Thursday, January 28, 2010



~Keputusan Pilihan Raya Kampus,USM Kampus Kesihatan~



Allah S.W.T. berfirman yang mafhumnya berbunyi :
"Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan."
(Surah Al-Maidah : 2)

KONSTITUENSI UMUM :
Jazimah Ramli (1474 undi) vs Shahriza Md Desa (580 undi)
Undi Rosak (109 undi)

KONSTITUENSI PPSK :
Nurhamizah Mohamad Rafiuddin (547 undi) vs Nur Shafawati Abd Rahni (450 undi) vs Mohd Safwan (337 undi) vs Ariefuddin (247 undi)
Undi Rosak (137 undi)

KONSTITUENSI PPSP :
Siti Aminah Alawiah Muhd Mukhtar & Mohd Azmi Hisam(Menang tanpa bertanding)

KONSTITUENSI PPSG :
Tan Sze Jun (Menang tanpa bertanding)

*TAHNIAH dan TAKZIAH kepada yang menang, terutamanya kepada Saudari Jazimah binti Ramli, yang menang dengan majoriti besar, sebanyak 894 undi. Moga dapat laksanakan tanggungjawab anda, dan memegang amanah kami semua sebaik mungkin. InsyaAllah. (p/s : Nama yang dibold, adalah nama yang menang konstituensi masing-masing).,
"The More We Care, The More We Act"

"Kearah Mahasiswa Berfikiran Terbuka"




Monday, January 18, 2010


~Jangan Jadi Seperti Lilin~



“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.


LIKU DAKWAH


Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.


JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR





Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari.. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.



JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR




Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”


Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.


Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yangsepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.


PESANAN BUAT LILIN


Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.


Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.


Sekian...


renung-renungkan.... (^_^)






~Pilihanraya kampus serentak di enam IPTA~



Pilihan raya kampus bagi enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berlangsung serentak pada 28 Januari depan. Universiti berkenaan ialah tiga Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala tiga lagi ialah Univerisiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Univerisiti Malaysia Pahang (UMP). Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pengerusi pro-Mahasiswa nasional (pro-M), Mohd Shafie Hashim mengesahkan tarikh tersebut. Katanya, tarikh penamaan bagi keenam-enam kampus itu pula ditetapkan pada 25 Januari - tiga hari sebelum tarikh mengundi. Sementara itu, pro-Mahasiswa (Pro-M) UM akan meletakkan calon di kesemua 41 kerusi yang dipertandingkan di kampus itu kali ini. Menurut sumber Pro-M, sepertimana tahun lalu, pilihan raya kampus tahun ini mempertandingkan sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Tahun lalu, pro-M UM memenangi 19 kerusi manakala pro-Aspirasi memperolehi 20 kerusi dan Bebas menang dua kerusi. Bagaimanapun, dua calon Bebas kemudiannya menyebelahi pro-M bagi membolehkan kumpulan tersebut membentuk kabinet campuran dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa UM. Mengulas lanjut, sumber itu berkata antara isu yang akan diketengahkan dalam kempen pilihan raya kampus kali ini ialah bantahan terhadap pelaksanaan sistem pengundian elektronik atau e-undi. Kumpulannya juga akan menumpukan kepada isu demokrasi kampus, termasuk menimbulkan semula isu dalam pilihan raya lepas, antaranya kes ugutan calon mereka dan isu kepala babi, di surau Akademi Pengajian Islam UM. "Kita akan berjumpa dengan Naib Canselor Prof Dr Jasmon Ghauth dalam masa terdekat bagi(memastikan) kes seumpama itu tidak berulang," katanya.


(^_^)


Wednesday, January 13, 2010


~Interfaith Dialogue: "Peace And Happiness" ~


Interfaith Dialogue (Forum Perbandingan Agama) Kali Ke-3
16 Januari 2010, 7.30pm-11.50pm
Dewan Utama USMKK,Kelantan
dengan kerjasama

Persatuan Pelajar Buddhist USMKK
Persatuan Kebudayaan India USMKK
Rakan Masjid USMKK
Pusat Islam USMKK
Majlis Penghuni Desasiswa Murni(MPDM) USMKK

tampil dengan menghembus angin kelainan

dengan tajuk "Peace & Happiness"
membongkar rahsia Keamanan dan Kebahagiaan setiap agama

bagi mencetuskan suatu keharmonian dalam hidup bermasyarakat. .

bertepatan dengan tema, "Unity For Peace"

mencari titik persamaan..

'Agama sebagai pemangkin kesejahteraan'

dan persoalan..

'Benarkah semua agama membawa kepada kebahgiaan?'
'Bagaimana agama membawa kepada ketenangan jiwa?'

akan dijawab oleh 4 orang speaker yang bukan calang-calang orangnya..

Speaker Islam menampilkan Bro Kamarudin
seorang pensyarah Kelas Perbandingan Agama di USM Penang, Presiden IPSI(Islamic Propagation Society International, Penang
pernah menjadi moderator Interfaith Dialogue USMKK kali ke-2

Speaker Christian menampilkan Mr Chew Phye Keat,
a lawyer in Messrs Raja, Darryl & Loh Firm, Petaling Jaya
Elder of Petaling Jaya Gospel Hall,
Chairman of Fellowship of Evangelical Students (FES) Malaysia

Speaker Buddhist menampilkan Venerable Than Boon,
Ketua Wat Uttamaram dan Ven,
Ketua Sami Negeri Kelantan

Speaker Hindu menampilkan Swami Brahmaananda Saraswati,
The Founder of Dhyana Ashram, Kulim Kedah

dimoderatorkan oleh Dr Wan Shah Jihan,
Jabatan ORL,USMKK dan akan diulas oleh.. 4 orang pemerhati yang dijemput khas..
akan bersama-sama dengan anda sepanjang program..

Interfaith Dialogue sesi 09/10 ini juga.. membawa kepada anda julung-julung kalinya..

"Pameran Peace & Happiness" di Dewan Utama USMKK bermula 7.30pagi - 11.50 malam 16 Januari 2010
Semua dijemput hadir! Masuk adalah Percuma! Merit akan diberikan! Hadiah Cabutan Bertuah sedang melambai-lambai anda! Jom, kita meriahkan sama-sama,
UNITY FOR PEACE ^_^

Maklumat lanjut, hubungi:

Hamizah 013-9483478
Hazwan 012-4680672
Tze Wun 017-4921236
Nanthakumar 012-5410964





~Gelagat Manusia Zaman ini,Bandingkan dengan Kisah Luqman~



Assalamualaikum…

Apa khabar iman semua..diharap semuanya dalam keadaan baik-baik belaka…sekadar berkongsi sebuah kisah…marilah kita merenungnya bersama deh…

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (keldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, "Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya (keldai) itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Jika kita perhatikan,ramai manusia zaman sekarang ini kembali seperti ini..segala yang dilakukan oleh seseorang itu akan diulas dan diperbesarkan..mengapa ia berlaku??..tanyalah Iman kita masing-masing....semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua,supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan selepas ini akan terhindar dari ghibbah @ mengumpat @ mengata...

"JIka sesuatu yang dicanang atau diperbesarkan itu tidak sahih,maka ianya adalah FITNAH, Jika sesuatu yang dicanang atau diperbesarkan itu sahih,maka ianya MENGATA (mengumpat) golongan tersebut..keduanya berdosa"

Sekian




Tuesday, January 5, 2010



~ "Talk Show":Gen Y: Permata Yang Hilang~



Tempat: Dewan Nurani,USM Kampus Kesihatan
Tarikh: 7 Januari 2010
Masa: 8.30 - 11.30 malam

Ahli Panel:

1) USTAZ HJ HASRIZAL BIN ABDUL JAMIL (Saiful Islam.com)

Pegawai Latihan Significant Technology Sdn. Bhd. Master Trainer Saifulislam Training & Consultancy

Webmaster Saifulislam Online [www.saifulislam.com]

Penulis' Best Seller Book': "Aku Terima Nikahnya"

2) PROF. MADYA DR. RASHIDI AHMAD
Associate Professor of Emergency Medicine, Senior consultant Emergency Physician

3) SAUDARI JAZIMAH BT RAMLI
Pelajar Perubatan Tahun 4 (Surgery Posting) ,Universiti Sains Malaysia.


Semua Dijemput Hadir..!!

"Bersama Memartabatkan Islam"