Thursday, September 22, 2011

~Lari Dari Masalah?~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, diberi kesempatan menulis dan berkongsi, mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini, akan dinilai baik disisi Allah s.w.t

Apabila kita memegang title sebagai seorang manusia yang mempunyai akal, nafsu dan iman, sudah pasti kita akan menerima ketentuan yang telah ditetapkan dan antaranya adalah Masalah. Dari masalah inilah membuatkan manusia berfikir dalam memcari jalan penyelesaiannya. Ada yang mengambil jalan baik, dan ada juga yang mengambil jalan sebaliknya sehingga kadang kala sampai sanggup mengorbankan nyawa sendiri.

Kenapa jadi begitu? ini kerana, kadang kala, apabila kita terbeban oleh sesuatu masalah, kita sering memikirkan jalan mudah supaya ianya selesai iaitu melarikan diri dari masalah tersebut. Adakah konsep ini benar dan baik??

Suka untuk ana berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian yang mana ana juga pernah merasakan untuk lari dari masalah. Waktu itu, terlalu banyak masalah bertimbun dihadapi oleh ana, sehingga sampai satu masa ana agak tertekan dengan masalah-masalah tersebut, etika itu apa yang ada dalam fikiran hanyalah "Bagaimana nak larikan diri dari masalah ini??"

Di waktu itu, ana sudah pun berhajat untuk meletakkan semua jawatan yang dipegang kerana merasakan bebanan yang dirasai itu adalah datang dari jawatan-jawatan tersebut. Akhirnya, ana berbual telefon dengan seseorang yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat kepada ana sejak ana di bangku sekolah, beliau terus memberi motivasi dan dorongan. ana masih ingat apa yang diperkata oleh beliau: "nta nak letak jawatan sebab masalah?? nta cuba renung, manusia yang selalu berenang melawan ombak, otot tangannya semakin lama akan semakin kuat, malah lebih kuat ombak itu, makin kuat lah otot tangannya kelak..."

Ketika itu, ana merasa seperti ada suatu sinar dan cahaya yang menerangi dan menenangkan. Sejak itu, ana terfikir,jalan yg terbaik bukanlah dengan melarikan diri daripada masalah, sebaliknya harus berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Pada hakikatnya, jika kita perasan, masalah tidak akan hilang dengan kita melarikan diri daripadanya. Walaupun mungkin pada ketika kita melarikan diri dari masalah itu, kita merasakan diri kita tenang, tetapi ana pasti, dihadapan kita ada kesan dari perbuatan kita tersebut. Mungkin makin bertambahlah masalah kita untuk masa akan datang.

Contohnya, sahabat-sahabat yang belajar di universiti, pasti kita akan diberikan homework oleh pensyarah-pensyarah kita. Kadang-kadang, terlalu banyak yang perlu kita siapakan sehinggakan kita rasa seperti x mampu nak buat, lalu kita mengambil keputusan untuk tidur saja tanpa menyiapkan homework tersebut. Mungkin kita akan berasa tenang dengan mimpi indah yang kita perolehi dalam tidur itu, tetapi cuba bayangkan, apa yang akan berlaku ketika bangunnya kita dari tidur keesokan harinya?? Homework yang bertimbun tidak siap, wajah pensyarah yang pasti akan memarahi kita di kelas kelak? dan mungkin hukuman yang akan kita terima atas homework yang tidak siap itu..

Jadi, apa yang boleh diseimpulkan disini adalah, melarikan diri dari masalah bukan menyelesaikan masalah, tetapi ia akan menambah masalah. Cuba kita fikirkan masalah yang kita hadapi itu adalah masalah negara atau tentang kehidupan kita, apa yang akan terjadi agaknya? Mungkin masalah yang kecil akan membesar dan membarah akhirnya... Tetapi, jika kita usahakan juga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi satu per satu, insyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mengurangkan beban masalah yang kita hadapi.

Pada pandangan ana, jika kita gagal dalam berusaha berbanding kita tidak berusaha langsung, maka tidak berusaha langsung itu adalah lebih teruk. Ini kerana, walaupun kebarangkalian untuk berjaya itu sangat-sangat lah kecil,tetapi kita kita cuba, pasti akan ada natijahnya, berbeza jika kebarangkalian untuk berjaya itu adalah sangat tinggi, 99.9%..tetapi kita tidak berusaha untuk menyelesaikannya, ana percaya dan pasti, 99.9% itu tidak bermakna langsung!. Tidak berusaha hanya akan menukar 99.9% kepada 0%.

Sahabat pembaca sekalian, ana pasti ramai yang pernah mendengan kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang . Sebagaimana yang dikisahkan selepas dia membunuh 99 orang, dia berasa insaf dan ingin bertaubah, oleh itu, dia memcari seorang alim ulama' untuk bertanyakan tentang hasratnya itu. Apabila dia bertemu dengan seorang ulama dan menceritakan apa yang telah dilakukannya, maka ulama' itu mengatakan yang dia tidak ada harapan untuk bertaubat, maka akibat marah, dia telah membunuh ulama' tersebut dan mencukupkan bilangan orang yang dibunuhnya seramai 100 orang. apa yang bagusnya, dia tidak berhenti disitu, dia terus memcari dan ditakdirkan dia bertemu dengan seorang lagi ulama' dan ulama' itu menyatakan bahawa keampunan Allah amatlah luas dan Allah pasti akan mengampunkannya.. Ulama' itu menunjukkan sebuah kampung yang tenang untuk pembunuh itu beruzlah untuk bertaubat..lslu lrlski itu terus mrnuju ksmpung itu untuk bertaubat. Di dalam perjalanan, dia telah dijemput oleh Allah, oleh kerana niatnya untuk bertaubat itu sudah dibuat,maka Allah telah memasukkannya ke dalam syurga walaupun dia belum lg sempat bertaubat.

Jadi, dari kisah itu banyak yang dapat kita pelajari, sebagai kesimpulannya, lari dari malah hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

Sekian, wasalam

"Menanam Benih Untuk Akhirat,Maka Bekerjalah!"

2 comments:

Anonymous said...

semoga semua kawan2 dapat melalui ujian dengan tabah...

soleh said...

alhamdulillah.. ana mohon share ye psal cerita ni. veri nice.. syukran :)