Wednesday, February 3, 2010


~Pentingkah Panggilan Anda??~


Assalamulaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,mari sama-sama kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kita meningkatkan amalan kebajikan kita dan meninggalkan seluruh larangan-Nya..sesungguhnya amatlah berungtung bagi mereka yang sentiasa berusaha untuk meningkatkat ketaqwaannya kepada Allah...

Syukur kepada Allah,tuhan sekalian alam yang sentiasa memberi taufiq,hidayah,inayah dan juga pemberi razeki dan nikmat yang tidak pernah putus-putus,walaupun sedetik..itulah Allah tuhan yang maha pemurah lagi penyanyang kepada hamba-hambaNya...dikesempatan masa yang diberikan ini,selepas selesai menghadapi peperiksaan sebagai seorang pelajar perubatan tahun 3 USM kampus kesihatan untuk sama-sama berkongsi untuk sama-sama kita fikirkan tentang suatu perkara yang mana kadang kala kita tidak sedar akan kewujudan masalah ini...

Sekadar membuka pemikiran semua..ingin sekali ana bertanya..apakah tahap konsentrasi antum/antunna semua jika mendapat panggilan ketika mana sedang solat (khususnya ketika solat berjemaah)...walaupun enset sudah disilent,ana percaya sudah pasti getarannya tetap dirasai jika enset berada di dalam pocket...atau yang lebih parah lagi,ketika mana enset yang tidak di'silent'..akan kedengaran lah nada dering yang pelbagai ketika sedang ber-solat...bagaimana pula agaknya tahap konsentrasi jemaah lain yang turut terdengar nada dering yang pelbagai tersebut??...semua persoalanan ini ana yakin sudah ada jawapannya di dalam kepala pembaca masing-masing...


Persoalannya adalah...siapakah yang sering membuat panggilan ketika mana waktu sedang bersolat (berjemaah)...adakah mereka tidaka mengetahui bahawa waktu itu adalah waktu solat bagi umat islam?? Bukankah sudah ditetapkan masa solat tersebut??...adakah kita tidak berfikir akan mengganggu orang jika membuat panggilan ketika itu??..inilah perkara yang sering berlaku di era moden dan berteknologi ini...Apa yang malangnya...selepas sahaja selesai solat...apabila di telifon semula orang yang memanggil ketika solat tadi..jawapannya hanya menyakitkan hati ( soalan ditanya: Kenapa kol tadi ek?? maaf tengah solat..... jawapan: owh..xde ape..saje nk tanya,kedai fotostat kat dalam kampus bukak x?? kalau bukak,ak nk g beli nota jap)... masya Allah...inilah permulaan persoalan ini bermain-main difikiran ana...mengapa telefon waktu tyang sudah diketetahui itu waktu solat semata-mata ingin bertanyakan soalan-soalan yang boleh dikatakan sebagai tidak penting yang mengganggu solat seseorang....? sekadar membuka persoalan dan pemikiran kita semua....

Konsentrasi seseorang sudah pasti akan terganggu dengan getaran,dendangan daripada handset seseorang yang sedang bersolat...ia sekali gus menyebabkan perbagai persoalan timbul di dalam kepada seseorang itu..mungkin ada emergency ke nie??, sapa pulak kol nie?? apa yang nak diberitahu??...dan macam-macam lagi...pernahkah anda mengalaminya??

Justeru,ana ingin berpesan kepada diri ana dan kepada sahaat pembaca sekalian agar mengelakkan daripada membuat panggilan diwaktu-waktu yang diketahui waktu solat bagi seorang muslim...walaupun ia dilihat sebagai suatu yang remeh,tetapi ia membawa impak yang besar kepada seseorang itu..waktu solat adalah waktu yang kita pelu gunakan untuk kita berinteraksi dengan Allah...sangatlah perlu kita menumpukan sebaik-baik nya kepadaNya...insyaAllah.....

Akhir kata...ulama' juga ada membahaskan tentang perkara gangguan di dalam solat ini... jika kita menerima panggilan ketika solat dan ianya sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang bersama kita.adalah lebih aula untuk kita mematikan telefon tersebut dengan menekat sahaja butang telefon agar ianya senyap...ini mengikut kepada fiq darurah..dimana kita mengambil musibah yang lebih kecil berbanding yang besar...betulkan ana jika terdapat sebarang kesilapan..wallahualam...

Sekian..

Mohamad Solehin Bin Bakri

(^_^)







3 comments:

Anonymous said...

salam...sekadar bertanya...bercakap mengenai solat, saya pernah terdengar drpd sumber yang boleh dipercayai bahawa kita tidak akan pernah mendapat 100% khusyuk dalam solat.apa komen anta???

CahayaBulan said...

salam...hmm..sy pon pnah bce..n pnah dgr gk..klu dr yg sy bce dr 1 buku tu..tajuk da lupe..uhhu..lame da bcenye..peringkat khusyuk tu ad bnyk jnis..solat org biase(ad specifik kategori..tp da lupe..huhu..so..bleh nyatakn secara general je la) mcm mne..solat para wali..solat para anbiya'...pndpt blogger plak? wallahualam

solehin-bakri said...

Wslm...maaf,laptop ana baru elok...ada problem...

yang ana tahu...untuk khusyuk dalam solat mmg susah..tetapi perlu lakukan yang terbaik untuk khusyuk walaupun sangat2 susah untuk dapat 100% khusyuk...

pernah terbaca..salah satu cara mendapatkan khusyuk adalah melazimkan dan mempernanyakkan solat (sunat)...ini kerana,bila perkara yg lazim dilakukan itu akan membuatkan tahap konsentrasi kita kepada perkara luar lebih mudah dikawal... wallahualam...