Sunday, February 1, 2009

~Semakin Ramai Anakku,Semakin Tua Rasanya Diriku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kepada Allah rabbul jalil diatas setiap nafas yang dihembus,setiap kekuatan yang diberi,setiap saat yang dimanfaatkan dan setiap langkah diri ini melangkah dibumi Allah ini.

Wahai sahabat semua,sudah pasti banyak tanda Tanya apbila melihat kepada tajuk kali ini..perlulah ana perjelaskan apa yang dimaksudkan dengan tajuk kali ini..hehe…Baiklah sahabat yang ana kasihi sekalian, “Anakku” yang ana maksudkan pada tajuk tu ialah anak-anak saudara ana..hehe..Alhamdulillah ana dah ada 5 anak saudara termasuk anak saudara perempuan yang baru je dilahirkan petang tadi (01/02/2009)…(x sabar rasenye nk tengok anak yang terbaru nie..hehe)
~anak saudara ana yang ke-4 (Muhammad Haikal Haziq)~

Untuk pengetahuan sahabat semua…semasa umur ana “SEMUDA” 14 tahun..ana dah dapat 1st anak saudara..huhu,tapi masa tu x tau ape2 sangat…jadi..ana buat2 x tau je la…semakin menjalani usia,perasaan itu semakin bertambah sehingga ana terpanggil untuk menulis tentang perkara nie selepas mendapat tahu tentang kelahiran anak saudara ana yang ke-5 petang tadi.Bagi ana, kegembiraan menerima anak saudara baru merupakan satu fitrah bagi setiap manusia.Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku dimana bapa saudara rasullullah yang sangat gembira dengan kelahiran rasullullah…ana rasa mesti sahabat ingat tentang peristiwa nie…berdasarkan peristiwa tu dan apa yang ana rasa ketika ini..ana dapat simpulkan yang mana perkara itu adalah fitrah bagi kita sebagai seorang manusia..(setuju tak?? hehe)

Pengalaman ana mempunyai ana saudara memang meneronokkan…hehe..(mungkin sahabat yang xde anak saudara lagi xtau… :P)..diorang nie mmg menjadi penceria suasana especially waktu hari raya dan ect.Mereka juga bukan sahaja menjadi penyeri suasana,malahan mereka juga menjadi penyeri kepada kedua atuk dan opah mereka…ape yang ana dapat perhatikan,mak dan ayah ana mmg seronok sangat bila cucu-cucu diorg nie balik…ape yang diminta kalau boleh semua nk dibagi..xkesah la kalau rumah beterabur sekali pun..(jeles gak bila tengok..sbb kalau kita yang buat betabur..sure kena marah..hehe)..tp tu la yang boleh ana simpulkan…























~Haikal yang mmg suka bergambar~

Baiklah…ana nak sambung study plak..hehe…sebelum tu..apa yang ana nk sampaikan kali nie ialah…fitrah manusia adalah suatu yang dicampakkan didalam diri kita…segalanya perlu dihargai dan dikawal kerana sesuatu FITRAH itu jika kita tidak disiplinkan mengikut disiplin islam..ia akan menjadi FITNAH kepada diri kita..justeru,perlulah kita berusaha untuk mendisiplinkannya mengikut apa yang telah digariskan berdasarkan sumber kita yang utama iaitu Al-quran & As-sunnah…insyaAllah…semoga apa yang baik dari penulisan ini dapat kita manfaatkan dan apa sahaja yang lemah dan salah itu adalah kerana kurangnya ilmu yang ada pada diri ana yang hina ini…sekian dulu untuk kali nie..

Wassalam…

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

3 comments:

Anonymous said...

Hehe
solehin sebnarnye nk bgtau yg dia dpt anak sedara baru..
hehehe
sapa nama anak sedara baru kamu???

nooraniza mohd kassim said...

ingatkan dapat anak sendiri...rupa-rupanya anak sedara :p tahniah...

memang rasa seronok bila dapat anak sedara dan melayan kerenah dia yang begitu mencuit hati...akak baru ada 4, yang ke5 insyaAllah bulan 7 ni.

p/s:kegembiraan dapat anak sendiri mesti lebih seronok...kan..kan..

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Nur Aina Sofia Bt Mohd Ridwan