~Pilihanraya kampus serentak di enam IPTA~ ![]() |
Pilihan raya kampus bagi enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berlangsung serentak pada 28 Januari depan. Universiti berkenaan ialah tiga Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala tiga lagi ialah Univerisiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Univerisiti Malaysia Pahang (UMP). Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pengerusi pro-Mahasiswa nasional (pro-M), Mohd Shafie Hashim mengesahkan tarikh tersebut. Katanya, tarikh penamaan bagi keenam-enam kampus itu pula ditetapkan pada 25 Januari - tiga hari sebelum tarikh mengundi. Sementara itu, pro-Mahasiswa (Pro-M) UM akan meletakkan calon di kesemua 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus itu kali ini. Menurut sumber Pro-M, sepertimana tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.![]() (^_^) |
1 comment:
semangatnye....(~_~)...truskn perjuangan!
Post a Comment