Sunday, May 10, 2009

~apakah Konsep Hiburan yang Syar'ei~

~Apakah Konsep Hiburan Yang Syar'ei~


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t..

Selawat dan salam ketas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..seorang utusan Allah yang bertugas untuk menyampaikan risalah dakwah dan kebenaran kepada seluruh penduduk bumi tidak mengira bangsa dan keturunan...Marilah kita perbanyakkan berselawat kepada baginda semoga beroleh syafaat di akhirat kelak...sesungguhnya kita merupakan sebaik-baik umat yang dikeluarkan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini dengan tujuan amar makruf dan cegah kemungkaran...

Friman Allah:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Al-imran:110)




Wahai sahabat sekalian...suka untuk ana kali ini ingin mengetengahkan suatu perkara mengenai “Hiburan Dalam Islam”…Berfikirlah wahai sahabat semua untuk perkara ini dengan serious...Hiburan dibenarkan didalam Islam..tetapi cara mesti lah mengikut disiplin syarak..berdasarkan ayat Al-quran diatas...Allah berfirman bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian..justeru,perlulah kita semua mengambil perkara ini dari pandangan yang berat semoga kita semua akan tergolong dalam golongan yang paling baik amalannya...



Disini ana ingin membawa sahabat semua berfikir tentang suatu perkara...bagi ana... lebih molek kalau kita tidak menganjurkan sesuatu yang pada pandangan umum sebagai tidak syar'ei berdasarkan maqasid syariah "sadduz zaraie" iaitu (menyekat pintu-pintu keburukan).

Islam memandang sesuatu perbuatan bukan sahaja kepada perbuatan tersebut, tetapi juga kepada natijah yang terhasil daripadanya.

Secara mudahnya perbuatan yang membawa kepada keburukan boleh dibahagikan kepada dua kategori.

Pertama: Sesuatu perbuatan yang asalnya diharamkan kerana ia pasti membawa kepada keburukan. Contohnya meminum arak (merosakkan kewarasan akal), berzina (merosakkan keturunan atau maruah), mencela (menimbulkan permusuhan dsbg) dan lain-lain contoh yang mana perbuatan tersebut adalah haram kerana terdapat keburukan padanya. Perbuatan-perbuatan ini haram dilakukan dan ia tidak termasuk dalam kategori Sadduz Zaraie kerana ia tidak mempunyai kaitan dengannya.

Kedua: Perbuatan yang pada asalnya tidaklah haram, bahkan dihalalkan dan dibenarkan oleh Syarak (masyru”). Namun perbuatan ini boleh membawa kepada keburukan



Ingatlah sahabat semua....

-Islam melarang meminum setitik arak untuk menyekat daripada merasa kemanisan arak yang akhirnya boleh membawa kepada meminum arak yang memabukkan.


-Islam mengharamkan berkhalwat dengan bukan mahram kerana
bimbangkan berlakunya zina yang terkutuk.


-Islam mengharamkan meminangi pinangan orang lain, belian atau
jualan di atas pembelian dan jualan orang lain untuk mengelakkan
perbalahan dan permusuhan.

Sabahat ana yang dikasihi…dalam apa sahaja yang hendak kita lakukan…haruslah kita semua berfikir tentang keburukan dan natijah dari apa yang akan kita lakukan…ana berharap,sahabat-sahabat semua dapat memikirkan tentangnya dan berkongsi dalam perbincangan ini..ini kerana,keputusan yang akan dibuat akan mencerminkan apa yang kita bawa dan imej Islam itu sendiri….

Wahai sabahat ana yang dikasihi sekalian….marilah sama-sama kita berfikir tentang perkara ini…janganlah kita cemarkan islam dengan perkara-perkara yang jelas kebatilannya….kuatkanlah hati sanubari kita agar sentiasa berada dilandasan yang benar

“Wahai tuhan kami! Engkau perjelaskanlah kepada kami kebenaran..dan kau perjelaskanlah juga kepada kami semua bentuk kebatilan..semoga dengan itu kami akan memilih pintu-pintu kebaikan..”



Sesungguhnya Allah Sahaja Matlamatku..

Mohamad Solehin Bin Bakri

Naib Yang Di-Pertua Persatuan Sains Perubatn

Universiti Sains Malaysia.

msb_rg8@yahoo.com

(Perubatan Tahun 2)








5 comments:

Abe Chik said...

knapa la nk jugak buat benda2 mcm tu? rasanya ramai yang x suka berbanding yang suka. tu belum sebut lagi yang tuhan pn x suka.. lagipun x sedar ke diorang berada di kelantan. hormat la sket... lain la klu diorang nk betul2 jaga batas2 agama macam yang kerajaan Kelantan cuba buat masa konsert Mawi dulu..

Anonymous said...

BETULKAN SEMULA APA YANG ANDA SILAP TAIP...JANGAN SEBARKAN FITNAH YANG X PASTI KEBENARANNYA...
LEBIH BERDOSA ANDA KALAU FITNAH INI TERJADI DISEBABKAN KATA2 ANDA...SECARA TERUS TERANG SAYA NASIHATKAN ANDA SELIDIK DAHULU KEBENARAN DAN CARA KERJA MEREKA...
DAN JUGA BERDEPANLAH DENGAN MEREKA JIKA INGIN TAHU MAKLUMAT LANJUT BUKAN MELALUI UTUSAN!!!!

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Sememangnya ayat-ayat yg digunakan tidak sekali-kali mengatakan bahawa perkara itu sudah terjadi...
tetapi itu isu yang sensitive dan akan membawa keburukan kepada smua jika ia terjadi...

Jadi..saya berharap agar pihak berwajib akan MENCANTAS terus perkara ini...

p/s: Jika ia benar-benar berlaku...saya lah orang pertama yang akan menentangnya secara habis-habisan...

Sesungguhnya Ku harapkan Kebaikan tertegak......

Anonymous said...

apa da jadi dgn blog ni???
xnmpok nk baca...
huhu

Anonymous said...

aku nak linkin park pd konsert htd nnti.bru gempak...xpun my chemical romance ke..bru nmpk kelainan n ke APEX an...