Tuesday, October 26, 2010

~Dasyatnya Neraka vs Api Dunia~







Bismillahirrahmanirrahim...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..kita masih lagi dipanjangkan umur untuk kita memohon taubat daripada Allah swt... Sehari-hari,banyak masa yg dihabiskan..kadang2 kita x tahu pun apa yg ikta buat dengan masa-masa terluang yg kita ada...justeru wahai sahabat semua....marilah kita isikan masa yang ada dengan perkara-perkara yg sedikit sebanyak akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah dan memperolehi syurgaNya...InsyaAllah...
Untuk entry kali nie..ana nk mulakan dengan sedikit laporang berita mengenai kejadian yang menimpa saudara kita di Indonesia:


"YOGYAKARTA 27 Okt. - Sekurang-kurang 15 orang terkorban sehingga pagi ini termasuk seorang wartawan setelah terkena abu Gunung Merapi yang meletus sejak petang semalam."


Sahabat yang disayangi sekalian..begitu sekali panas dan bahayanya api gunung merapi..tetapi mengikut laporan itu..bukannya api..tetapi abunya saja....masyaAllah..cuba kita bandingkan dengan neraka Allah...nauzubillahiminzalik...


Dari sebuah hadis yang diceritakan, Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya?" Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.
Jawab Malik, "Kalau separuh darinya, nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu lalu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di Syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Nabi Adam a.s. dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yan digunakan hingga sekarang.

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibril tentang api Neraka. lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan. "Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan.
Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka itu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril," Lalu Rasulullah menangis, Jibrilpun turut menangis. Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"
Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sunnguhpun kesusukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk." Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah s.w.t., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap engkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Wahai sahabat yang dikasihi sekalian..sama-samalah kita menjaga diri kita dan takutlah kita kepada neraka Allah..kerana firman Allah:

“Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)

Wassalam..





Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com/muslimin2@gmail.com

(^_^)