Saturday, September 13, 2008

Khalifah Berjiwa Hamba....



Sebelum menjadi
Khalifah,Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. selalu menolong seorang wanita
tua lagi janda yang menjadi jirannya.Setiap pagi beliau tolong memberi
makan unta-unta jirannya itu serta memerah susunya.Amatlah lega dan lapang
hati wanita tua itu,apatah lagi beliau tidak punya anak lelaki yang boleh
membantunya.Yang ada pun cuma anak perempuan!
Setelah Sayidina Abu
Bakar diangkat menjadi khalifah,jirannya itu pun susahlah hatinya
memikirkan siapa yang akan menolongnya memberi makan unta-untanya serta
memerah susunya.Ia menyangka tentulah Sayidina Abu Bakar tidak sempat
menolongnya lagi, maklumlah dah jadi khalifah umat Islam, tentulah
sibuk.Tentulah banyak perkara besar-besar dalam negara yang hendak
difikirkan oleh beliau.Tak kanlah beliau sempat nak fikir hal unta-untanya
itu,begitulah congak wanita itu seorang diri.

Kebimbangan yang
melanda hati perempuan tua itu rupa-rupanya disedari oleh Sayidina Abu
Bakar, lalu beliau berjumpa wanita tua itu sambil berkata:

" Wahai
jiranku, janganlah puan merasa bimbang. Sekalipun saya telah menjadi
khalifah, namun jawatan itu tidak akan menghalang saya terus menolong
puan."

Amatlah terharunya wanita tua itu melihat kerendahan hati
Amirul Mukminin. Bertambah-tambahlah kasihnya kepada pemimpinnya itu.
Sungguh mulia hati beliau yang sanggup berkhidmat kepada rakyat bawahan
sepertinya. Padahal, beliau boleh perintahkan sapa-sapa saja buat kerja
itu. Beliaukan
khalifah.Maka setiap hari Sayidina Abu Bakar datang
memberi makan
unta-unta jirannya itu.Suatu hari, Sayidina Abu Bakar
mengetuk pintu rumah wanita itu sambil memberi salam. Anak perempuannya
datang melihat siapa yang datang.

Wanita itu bertanya dari dapur,
"Siapa yang datang tu nak?"

Anaknya spontan menjawab, "Tukang perah
susu unta kita bu!"

Wanita itu terkejut apabila mengetahui yang
datang itu adalah khalifah. Lantas dia memarahi anaknya, "Itu Amirul
Mukminin!"

Sayidina Abu Bakar tersenyum sambil berkata, "Biarkan
dia.Dia memanggil aku dengan gelaran yang sebenarnya.Dan itulah panggilan
yang paling aku sukai."

Begitu sekali ketinggian akhlak Sayidina
Abu Bakar r.a.Hatinya benar-benar merasa dirinya hamba Tuhan yang hina
dina sehingga tidak inginkan apa-apa pujian.Baginya seala pujian hanya
layak untuk Tuhan.

1 comment:

Wacayasamalu said...

Ambo suke cite2 teladan nie. kepada pemunya blog nie, ambo harap banyk2 kan cite2 camnih..