Friday, October 31, 2008

Siapa "Ar-Rijal" yang berjaya....??

Assalamualaikum wbt..

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu ana menulis ini ana baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana klinikal petang itu dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.

Pagi ini ana mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sah
abat ana. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, ana terus ke surau terlebih dahulu.Alhamdulilah...dengan izin Allah ana cuba untuk mengerjakan solat dhuha 2 rakaat.... Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak ana. Pantas ana cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ ana pada Allah.

Selesai segalanya, lantas ana menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang tersandar di dinding ana capai, isinya ana keluarkan. Sebuah buku pathology kebiruan ana selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun ana tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran ana. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


`Ketakutan seorang lelaki!’

Mungkin agak janggal bagi antum dan ana meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran ana ketika itu. Ana pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang ana tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku pathology ana, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Ana teringat diwaktu dulu, ketika itu ana masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan ana belajar banyak perkara dari semua itu.


Ana insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.


Mari bermula! Dulu ana pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, ana melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

ada yang mencadangkan....

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Ana pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.


‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

itulah antara dialog yang ana masih ingat.....


Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin ana sampaikan? Ruang ini ana ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, ana pun lelaki juga).


TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.


Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai ana juga terleka, ingatkanlah ana..ana juga seorang lelaki..:)..

Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..

salam ukhuwah..

msb_rg8@yahoo.com
Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2 USMKK

5 comments:

Anonymous said...

asslmualaikm
apa dalil yg kata usaha sbnrnya adalh tahan je...
xkan xde jlnnya
bkn ke merisik pun ada dlm islm jgk kan?
sy xpasti,tp rs cam ada...
hehe
so,knp merisik xtrmasuk dlm usaha tu
n apa slhnya klu kawin je trs
xyah thn2..
hehehe

sy xbbrp fhm hal cmni
tp ramai yg tany sy psl hal cmni

maybe anta blh beri tnjuk ajr
memndangkan anta pun byk pengalamn
nampak la cam byk pengalamn
wallahua'lam la klu x
hehe
slm..

Anonymous said...

nape nak tahan..
x salah diteruskan..
tapi dngn cara yg digariskan dlm islam..
kdg2 kebanyakan kita terlalu terburu2 mmbuat keputusan,
terus melupakan,meninggalkan n seksa perasaan dlm hati yg dianugarahkan..
sedangkan islam x kejam..
x salah klo teruskan dgn merisik,pertunangan dan strusnya..
dlm semua perkara sbgaimana hiburan jgk,islam x menghalang,tp mmber garis pnduan..
tp pstikan kalian dah bersedia dngn ilmu2 :)
dan x melnggar syariat selaku pernikahan belum dikecapi..:)
nikmat cinta,suatu nikmat yg betul2 indah..terima kasih ya Allah:P

Anonymous said...

nk smbung sikt lagi..
anyway wahai penulis yg mg sntiasa istiqamah dlm perjuangn..
teruskan menyampaikan trbiyah penulisan..
nice artikel:)

SoLeHiN said...

Shukran atas ulasan yang diberikan....
smoga apa yang kita lakukan akan mendapat hidayah dari Allah....

p/s:Teruskan memberi pandangan anda kepada hamba Allah yang lemah & hina ini.... :)

dariseberang said...

post yg menarik kali ni~
dan formula yg diberi tak dpt disangkal kebenaran dan kesahihannya..^__^

dalam kita berusaha menahan diri dari perbuatan2 yg disebut penulis..pada masa yg sama mstilah diiringi dgn usaha2 untuk membina masjid Allah yg diredhai bersama2 dgn keyakinan bhwa itula zaujah yg telah diciptakan buat kita..

kalau semuanya disusuri mengikut rentak al-Quran dan as-Sunnah.. insyaAllah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah..

sekadar melakar bicara..
"hanya lelaki yg memahami lelaki"
wallahualam~