Thursday, February 19, 2009

~Aku Masih Belum Cukup Ilmu Agama~


Apa pandangan antum seandainya seseorang Muslim itu memberi alasan "aku masih belum cukup ilmu agama,tunggulah sampai aku cukup bersedia dulu"apabila diseru untuk berdakwah? hmmm.sebenarnya..isu ini bukan lah satu isu yang baru yang ingin ana bicarakan..malah..fenomena "belum cukup alim" atau "tak layak" sudah lapuk hatta dalam kalangan sahabat2 ana sendiri..terkadang itu..apabila mereka merasakan mereka tidak banyak pengetahuan ..sering mereka mencari alasan sebegitu lebih2 lagi jika diajak ntuk berdakwah..itulah alasan2nye..ana tak nafikan..penah jugak satu masa dulu ana berfikiran sedemikian..tetapi..alhamdulillah..ada dalam kalangan sahabat yang menyedarkan ana tentang hakikat ini dan atas kehendak Allah juga..syukur alhamdulillah.. hakikatnya..pada pandangan ana,seorang muslim tidak boleh bersikap sedemikian..amar maaruf nahi mungkar itu luas..dan wajib bagi stiap yang bergelar muslim ntuk melaksanakannya.. Jika kita ingin tunggu sehingga diri kita sempurna..baru hendak saling menegur..sampai bila2 pun tak sempurna sebab tiada manusia yang betul2 sempurna..hatta sahabat sendiri ada kelemahannya..Saidina Abu Bakar telah berjaya mengajak Usman memeluk Islam walaupun beliau sendiri tidak mengetahui tentang Islam secara menyeluruh. Begitu juga dengan Mus'ab bin Umair yang diutuskan ke Madinah untuk mengajar orang2 di sana tentang Islam. Mereka setakat menyampaikan setakat yang diketahui..cube kita fikirkan..sepanjang kita bergelar muslim ni..takkanla takder benda yang kita tau tentang islam..takkanlah kita tidak tahu halal dan haram?..aper yang penting..sampaikanlah ilmu tu walaupun sedikit..kerana ia merupakan kewajiban dan juga sebagai amal jariah untuk pahala yang berpanjangan..janganlah segan ntuk memberi pendapat dalam islam..asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat..dengan menyampaikan kebaikan..dan peringatan..bukan sahaja tuk orang len..malah..yang paling utama sekali untuk diri kita sendiri.. kepada para da'ei..atau yang seumpama dengannya..janganlah antum segan sekiranya antum bukan daripada pelajar aliran agama..sebenarnya..ini merupakan salah satu peluang tuk menambahkan ilmu pengetahuan terutama dalam hal agama. hal ini krana..apabila dalam sesebuah halaqah atau usrah..semestinya ada persoalan yang diajukan oleh mad'u kita yang kita tidak tahu..seterusnya..melibatkan perbincangan yang mengeratkan hubungan dan membuatkan kita mengkaji tentang perkara tersebut berpandukan al-quran dan sunnah agar persoalan tersebut terjawab.. dan juga..tidak semestinya kerja2 dakwah terletak di pundak seorang ustaz/ustazah..badar..naqib/naqibah..atau para ulama' sahaja..malah..doktor.arkitek..penjual di gerai makanan juga boleh menyebarkan dakwah..terutama kepada diri sendiri..secara langsung atau tidak..hal ini kerana..bukan semua yang orang tau..kita tau..dan bukan semua yang kita tau..orang tau..
wallahua'lam..

Wassalam....

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com



No comments: