Thursday, June 30, 2011

~Kisah Sahabat: Nasihat Rakyat Kepada Pemimpin~



Abu Nu'am mengeluarkan dari Muhammad bin Suqah, dia berkata, "Aku menemui Nu'aim bin Abu Hindun, yang kemudian dia mengeluarkan selembar kertas, yang di atasnya tertulis:

"Dari Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan Mu'adz bin Jabal, kepada Umar bin Al-Khaththab. Kesejahteraan semoga dilirnpahkan kepadamu. Amma ba'd.

Kami nasihatkan kepadamu, sehubungan dengan tugasmu yang amat penting ini. Kini engkau sudah menjadi pemimpin ummat ini, apa pun warna kulitnya. Di hadapanmu akan duduk orang yang mulia dan yang hina, musuh dan teman. Masing-masing harus engkau perlakukan secara adil. Maka fikirkan kedudukanmu dalam hal ini wahai Umar. Kami ingin mengingatkan kepadamu tentang suatu hari yang pada saat itu wajah-wahaj manusia akan mengisut, wajah mengering dan hujjah-hujjah akan terputus karena ada hujjah Sang Penguasa yang memaksa mereka dengan kekuasaan-Nya. Semua makhluk akan dihimpun di hadapan-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya.

Kami juga ingin memberitahu bahwa keadaan umat ini akan muncul kembali pada akhir zaman, yang boleh jadi mereka akan menjadi saudara di luarnya saja, padahal mereka adalah musuh dalam selimut. Kami berlindung kepada Allah agar surat kami ini tiba di tanganmu bukan di suatu tempat seperti yang turun pada hati kami. Kami perlu menulis surat ini sekedar untuk memberikan nasihat kepadamu. wassalamu alaika."

(Al-Hilyah, 1:238, Ibnu Abi Syaibah juga mengeluarkannya, seperti yang disebutkan di dalam Al-Kanzu, 8:209, Ath-Thabrany seperti di dalam Al-Majma', 5:214, dan menurutnya, rijalnya tsiqat).



Semoga kisah ini menjadi nasihat dan pedoman kepada kita semua..


=)










Mohamad Solehin Bin Bakri

Wednesday, June 29, 2011

~BERSIH 2.0 Mempunyai Tujuan Yang Baik~


Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. 

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.

Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.




Perkara haram

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.

Nabi Muhammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). 

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Hak rakyat 

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. 

Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. 

Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan.

Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan.

Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

Pandangan peribadi dari Dr. Asri Zainal Abidin(DRMAZA), bekas mufti negeri Perlis



Pastikan ianya BERSIH =)

Monday, June 20, 2011

~HUKUM JENAYAH ISLAM~

 

 1.     Pengertian Jenayah.
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

 2.   Falsafah Jenayah.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah.
  
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;
(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas
(c)  Hukum Ta’zir

A.  HUKUM HUDUD
 1.      Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina; Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.


Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

 (b) Qazaf (menuduh zina);Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.

Hukuman : sebat 80 kali

(c)  Minum arak;Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.
  
B. HUKUM QISAS

1. Pengertian qisas;
(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.
(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

2.   Jenis jenayah qisas;
      Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

 3.   Hukuman terhadap kesalahan qisas;
       Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
 Maksudnya;

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya”             (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat
Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;
                     a) wang emas = 1000 dinar
                     b) wang perak = 10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      = 2000 ekor
                     e) Persalinan   = 200 persalinan lengkap

a. Diat jenayah membunuh.
1.  Pembunuhan sengaja -  100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri drp ;
                     a)   30 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                     b)   30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                      c)   40 ekor Hulqah 
# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diatDiat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh dikenakan.
2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh ditangguhkan sehingga 3 tahun.
3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun yang terdiri drp ;
                   a) 20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)
                   b) 20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
                   c) 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
                   d) 20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
                   e) 20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak Sengaja adalah Diat sahaja.Qishas tidak dikenakan.
       * Diat perempuan 1/2 drp diat lelaki
       * Diat hamba 1/2 drp diat merdeka
       
# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.
Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat @ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut. (tanpa niat membunuhnya)
Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang disangkanya binatang buruan.
# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.
b. Diat jenayah mencederakan anggota

1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan  telinga.
3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)
4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)
5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4  bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap satu kelopak mewakili 25 unta.
6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan tulang)
7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri. Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan tulang)

 C. HUKUM TA’ZIR

   1. Pengertian ta’zir.
 (a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
 (b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau   orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

 2.      Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;
(a)     Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud
          atauqisas.
(b)     Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.
(c)     Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu,merogol,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

      3. Hukuman bagi kesalahan ta’zir.

 (a)  Nasihat;
              Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
 (b)  Teguran;
                Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
 (c)   Ancaman;
               Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
 (d) Pemulauan;
               Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
 (e)  Perisytiharan umum;
              Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.
 (f)  Denda dan merampas harta;
                   Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.
 (g)  Penjara;
                   Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut   pertimbangan realiti smasa.
 (h)  Sebat;
                   Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.
 (i)   Bunuh;
                  Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.
 (j)   Buang daerah;
                 Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat  dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Matlamat  Hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir
      
 (a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.
 (b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.
 (c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.



Semoga dapat memahamkan diri kita semua..insyaAllah..


Thursday, June 16, 2011

~ Adakah Kita Mnegamalkan Sikap Double Standard?~




Jika dulu, kita semua berikrar dan bertekad memboikot negara DENMARK kerana menghina nabi Muhammad s.a.w dan islam diatas karikatur yang dilukis..kitalah ketika itu wira islam yang menentang penghinaan itu habis-habisan, pelbagai boikot dan demonstrasi diadakan untuk menunjukkan penghinaan tersebut..kini, apa pula pendirian kita apabila akhbar arus perdana UTUSAN MALAYSIA melakukan penghinaan terhadap hukum Allah dan islam diatas karikatur yang dilukis... perkara ini perkara sama yang dilakukan DENMARK... Ayuh!! jika dulu mahasiswa berkempen memboikot DENMARK,hari ini, mahasiswa berkempen memboikot UTUSAN MALAYSIA diatas penyebaran karikatur menghina hukum Allah dan islam... AYUH! Boikot UTUSAN MALAYSIA!!.. Allahuakbar!!

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan ini!"





Mohamad Solehin Bin Bakri,
Presiden,
Rakan Masjid USMKK 2010/2011.


Wednesday, June 8, 2011

~Mengejar Pengiktirafan Manusia~



Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan,

" Wah! Baguslah awak."
" Awak memang baik."
"Jarang jumpa orang macam awak."
" Hebatnya!"

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kira menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan

"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."
"Buang masa awak saja buat macam tu."
" Jangan buat macam tu lagi lain kali!."

Apakah kesannya kepada diri kita?
Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indaktor kepada keikhlasan kita dalam beramal.

Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqamah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.

Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang ana maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk ana yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, " Tentu aku akan dikenang orang."
Pernahkan kita membaca karya agung Ulama-ulama silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka? Hati kecil kita masih lagi bersuara, " Tentu orang akan menyanjung aku." Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.


Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika, dan setelah melakukan sebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah.

Berbuat baik ayuhai teman,
Ke dalam laut engkau campakkan,
Kalau tidak dikenal ikan,
Tuhanmu tahu iyakah, bukan

Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiarkan oleh Allah. Bahkan yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(At-Taubah, ayat 16)

Ana pernah dengar sebuah ungkapan Hukamak,

 "Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah, jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi Allah,  kamu akan disanjung manusia."

Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah berpesan;

" Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu.(Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata, " Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (HR Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakalah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

Mohamad Solehin Bin Bakri

Tuesday, June 7, 2011

~Bertanya Tentang Tanda Sebelum Kematian~



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.......
Hari demi hari...alhamdulillah..Allah memeberi kekuatan untuk ana terus dan terus menulis blog ini...bukan apa...ana menulis hanya bertujuan untuk berkongsi dengan antum semua...semoga ini semua akan dikira sebagai sebagai asbab untuk mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t...

Alhamdulillah....sehingga hari ini..diri ini masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang dibekalkan oleh Allah...sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan ini..Ya Allah...ampunilah kami yang sentiasa lalai ini....


Sering kita mendengar laporan media ketikamana suatu musibah kematian menimpa seseorang, akan adalah laporan berbunyi: “ keluarga mangsa menafikan terdapat tanda-tanda ganjil sebelum mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut..”

Para pembaca yang dihormati sekalian, kali ini, ana ingin membawa kita semua untuk berfikir dan menilai stigma masyarakat terhadap apa yang berlaku disekeliling.. Adakah ianya merupakan perkara baru yang diada-adakan, atau perkara turun terumun yang menjadi kepercayaan… Mari kita bongkar kesahihan dan kebatilan yang telah berlaku untuk sekian lamanya di dalam masyarakat kita..

Allah berfirman yang bermaksud:
 "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Berdasarkan firman Allah tersebut, bagi kita yang beriman, kita akan percaya 100% bahawa kematian itu sudah ditentukan untuk setiap yang hidup. Dan sesuatu itu adalah qada’ dan qadar yang telah tertulis sejak azali lagi.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.


Sahabat pembaca sekalian,

Setelah kita amati perkara kematian, perlulah kita beriman bawaha ia merupakan suatu kepastian yang sudah ditetapkan detik masanya yang tidak memerlukan tanda-tanda sebelum ianya berlaku.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Oleh itu,perlulah kita sedar,media juga perlu sedar bahawa tidak ada istilah ‘tanda ganjing’ sebelum kematian.. tidak perlulah kita menjadi penyibuk ketika kemalangan atau musibah yang menimpa sesuatu keluarga untuk bertanyakan ‘tanda-tanda ganjil’ yang berlaku.. semua itu merupakan perkara terlarang oleh agama kerana mempercayai kurafat dan tahyul…

Sekian, hanya sekadar perkongsian pandangan…
 .






Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com



Friday, June 3, 2011

~Tingkatan Akhlak Islamiah~



Tingkatan akhlak islamiyah mempunyai empat tingkatan iaitu Iman,
Islam,Takwa dan Ehsan. Semuanya tersusun secara tertib di mana
islam akan hanya terhasil daripada iman yang mantap dan begitulah
seterusnya. Selagimana tingkat pertama ini belum lagi mantap,
maka adalah mustahil untuk dibina tingkat kedua, ketiga dan
seterusnya. . Kalaulah Iman itu difahami secara sempit dan
terbatas, maka Islam, Takwa dan Ehsan pun akan menjadi sempit.
Lebih malang apabila ada yang berpandangan bahawa ketakwaan
mereka akan sampai ke darjat yang tinggi dengan hanya memperbaiki
penampilan berpakaian mereka, cara duduk mereka, berdiri,
makan, minum dan sebagainya. Kemudian dapat pula meraih darjat
ehsan yang tinggi dengan hanya melakukan beberapa amalan sunat.
Akan tetapi bila dinilai iman dan Islam meraka ternyata masih
terlalu rapuh. Selagi mana kesilapan seperti ini berlaku, maka
harapan untuk mencapai kejayaan dalam menyempurnaan akhlak Islamiah
akan gagal.

1. Iman

Merupakan asas kehidupan Islam. Ia adalah akuan terhadap tauhid iaitu
meng'Esa'kan Allah dan juga risalah yang disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w. Bila kedua-duanya itu diterima, maka sempurnalah syarat
untuk melayakkan seseorang itu digelar sebagai Mukmin. Persoalannya
apakah akuan seperti ini memadai untuk dijadikan asas bagi membina
kehidupan Islam seterusnya membina tingkatan lainnya? Atau iman
yang bagaimanakah dapat membina kehidupan Islam yang kukuh?
Kehidupan Islam yang sempuma hanya dapat dibina apabila iman itu
benar-benar syumul dan mantap. Sebagai contoh keimanan kepada Allah.
Semakin sempit persepsi mereka, maka semakin terbatas acuan
kehidupan Islam seperti akhlak mereka. Malah kadangkala berlaku
pertentangan sehingga mereka sanggup mencampuradukan antara
ketaatan kepada Allah dengan ketaatan kepada taghut ataupun
mencampuradukan antara jahiliyah dengan Islam sehingga membentuk
satu acuan baru bagi memenuhi segala keinginan mereka! Dari sudut
kemantapannya pula berbeza mengikut manusia; ada yang kedekut
untuk menyumbang sesuatu ke arah memartabatkan lagi islam walaupun
dia mengaku beriman. Malah ada yang memberi kecintaan kepada yang
selain dari Allah. Pendek kata kehidupan Islam itu tidak akan
sempuma tanpa sokongan iqrar(akuan) tauhid yang syumul.

2. Islam

Merupakan binaan kedua akhlak Islamiah. Dan hubungannya dengan Iman
adalah umpama benih dengan pokok; di mana pokok akan mengikut apa
yang ada pada benih. Sebarang kekurangan pada benih akan memberi
kesan kepada pokok yang bakal tumbuh. Malah pokok itu sendiri tidak
akan tumbuh jika ia tidak ditanam ataupun ditanam pada tanah yang
gersang dan tidak subur. Begitulah juga dengan iman. Apabila ada
iman, maka sudah tentu ia akan terserlah pada segala tindak tanduk
manusia. Jika didapati ada kekurangan atau kecacatan (bercanggahan
dengan Islam) pada mana-mana tindak-tanduknya itu, maka ketahuilah
ada kecacatan pada Imannya.Di dalam Al Quran dijelaskan betapa
intimnya hubungan antara iman (kepercayaan) dan Islam (amal ).
Bahkan ganjaran pahala pun hanya dijanjikan untuk hambaNya yang
benar-benar beriman dan melakukan amalan soleh. Selagi ketundukan
seseorang itu masih tidak sempurna dan usahanya hanya tertumpu
kepada yang bukan fi Sabilillah, maka ketahuilah bahawa imannya
masih lemah dan agak mustahil untuk membina takwa dan ehsan
sekalipun kita cuba melindungi dengan cara perlakuan atau cara
berpakaian.

3. Takwa

Takwa adalah perasaan yang lahir dari rasa takut dan tunduk
kepada Allah yang tercerna dalam setiap perilaku manusia.
Hatinya sentiasa digenangi rasa takut kepada Allah dan tunduk
kepadaNya. Dia menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah ujian
baginya. Apabila hidupnya diasaskan kepada perasaan-perasaan
ini, maka nilai agamaannya akan semakin terserlah,hatinya akan
sentiasa tersentak setiap kali menyanggahi kehendak Allah dan
yang lebih utama dirinya akan sentiasa dimuhasabah. Tidak sekadar
itu malah dirinya akan sentiasa berwaspada dari segala perkara
yang syubhat apatah lagi yang nyata haramnya. Dia akan sentiasa
memaksa dirinya supaya menunaikan arahan dan kewajipan Allah dengan
penuh kerelaan. Malah jiwanya sentiasa dibayangi rasa takut yang
amat sangat kepada Allah sehingga membuatkan kakinya seolah-olah
gementar kerana takut kalau-kalau menyanggahi had batasan syara'.
Bayangkan bentuk kehidupan yang bakal terhasil apabila kesemua
nilai ini menguasai kehidupan. Berbeza dengan takwa pada
sesetengah orang yang hanya menganggapnya sebagai perlakuan
tertentu yang kadangkala agak dibuat-buat Dalam masa yang
sama kehidupan mereka, cara berfikir, bekerja dan kesungguhan
mereka itu tidak sepadan dengan tuntutan iman yang asas apatah
lagi untuk mencapai martabat takwa yang sebenar.

4. Ehsan

Merupakan tingkatan tertinggi dalam Islam. Ia adalah suatu keadaan
yang menjadikan seseorang itu menyerah sepenuh hidupnya untuk Islam;
hatinya sentiasa berhubungan dengan Allah, cintanya sangat mendalam
kepada Rasul jiwanya diselubungi rasa jujur dan sentiasa ingin
berkorban. Jika takwa lahir dari perasaan takut kepada Allah
seterusnya menjadi pendorong kepada manusia untuk sentiasa menjauhi
murkaNya. maka ehsan pula lahir dari rasa cinta kepadaNya sehingga
mampu mendorongnya untuk sentiasa memburu RedhaNya.