Tuesday, June 7, 2011

~Bertanya Tentang Tanda Sebelum Kematian~



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.......
Hari demi hari...alhamdulillah..Allah memeberi kekuatan untuk ana terus dan terus menulis blog ini...bukan apa...ana menulis hanya bertujuan untuk berkongsi dengan antum semua...semoga ini semua akan dikira sebagai sebagai asbab untuk mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t...

Alhamdulillah....sehingga hari ini..diri ini masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah...sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan ini..Ya Allah...ampunilah kami yang sentiasa lalai ini....


Sering kita mendengar laporan media ketikamana suatu musibah kematian menimpa seseorang, akan adalah laporan berbunyi: “ keluarga mangsa menafikan terdapat tanda-tanda ganjil sebelum mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut..”

Para pembaca yang dihormati sekalian, kali ini, ana ingin membawa kita semua untuk berfikir dan menilai stigma masyarakat terhadap apa yang berlaku disekeliling.. Adakah ianya merupakan perkara baru yang diada-adakan, atau perkara turun terumun yang menjadi kepercayaan… Mari kita bongkar kesahihan dan kebatilan yang telah berlaku untuk sekian lamanya di dalam masyarakat kita..

Allah berfirman yang bermaksud:
 "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Berdasarkan firman Allah tersebut, bagi kita yang beriman, kita akan percaya 100% bahawa kematian itu sudah ditentukan untuk setiap yang hidup. Dan sesuatu itu adalah qada’ dan qadar yang telah tertulis sejak azali lagi.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.


Sahabat pembaca sekalian,

Setelah kita amati perkara kematian, perlulah kita beriman bawaha ia merupakan suatu kepastian yang sudah ditetapkan detik masanya yang tidak memerlukan tanda-tanda sebelum ianya berlaku.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Oleh itu,perlulah kita sedar,media juga perlu sedar bahawa tidak ada istilah ‘tanda ganjing’ sebelum kematian.. tidak perlulah kita menjadi penyibuk ketika kemalangan atau musibah yang menimpa sesuatu keluarga untuk bertanyakan ‘tanda-tanda ganjil’ yang berlaku.. semua itu merupakan perkara terlarang oleh agama kerana mempercayai kurafat dan tahyul…

Sekian, hanya sekadar perkongsian pandangan…
 .






Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com