Thursday, June 18, 2009


~Seminar Kecemerlangan SPM,Suatu Pengalaman~




Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,ingin skali ana memanjatkan sebanyak-banyak kesyukuran kepad Allah s.w.t diatas limpah rahmat dan usia yang diberikan kepada diri ini…smoga dengan usia yang diberi ini,dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…Allahumma amen..




Sahabat sekalian,umur yang panjang bukanlah penentu kepada kualiti kehidupan seseorang manusia yang mana pada masa yang sama adalah hamba Allah.Ketahuilah wahai pembaca sekalian, sesetengah ulama’ menterjemah umur dimana mereka mengatakan bahawa “seseorang yang telah mati itu sebenarnya mereka masih hidup malah,seseorang yang masih hidup itu pada dasarnya mereka sudahpun mati”. Apa yang dimaksudkan disini adalah,walaupun seseorang itu telah mati beribu-ribu tahun dahulu,tetapi jasa dan ilmu yang mereka miliki itu membuatkan mereka ini tetap hidup disanubari hamba-hamba Allah yang soleh,dan apa yang dikatakan orang-orang yang masih hidup itu adalah telah mati adalah kerana umur yang masih dimiliki tidak bermanfaat kea rah menemui allah di akhirat kelah…jadi,semoga kita semua adalah tergolong di kalangan golongan yang memanfaatkan umur dengan perkara yang membawa keberkatan dan melayakkan diri kita menghuni syurga Allah kelak..insyaAllah.



Berkenaan tajuk post ana pada kali ini,ia merupakan suatu post penghargaan ana kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SKSPM pada tahun ini yang mana pada ana,ia adalah suatu pengalaman yang sangat berharga dan susah untuk dilupakan.Bagi ana,ini merupakan suatu proses pengajaran bagi diri ana yang sangat bermakna dimana suasana program kali ini boleh dikatakan lebih sejahtera berbanding sebelumnya.Apa yang ana maksudkan adalah keterbukaan dikalangan semua terhadap penerimaan cara pembawaan pada kali ini yang ana boleh simpulkan sebagai suatu yang lebih ‘makruf dan sejahtera’.terima kasih diucapkan..


Tujuan asal penulisan kali ini adalah sebagai suatu perkongsian tentang pengalaman mengendalian SKSPM pada tahun ini.Apa yang nk diceritakan adalah mengenai pernglibatan peserta kali ini yang mana pada ana suatu perkongsian yang halus diantara diri ana sendiri bersama-sama mereka.Untuk pengetahuan,peserta kali ini terdiri dari pelbagai latar belakang sekolah..ada dari pelajar-pelajar maahad,sek.men.sains,sek,men.keb dan byk lagi…pengalaman bersama mereka semua mengajar ana untuk ingin menjadi lebih baik,matang dan berwawasan.Melihat sesetengah daripada adik-adik peserta kali ini, merasakan diri ini semakin tidak berilmu dan begitu terharu dengan mereka yang hebat dari segi rohaniah mereka.Dari situ,timbul juga rasa cemburukan ilmu seperti mereka yang membawa diri ini kearah ingin sekali memiliki seperti mereka…
Untuk pengetahuan,kali ini exco kerohanian terus melakukan perubahan dalam membawa skspm kearah konsep ‘syumuliah’ agar islam itu dilihat lebih luas dari kacamata seorang pelajar yang mana pada masa yang sama adalah remaja.Antara perkara yang dilakukan adalah seperti sesi perbincangan dengan adik-adik atau lebih dikenali sebagai ‘usrah = keluarga’.sesi aerobic bersama exco kerohanian,sese-sesi selingan bersama exco kerohanian,sesi muhasabah dll.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan apa yang dilakukan oleh exco kerohanian pada tahun ini.Kepada anak-anak usrah abang (Hadi,Taslim,Wan,Zul,Basyar,Hazem,Husayni,Firdaus & yg lain)…ana gembira dapat bersama antum semua…suatu pengalaman ukhwah yang sangat bermakna.
Jadi,sebagai penutupnya,ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan skspm yang pada ana lebih berkonsep ‘makruf dan sejahtera’ ini.smoga segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah sebagai suatui yang terbaik dan mendapat berkat.Firman Allah:

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk: 3)

Jadi,perlulah kita menjadi orang yang terbaik dalam amalan kita,jadilah manusia yang penuh rasa kehambaan,bertuhan dan faham takdir-Nya,jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaanNya,jadilah insan yang sentiasa melihat segala makhluk yang ada dimuka bumi ini sebagai suatu perkara yang boleh membawa kepada peningkatan rasa ketuhanan dan iman..insyaAllah.
Kepada adik-adik peserta skspm kali ke-15 tahun ini..smoga bi taufiq wan najah dalam SPM yg antum dan antenna akan hadapi tahun nie…ana mendoakan kejayaan semua agar menjadi pejuang-pejuang islam yang cemerlang di semua ipta/ipts dalam dan luar Negara kelak..insyaAllah…

Kepada pejuang agama…Teruskan Usaha kalian,semoga Allah membantu kita semua dalam menegakkan agamaNya…

Wassalam..

Mohamad Solehin Bin Bakri
Naib Yang di-Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia.
msb_rg8@yahoo.com

=)

5 comments:

Jacknaim said...

salam! tahniah diucapkan buat exco kerohanian pada kali ini. walaupun saya tidak menyertai skspm secara penuh, tapi saya melihat ada transformasi dalam skspm sejak saya mula menyertainya sewaktu di tahun satu.

alhamdulillah, skspm sudah mula disertai oleh mereka yang berfikrahkan islam dan mereka yang menggerakkan exco kerohanian juga terdiri dari mereka yang menerima tarbiyyah..

semoga di thun-tahun akan datang, keadaan ini akan berterusan dan menjadi lebih baik lagi, inshaALLAH

saffmukmin said...

tahniah.SKSPM mmg best!!!

0n3 said...

salam...
name tok penghulu x disiarkan ke??
hope dpt join ag program bersama abg2 faci n exco...
~0n3~

Unknown said...

kaifa haluka???

windu seyh ngan ko..ak jeles seyh tengok korg smue bakal2 jadi doktor..ahli kimia la..ak jer..malu..huhuhu....k ar ak ucapkn ko berjaye dunia n akhirat k..

Nurul Atikah said...

Ya Allah..
rindunya skspm..05
skspm mmg sangat menyentuh hati sy sebagai seorang pelajar
ingat sampai skrg..
tahniah kepada penganjur..
teruskan perjuanagn

xboleh ke pelajar luar nk join jg ye??
cam teringinnye nak jadi fasi pulak..
tp rsnya selalu xsempat blk msia.. huhu