Sunday, October 24, 2010

~Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan~



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..


Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan

mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak....

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIME
WA....





Anggaplah dia manusia biasa.


Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirny
a....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KES
EMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL...



JANGAN TERLALU MENCARI 
KESEMPURNAAN










Mohamad Solehin bin Bakri



5 comments:

Anonymous said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih..

Agreed..
Yang sempurna...mana mungkin mampu d cari apatah lagi d miliki.
Jikapun ada yang sempurna d mata, kesempurnaan itu tetap akan hilang atau pudar bila sampai saatnya.
Kerana semua sifat kesempurnaan itu milik kekal rabbul izzati.
Kata orang, jika tidak mahu kandas mahupun kecewa...
Jangan sandarkan sesuatu pada yang tidak kekal...
Sedang yang kekal itu hanyalah Allah yang Maha Kuasa

“Tiap-tiap sesuatu akan binasa dan yang kekal itu ialah zat Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”

(Ar-Rahman : ayat 26)

Maka jika cinta, cintalah kerana Allah.
Begitu juga bila benci, seharusnya juga kerana Allah.
DIA tidak akan menghampakan setiap sesuatu yang d sandarkan padaNya semata2...

wallahua'lam

Anonymous said...

bkn ker mnsia skrg trlampau mncri ksempurnaan?

trutamanyer klau kaum adam yg inginkan mncari ksempurnaan dlam mncri kaun hawa sdangkan kaum hawa itu sdah hmpir dngn ksempurnaan(agama sdah mnjd prkare yg tratas bg mslimat itu).disbbkn pras rupe ker?xblajr tggi ker@sbb2 lain??

mmg ad sstngah ttapi "JARANG-JARANG" & bkan slalu yg DIBUAT.

wallahua'lam..

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Ana suka untuk mengambil apa yang dibincangkan bersama Ust. Hasrizal/saifulislam.com

berdasarkan sabda nabi: "dinikahi seseorang muslimat itu atas 4 perkara: kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikannya,kerana agamanya,maka rebutlah yang baik agamanya,nescaya akan tenanglah kedua tanganmu (Hadis)

hadis ini bukan dituju khas untuk seorang lelaki mencari isteri,malah ia juga praktikal untuk wanita mencari suami...

dari hadis tersebut 4 ciri yang rasullullah sebutkan sebagai kebiasaan kita dikalangan umatnya menilai seseorang itu...akan tetapi, bila dilihat dari keempat ciri tersebut, 3 daripadanya adalah ciri yang objektif (boleh dinilai)...harta boleh dinilai,keturunan boleh dinilai, kecantikan juga boleh dinilai... 1 daripadanya yakni agama adalah bersifat subjektif (x boleh dinilai dengan mata kasar)...

Main point yang nk disampaikan disini adalah,kalaupun seseorg lelaki/wanita itu memiih calon pasangan hidupnya berdasarkan ciri objektif itu..ia bukanlah suatu kesalahan kerana ia merupakan fitrah..tetapi yang lebih penting dari itu adalah segala ciri tersebut perlulah disandarkan kepada ciri subjektif yang 1 itu yakni beragama...

wallahualam..

p/s: hanya pandangan dari penelitian..

ezan sahizzah said...

usahlah kita sibukkan diri kita dgn MENCARI tapi sibukkan diri dgn MENJADI...

insyaALLAH,perempuan yg baik utk laki yg baik dan sebaliknya..

Cinta manusia itu urusan Dia.
Cintakan Dia itu urusan kita.

Jangan sibukkan
diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita.

sekadar berkongsi pendapat.wallahualam~

Rik no Orkut said...

Legal!