Saturday, May 30, 2009

~Bersederhanalah dalam Memuaskan Hati~

~Bersederhanalah Dalam Memuaskan Hati~



Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Rabbul A’lamin,kerana dengan sifat pemurah & penyanyag-Nya,kita semua masih lagi dibenarkan untuk terus berada dimuka bumi yang sudah pasti banyak cabaran…Perlulah kita ingat bahawa,setiap cabaran dan keperitan yang kita lalui perlulah disertai dengan mengingati Allah supaya setiap apa yang kita lakukan,walaupun sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara akan dinilai sebagai kebaikan yang mana akan dapat kita lihat di hari pembicaraan kelah….


Firman Allah didalam Al-Quran:


“Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” (Al-Anbia’:47)


Sekali lagi ingin diri ini memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah diberikan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan yang baru sahaja berlalu…sesungguhnya sangatlah kecil ujian yang diterima itu berbanding ujian2 yang akan dihadapi di akhirat kelak…smoga diri ini sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya…

Tentunya ramai dikalangan kita semua berasa sangat puas hati apabila selesai menduduki peperiksaan.Pelbagai cara dilakukan untuk meraikannya..ada yang terus ke pusat-pusat membeli belah untuk ‘release tension’…bersama-sama rakan-rakan kesana-kemari ‘membalas dendam’ terhadap stress yang diterima sepanjang study week…Secara umumnya,tidaklah dikatakan salah untuk kita meluangkan masa selepas berpenat lelah memerah otak,tetapi perlulah diingati bahawa segala yang kita lakukan mestilah bersederhana. Bersederhana yang ana maksudkan disini adalah meliputi keseimbangan rohani dan jasmani…Janganlah sehingga kita mengabaikan segala tanggungjawap kita sebagai seorang hamba semata-mata ingin ‘membalas dendam’ diatas penyekatan nafsu dek kerana tekanan exam seperti kita ini tidak bertuhan….



Wahai sahabat sekalian,sekadar perkongsian..ana bersama sahabat-sahabat juga tidak terkecuali dari golongan manusia yang memerlukan kerehatan minda..jadi,selepas exam..kami pun merancang beberapa aktiviti bersama yang mana antara tujuannya untuk ‘release tension’ dan merapatkan ukhwah..Apa yang kami lakukan..kami pergi bermain bowling dan membuat BBQ bersama (bakar kat umah je..huhu)..apa yang nak ana tekankan disini ialah kesederhanaan kita dan keterbatasan kita dalam melakukan sesuatu perkara itu amatlah perlu dititik beratkan…tidak salah untuk kita main bowling,futsal dan sebagainya asalkan solat jemaah tak ditinggalkan,batasan pergaulan dijaga,aurat dan akhlak diteliti dan berlandaskan syariat yang ditentukan ilahi…


Sahabat sekalian,tentu ada yang tertanya mengapa post ini diketengahkan..perlulah diketahui ini sekadar peringatan,bukan saja untuk waktu ini..tetapi diamalkan juga dimasa akan datang…Jika kita lihat ‘trend’ pelajar Universiti yang agak bebas…kita selalu membenarkan diri kita dipacu oleh keinginan nafsu supaya dapat memuaskan kehendak hati…inilah yang perlu kita kikis dari dalam diri,supaya kita tidak terjebak dengan perkara yang dimurkai…



Bagi semua sahabat-sahabat 2nd year medic…sama-samalah kita mendoakan agar kita semua diberi kejayaan oleh Allah yang mengatur kehidupan…Tidak ada sesuatu pun yang akan terjadi jika tidak dengan kehendak dan keizinan-Nya..oleh itu sangatlah perlu untuk kita semua terus dan terus memperhambakan diri supaya kita akan tergolong dalam golongan orang yang dikasihani oleh-Nya..Perlulah diambil perhatian,sepanjang kita smua bercuti,ingatlah diri,sentiasa kuatkan hati agar kita sentiasa berada diatas jalan yang diredhai…


Akhir kalam,Selamat Berjaya kepada semua dan Selamat Bercuti..Jadikan Cuti kita sebagai medan untuk menguatkan lagi iman dengan cara kita mempertingkatkan amal…InsyaAllah…


“Hanya Allah Matlamatku”


Mohamad Solehin Bin Bakri

Naib Yang Di-Pertua,

Persatuan Sains Perubatan,

Universiti Sains Malaysia.

msb_rg8@yahoo.com



“ISLAM ITU FITRAH”


.


2 comments:

wearelearningparents said...

bersederhana itu indah

Anonymous said...

bestnye berbarbeque....