Saturday, February 20, 2010

~Kebenaran Tidak Semestinya Menang,Kemenangan Tidak Semestinya Benar~

SEDANG anda memandu menghampiri sebuah persimpangan berlampu isyarat, anda terdengar bunyi siren. Anda pun mengerakkan kereta anda ke tepi, memberi laluan kenderaan yang anda sangkakan sebuah ambulans.

Bagaimanapun andaian anda salah. Kenderaan yang melepasi anda itu sebenarnya membawa orang besar dan berkuasa. Pegawai pengiring mengarahkan anda ke tepi dan kemudian konvoinya berdesup sekalipun lampu isyarat berwarna merah.

Demikianlah contoh menunjukkan bahawa ada orang lebih hebat daripada undang-undang. Mereka mengatasi undang-undang. Kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul.

Anda benar kerana anda berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut.

Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya.

Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya.

Situasi ini berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita tidak lepas bebas kerana ada pihak yang mengikat diri kita. Dalam dunia hari ini, di mana terdapat aneka kemudahan dan penciptaan, dikatakan kehidupan kita semakin aman, hakikatnya mungkin tidak begitu.

Kita semakin takut, takut akan bayang-bayang kita sendiri dan juga takut kepada orang di atas kita kerana bagi mereka segala yang mereka utarakan kepada orang bawahan itu mereka anggap benar walaupun tidak benar.

Kisah pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dalam dunia lama Melayu mungkin boleh dijadikan contoh mengenai apa yang didakwa betul dan tidak betul. Pada mulanya, Sultan mendapati Hang Tuah tidak betul dan perlu dihukum.

Hang Tuah disembunyikan Bendahara Tun Perak di Ulu Melaka. Selepas Hang Jebat mengamuk dan Hang Tuah diperlukan untuk menghapuskannya, Hang Tuah dikatakan tidak bersalah pula. Hari ini Hang Tuah bersalah, esok Hang Jebat pula bersalah yang yang sentiasa betul adalah Sultan.

Sultan akan sentiasa betul kerana baginda mempunyai kuasa. Kerana kuasa di tangan baginda, orang bawahan tiada hak untuk menyatakan sesuatu itu betul atau sebaliknya.

Dunia ini memang aneh. 'Kebenaran' dapat dibeli dengan wang ringgit. Dengan itu siapa yang banyak wang dan berkuasa, dialah yang 'benar'. Dan orang yang membenarkannya mempunyai kepentingan sendiri.

Bagaimanapun 'kebenaran' yang dibeli dengan wang ringgit ataupun yang ada udang di sebalik batu tidak bertahan lama.

Dalam kisah 'The Emperor's New Clothes' sendiri memperlihatkan kebijaksanaan seorang budak yang dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Mengenai kebenaran dan kemenangan, bijak pandai mengungkapkan "kebenaran itu tidak semestinya menang, dan kemenangan itu tidak semestinya benar."

Sama-sama kita renungkan...

(^_^)

Sekian....


Friday, February 12, 2010


~ Kenapa Diciptakan Neraka ~


Assalamualaikum...

Sama-sama kita renungi kisah ini... =)

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap sau
dari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tu
han tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi
diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untu
k berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Inilah antara dialog yang berlaku diantara ustaz dan wanita tersebut.Oleh itu perlulah kita semua ingat bahawa setiap kehidupan,amalan yang kita lakukan semuanya akan dinilai oleh Allah rabbul jalil..
Firman Allah didalam Al-Quran:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" (Al-Mulk:67:2)


Oleh itu,sama-samalah kita banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan dari neraka dan akan dimasukkan ke syurga-Nya..insyaAllah....
Sekian...

Wassalam...

(^_^)



Monday, February 8, 2010

~ Bulan Ini Bulan CINTA ??~


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..



Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.


Wallahua'lam.....

(^_^)

Wednesday, February 3, 2010


~Pentingkah Panggilan Anda??~


Assalamulaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,mari sama-sama kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kita meningkatkan amalan kebajikan kita dan meninggalkan seluruh larangan-Nya..sesungguhnya amatlah berungtung bagi mereka yang sentiasa berusaha untuk meningkatkat ketaqwaannya kepada Allah...

Syukur kepada Allah,tuhan sekalian alam yang sentiasa memberi taufiq,hidayah,inayah dan juga pemberi razeki dan nikmat yang tidak pernah putus-putus,walaupun sedetik..itulah Allah tuhan yang maha pemurah lagi penyanyang kepada hamba-hambaNya...dikesempatan masa yang diberikan ini,selepas selesai menghadapi peperiksaan sebagai seorang pelajar perubatan tahun 3 USM kampus kesihatan untuk sama-sama berkongsi untuk sama-sama kita fikirkan tentang suatu perkara yang mana kadang kala kita tidak sedar akan kewujudan masalah ini...

Sekadar membuka pemikiran semua..ingin sekali ana bertanya..apakah tahap konsentrasi antum/antunna semua jika mendapat panggilan ketika mana sedang solat (khususnya ketika solat berjemaah)...walaupun enset sudah disilent,ana percaya sudah pasti getarannya tetap dirasai jika enset berada di dalam pocket...atau yang lebih parah lagi,ketika mana enset yang tidak di'silent'..akan kedengaran lah nada dering yang pelbagai ketika sedang ber-solat...bagaimana pula agaknya tahap konsentrasi jemaah lain yang turut terdengar nada dering yang pelbagai tersebut??...semua persoalanan ini ana yakin sudah ada jawapannya di dalam kepala pembaca masing-masing...


Persoalannya adalah...siapakah yang sering membuat panggilan ketika mana waktu sedang bersolat (berjemaah)...adakah mereka tidaka mengetahui bahawa waktu itu adalah waktu solat bagi umat islam?? Bukankah sudah ditetapkan masa solat tersebut??...adakah kita tidak berfikir akan mengganggu orang jika membuat panggilan ketika itu??..inilah perkara yang sering berlaku di era moden dan berteknologi ini...Apa yang malangnya...selepas sahaja selesai solat...apabila di telifon semula orang yang memanggil ketika solat tadi..jawapannya hanya menyakitkan hati ( soalan ditanya: Kenapa kol tadi ek?? maaf tengah solat..... jawapan: owh..xde ape..saje nk tanya,kedai fotostat kat dalam kampus bukak x?? kalau bukak,ak nk g beli nota jap)... masya Allah...inilah permulaan persoalan ini bermain-main difikiran ana...mengapa telefon waktu tyang sudah diketetahui itu waktu solat semata-mata ingin bertanyakan soalan-soalan yang boleh dikatakan sebagai tidak penting yang mengganggu solat seseorang....? sekadar membuka persoalan dan pemikiran kita semua....

Konsentrasi seseorang sudah pasti akan terganggu dengan getaran,dendangan daripada handset seseorang yang sedang bersolat...ia sekali gus menyebabkan perbagai persoalan timbul di dalam kepada seseorang itu..mungkin ada emergency ke nie??, sapa pulak kol nie?? apa yang nak diberitahu??...dan macam-macam lagi...pernahkah anda mengalaminya??

Justeru,ana ingin berpesan kepada diri ana dan kepada sahaat pembaca sekalian agar mengelakkan daripada membuat panggilan diwaktu-waktu yang diketahui waktu solat bagi seorang muslim...walaupun ia dilihat sebagai suatu yang remeh,tetapi ia membawa impak yang besar kepada seseorang itu..waktu solat adalah waktu yang kita pelu gunakan untuk kita berinteraksi dengan Allah...sangatlah perlu kita menumpukan sebaik-baik nya kepadaNya...insyaAllah.....

Akhir kata...ulama' juga ada membahaskan tentang perkara gangguan di dalam solat ini... jika kita menerima panggilan ketika solat dan ianya sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang bersama kita.adalah lebih aula untuk kita mematikan telefon tersebut dengan menekat sahaja butang telefon agar ianya senyap...ini mengikut kepada fiq darurah..dimana kita mengambil musibah yang lebih kecil berbanding yang besar...betulkan ana jika terdapat sebarang kesilapan..wallahualam...

Sekian..

Mohamad Solehin Bin Bakri

(^_^)