Friday, November 5, 2010

~Berkawanlah Dengan Orang Soleh~


Bismillahirrahmanirrahim...


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..kita masih lagi dipanjangkan umur untuk kita memohon taubat daripada Allah swt... Sehari-hari,banyak masa yg dihabiskan..kadang2 kita x tahu pun apa yg ikta buat dengan masa-masa terluang yg kita ada...justeru wahai sahabat semua....marilah kita isikan masa yang ada dengan perkara-perkara yg sedikit sebanyak akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah dan memperolehi syurgaNya...InsyaAllah...


Sahabat pembaca sekalian,Kita harus berkawan dengan orang soleh kerana ini akan
mendorong kearah melakukan kebaikan, kerana kehidupan manusia sebenarnya
dipengaruhi oleh keadaan. Sentiasalah mendengar perkataan bijak pandai dan alim
ulama kerana dengan ini akan menghidupkan hati-hati manusia.
Allah menghidupkan hati manusia dengan nur hikamah seperti Allah
menghidupkan dan menyuburkan bumi yang gersang dengan air hujan. Hidupkanlah
hati dengan sifat keimanan, ketaqwaan dan redha kepada Allah. Selagi kita hidup,
selagi itulah manusia tak akan mampu dipengaruhi oleh perkara-perkara yang
merosakkan dan melalaikan. Seperti mana air laut yang masin tak mampu untuk
memasinkan ikan yang kecil selagi ikan tersebut masih hidup.
Janganlah kita leka dalam mencari harta dunia sehingga malalaikan kita dari
mengingati Allah. Harta adalah pinjaman sepertimana tetamu akan balik, begitu jugalah
harta yang dipinjam akan diambil balik oleh tuannya. Janganlah kita terlalu kasih
kepada barang yang tak kekal kerana kasih abadi hanyalah kepada Allah Taala.
Teman manusia ada tiga perkara :

1. Setakat halkum - dunia
2. Setakat kubur - anak-anak / keluarga
3. Padang Mahsyar – amalan

Ingatlah kita semua, tujuan Allah menciptakan manusia adalah untuk
mengabdikan diri hanya kepadanya. Manusia akan diuji dengan godaan dan
cabaran bagi menilai tahap keimanan hamba terhadap penciptanya. Antara
hikmah penciptaan manusia ialah :

1. Supaya manusia merasai nikmat hidup
2. Merasai nikmat Islam
3. Nak masukkan manusia ke dalam syurganya.

Kita akan masuk ke Syurga dengan nikmat dan kemurahan Allah bukan dengan
amalan yang kita lakukan di dunia ini hanyalah sebagai tanda terima kasih dan syukur
kita atas segala nikmat kurniaan Allah dan sebagai tanda taat dan patuh kepada
suruhan Allah.

Wallahualam...





Mohamad Solehin Bin Bakri
[msb_rg8@yahoo.com]