatakan bahawa misinya ini semata-mata untuk mencari keredhoan Allah s.w.t. Beliau juga secara tegas berpesan kepada para penguasa Arab yang disebutnya telah cukup untuk waktu tidur dan disuruh bangun untuk melaksanakan kewajipan mereka kepada Palestin.

Dengan bahasa Arab yang fasih, Ayat dengan santai namun pasti, terus membacakan wasiatnya yang sudah ditulis tersebut. Akhirnya, Ayat meneriakkan takbirAllahu Akbar!!! Nampaknya dia ingin segera mengakhiri wasiatnya dan sudah tidak sabar lagi ingin melakukan aksinya, menetukan pilihannya untuk menjadi bidadari syurga. Tangannya melambai, untuk terakhir kalinya. Subhanallah.

Catatan: Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai Ayat Al-Akhras dari buku ‘Nostalgia Syuhada’ Palestin karangan Ibnu Ismail, Malaysia.




Cerita sebegini yang patut didedahkan kepada anak-anak kecil supaya menjadikan mereka sebagai idol, bukan wanita-wanita pelakon dan penyanyi yang berlumba-lumba meraih anugerah dipentas-pentas mungkar dan ibu-ibu yang menangis tatkala anaknya gagal menjadi penyanyi terbaik... si anak pulak menangis kerana tak berjaya dipilih menyertai program realiti TV hingga terduduk beberapa kali lantaran kekecewaan yang menghamabt diri.

Usah membazirkan air mata kerana perjuangan mengejar dunia, tapi menangislah kerana sukarnya nak mendapat kembali semangat perjuangan untuk menegakkan agama Allah (T_T)


Bagi yang sudah pernah membaca kisah ini, semoga kisah benar ini mengingatkan lagi yang mungkin saja sudah terlupa...
TEGAKKAN JIHAD CINTAKAN SYAHID...
SENYUM MUJAHID/ DAH...
MENUJU SYAHID/ DAH (",)
Sumber:
http://arruhuljadid86.blogspot.com/, buku Nostalgia Syuhada' Palestin, dan http://tegoeh.multiply.com/journal/item/246

Sunday, March 15, 2009



~Kejayaan Nik Nur Madihah Harus Dicontohi~




Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…selawat dan salam untuk rasul junjungan ,Nabi Muhammad s.a.w..marilah kita perbanyakkan selawat keatas baginda kerana disitu terdapat ganjaran yang amat besar..seorang yang dapat memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak adalah baginda..justeru..bergembiralah orang-orang yang byk selawatnye ke atas baginda..

Tujuan ana menulis kali ini adalah sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang apa yg dirasai oleh diri yang lemah ini…sepertimana yang kita ketahui..setelah keputusan SPM diumumkan beberapa hari yang lepas…adik Nik Nur Madihah telah mencetuskan satu kecemerlangan yang sangat baik…bagi ana secara personal..kejayan beliau adalah suatu yang sangat member kesan kepada dunia pendidikan…

Jika kita lihat latar belakang adik Nik Nur Madihah..kita sepatutnya berasa malu dengan diri kita yg tidak dapat mengecapi kecemerlangan sepertinya…kita perlu lihat amalan-amalan yg dilakukannya setiap hari…bagi ana,cara hidup yg diaplikasi oleh beliau bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan pelajar seumur dengannya..malah kita sebagai seorang mahasiswa juga…kalau dilihat..pelajar daripada sekolah menengah arab maahad muhammadi ini adalah seorang pelajar yang mengamalkan cara hidup ISLAM… Islam adalah agama yang mudah dan sukakan perkara pertengahan (sederhana)…inilah kehidupan yang dapat membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat…

Cuba kita teliti apa yg digembar-gemburkan oleh media mengenai amalan hidup beliau.. Dia menerima kekurangan pada keluarganya (bagi ana itu bukan kekurangan tetapi suatu kelebihan) sebagai suatu cabaran dalam hidupnya..sungguhpun anak seorang nelayan yg tinggal dalam serba sederhana..sebenarnya beliau adalah salah seorang manusia yang menerima ‘tarbiah rabbaniah’…dengan tarbiah itulah beliau dapat mengecapi kejayaan yang sekali gus meninggikan nama ISLAM…Alhamdulilah…

Sebenarnya perkara ini ,rasullullah dah khabarkan kepada kita bahawa dunia akan datang kepada orang yang target utamanya akhirat dalam keadaan dirinya mulia…sabda rasullullah:


”Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina(iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan meletakkan kefakirannya antara kedua matanya.Allah cerai-beraikan urusannya,dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan hina)”. ~Riwayat Al-Tirmizi~


Jadi…wahai sahabat semua..ayuh kita dekatkan diri dengan cara hidup Islam,kerana dengan Islam sahaja lah kita akan dimuliakan…sebelum itu ana ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang satu kisah bagaimana seseorang itu dimuliakan dengan islam…

Kisah ini adalah kisah mengenai seorang sahabat rasullullah iaitu Bilal..Seperti mana yang kita tahu..bilal adalah seorang hamba..untuk pengetahuan…seseorang itu hanya akan diketogerikan sebagai seorang hamba jika mencukupi syarat2 seorang hamba…jika melihat pada system kasta..hamba adalah golongan yang terendah dan terhina…tetapi inilah keistimewaan bilal..disebabkan begitu kuat keimanannya..walau disiksa dan didera…keutuhan imannya tidak sedikit pun terjejas…sehinggakan rasullullah pernah menceritakan kepada sahabat baginda bahawa baginda mendengar telapak kaki bilal di dalam syurga (bermakna,sudah pasti bilal ahli syurga…masyaAllah)…
dari seorang hamba..bilal menjadi begitu mulia dan menjadi salah seorang sahabat rasullullah yang terjamin sebagai ahli syurga…jika kita lihat,nama bilal sekarang sudah menjadi sinonim dengan masyarakat dunia iaitu gelaran yg diberikan kepada muazzin(tukang azan)…malah kalau dikelantan pasaraya pun dinamakan denagn nama bilal…hehe..nak kata bahawa nama bilal nie begitu sinonim dengan masyarakat dunia…..

Sebelum ana akhiri penulisan kali ini ana ingin mengucapkan tahniah kepada adik Nik Nur Madihah dan ana amat berbahagia sekali membaca kejayaan adik Nik Nur Madihah yang mendapat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Beliau adalah contoh yang baik untuk generasi muda hari ini. Kemiskinan dan kesusahan tidak menghalang kejayaannya. Apatahlagi, latar sekolah agamanya membuktikan bahawa agama bukanlah penghalang kemajuan wanita, bahkan agama adalah pemangkin kemajuan sejagat. Tahniah sekali lagi untuk Nik Nur Madihah, keluarga dan sekolahnya. Semoga Allah menjadikannya wanita muslimah yang membuktikan keunggulan Islam.

Oleh itu para sahabat sekalian…sebagai kesimpulan...ambillah islam secara menyeluruh...ambillah islam sebagai cara hidup…jika ingin menjadi seseorang yang mulia…biarlah kemuliaan itu disebabkan ISLAM…


“Ya Allah..Engkau Muliakan lah Aku dengan sebab ISLAM….”


Wassalam…

Mohamad Soehin Bin Bakri.
msb_rg8@yahoo.com