Thursday, January 29, 2009

~ Khidmat Masyarakat Bagan Hailam Selangor~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…Ana bersyukur kepada Allah yang memiliki kekuasaan di seluruh langit dan bumi serta isi-isi diantara keduanya…Begitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita semua untuk terus menjalani kehidupan kita seharian..


Semakin lama kita hidup sepatutnya semakin matanglah kita dengan pengalaman-pengalaman yang kita lalui..

Alhamdulillah..untuk pengetahuan sahabat semua..ana bersama sahabat-sahabat ana baru je balik dari satu program khidmat masyarakat di Bagan Hailam,selangor,Malaysia. Betapa bersyukurnya ana apabila melihat keadaan penduduk disana…memang banyak pengalaman yang dapat dikecapi sepanjang disana…

Segala perancangan yang dirancang oleh pengarah projek serta kru-krunya alhamdulillah berjaya..Tahniah ana ucapkan…tapi biasa la..bukan semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut acuan yang telah kita sediakan kerana perancangan Allah itu lebih tinggi…


Pada 22 Januari 2009,9.00 malam..kami bertolak dari kelantan ke Bagan Hailam selangor..Alhamdulillah,sebelum subuh,kami sampai di masjid Shah Alam...selepas solat subuh barula kami semua bertolak ke Bagan Hailam untuk memulakan visi & misi kami…

Untuk pengetahuan sahabat semua,masyarakat yang tinggal di Bagan Hailam nie adalah masyarakat cina…apa yang menyentuh hati ana ialah,penerimaan masyarakat kat situ dengan kehadiran kami..sangat baik sambutan mereka..sangat memudahkan kami untuk menjalankan program.Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan berharga!!

Aktiviti pertama yg kami buat adalah ‘Home Visit”..hoho..nie lagi best..macam2 ada…kami semua dibahagikan kepada 4 kump. Yg ana seronok skali..team ana skali ngan ust Rosdian P.islam…hehe…best sangat..tapi susah jugak sebab semua ahli team kami xpandai cakap cina..huhu..walhal team lain pun same je ana rase sbb kak azimah sorang je yg pandai cakap cina..hehe..

Tapi xpe…bagi ana..tu bukan penghalang untuk kami teruskan program..sbb sbelum tu..kami semua ada la gak di ajar sikit2 bahasa cina yg ‘common’..hehe..antaranya “xin lian kuai le’…wan se’ ru yei…”..ada la lagi..tapi ana dah x ingat…tp bagi ana..dengan perkataan2 tu pun dah memadai untuk kami berkomunikasi dengan penduduk situ.. :p memang x larat nk gelak rasenye sepanjang home visit tu..macam2 words keluar…tapi bagi ana tu la pengalaman yg x boleh dapat kat tempat lain…

Malam tu..kami adakan majlis perasmian..tujuan asal buat home visit tu nk jemput diorg datang majlis perasmian la…maybe boleh apply kat kampus bila wat program kot..hoho...

Pada hari berikutnya..pagi-pagi lagi..kami dah bersenam..kami belajar satu benda baru.."tarian matahari"..hehe..mmg menyeronokkan...selepas itu..kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kg kat situ…byk btol org yg datang…ana jaga untuk check BP..dengan penuh harapan diorg tunggu keputusan BP diorg cam ner..huhu..mmg x menang tangan la nk check.…bukan setakat orang2 berumur je yg nk check..remaja-remaja sekolah,budak2 kecik pun nk check gak..pening btol….tp..tu la yg best….hehe..

Petangnye plak..kami adakan sukaneka bersama anak2 penduduk kat situ yg berbangsa cina…alamak..mmg pening kepala melayan budak2 tu semua…xpernah lg dalam hidup melayan budak macam tu…huhu…mmg letih…tp menyeronokkan..begitu rapat kanak2 tu dengan kami pelajar USM…

Malamnye…majlis penutupan program dan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan cabutan bertuah plak…mmg riuh rendah…nk cakap kena jerit…hehe..mmg x bley senyap budak2 tu…mmg lucu kalau kita tgk…bg ana..bende nie adalah suatu yg xdapat kat tmpat lain..hehe…tp alhamdulillah..semua nye dapat dikawal oleh kak azimah yg pandai berbahasa cina..(ruginye rase xdapat nk cakap cina…x dapat gunakan diri ana yg suka bercakap nie..hehe)


Ok lah sahabat semua…tujuan ana menulis tentang pengalaman di Bagan Hailam nie hanyalah sekadar perkongsian denagn sahabat semua tentang apa yg ana dapat disana…semoga dengan penulisan nie…semakin ramai diantara kita yg lebih berminat untuk menyertai program2 khidmat masyarakat seperti ini pada masa akan dating..ingatlah sahabat semua..antara tujuan kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi nie adalah untuk menyebarkan dakwah yakni kalimah-kalimat Allah yg sudah pasti kebenarannya kepada seluruh makhluk dimuka bumi nie…semoga segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah di sisiNya..InsyaAllah..

Semoga apa yg baik itu kita ambil sebagai panduan kita..dan apa yg buruk itu jgn sekali-kali kita turuti…sekian dulu untuk kali ini…

Wassalam….


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com

http://solehin-bakri.blogspot.com



3 comments:

Anonymous said...

asslmualaikm
wah,cam seronok je
blh main2,huhu...
nnt la,next time insyaALLAH aku gi

tp aku xnmpk sgt la aura2 dkwah tu
mybe ni juz step utk rapatkn ukhwah ngan diaorg kot,kan?

niat kena btl
gi bkn nk main2
tp nk dakwh
tp aku suka main2
huhu...
gurau jer

Unknown said...

mgkin perjalann ke sana sekejap cuma..namun pejalann dakwah perlu diteruskan..dan x kan pernah berhenti..mg sentiasa istiqmah..

Anonymous said...

knape xde org ajak aku??????
huhu