Monday, October 6, 2008

Kisah Seorang Sahabat...... (sambungan)

"memang benarlah,setiap selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.."
itulah yang dapat diperkatakan setelah segala kekeliruan,kemusykilan,persangkaan yang membuku dihati dapat dileraikan...
ia bermula dengan hanya satu teguran..inilah yang dikatakan PERSAHABATAN....

pada petang dimana aku merasa bahawa aku sudah tidak kuat lagi berada dalam keadaan 'konflik' ini..
aku cuba kuatkan diri...tiba-tiba,aku mendapat suatu tugasan dari seorang senior.. dimana tugasan itu perlu dibahagikan kepada semua sahabat2 aku tu....pada waktu itu..Allah telah memberi kekuatan kepada aku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak menyangka bahawa perbuatan aku tu akan mengubah situasi tegang pada ketika itu..."Ya Allah...Engkau memang pemberi Rahmat yang besar.."
waktu itu...sahabat aku tu masih lagi belum pulang dari kuliah....jadi..ape yang telah aku lakukan...aku hanya menulis satu "note" (untuk memberi tugasan)...inilah yang dikatakan rahmat...
penyelesaiannya bermula apabila sahabat aku tu balik..mungkin dia terkejut dengan kehadiran "note" itu....die pun menghantar mesej..."Betul ke sahabat? aku dah segan dah nie....knape tetibe senyap..?"
disini baru aku tahu....persahabatan yang terbina dalam diri masing2 sebenarnye tidak pernah padam..sentiasa menunggu peluang untuk memulihkan kaadaan...bagi aku...sebenarnye tidak pernah ada rasa ingin menghukum...tetapi,itulah realiti persahabatan...
bila difikirkan balik..."mengapa perlu ada perasaan buruk sangka kepada orang"..itu semua permainan syaitan yang sentiasa nak pecah belahkan kita....tapi..tu lah hakikat kita sebagai seorang manusia...
selepas pada peristiwa tu...kehidupan kami yang aku rasa semakin suram..kini semakin cerah semula...ape orang kate 'semakin hari semakin sayang' ...hehe....
inilah yang aku impikan dalam kehidupan...suatu persahabatan yang kekal,ceria dan menyenangkan hati...
hari-hari yang kami lalui semakin hari semakin sibuk...bermacam tugasan perlu diselesaikan...
tetapi semuanye diatasi dalam kaadaan ceria kerana pertolongan sahabat2...kadang kala..ade juga rasa sakit di dalam hati melihat sahabat yang relax..."eh,geram betol...aku tgk die nie.study je..aku nak study pun tak sempat.."..tetapi..aku tetap kuatkan diri..dalam masa yang sama sahabat aku sentiasa menasihatiku untuk terus bersabar..terima kasih sahabat...

bersambung.....

2 comments:

Anonymous said...

penerimaan kita terhadap segala perilaku..perangai..membuktikan kita sahabat sejati..so, try ur best utk sentiasa mnjdi sahabat sejati..jadikan segala masalah yg timbul sbgai satu cabaran utk mnjadikan kita seorng yg lebih kuat & tabah..insyaAllah sahabat sejati yg dicari akan mudah utk ditemui..^____^~

Zuhaira Binti Mohamad Zulkufli said...

Selemah-lemah tahap persahabatan adalah bersangka baik. Alhamdulillah, kisah nta bukn hnya sekadar diluahkan tapi dpt memberi pengajarn n peringatan kepada pembaca.syukranilillah.