Monday, May 31, 2010

~Dinikahi Wanita Itu....~

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama .Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.bekas_cincin

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta

Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta! Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki cincin-kahwin-2yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu. Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya


Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya


Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama


Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama,
muslimahkeluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Friday, May 14, 2010


Remajaku, Kalian Adalah Tiang Kebangkitan Ummah


Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh ujian menuju ke sebuah negeri yang kekal abadi iaitu negeri akhirat. Namun untuk menuju ke negeri yang kekal abadi itu, kita perlukan misi dan visi yang jelas untuk memandu kita ke arah yang betul.

Tanpa misi dan visi yang jelas, ada kemungkinan kita akan sesat dalam perjalanan. Apatah lagi perjalanan itu penuh dengan pelbagai ujian.

Perjalanan yang disebut sebagai perjalanan yang penuh ujian ini merujuk kepada kehidupan kita di dunia yang sementara - penuh mehnah dan tribulasi, penuh cabaran dan dugaan.

Sesungguhnya, matlamat hidup setiap hamba Allah adalah penegakan dan perlaksanaan agama Allah s.w.t. sepenuhnya seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 208:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Walaupun kadangkala remaja dan belia merasakan diri masing-masing masih terlalu muda untuk memikirkan tentang misi dan visi hidup masing-masing, renungkanlah pesanan asy-Syahid Hasan al-Banna berkaitan remaja dan pemuda.

Pesanan asy-Syahid Hasan al-Banna



Asy-Syahid Hasan al-Banna dalam saranan beliau mengenai pembentukan generasi pelapis dakwah ini menyarankan agar pendekatan iman, ikhlas, semangat dan amal menjadi rukun-rukun khusus untuk para pemuda. Menurut beliau:

1.Asas iman ialah hati yang terang

2.Asas ikhlas ialah jiwa yang bersih

3.Asas semangat ialah perasaan yang mantap

4.Asas amal ialah azam yang kuat.

Menurut beliau lagi, remaja dalam kalangan setiap umat (dahulu dan sekarang) merupakan tiang kebangkitan umat. Firman Allah:

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”

(Al-Kahfi 18:13)

Kisah pemuda Kahfi sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada remaja dan belia hari ini, betapa dalam setiap zaman terdapat sekumpulan pemuda yang sanggup berkorban segala-galanya hatta nyawa sendiri demi kecintaan kepada yang Maha Pencipta.

Segala halangan dan cabaran ditempuhi demi menyelamatkan akidah. Segala-galanya kerana cinta, cinta paling agung dan kudus, cinta kepada Yang Memberikan cinta, cinta kepada yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani. Itulah cinta kepada Allah Tuhan semesta alam.

Masih ingatkah kita pada para pemuda dan pemudi pada zaman Rasulullah s.a.w. yang memiliki misi dan visi kehidupan yang jelas? Mereka berlumba-lumba demi mendapatkan keredhaan Allah.

Masih ingatkah dikau pada seorang remaja yang dalam usia belum mencecah 18 tahun, telah dilantik oleh ar-Rasul s.a.w. sebagai panglima perang yang mengetuai pasukannya? Pasukan ini dianggotai sendiri oleh sahabat-sahabat yang lebih dewasa dan senior seperti Sayidina Abu Bakar r.a., Sayidina Umar r.a. dan lain-lain. Remaja ini juga pernah diberikan peluang untuk terlibat dalam pertempuran Uhud setelah nama beliau tidak tersenarai dan beliau menangis di sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Itulah Usamah bin Zaid.


Remajaku, Kalian Adalah Tiang Kebangkitan Umat!

Dalam segala keseronokan dan kelincahan para remaja, dalam keaktifan mencari hiburan, dan dalam kecelaruan mencari identiti...

Ingatlah, Tuhan kita Allah, bukan hedonisme. “Idola” kita adalah Rasulullah s.a.w., bukan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Bahagia kita ialah zikrullah, bukan merempit, melepak tanpa tujuan atau berpelesiran tanpa haluan. Rujukan kita adalah al-Quran dan sunah, bukan majalah-majalah dan laman-laman lucah.

Bersederhanalah dalam berhibur. Berpada-padalah dalam bersuka-suka. Berwaspadalah dalam setiap langkah. Bersifat malulah jika ingin melakukan kemungkaran.

Sesungguhnya remajaku, kalian adalah tiang kebangkitan umat. Maka janganlah leka dengan segala keseronokan duniawi yang andai diambil secara berlebihan akan membunuh jiwa dan mindamu, meranapkan keluhuran budi pekertimu. Andai hal itu terjadi, akan tergadailah maruah diri, umat dan agamamu, sedangkan harapan umat terletak di bahumu.



Monday, May 3, 2010


~Surat Untuk Adam~



Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,

Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,

Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,

Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,

Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,

Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,

Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.


(^_^)