Monday, June 1, 2009

~Mabruk a'laikum Ya Sohabi (Akhi Al-Aarifin & Kak Aini~



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t
Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)"

Alhamdulillah...Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya...yang bernyawa terus bernyawa,yang sakit semakin sihat,yang lemah bertambah kuat,yang bujang bertukar status kepada kahwin dan sebagainya...sangatlah perlu kita mensyukuri setiap titis nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita...Terlalulah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita..tidak sekali-kali kita dapat menghitungnya..

Firman Allah:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Nahl:18)



Sahabat sekalian,semakin hari semakin meningkat umur dan pelbagailah perancangan yang dilakukan oleh kita untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hamba Allah dimuka bumi ini... sesungguhnya perancangan Allah mengatasi segala perancangan makhluk...kalaupun begitu,kita sebagai seorang hambaNya sentiasa perlu merancang yang terbaik berdasarkan disiplin syarak supaya kita dapat mengatur kehidupan kita...

Apabila semakin berumur,mulalah ada dikalangan kita yang memikirkan untuk membina 'Baitul Muslim' bersama pasangan-pasangan yang pada dasarnya telahpun ditetapkan oleh Allah untuk kita..Inilah perkara yang dituntut oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W didalam hadithnya yang berbunyi:


"Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)"


Disini..ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pasangan pejuang islam yang baru sahaja bertukar status daripada bujang kepada 'sudah dimiliki' iaitu akhi Al-Aarifin & Kak Aini...mabruk a'laikum....smoga akan sentiasa dibawah limpahan rahmat dah naungan Allah keatas kalian berdua...

Disini ana suka untuk melahirkan rasa kagum dengan apa yang dilangsungkan ketika hari perkahwinan sahabat...seperti post ana sebelum ini...kita mestilah bersederhana dalam melakukan sesuatu...jadi,apa yang dapat diperhatikan dimajlis perkahwinan mereka...ana sangat suka majlis macam tu...

Jika kita tinjau majlis-majlis perkahwinan kebanyakan masyarakat hari ini..sangat terserlah pembaziran yang dilakukan...sehinggakan perkara-perkara yang tidak dibenar syarak juga di aplikasi...sebenarnya...untuk mencapai tujuan 'walimatul ursyi' itu cukup dengan perbelanjaan yang sedikit...cuma minda masyarakat sekarang yang telah merumitkannya...itulah antara sebab yang menyumbang kepada ramai pemuda & pemudi yang bertekad meneruskan zaman bujangnya....



Islam Itu Fitrah Dan Memudahkan...janganlah kita menyukarkannya dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang mana akan menyebabkan proses pembinaan masyarakat islam yang kritis,futuris dan berwawasan akan terbantut...Oleh itu,perlulah kita fikirkan tentang kelangsungan segala apa yang dilakukan selari dengan kehendak syarak..

Dikesempatan ini juga,ana menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang sudah merancang untuk membina baitul islam..teruskan lah..Yang sedang bercinta..langsungkahlah perkahwinan..yang belum berpunya..sabarlah kearahnya...yang sudah terbina..kekalkan lah hingga kesyurga...

Sabda Rasullullah:

"Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ahli Hadis)"


Ingatlah semua..jadikanlah Al-Quran sebagai dustur kita,As-sunnah ikutan kita,agar segala yang dilakukan akan dikira sebagai ibadah dan memperoleh keberkatan dari Allah s.w.t.

Akhir kalam,Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan-pasanga yang telah mendirikan baitul islam...semoga kehidupan kalian semua akan diberkati oleh Allah s.w.t dan akan dikurniakan cahaya mata yang mana pada suatu hari nanti akan menjadi mujahid dan mujahiddah penyambung perjuangan agama..insyaAllah...

Salam a'laik...

Mohamad Solehin Bin Bakri
Naib Yang Di-Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia.
msb_rg8@yahoo.com


..

4 comments:

Nurul Syuhada Johari said...

mnanti giliran si penulis blog..:)

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

=)

Orang tua2 kata,x bley langkah bendul..x baik....

xpe..kita bagi laluan kat senior2 dulu deh...

p/s: Jodoh itu suatu yg dijamin oleh Allah..Masa nya akan tiba bila sesuai...insyaAllah..

Anonymous said...

huhuh...klau si penulis blog lgkh bndul ok gak...untuk kak shu dapat sepersalinan..

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

kepada anonymous...

Sebagai seorang anak,ana mempunyai banyak tanggungjawab terhadap ibubapa dan pengharapan mereka... memenuhi impian ibubapa pada ana lebih 'aula' daripada membina 'baitul muslim'...

p/s: ilmu tentangnya pun masih tidak dipenuhi dan diketahui...

"Gain knowledge Toward Kritis and Futuris Family" =)