Wednesday, September 30, 2009

~Bagaimana Nak Menjadikan Setiap Kerja Kita Sebagai Ibadah?~

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah dipanjatkan kepada rabbul a'lamin diatas anugerah umur yang terus menerus diberikan kepada diri ini untuk terus hidup diatas muka bumiNya ini....Nikmat yg terus diberi ini haruslah kita syukuri..bagaimana yg dikatakan mensyukuri? Kita perlu mensyukuri nikmat hidup yg diberikan ini dengan menjalankan tugasan kita sebagai khalifahNya untuk mentadbir alam ini mengikut lunas syarak yg telah ditetapkan...sabda nabi:

"Jagalah Agama,dan tadbirlah dunia dengannya(agama)"

Baiklah sahabat yang dirahmati dan dikasihi sekalian,seringkali kita mendengar apa yang dikatakan buat kerja sebagai ibadah,terutama sekali dari konteks seorang pelajar...apa yg selalu didengari..ramai yang mengatakan belajar itu juga merupakan suatu ibadah...

Persoalannya..bagaimana kita hendak memastikan bahawa belajar kita itu sebagai suatu ibadah dan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah s.w.t?...inilah perkara yang perlu kita bincangkan supaya aktiviti harian yag sangat lazim dengan kehidupan kita ini dikira sebagai ibadah oleh Allah s.w.t



Sebelum itu..cuba kita renung diri kita...Jika solat sahajalah yang dikira ibadah, bermakna kita hanya beribadat hanya lebih kurang sejam dari 24 jam sehari (10 minit x 5 waktu solat)? btol tak?...jadi..Adakah cukup untuk kita sebagai seorang hamba Allah atau lebih tepat sebagai makhluk yang dicipta sendiri oleh pencipta kita yakni Allah..mengingati dan beribadah kepada sang pencipta sebanyak 1 jam sahaja sehari semalam?? jika kita peratuskan iaitu sebanyak 4.167% sahaja dari kehidupan seharian kita untuk diperuntukkan beribadah kepadaNya?? Sungguh tidak bersyukur kita jika perkara ini berlaku kepada diri kita....jadi..sama-sama lah kita renung iman kita masing-masing untuk kita muhasabah diri supaya lebih baik selepas ini..insyaAllah..

Firman Allah didalam Al-Quran:


"Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka'."

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada Allah swt.

Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, dan kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. Termasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. Tanpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman (kafir).

Ibadah cabang atau ibadah furu' ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. Bermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, ekonomi, masyarakat, politik, persoalan dalam dan luar negeri. Kalaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang Allah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. Sebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Kita hanya dapat pahala dari sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir, wirid (fadhailull a'mal) tapi tidak pernah mengutip pahala dari amalan-amalan yang lebih banyak kita buat tiap-tiap hari itu.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).



Jadi,kita sebagai seorang pelajar (terutama pelajar perubatan)...ramai yang mengatakan belajar juga adalah ibadah..tetapi..perlu untuk kita tanya diri kita masing-masing..apakah benar belajar aku menjadi suatu ibadah? sahabat semua...jangan sesekali kita lupa..kita perlu melakukan belajar kita sebagai ibadah...ini penting..kerana,sebahagian besar masa yang kita habiskan adalah belajar..

sesetengah dari kita Belajar,belajan dan belajar....bermula dari bangun pagi..sehinggalah tidur..cara untuk jadikannya ibadah adalah dengan menjaga segala ibadah wajib kita.. ketika kita belajar perlulah kita mengaplikasikan adab dan tartacara belajar yang betol..antaranya,ketika belajar perlulah menutup aurat,jika belajar secara group yang melibatkan lelaki dan perempaun..perlulah dijaga batasan-batasannya...ketika solat,kita mendengar azan @ tahu masuknya waktu solat fardhu,terus tinggalkan belajar dan pergi berjemaah disurau..ini sangat penting dalam menjaga belajar kita agar menjadi suatu ibadah..jangan sesekali kita melanggar batas-batas semasa kita belajar..jangan kita terlampau 'obsesive' dalam belajar sehingga mengabaikan solat jemaah,jangan kita terlampau 'obsesive' dalam belajar shingga mengabaikan kewajipan kita kepada masyarakat,jangan kita terlampau 'obsesive' dalam beajar sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada agama..kerana smua itu akan menyebabkan belajar kita bukan sebagai ibadah..malah akan mendapat kemurkaan daripada sang pencipta.. nauzubillah..

jadi...sebagai remungan dan peringatan kepada diri ana dan sahabat semua....jagalah semua itu.... nescaya Allah akan mempermudahkan urusan harian kita insyaAllah...

Ingatlah!..jika kita mmbantu agama Allah,nescaya Allah akan membantu kita dalam menghadapi sebarang kebarangkalian dimuka bumiNya ini..Islam tidak memerlukan kita untuk ia terus berdiri teguh..kerana islam itu adalah teguh dan utuh walaupun tanpa kita..tetapi,kita sangat-sangat memerlukan islam kerana tanpa islam...kehidupan kita akan menjadi kucar kacir dan sudah pasti diakhirat kelak kita akan mendapat balasan yang setimpal...

Wallahu a'lam...

sekian,wasalam...

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
muslimin2@gmail.com

.

6 comments:

Humayra' said...

salam'alaik..
baru jmpe je blog ni..
nie solehin ex-kmpp ek?
boleh ana linkkan blog nta?

keep writing lillahi taala..
may Allah bless

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

wslm...

owh...boleh...
ye..ana solehin ex-kmpp...

salam ziarah...

teruskan melawat...

Ek ..Eleh..Cermin Diri Ok... said...

islamik sangat la uolz ni....
http://kenaldirimu.blogspot.com/ ni my blog..view la

Anonymous said...

Jadi,kita sebagai seorang pelajar (terutama pelajar perubatan)...ramai yang mengatakan belajar juga adalah ibadah..tetapi..ek elleh..org lain pn blajar krn ibadah gak..bkn pelajar perubatan je

Anonymous said...

ana x kata pelajar perubatan je..tp ana tulis tu sebagai contoh...

x kira la perubatan ke,engineering ke,cikgu ke even bdk tadika pun sama...

harap dapat faham deh....

Amar said...

Minta izin nak kongsikan isi dalam entry ni.