Wednesday, May 13, 2009

~PROGRAM MEMPERINGATI HARI NAQBA PALESTIN~


Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasullullah:

"Tidak beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya" (Bukhari dan Muslim)

Sahabat semua,suatu program untuk memperingati hari naqba akan diadakan dikampus kita..butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Mei 2009
Tempat : Dewan Kuliah 1, PPSG, USMKK
Masa : 2.00 pm
Anjuran : Persatuan Sains Pergigian USM
Dengan kerjasama : Rakan Masjid USMKK, Pusat Islam USMKK,
Jawatankuasa Kerohanian dan Aktiviti Pembangunan Pelajar, PPSG USMKK

Naqba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Palestin telah
dijajah selama 60 tahun bermula pada tarikh keramat 15 Mei 1948 oleh
Israel dengan pengiktirafan dari negara Amerika Syarikat yang ketika
itu presidennya adalah Harry S Truman. Palestin telah diiktiraf sebagaisebuah
negara berdaulat milik Israel yang telah dicerobohi secara haram
selepas pembunuhan dan pembersihan etnik Palestin, etnik asal tanah
Palestin.



Terdapat pelbagai saranan secara individu
dan berkumpulan tanpa kepentingan yang telah dicanangkan di seluruh
Malaysia mahupun seluruh dunia, khususnya dunia manusia yang memiliki
rasa kemanusiaan di hati. Kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam
memahami dan menghayati semula hakikat kehidupan seorang Muslim dalam
membina kesatuan Ummah tanpa terbatas pada negara, bahasa, etnik dan
budaya yang berbeza. Malahan itulah keunikan Islam sebab berbezanya
mereka, tetap bersatu atas aqidah yang satu.

Dari Nu’man beliau berkata: Rasulullah Saw. bersabda:
“Bahwasanya perumpamaan
orang-orang muslim itu ibarat satu orang (satu jasad) apabila salah
satu bagian disakiti maka seluruhnya akan merasa sakit.”

(Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam bab Musnad Nu’man bin Bashir no hadis 17720)

Luangkan masa untuknya..insyaAllah harapkan keberkatan ilahi...

Wassalam..

..

2 comments:

Anonymous said...

dah cantik lah..... -kagum-

Anonymous said...

haha..
sy anonymous dbwh b'stuju dgn anonymous di atas...