Friday, May 15, 2009

~Wahai Guruku,Jasamu Dikenang~



~Wahai Guruku,Jasamu Dikenang~




Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah,kita semua masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan hidup ini walaupun sehari-hari kita semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dunia....Tapi kita perlu ingat..tujuan Allah jadikan manusia nie adalah untuk menjadi hambaNya yang beribadah kepadaNya,meyebarkan da'wah(amar makruf nahi mungkar) dan mentadbir dunia dengan agamaNya. (khalifah)
Juteru wahai sahabat....semoga tulisan ini akan menjadi asbab untuk kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah...insyaAllah...

Baiklah sahabat semua..seperti semua maklum setiap 16 Mei,merupakan hari penghargaan buat semua guru-guru di seluruh Malaysia…Dikesempatan ini,ana ingin berkonsi dengan sahabat-sahabat semua tentang pengalaman-pengalaman ana bersama guru-guru yang sangat disayangi…ketahuilah sahabat semua,tanpa guru yang mengajar dan mendidik kita..mungkin kita bukanlah salah seorang Mahasiswa/mahasiswi di IPTA atau IPTS sekarang nie…

~Bersama Pengetua SBPI Gombak (Pn. Hjh. Aminah)

Bila tiba je hari guru…selalunye diri ini akan bermenung mengingat semula zaman-zaman sekolah dulu…Benarlah kata sesetengah orang,yang mana bila kita dah keluar dari zaman persekolahan..pasti kita akan merasakan zaman sekolah lah zaman yang paling menyeronokkan..ana masih lagi ingat detik-detik kenakalan masa zaman sekolah dulu…memang suatu yang masuk ke dalam ‘long-term memory’..hehe

Sahabat semua..cuba kita imbas kembali zaman persekolahan kita bermula dari kita di pra-sekolah…bagaimana guru-guru kita yang mana pada ana lebih banyak mendidik daripada mengajar…betapa sanggupnya mereka melayan karenah setiap dari anak didik mereka yang mempunyai ‘banyak kepala’….tetapi mereka tetap sabar dan tenang dengan anak-anak didiknya….betapa sempurnanya Allah maha pencipta yang mencampakkan sifat kasih sayang ke dalam diri insan-insan bernama guru nie….

~Bersama Pensyarah ana di KMPP (Pn. Nor Hayati)~

Ana rasa pengalaman ana dengan cikgu-cikgu ana memang banyak…memang x dapat dilupakan….Bagi ana..guru-guru nie merupakan jelmaan ibu dan bapa bagi ana yang tinggal diasrama…segala masalah memang akan diberitahu kepada cikgu..dan cikgu tanpa mengira penat dan susah akan terus membantu..begitulah tulus dan ikhlasnya hati seorang guru…

Jika kita masih ingat…sangat besarlah jasa-jasa yang telah diberikan oleh guru kita…tidak cukup dengan kelas-kelas yang termaktub didalam jadual kelas harian..ditambah lagi dengan kelas-kelas tambahan pada waktu petang dan malam TANPA meminta apa-apa bayaran pun dari kita….haruslah di ingati bahawa mereka juga mempunyai anak/suami/isteri..tetapi..anak-anak didiknya diutamakan semata-mata untuk melihat kejayaan kita sebagai seorang manusia yang Berjaya…

~Cikgu-cikgu di SBPI Gombak~

(Pn. Aini,Pn. Saidah,Pn. Patiah,Pn. Che Gayah, Ustz Simi)

Perlulah kita semua sedar..ada dikalangan kita yang mana selepas sahaja zaman persekolahan,perpisahan dengan guru menjadi suatu perpisahan yang ‘kekal’…sangatlah tidak wajar perkara itu berlaku…ketahuilah sahabat semua…walaupun kita semua sudah Berjaya…perlu kita ingat..keberkatan belum pasti diperolehi…oleh itu…perlulah kita semua mencari keberkatan itu dengan memohon restu daripada semua mereka yang pernah mendidik kita….

Sahabat yang dikasihi sekalian….pengalaman-pengalaman kita bersama guru-guru kita adalah suatu yang berharga dan perlu kita sematkan didalam diri kita supaya kita tidak sekali-kali menjadi seorang manusia yang angkuh….perlulah diketahui,sifat angkuh ini akan masuk kedalam diri apabila kita tidak menghargai…justeru,hargailah semua guru-guru kita…ana masih ingat semasa cikgu ana dari SBPI Gombak bertandang ke rumah ana di Perak…waktu itu…ana Nampak lihat..betapa sayang dan ikhlasnya dia sehingga sanggup datang kerumah ana walaupun mereka jauh dari Selangor….ana sangat sayangkan cikgu ana nie….Terima Kasih cikgu!! saya xkan lupakan cikgu….satu lagi pensyarah (lebih selesa panggil cikgu) ana semasa di matrikulasi pulau pinang juga pernah bertandang kerumah ana di perak…ketahui lah cikgu..saya xkan melupakan cikgu….Terima kasih cikgu!

~Cikgu Kimia (Pn. Wan Afifah)~

Baiklah pembaca sekalian…Dikesempatan Hari Guru pada Tahun ini… ana ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik ana khasnya..dan seluruh guru-guru di Malaysia umumnya….Semoga kalian semua tidak akan mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak muridmu supa mereka semua menjadi seorang insan yang berguna kelak….

~Bersama Ust Roslan (Ustaz B.Arab)~

Khas Untuk Guru ku:

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Mohamad Solehin Bin Bakri

Naib Yang di-pertua,

Persatuan Sains Perubatan,

Universiti Sains Malaysia

msb_rg8@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

knapa cikgu ramai pmpuan eh??

Mohd Azizi bin Shaukani said...

ramianye cikgu die..hehe

eunsuh_88 said...

cikgu saya juga~ huhu~ bila lg boleh jumpa..how i wish i can meet them even just for once last tym..

TurTleFx said...

rindunya! thx2!