Tuesday, May 5, 2009

~Begitu Indahnya Dakwah & Tarbiyyah~


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah...ana ingin mengajak kepada semua sahabat-sahabat pembaca sekalian...marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memilih kita sebagai salah seorang penerima anugerah Hidayah dariNya....begitu besarlah nikmat yang dianugerahkan kepada kita ini...sungguh bertuahlah diri seseorang itu dan sangat perlulah untuk menjaganya agar anugerah itu tidak ditarik semula...Ingatlah sahabat semua..sangatlah perlu untuk kita mengambil segala jalan hidayah yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada kita agar kita tidak tergolong didalam golongan orang-orang yang rugi di akhirat kelah...

Firman Allah:
"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuatanKu); dan mereka (yang bersifatkan demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah dan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya." (Al-araf:146)

Wahai sahabat sekalian...kali ini tergerak hati ana untuk menulis tentang sesuatu yang pada fikiran ana sangat indah dan berseni...perkara ini perlu diperhati dan didalami kerana sesungguhnya ia adalah suatu nikmat yg dikurniakan oleh Allah rabbul a'lamin....

Sahabat pembaca sekalian..mengapa ana mengatakan tarbiyyah itu indah...ini kerana untuk melaluinya memerlukan kekuatan hati...sudah semestinya untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti itu memerlukan kepada kesulitan yang mana kadang-kala sedikit menyeksa diri...tetapi bg ana secara peribadi..itulah yang seronok dilalui....

Sesungguhnya,tarbiyyah itu adalah suatu yang berterusan...keputusan untuk sentiasa berada diatas jalan ini adalah perlu agar diri tidak tercicir dan terbabas dalam perjuangan.... Pernah juga diri ini merasa bahawa susah untuk mengikuti jalan ini...tetapi...hati tidak membenarkan untuk berpisah dengannya..kerana soal ini adalah soal dalaman jiwa manusia...ia bukan berlaku sekali dua,malah sering saja diuji dalam berdamping dengannya....tetapi,dengan adanya sahabat yang sentiasa mengingatkan..maka ia menguatkan diri untuk terus bersamanya....itulah pentingnya sahabat dalam menjalani sesi tarbiyyah illahi...


Sebenarnye..proses ini berlaku sangat halus...ia berlaku tanpa disedari...diri ini tidak tahu bila ianya masuk kedalam sanubari...inilah yg dikatakan tarbiyyah rabbani...sangat benarlah bahawa jalan tarbiyyah itu sukar dan memerlukan kekuatan hati untuk melaluinya....setiap dari kita akan diuji...

Firman Allah:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? " (Al-'Ankabut:2).

Sahabat sekalian...tarbiyyah itu indah jika kita berlapang dada...tarbiyyah itu indah jika kita mensyukurinya...tarbiyyah itu indah jika kita cekal mengharunginya...segala teguran,kritikan untuk membantu menaikkan diri kita sepanjang kita berada diatasnya adalah indah jika segalanya diterima dengan hati terbuka...segalanya bergantung kepada diri masing-masing samada ingin menjadikannya indah atau debaliknya...

Perlulah diingatkan bahawa..usaha untuk berdakwah dan menyebarkan risalah islam wajib keatas kita semua...untuk berdakwah..perlulah seseor itu menerima tarbiyyah...untuk mendapatkan tarbiyyah,perlulah kiranye seseorang itu kuat mental dan fizikalnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan membantunya mencapai tahap yang lebih tinggi...kesemuanya dengan satu tujuan..ingin berdakwah dan menyebarkan risalah islam kerana Allah..dan perlulah diintai bahawa jalan ini sentiasa akan didatangi ujian dan cabaran..usahlah kita merasa 'down' kera sudah semestinya dakwah dan risalah ini seringkali tidak menjanjikan kemanisan dunia, kerehatan dan keselesaan. Sebagaimana yang dicontohkan oleh para anbia’ dan aulia’, mereka senantiasa teruji, dan diuji kerana risalah ini. Lihat sahaja Nabi Allah Nuh a.s. Betapa hebat beliau diuji dan ditekan oleh kaumnya serta sanak-saudaranya, namun, beliau tidak pernah kenal erti penat dan lelah. Pelbagai ranjau dan duri terpaksa beliau hadapi. Bukan sehari dua, tetapi ratusan tahun. 950 tahun merupakan jangka masa yang panjang. Lihatlah, betapa agungnya dakwah dan risalah ini hingga para pemikulnya sanggup menahan cercaan, makian, ugutan dan sebagainya.

Baiklah sahabat pembaca sekalian..cukuplah kiranya penulisan ana untuk kali ini...perlulah diketahui bahawa segala yg tertulis adalah datang dari pemikiran ana yg hina ini..sudah semestinya banyak kecacatan dan kekurangannya kerana yg sempurna itu hanyalah Allah yg Maha Esa...segala apa yg baik itu diambil sebagai peringatan..dan yg kurang itu dinasihati untuk kebaikan akan datang....

sekian...Wassalam..

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


..

4 comments:

Anonymous said...

as'kum..maaf andai bertya..boleh x jelaskn pengertian tarrbiyyah?

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

wslm..terima kasih kepada yg bertanya...

pada ana yg kurang ilmu nie...
apa yg dimaksudkan dengan tarbiyyah adalah suatu proses pembelajaran dalam menghadapi kehidupan untuk mencapai semua aspek yang membolehkan seorang insan itu hidup di dunia ini dengan kehidupan yang berpetunjuk dan baik lantas membawa kepada kehidupan akhirat yang diredhai Allah SWT....

wallahua'lam.....

Anonymous said...

ooo..

Anonymous said...

assalamu'alaikum. tarbiyyah itu INDAH.ana bersetuju dgn kalimat tu.Tarbiyyah itu mungkin hadir dlm bentuk kesenangan blh juga dlm bentuk kesusahan dalam pengalaman hidup seharian selain dari pembelajaran formal.tp yng penting, ia sangat manis utk dihargai...